Rabu, 4 September 2013

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Hargai dan kekalkan kemenangan BN <b>di</b> DUN <b>Paroi</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2013 12:15 PM PDT

_DSC6063

Senawang, 30 Ogos – KRT, Persatuan Penduduk dan Pusat Daerah Mengundi Taman Tasik Jaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.

Majlis diadakan di Padang Awam Flat Seroja, Taman Tasik Jaya.

Menyambut kehadiran beliau, Ahli Parlimen Rembau, Tuan Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ADUN Kawasan Paroi, Tuan Mohd Ghazali Abdul Wahid, ADUN Kawasan Chembong, Dato' Zaifulbahri Idris, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Dato' Hj Firdaus Harun dan Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Dato' Hj Azman Hj Hasan.

Bukan sahaja menyambut hari raya Aidilfitri, majlis meriah ini turut meraikan sambutan hari kemerdekaan kali ke-56 yang bakal disambut tanggal 31 Ogos 2013, esok.

Kemerdekaan yang dikecapi DUN Kawasan Paroi ialah kembali memenangi kerusi tersebut yang jatuh di tangan PAS pada PRU12, malah telah menyumbang majoriti yang amat besar kepada Ahli Parlimen Rembau, Tuan Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan buat ADUN Kawasan Paroi, Tuan Mohd Ghazali Abdul Wahid.

Sesungguhnya, kemenangan ini merupakan komitmen bersama jentera semua peringkat bagi memastikan BN terus di hati rakyat yang telah berusaha gigih sejak lima tahun lalu.

Menteri Besar di dalam ucapannya seterusnya bermohon agar semua jentera terus bersatu hati dan memainkan peranan masing-masing di dalam mengekalkan kemenangan ini di PRU akan datang.

Ujar beliau, tidak berguna semua pihak berusaha gigih untuk mendapatkan semula kerusi yang pernah BN tewas jika masing-masing tiada persefahaman dan tidak membantu diantara satu sama lain.

Semua jentera dan rakyat yang menyokong BN perlu terus memberikan sokongan dan komitmen kepada BN khususnya UMNO, kerana parti ini sentiasa mendahulukan dan menepati janji kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads