ads

Khamis, 5 Julai 2012

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Mamatuk: Kenduri <b>di Tampin</b>

Posted: 04 Jul 2012 07:02 PM PDT



Pada 1 July baru2 ni kami ke Tampin kenduri adik lelaki Zam.  Kenduri kali ini di adakan di rumah rehat Tampin.  Jauh Tampin dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 100 km.  It is about one and half hour drive.  Tiga buah kereta kesana  termasuk Mak Long dan Asiah.  Alhamdulillah kali ini Mak Long tak sesat ( he he).  Kami sampai on time dengan pengantin.  Jadi dapat lah sama sama meraikan pengantin yang baru tiba. Unfortunately tak sempat jumpa dengan Asiah dan keluarga kerena masa berlepas dan masa tiba berlainan.

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


BORAK-QS: Berita Projek: Depoh penyelenggaraan komuter dibina <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 11:18 PM PDT


21 Jun 2012 ~ SEREMBAN — Selaras dengan perolehan 38 set tren komuter yang terbaru, kerajaan telah bersetuju supaya sebuah depoh penyelenggaraan khas dibina di stesen komuter Seremban.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, depoh penyelenggaraan itu merupakan depoh komuter terbaru yang secara khusus menjalankan penyelenggaraan ke atas 38 set tren berkenaan.
"Depoh yang terletak di kawasan seluas 16.34 hektar ini adalah antara lain melibatkan pembinaan bangunan depoh electrical multiple unit (EMU), satellite store, cleaner store, 15 lines (6km setiap satu) of trackwork, train electrification, signalling dan peralatan depoh," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah depoh EMU KTMB Seremban di sini hari ini.
Beliau berkata, secara keseluruhan, depoh yang akan dibina itu adalah berdasarkan depoh keretapi di Northampton, England.
Katanya, depoh itu berkemampuan untuk membuat penyelenggaraan enam set tren komuter dan penyimpanan 19 set tren komuter pada satu-satu masa. — BERNAMA

05 di jelebu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


BudakMental: KAWASAN <b>JELEBU</b> NI ADA KE TIDAK PKR?

Posted: 10 Jun 2012 01:30 PM PDT

Malam kelmarin aku pergi ke program ceramah di sebuah kampung di Jelebu, N. Sembilan.  Selepas program ceramah aku dok sembang-sembang dengan orang-orang situ berkaitan politik di Jelebu.  Ramai dari mereka optimis Jelebu kali ini ada harapan sekurang-kurangnya satu kerusi Dun dapat dirampas dari Umno/Bn.
Masalahnya kata mereka, di Jelebu ini hanya PAS dan DAP saja yang bergerak.  PKR seumpama tiada di Jelebu, tetapi para penyokong PKR agak ramai juga.  Ertinya, pimpinan PKR di Jelebu tidak bekerja, itu jangkaan aku.  Memang benar pun, jika tidak percaya cuba semak rekod selepas PRU 2008, berapa banyak program anjuran PKR di Jelebu?  Kosong.  Kosong beb.....
Program PR memang sedang rancak di Jelebu, tapi di antara PAS dan DAP sahaja.  PKR dikatakan diperuntukan satu kerusi Dun di Jelebu iaitu di Dun Pertang.  Mana program PKR di situ?  Bahkan, sampai sekarang ramai penyokong PR di Jelebu tidak kenal nama jauh sekali wajah Ketua Cabang, Wanita dan AMK Jelebu?  Dah tu, mengapa PKR perlu bertanding di Jelebu?  Bertanding untuk tempah kalah sajakah?  Jika begitu, baik serah kepada PAS atau DAP sahaja.  
Aku mahu menarik perhatian Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Bahrin.  Sepanjang beliau menjadi Pengerusi PKR N.S, berapa kali beliau turun ke Jelebu?  Jangan tanya samada DS Anwar pernah turun atau tidak ke Jelebu jika Pengerusi PKR Negeri pun tidak mahu menjenguk Jelebu.  Kuat sangatkah Umno/Bn di Jelebu?  Pernah ke Pembangkang hilang deposit di Jelebu?  Tidak pernah pun.  Ertinya Umno/Bn tidak kuat, tetapi kita yang malas buat kerja hanya harapkan kawan-kawan yang lain je.
Aku harap PKR Jelebu dapat buktikan bahawa mereka masih ada nyawa di Jelebu.  Jika tidak, lebih baik jangan tamak, serahkan saja kerusi Dun Pertang pada PAS atau DAP. 

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Misteri Jambatan Bunian <b>Di Port Dickson</b> Terbongkar! ~ Gossip Artis <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2012 08:33 PM PDT


Dapat email dari member mengatakan di N9 menghala ke arah Port Dickson ,anda akan kelihatan 2 jambatan misteri yang dipercayai dibuat oleh makhluk tersebut. Jambatan itu dibina cukup sempurna dan tidak kelihatan cacat celanya.

Walaubagaimanapun jambatan itu cukup misteri apabila, jambatan yang anda lihat itu seolah olah jalannya mati dari satu sudut ke satu sudut seperti yang G.A.M akan paparkan nanti.

Persoalannya adakah jambatan ini benar benar di cipta oleh makhluk tersebut ataupun majlis perbandaran yang mencipta khas untuk mahkluk tersebut?

Check-point 1 : pintu gerbang kuar PD
Check-point 2 : signboard nih...
BINGO : Jambatan Bunian 1-a BINGO : Jambatan Bunian 1-b
BINGO : Jambatan Bunian 1-c (kalo korang tengok betul2, jambatan ni xde jalan sampai masuk semak tu... cukup sampai semak pastu gone! Scary kan?!

Check-point 3 : lepas signboard nih...

Check-point 4 : lepas perhentian ni...

Check-point 5 : da nak sampai tol tu kan..so slowkan kete...
BINGO : Jambatan Bunian 2-a BINGO : Jambatan Bunian 2-b
BINGO : Jambatan Bunian 2-c... (tak sempat nak snap dalam sket...tapi kalo korang lalu nanti, try la close-up...)

Nasihat G.A.M sekiranya anda pergi ke PD cuba perhatikan jambatan ini sebaik yang mungkin, dengar kata kalau niat kita tidak elok, jambatan tersebut tidak dapat kelihatan dan sekiranya kita tidak terpikir pun jambatan itu anda akan dapat melihat jambatan tersebut.

Sekiranya anda dapat lihat jambatan itu cuba renungkan di penghujung jalan itu, ada jalan tak...

Peringatan maklumat ini diberikan khas untuk pengetahun bukan untuk menakut-nakutkan anda ketika anda melalui dibawah jambatan tersebut ketika waktu malam okay... so i guess everything is gonna be fine, insya Allah..  -fanadyalicious-

05 di bahau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di bahau - Google Blog Search


PAS <b>Ampangan</b> tiada kaitan dengan banner Jati

Posted: 02 May 2012 04:23 AM PDT

SEREMBAN: PAS cawangan Ampangan menafikan mereka terlibat dengan program pelancaran NGO Jati peringkat Negeri Sembilan yang dijadual diadakan di Surau Al-Mustofa (Surau Hitam) di sini esok.

Penafian itu dibuat oleh Setiausahanya Cikgu Hassan Mohd Taha hari ini ekoran kain rentang program itu yang turut mengaitkan namanya sebagai penganjur.

"Ini satu fitnah terhadap diri saya dan cuba untuk menjatuhkan maruah saya," katanya yang juga AJK Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Surau Hitam sejak sekian lama terkenal dengan port PAS ekoran kedudukannya bersebelahan dengan markas PAS cawangan itu.

Program ceramah-ceramah PAS di Ampangan juga kebiasaannya akan dibuat di sini.

Bagaimanapun banyak pihak sangsi dengan kain rentang kononnya pelancaran NGO Jati yang diterajui bekas Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali juga akan dibuat disitu.

Lebih menghairankan, pada kain rentang itu meletakkan nama Cikgu Hassan Mohd Taha yang sangat dikenali di kawasan itu.

Sehubungan itu menurut Hassan, beliau akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dalam masa terdekat.

Last Updated on Rabu, 02 Mei 2012 11:41

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved