ads

Khamis, 20 Disember 2012

05 di lenggeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lenggeng - Google Blog Search


Seindah Mimpiku: Mabuk Durian <b>Lenggeng</b>, Mantin!

Posted: 14 Dec 2012 02:00 PM PST


Balik kampung encik suami di Lenggeng, Mantin dalam keadaan demam panas dan selsema teruk. Bila bapak mertua ajak encik suami balik kampung sekejap, aku terus sound encik suami nak ikut sekali. Meriah sedikit bila anak buah encik suami pun ikut sama.


Gigih encik suami dan pak mertua mencari sekeliling pokok durian buah durian yang jatuh. Aku dan anak-anak buah jadi pembantu kutip dan longgokkan buah durian, manggis, rambutan dan pulasan. Masa ni lama baru kenal pokok manggis dan pulasan...huhu !


Tak sampai sejam di dusun kampung encik suami, dah hampir penuh boot kereta dengan segala macam buah-buahan. Kami yang duduk di kerusi belakang terpaksa la menahan aroma bau durian sepanjang perjalaenan balik ke Rasah, walaupun encik suami siang-siang dah turunkan tingkap kereta seluas-luasnya. Sampai je rumah mertua, masing-masing dah mabuk dek lama sangat menghidu bau durian...huhu!

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


JENTERA PAS: Himpunan <b>di Seremban</b> Berjaya

Posted: 06 Nov 2012 05:00 AM PST


Dalam perkembangan terbaru, Sabtu lepas para pemimpin PR telah mengerahkan para penyokong dan jentera-jentera pilihanrayanya berhimpun di Seremban, Negeri Sembilan dalam usaha mereka menonjolkan kekuatan jentera mereka untuk menggertak BN Negeri Sembilan.
Seperti biasa ahli dan penyokong PAS dari seluruh negera terutama dari Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak serta beberapa negeri lain di kerah menghadirkan diri.
PKR dan DAP juga turut sama mengeluarkan arahan kepada ahli mereka, bagaimanapun hanya terhad kepada mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sahaja.
Mengikut beberapa portal dan blog pro pembangkang lebihkurang 30,000 hadirin telah memenuhi majlis tersebut terutama semasa program pada malamnya, ramai yang berpayung dan ramai juga yang kesejukan ditimpa hujan.
Dengan tema Himpunan Kebangkitan Rakyat, pada awalnya PR menjangkakan 50,000 orang akan memenuhi setiap ruang padang yang seluas lebih kurang sebesar sebuah padang bola sepak di Taman Seremban Jaya itu. 
Itu jangkaan mereka beberapa hari sebelum program berlangsung. Namun kehadiran yang diumumkan oleh kebanyakan portal dan blog pembangkang ialah 30,000 orang.
Kebiasaannya jika angka jangkaan gagal ditepati maka ia dikatakan gagal atau kurang berjaya, tak begitu?
Ramai penyokong PR yang sedar angka sasaran gagal digapai, namun ego sendiri dan malu alah sendiri terpaksa disembunyikan maklumlah setakat ini rekod kehadiran lebih 100k orang di Stadium Bukit Jalil dalam majlis anjuran UMNO belum lagi mampu di atasi.
Hakikatnya, sama ada 30,000 orang atau 50,000 orang kehadiran di atas padang becak pada malam itu sebenarnya melampau lojik akal. Satu meter persegi tidak mungkin mampu menampung 10 orang manusia yang berdiri sambil berpayung, tak gitu?
Padang yang sebesar lebih kurang sebuah padang bolasepak itu, hakikatnya cuma mampu menampung sekitar 10,000 orang sahaja atau dalam keadaan terlalu padat mungkin angka akan mencecah 13,000 hingga 15,000 orang. 
Bila diambil kira ruang yang digunakan untuk pentas dan gerai-gerai orang berniaga, maka ruang kosong untuk hadirin di tengah-tengahnya akan makin mengecil. 
Angka paling tepatpun hanya sekitar 7,000 hingga 8,000 orang sahaja yang hadir pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Sabtu lepas.
Kalau nak bagi besarkan sikit angka, maka kita kira sekalilah jiran-jiran tetangga yang mendengar dari rumah-rumah dan kedai berdekatan, maka angka itu kita genapkan jadi 10,000 orang sahaja. 
Tapi biasalah, sudah tabie semulajadi PR untuk memperbesarkan angka dan nombor, nawaitu yang penting bagi mereka ialah untuk menunjukkan mereka tetap kuat sekalipun terpaksa mengangkut penyokong. 
Soal terpaksa berhabis duit untuk menampung perbelanjaan menyewa hotel bujet dan wang pengangkutan tidak pernah menjadi persoalan, tapi ia akan menjadi isu besar kiranya BN yang melakukannya. Dwi standard itu biasalah.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu ketika mengulas program anjuran PR di Seremban itu gah menyatakan 'kejayaan' majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut bakal membolehkan PR menguasai Negeri Sembilan.
Dengan yakin Mat Sabu mengumumkan bahawa semasa PRU 13 kelak menjelang jam 7 malam hari mengundi kelak akan diketahui bahawa Wisma Negeri sudah ditawan oleh PR.
Over confident betul. Mat Sabu lupa, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan negeri hanya pengundi anak negeri berkenaan sahaja yang layak membuat keputusan.
Penyokong DAP, PKR dan PAS yang diangkut dari Kelantan, Perak, Terengganu misalnya hanya sekadar dapat meramaikan majlis tapi tidak layak untuk mengambil bahagian menentukan kerajaan negeri lain, kecualilah kalau PR sebenarnya telah secara terancang memindahkan para pengundinya ke kawasan-kawasan atau negeri lain.
Atau sebenarnya, keyakinan Mat Sabu itu disebabkan sudah ramai pengundi PR dipindahkan ke kawasan-kawasan BN, sebagaimana pernah dilakukan oleh PAS Kedah, PAS Kelantan dan PKR Selangor yang aktif memindah pengundinya ke DUN dan Parlimen milik BN?
Apapun, tak salah untuk Mat Sabu terus berangan, namun percayalah tak selamanya majoriti rakyat akan lena diulit mimpi dan harapan palsu dari PR kerana bila tiba masa mengundi nanti, sebahagian besarnya tetap akan mendahulukan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi propaganda pemimpin PR. 

Anwar GERAM ... KILAT, PETIR Sambut PELIWAT <b>Di Seremban</b>

Posted: 03 Nov 2012 02:29 AM PDT


Hujan lebat dan petir sabung-menyabung seakan-akan menyambut ketibaan tokoh Sodomy Negara Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum pakatan Luar Tabie dijangka tiba dalam 30 minit lagi.



Read More, Perhimpunan pakatan Luar Tabie di Seremban

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Selatan Online - Ada rahsia besar <b>di Teluk Kemang</b>?

Posted: 19 Dec 2012 11:20 AM PST


You have attempted to access this site with an invalid User Agent.

If you think this is a mistake you can contact the site webmaster at abujihad98(at)gmail(dot)com.

Be SURE to include the following information in any email!
User Agent: none
Remote Address: 107.21.60.85
Client IP: none
Forwarded For: none

05 di juasseh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: AL KIMIYA; SUMBANGAN SAINTIS ISLAM

Posted: 19 Dec 2012 06:25 PM PST


Mungkin bangsa Greek lebih dulu mengenali bahan bahan kimia kerana banyak karya oleh para bijak pandai Islam hasil dari kajian mereka keatas ilmu ilmu kuno bangsa Greek. Mungkin juga bangsa China lebih dulu memahami perananan kimia dalam kehidupan khususnya kegunaan obat bedil (gun powder) kerana terdapat catatan bertarikh 492 M dimana 'potassium nitrate' digunakan secara meluas dengan campuran obat obatan dalam amalan ritual 'pencarian keabadian'menurut kepercayaan mereka. Catatan pada tahun 492 M itu menyatakan 'apabila dibakar ia mengeluarkan api berwarna unggu'. Catatan itu tidak menjelaskan kegunaan sebenarnya, hanya pada kurun ke 9 M barulah terdapat catatan yang menjelaskan tentang pemahaman bangsa China pada kegunaan sebenar bahan itu.
   Fakta sejarah menyebut ahli kimia Khalid bin Yazid yang wafat pada 709 M, sudah mengenali 'potassium nitrat' (KN03) pada abad itu, bahan utama pembuatan obat bedil, dua abad lebih awal dari penemuan dan pemahaman perkara itu oleh bangsa China.Beliau dan saintis seterus nya Jabir Ibnu Hayyan dan lain lainnya telah menterjemahkan ilmu ilmu dari bahasa Greek ke bahasa Arab. Recepi obat bedil ini boleh di jumpai dalam hasil kerja  Al Jabir, Al Razi dan ahli kimia Islam yang lain. Khalid bin Yazid sangat dikagumi kerana beliau adalah saintis islam yang pertama membuka pintu ilmu pengetahuan dan diatas rintisan itulah berlaku kajian kajian seterusnya yang menghasilkan penemuan penemuan yang hebat dan reka cipta yang menakjubkan.
      Ahli kimia islam Jabirr Ibnu Hayyan hidup sekitar 721 M hingga 815 M, pada sekitar tahun 766 M telah  menemui berbagai bahan kimia dan berjaya mengasingkan batu cetak (antiamony) dan warangan (arsenic) dari Sulfide.  Beliau  yang telah memperihalkan proses menghasilkan asid nitrik dengan menyulingkan campuran nitre (kalium nitrat) vitriol kubrus (kuprum sulfat) dan alum yemen (aluminium sulfat). Dikenali sebagai 'Bapa kimia' telah menulis beberapa kitab antaranya Al-Rahman, Al-Tajmek dan Al-Zikbak Sharki' serta kitab yang penting dalam kimia iaitu 'Al-Istittiman' telah diterjemahkan kedalam bahasa Peranchis pada tahun 1672 dan pada kurun ke18 kitab 'Al-Sabaaen' juga telah diterjemahkan, kitab ini  menceritakan perihal racun. Kitab beliau juga telah diterjemahkan dalam bahasa Latin antarannya ialah 'Al-Aflan dan Nihayatul Al-Itqan'. Kitab 'Al-Kimya' telah diterjemahkan dan diterbitkan oleh orang English iaitu Robert Chester pada tahun 1444 dengan judul 'the book of the composition of alchemy'.
    Al-Jahiz lahir pada tahun 776 M ialah  seorang zoologi yang termasyur, telah menghasilkan kitab 'al Hayawan'atau 'Book of animal' mengandungi 7 jilid menceritakan perihal haiwan dan sifat perilakunya . Beliau telah berjaya menghasilkan 'ammonia' dari tahi haiwan menerusi proses distilasi kering. Beliau wafat pada 868 M akibat kemalangan ditimpa rak buku di perpustakaan nya.
   Al kindi, nama sebenar Abu Yusuf Ya'qub Ibn Ishaq al Sabbah al Kindi atau nama latin nya Alkindus, lahir di Basra Iraq pada 801M hingga  873M, telah menterjemahkan buku dari berbagai bahasa seperti Yunani kedalam bahasa Arab. Al Kindi dalam bukunya 'kitab kimiya al-Itr wa al-Tas'idat' (buku tentang kimia pati dan pemejalwapan/penyulingan) yang diterbitkan pada abad kesembilan Masehi telah membincangkan mengenai beberapa jenis proses penyulingan. Penemuan yang terkenal beliau ialah berkenaan kimia pewangi dan proses menghasil kan pewangi tiruan. Terdapat lebih 260 karya telah berjaya beliau hasilkan termasuk dalam bidang Geometri 32 buah, Kedoktoran 22 buah dan Fizik 12 buah. Karya karya ini telah diterjemahkan pula kedalam berbagai bahasa termasuk bahasa Latin oleh Gerard of Cremonia dan kedalam bahasa Eropah yang lain.
   Abbas Ibn Firnas atau Ibn Firnas, lahir pada 810 M, dikenali dengan rekaan jam air yang dinama kan 'Al-Maqata', beliau juga diingati dengan cubaan terbang dari gunung dan berjaya kembali ke gunung itu dengan pelayang rekaan nya, malangnya rekaan itu tidak sempurna menyebabkan kemalangan semasa mendarat dan beliau cedera dibahagian belakangnya. Selain dari itu dalam bidang kimia beliau talah berjaya menghasilkan kaedah membuat kaca tanpa warna dari pasir. Beliau wafat pada 887 M.
   Ibn Umayl atau nama sebenarnya Muhammad ibn Umail al Tamimi lahir di mesir antara tahun 900 M hingga 960 M, dikenali juga sebagai Al Sadik  manakala masyarakat mesir memanggilnya Al-Jildaki dan beberapa nama lain oleh dunia barat seperti Zadith senior, Zadith filius Homue atau Homuelis. Beliau adalah seorang ahli kimia yang berbentuk kiasan atau simbolik, satu cabang dalam bidang kimia. Beliau merumuskan perkara perkara tentang simbol dalam kimia dalam bukunya 'Hall or-Rumuz' (explanation of symbols). Antara kitab lain beliau ialah 'Kitab Mafatin al-Hikma al-Uzma' dan 'Kitab al-Ma' al-Waraqi Waal-ard-al-Najmiya' (book of silvered and starry earth) yang memberi komen kepada puisi nya 'Risala al Shams ila al-Hilal' (the latter of the sun to the waxing moon).
   Al-Razi 923 M, perihal menghasilkan asid sulfurik (ruh al-saj) dengan menyulingkan vitriol hijau (frus sulfat) atau dengan membakar belerang (sufur). Beliau telah menghasilkan buku bertajuk 'Kitabul Asrar' kemudian telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh 'Gerard of Cremonia'. Didalam kitab beliau itu terdapat juga cara bagaimana untuk menghasilkan minyak tanah melalui kaedah distilasi, ini menjadikan masyarakat islam waktu itu pertama dalam memproduksi bensin dari minyak mentah.
   Al Zahrawi yang hidup sekitar 936M hingga 1013M di Cordoba Sepanyol telah diiktiraf sebagai 'Bapa ilmu bedah moden'. Beliau merupakan pelopor dalam bidang kimia untuk perubatan, karya dan hasil pemikiran beliau telah banyak diadoptasi kan oleh para doktor didunia barat.
   Al-Majritiyang berasal dari Madrid Sepanyol, hidup sekitar 950M  hingga 1007 M telah menulis buku kimia bertajuk 'Rutbat Al-Hakim', yang merumuskan tatacara permurnian logam mulia , beliau pertama kali membuktikan prinsip kekalan masa, lapan abad berikutnya prinsip ini dikembangkan oleh ahli kimia barat bernama 'Lavoisier'.
   Ibnu Sina atau lebih dikenali dibarat sebagai 'Avicenna' lahir pada 980 M hingga 1037 M, karya perubatan beliau yang terkenal ialah 'al-Qonun fi al-Tib', 'al-Adwiyah al-Qalbiyyah' dan 'al-Alfiyyah al-Tibbiyah' telah diterjemahkan kedalam bahasa English, Hebrew dan Latin. Pada aban ke 12 'Gerard of Cremonia' telah menterjemahkan kitab 'al-Qanun fi al –Tib' kedalam bahasa Latin, buku ini telah menjadi rujukan oleh universiti universiti Eropah sehingga  1500 M, buku ini telah diulang cetak sebanyak 15 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan 1 kali dalam bahasa Hebrew. Pada 1593 buku 'al-Qanun fi al-TIB' 14 jilid itu dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan dari segi penggunaan obat, dianogsis dan pembedahan telah diterjemahkan dalam bahasa English dengan tajuk 'Canon of medicine'.
    Sumbangan beliau dalam bidang kimia dan geologi tidak kurang hebatnya. Karangan beliau mengenai ilmu 'pertambangan' atau 'Mineral' menjadi sumber rujukan dalam bidang geologi di Eropah. Meninggalkan penemuan penemuan bermenafaat dalam bidang kimia. Beliau lah individu pertama menjelaskan bahawa bahan benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan lain bermakna logam terdiri dari berbagai jenis.
   Al-Biruni , lahir pada 973 M, di Birun , ibu negeri Khawarizm atau Turkistan dan sekarang dikenali segbagai Uzbekistan yang bersebelahan dengan Parsi dan wafat pada 1048 M. Menguasai bahasa sangkrit dengan baik dan juga bahasa Ibrani dan Syria. Kitab nya 'Al Jamhir fi Mairifatil Al Jawahir mengupas mengenai batu permata . 'Al Saidah fi al Tibb, kitab yang menyatakan perihal obat obatan merupakan karya terakhir beliau.
   Al Tifashi atau Ahmad bin Yousef Al Tifashi, lahir 1184 M, di Tiffech, Souk Ahros, Algeria dan wafat di Cairo pada 1253 M, telah menulis cara mengenali batu mulia dan hal berkaitan meneral. Kitab nya ' Azhar Ul Afkar di Jawahir Ahjar' membongkar 25 jenis gems dan mineral dengan terperinchi telah memberikan satu keajaiban dalam dunia perubatan.
   Hassan al Rammah yang hidup hingga 1295 seorang engineer dari Syria, pada tahun 1275  telah menulis kitab yang menakjubkan bertajuk 'al-Furusiyyah wa al-Manasib al-Harbiyyah' atau 'The book of fighting on horseback and war engines'. Kitab tentang kajian terperinci perihal obat bedil  dari kajian kajian terdahulu yang mengandungi resipi resipi ubat bedil sebanyak 107 resipi dan pembinaan roket dan tropedo (roket atas air). Didalamnya terdapat lakaran terperinci tentang pembinaan roket yang bergerak diatas air atau dipanggil tropedo, model rocket ini telah di pamir kan di 'National air and space moseum' di Warshington D.C Amerika Syarikat.
   Hassan al Rammah sebenar nya telah lebih mendahului bangsa China dalam penggunaan obat bedil apabila hanya pada tahun 1412, hampir dua abad selepas itu, baru lah terdapat catatan terperinci berkenaan obat bedil oleh masyarakat China, catatan yang ditulis oleh Huo Lung Ching.
   Begitu lah serba sedikit antara sumbangan saintis saintis masyarakat Islam dalam bidang kimia suatu ketika dulu. Fakta fakta yang terdapat berkenaan kemajuan orang orang Islam suatu ketika dulu patut lah dijadikan iktibar untuk kita melangkah lebih maju kehadapan seterusnya mendahului bangsa bangsa lain dalam mengejar kemajuan.
Sekian, ikhlas dari 'Juasseh Cafe'.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved