Sabtu, 4 Jun 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Daerah Kuala Pilah, <b>Seremban</b>, Rembau Dan <b>...</b>

Posted: 21 May 2011 01:55 AM PDT

SEREMBAN, 21 Mei — Beberapa kawasan di daerah Kuala Pilah, Seremban, Rembau dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air pada Rabu ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan selama 21 jam mulai pukul 9 pagi di daerah Kuala Pilah adalah berikutan kerja pencucian kolam berjadual kolam air Bukit, Kuala Pilah.

"Kawasan terlibat ialah pekan Kuala Pilah, Kampung Dioh Seberang Pekan, Taman Angkasa, Taman Dioh, Kampung Dioh. Kampung Sungai Dua Kecil, Taman Citajaya, Kampung Sawah Lebar, Kampung Acheh, Kampung Teluk, Kampung Kuala Dioh, Jalan Seremban Lama, Taman Pilah Perdana, Flat Waja, Taman Sima, Taman Pilah Jaya dan Taman Sentosa.

"Selain itu, Taman Setia Kasih, Kampung Gemuruh, Kampung Jawa, Kampung Parit Seberang, Kampung Parit Mungkal, Rumah Rakyat Melang, Taman Melang, Rumah Rakyat Ampang Tinggi, Taman Impian dan Bukit Mutiara," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya gangguan selama 16 jam mulai pukul 8 pagi di daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau adalah berikutan kerja penyelenggaraan berjadual kolam air Bukit Tunggal, Seremban.

Azlan berkata kawasan terlibat di daerah Seremban ialah Taman Cempaka, Kampung Linsum, Bandar Eka, Taman Delima Siliau, Kampung Sungai Sendayan, Kampung Sega, Taman Kristal, Taman Seri Damai, Rumah Rakyat Kuala Sawah, pekan Rantau, Kampung Ulu Lalang, Rumah Rakyat Ulu Lalang dan Kampung Kanchong.

Di daerah Port Dickson pula melibatkan Air Kuning, seluruh kawasan Linggi, Kampung Tampin Linggi, Kampung Takau, Ladang Tampin Linggi, Takau Estet, Rumah Rakyat Linggi, pekan Linggi, masjid kariah Tampin Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian, masjid kariah Pengkalan Durian, Rumah Rakyat Pengkalan Kempas dan Kampung Permatang Pasir.

Gangguan bekalan air di daerah Rembau melibatkan Jalan Tok Samad, Jalan Tanjung Semut, lebuh raya Pedas, Merbau 9, Minching B, hentian lebuh raya Seremban, Perhentian Tinggi Estet, Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Sekolah Teknik Chembong, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri dan Taman Pinggiran Pedas.

Sementara itu, gangguan selama 16 jam mulai pukul 8 pagi di daerah Port Dickson berikutan kerja pencucian kolam berjadual di kolam takungan Si Rusa, Port Dickson melibatkan seluruh kawasan Chuah hingga Bukit Pelandok, Tanah Merah hingga Site A, sebahagian kawasan Lukit dan Kualiti Alam Sdn Bhd.

Manakala gangguan selama sembilan jam mulai pukul 9 pagi Rabu ini di daerah Rembau adalah berikutan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Bhd di loji rawatan air Pedas Baru, Rembau.

Kawasan terlibat ialah kawasan perindustrian Chembong, Kampung Chembong Air Hitam, Kampung Chembong Batu 17, Balai Bomba dan Penyelamat Chembong, Taman Desa Chembong, Taman Datuk Lela Maharaja, Rumah Rakyat Chembong, Sekolah Menengah Datuk Sedia Raja, Kampung Berkat Chembong, Kampung Ampang Batu, Kampung Masjid Tanah dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


sELamaT PenGanTin BarU eTTy. BerTemU kiTa <b>Di TamPin</b> naNTi <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 06:00 PM PDT

Alhamdulillah.

Salah seorang sahabat merangkap adik blogger saya selamat melangsungkan pernikahan semalam dan majlis persandingannya akan di adakan pada hari ini di Dewan Bandaran Tampin, Negeri Sembilan.

InsyaAllah, jika di permudahkan saya akan menghadiri majlis tersebut tengah hari ini. Sesiapa yang di jemput dan hadir, bertemu kita di sana. =))

Selamat Penganti Baru Etty dan Najib. =))

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


BESI WAJA: Menghadiri Bengkel Pembelajaran Alquran Braille <b>Di Paroi</b>

Posted: 01 Jun 2011 08:16 AM PDT

Pagi tadi, saya telah menghadiri satu bengkel yang dinamakan sebagai Bengkel Amalan Pembalajaran Alquran Braille. Bengkel berkenaan telah berlangsung di Pusat Dakwah Islamiyah di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Penganjur utama bengkel berkenaan ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Antara tujuan utama bengkel berkenaan ialah untuk mengenengahkan Alquran Braille dalam khalayak masyarakat umum khususnya di Negeri Sembilan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan sebagai asas kepada kelas pembelajaran Alquran Braille yang telah dirancang untuk diadakan dalam masa yang terhampir. Bengkel ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengalaman individu tertentu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Alquran Braille selama ini.

Antara peserta bengkel ini ialah kakitangan Pusat Dakwah Islamiyah Paroi sendiri serta kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Selain itu, beberapa orang ahli PERTIS Negeri Sembilan turut hadir dalam bengkel berkenaan.

Bengkel ini akan berjalan selama dua hari, iaitu hari ini (Rabu) dan juga esok)Khamis). Beberapa orang telah dan akan berkongsi pengetahuan, kemahiran serta pengalaman masing-masing mengikut topik yang telah diberi. Saya sendiri telah diamanahkan selaku pembentang kertas kerja yang pertama untuk hari ini.

Topik yang telah diberikan kepada saya untuk dikongsikan dengan para peserta lain ialah "Alquran Braille Cetakan Malaysia: Satu Pengenalan". Dalam membicarakan tajuk ini, saya telah cuba berkongsi mengenai sejarah Alquran Braille khususnya di Malaysia. Saya juga turut berkongsi mengenai sejarah ringkas penyalinan dan penerbitan Alquran Braille dari sejak ianya bermula sehinggalah kepada yang terkini.

Selain saya, antara pembentang lain termasuklah daripada Darul Quran Kuala Kubu Baru, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta pasukan penyelidik daripada UTM Skudai yang akan membuat pembentangan pada petang esok. Selain itu, Ustaz Fauzi daripada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang, turut akan berkongsi mengenai software Iqra' untuk kegunaan mereka yang cacat penglihatan yang telah beliau bangunkan.

Bagi saya, bengkel seumpama ini amat bermanfaat. Ia telah dapat mengenengahkan kepentingan dan kegunaan Alquran Braille khasnya kepada mereka yang cacat penglihatan. Selain itu, menerusi bengkel ini juga, ia dapat membetulkan persepsi sebahagian masyarakat kita yang mengatakan Braille hanya untuk mereka yang cacat penglihatan semata-mata. Sebenarnya Braille adalah untuk mereka yang meminati dan mencintainya. Guru-guru saya pada masa lalu sebahagian besarnya adalah merupakan mereka yang berpenglihatan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Norakyairee Mohd Raus daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah bekerja keras untuk menjayakan bengkel kali ini. Katanya, bengkel kali ini merupakan siri 1. Siri-siri yang berikutnya akan menyusul pada masa yang akan datang.

Oleh kerana ada beberapa urusan lain lagi yang perlu saya uruskan, maka selepas makan tengah hari saya sekeluarga terpaksa meninggalkan Pusat Dakwah Islamiyah Paroi dan kembali semula ke Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Premis Makanan Kotor <b>Di Port Dickson</b> Diarah Tutup | MyNewsHub (BM)

Posted: 31 May 2011 09:50 PM PDT

SEREMBAN – Sebanyak 11 premis makanan di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana didapati tahap kebersihan yang rendah.

Pengarah jabatan itu, Datuk Dr Zailan Adnan berkata premis terbabit diarah tutup sementara selama 14 hari dan pemiliknya dikehendaki meningkatkan kebersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Sebab utama penutupan premis makanan ini berikutan tahap kebersihan dan sanitasi makanan yang rendah, pengendali makanan yang tidak mendapatkan suntikan pencegahan penyakit taun serta pengedali tidak memakai apron dan penutup kepala.

"Selain itu, didapati juga peralatan dan perkakas yang tidak bersih dan rosak, tiada kemudahan tempat mencuci pinggan mangkuk disediakan dan perkakas lain, keadaan fizikal bangunan seperti lantai, dinding dan siling yang tidak memuaskan atau kotor, pembuangan sampah yang tidak teratur serta lain-lain masalah yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan makanan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Katanya operasi bersih bersepadu yang dijalankan Khamis lepas, juga memberi penekanan dan pendidikan terhadap pemakaian apron, tudung atau topi dan pembuangan sampah yang teratur.

Pemeriksaan premis makanan akan diteruskan supaya tahap kebersihan berada pada paras penilaian 65 peratus ke atas, katanya. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Mohd Sabu Timbalan Presiden PAS <b>di Rembau</b> 18 Jun 2011

Posted: 06 Apr 2011 12:00 AM PDT


Timbalan Presiden PAS yang baru , Tuan Haji Mohammad Sabu dijadualkan berceramah di Kg Astana Raja, Rembau pada hari Sabtu 18 Jun 2011 bersama Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau dan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani, ADUN sulong PAS di Negeri Sembilan yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Perkembangan terkini progam Abang Mat di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Kawasan Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Laman Rasmi: FELDA <b>SERTING</b>, N. SEMBILAN PULA DIGEMPUR, WARGA FELDA <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 08:41 PM PDT

Malam tadi (31 Mei 11) bertempat di Felda Serting Hilir, Jempol, N. Sembilan satu program ceramah telah diadakan oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dari Negeri Sembilan dan Pahang.


Ceramah tersebut lebih khusus kepada sesi penerangan berkaitan saman peneroka terhadap Felda serta berbagai isu berkaitan permasalahan felda dan penerangan Buku Jingga. Kehadiran rata-rata dari warga felda setempat lebih kurang 200 orang memenuhi ruang halaman rumah seorang penduduk felda yang dijadikan tempat ceramah. Walaupun program ini tidak dihebahkan melalui poster, tetapi golongan sasaran yang hadir amat memuaskan hati pihak penganjur.

Penceramah terdiri dari Pengerusi PKR N. Sembilan YB Datuk Kamarul Bahrain, Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman, Pimpinan PAS dan PKR Jempul dan Ketua Biro Felda dan Masyarakat Orang Asal PKR Pusat Tuan Hj Hj Suhiaimi Said. Ketua AMK N. Sembilan Sdr Nazri Yunus dan pimpinan AMK tempatan juga turut hadir. Turut memberi ucapan adalah seorang Peguam yang mengendalikan beberapa kes berkaitan saman Peneroka terhadap Felda.


Ketua PKR Cabang Jempol, YDP PAS Jempol dan Peguam mewakili Felda

Berbagai isu disentuh di dalam isu felda, Peguam yang mewikili peneroka di dalam kes saman terhadap felda menerangkan secara terperinci berkaitan hak dan perlindungan kepada peneroka di sisi undang-undang (GSA). Pendedahan juga dibuat oleh YDP PAS Jempol tentang bagaimana felda kini kehabisan wang sehingga terpaksa meminjam wang dari KWSP sebanyak RM 6 Bilion. Beliau telah menunjukkan satu salinan Minit Mesyuarat yang membuktikan dakwaannya itu.

Tuan Hj Suhaimi Said - Ketua Biro Felda dan Masyarakat Orang Asal PKR Pusat
Isu felda terus menjadi hangat apabila Tuan Hj Suhaimi Said mengambil giliran berucap. Beliau lebih lanjut menerangkan darihal undang-undang (GSA) yang kebanyakan tidak difahami oleh para peneroka sehinggakan mereka takut untuk mempertahankan hak mereka sendiri. Beliau mendedahkan bagaimana seseorang peneroka mengalami kerugian sehingga mencapai RM 200 ribu seorang akibat penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh felda terhadap mereka. Tuan Hj Suhaimi menerangkan tentang Buku Jingga yang mana para peneroka dijanjikan tentang penghapusan Felda Plantation seterusnya akan menjadi hak milik warisan Peneroka, pengurusan felda peringkat bawahan, bekas-bekas anggota keselamatan dan mereka yang layak memohon.

Pengerusi PKR Negeri, YB Datuk Kamarul Bahrain memberi keyakinan bahawa nasib warga felda dan jenerasi mereka akan terbela sekiranya Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Peneroka mesti berani berubah demi masa depan jenerasi mereka. Beberapa kes yang dimenangi oleh peneroka di dalam saman terhadap felda menunjukkan golongan peneroka berada di pihak yang benar, justeru itu tidak menghairankan terdapat ugutan dari pihak pengurusan felda untuk menakut-nakutkan mereka.


Majlis di akhiri dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengerusi PKR N. Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Beliau banyak menyentuh isu di luar topik felda yang tidak kurang pentingnya sebagai maklumat kepada warga felda yang hadir. Di selang-selikan dengan ucapan berjenaka yang menggamatkan suasana, Dato' Fauzi menyentuh serba sedikit tentang isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang semakin ditakuti oleh Umno/Bn. Beliau sebagai bekas pimpinan Umno yang pernah berada di beberapa Kementerian di bawah Kerajaan Bn, memberi beberapa sebab mengapa Umno begitu takut dengan Ketua Umum PKR itu.


Umno kini hilang punca, parti sekular tersebut yang mulanya ingin mengadakan kerjasama dengan PAS tetapi setelah PAS menolaknya dengan tegas, kini mula merengek merayu agar DAP menyertai Bn pula. Setelah mereka melabel PAS dengan berbagai tohmahan termasuk parti ajaran sesat, melabel DAP sebagai pelampau kaum Cina dan komunis, kini Umno ingin menyantuni kedua-dua parti di dalam Pakatan Rakyat tersebut. Ini membuktikan Umno kini tiada lagi teman dan berseorangan untuk berdepan dengan hukuman dari rakyat di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kesimpulannya, program malam tadi amat berjaya kerana dapat mengumpulkan penduduk setempat di dalam satu jumlah yang besar. Bukan mudah untuk mengumpulkan warga felda seramai itu kerana mereka sering ditekan diugut agar tidak mendekati sebarang program dari Pembangkang.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


AgroTEK <b>Lukut</b> Permai: Tanah Lot Rumah disamping Mendapat Hasil <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 11:32 AM PDT

Info & Peluang Jana Pendapatan Bersama

LUKUT PERMAI

Assalamualaikum!

Tuan-tuan dan puan-puan adalah dipelawa untuk membeli satu hartanah seluas 3,500 hingga 5,400 kaki persegi yang terletak di Lukut, Kota Tinggi. Jarak hartanah tersebut ke bandar Kota Tinggi lebih kurang 10 km sahaja bersamaan 10 minit perjalanan. Hartanah ini milik bebas selama-lamanya. Hartanah ini dijamin bebas daripada banjir. Suasana kejiranan yang mendamaikan mata memandang dan berpotensi.

Hartanah tersebut hanya terhad kepada 40 lot. Peserta hanya perlu membayar antara RM15,000 hingga RM22,000 per lot mengikut saiz yang diperuntukan dan tidak termasuk yuran guaman dan kos-kos lain. BAYARAN ANSURAN disediakan.

Lot-lot tersebut akan diukur dan ditandakan sempadan mengikut keluasan yang telah ditetapkan. Ukuran tersebut akan dibuat mengikut 'standard' yang diluluskan oleh pihak berkuasa. Permohonan rasmi akan dibuat setelah urusan pembayaran kesemua lot diselesaikan oleh pembeli. Penentuan lot-lot adalah mengikut siapa yang mendaftar dan membuat pembayaran awal.

Pihak kami akan melantik sebuah syarikat yang akan berfungsi sebagai pengendali projek TANAMAN GAHARU dan PEMBINAAN RUMAH BURUNG WALIT dilokasi berkenaan. Peserta hendaklah bersetuju dengan pakej yang ditawarkan iaitu tanah lot gaharu dan rumah burung walit. Sebagai menghargai pembelian lot-lot berkenaan, Syarikat bermurah hati menguruskan projek-projek berkenaan tanpa sebarang kos daripada peserta dari awal hingga projek mendapat pulangan menguntungkan. Syarikat akan membahagikan hasil keuntungan antara pemilik-pemilik lot dan syarikat dengan nisbah keuntungan70% pemilik tanah dan 30% syarikat. Kadar perkongsian ini diketahui amat efisyen dikalangan syarikat-syarikat lain yang menawarkan pakej yang hampir sama.

Marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan ini dengan mendaftar awal hanya dengan RM 2,000 sahaja. InsyaAllah projek ini akan berjaya dan membuahkan hasil seperti yang diharapkan dan selebihnya kita serahkan kepada Allah swt.

MAKLUMAT RINGKAS TANAH LOT

  1. Harga setiap 1 lot yang dijual adalah serendah RM15,000 dan ke atas
  2. Keluasan setiap lot ialah 3,500 kps dan keatas
  3. Hakmilik tanah kekal selama-lamanya.
  4. Jumlah lot yang ditawarkan adalah sebanyak 40 lot.
  5. Pembeli memiliki lot tanah, projek gaharu dan rumah burung walit secara bersama.
  6. Setelah tanaman gaharu berhasil peserta berpotensi berpendapatan antara RM 70,000 hingga  RM 150,000.
  7. Setelah rumah burung berhasil setiap peserta berpotensi berpendapatan antara RM250 hingga RM500 sebulan.
  8. Satu pakej keuntungan yang belum pernah ditawarkan oleh mana-mana syarikat.
  9. Pakej ini dikhaskan untuk masyarakat melayu sahaja dan beragama Islam.
  10. Penduduk tetap dan beragama Islam dipertimbangkan.

Harga Untuk Keluasan 3580 kps (18 lot) - RM 15,000

Harga Untuk Keluasan 3950 kps (18 lot) - RM 16,000

Harga Untuk Keluasan 4600 kps (1 lot) - RM 18,500

Harga Untuk Keluasan 5000 kps (1 lot) - RM 19,500 

Harga Untuk Keluasan 5200 kps (1 lot) - RM 21,000

Harga Untuk Keluasan 5400 kps (1 lot) - RM 22,000

Syarat Tempahan Lot :

  1. RM 2,000 tempahan lot.
  2. RM 5,000 hendaklah dijelaskan dalam masa sebulan dari tempahan dilakukan.
  3. Bakinya boleh dibayar secara ansuran selama 24 bulan.
          ** Tiada riba.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

AGROTEK LUKUT PERMAI

1007, Jalan Anggerik 6/4, Taman Anggerik, 81440 Bandar Tenggara, Johor

Firdaus 0137002652,  Muhammad 0137163186

WEBSITE : www.lukutpermai.blogspot.com

EMAIL : ittu87@yahoo.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Mengombak Kemenangan <b>Di Kuala Pilah</b> - PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI <b>...</b>

Posted: 08 May 2011 11:37 PM PDT





8 Mei 2011, Ahad-Kg Pilah Tengah, Senaling: Lebih lima ribu orang telah hadir ke Ceramah Umum 'Mengombak Kemenangan Kuala Pilah' malam tadi. Ceramah yang julung kali diadakan dengan kehadiran bermakna Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan semangat ribuan yang hadir setelah menanti hampir sekian lama selepas PRU2008 lalu.

Kehadiran yang ramai dan luar jangkaan tersebut umpama membayangkan laluan kemenangan buat PR di Kuala Pilah. Walaupun pihak polis mengadakan sekatan jalan di laluan masuk selepas Pekan Senaling dan Seri Menanti, itu tidak menghalang kehadiran orang ramai membanjiri tapak ceramah.

Tapak ceramah yang terletak kira-kira 3 kilometer ke dalam dari Jalan Kuala Pilah-Tampin di Kg Pilah Tengah kelihatan meriah dengan deretan khemah-khemah peniaga memenuhi ruang tepi Jalan Senaling-Seri Menanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads