ads

Ahad, 23 September 2012

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Bilik Sewa Bujang (Lelaki) <b>di Seremban</b> 2 - 016-9088627

Posted: 16 Sep 2012 07:49 PM PDT

Kami menyediakan Bilik-bilik Sewa di Blok Dahlia Garden Avenue Seremban 2 :

a. Bilik Kecil - RM190 sebulan.

b. Bilik Sedang - RM 220 sebulan.

c. Bilik Besar (dekat bilik air) - RM 250 sebulan

(sewa 1+1)

Kemudahan:
- Taman Permainan & Taman tasik rekreasi
- Restoran Tomyam, kedai burger, kedai mamak
- Kedai runcit & pasaraya
- Parking luas
- Dekat Kolej Negeri,hospital,kilang Oakland,Bomba,Polis,Immigresen
- 20 minit ke KLIA/Nilai/Port Dickson/Seremban
- Jusco / Tesco / Pasar besar Seremban 2
- Pertonas / CIMB / Maybank

Sesuai untuk:
- Outstation/praktikal di Seremban.
- Melancong melebihi 3 bulan di Negeri Sembilan.
- Pelajar Kolej Negeri.
- Orang bujang ingin jimat sewa.

Sila hubungi: En. Ramlan - 0169088627

antara jam 3 ptg - 8 mlm (Isnin - Sabtu)

http://hotelseremban.com.nu

bilik sewa seremban bilik sewa bilik sewa garden avenue bilik untuk disewa rumah untuk disewa rumah sewa senawang sewa bilik seremban 2 apartment untuk disewa rumah sewa seremban cari bilik sewa portal sewa rumah sewa jusco seremban cari bilik rumah di seremban rumah sewa di seremban rumah teres untuk dijual rumah untuk disewa seremban bilik rumah utk disewa perempuan untuk disewa mencari bilik sewa flat untuk disewa rumah untuk disewa seremban rumah sewa negeri sembilan rumah sewa ampangan bilik sewa di ijm rumah sewa di panchor rumah untuk dilelong rumah untuk disewa di seremban cari rumah sewa di senawang rumah sewa negeri sembilan rumah sewa di senawang rumah sewa paroi bilik untuk disewa nilai mencari bilik untuk disewa rumah untuk disewa di n9 rumah sewa pd rumah untuk disewa di n.sembilan banglo untuk dijual mencari rumah sewa di seremban rumah untuk disewa di taman tasik sewa bilik panchor bilik untuk sewa rumah sewa di chedang portal sewa malaysia rumah untuk disewa negeri9 rumah teres sewa rumah untuk rumah bilik

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


BBQ di Taman Wetland Putrajaya, Picnic <b>di Teluk Kemang</b>,Port <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 10:04 PM PDT

Assalamualikum.

*Sila abaikan tajuk entri yang sangat panjang*


Sambungan entri Trip Ke Port Dickson Setahun Lepas !


Cerita ini sebenarnya sudah agak lama dan basi tapi takde la lama macam cerita Trip Ke Port Dickson Setahun Lepas. Cerita ini berlaku minggu lepas yang bertarikh 2 Jun 2012. Aku mengikuti rombongan Cik Kiah iaitu geng-geng SRMUKM berkonvoi sakan dari pagi sampai malam.

Pemandangan Di TAMAN WETLAND PUTRAJAYA Untuk pengetahuan korang, pengunjung tidak dibenarkan membawa kereta sehingga ke kawasan BBQ. Mereka hanya dibenarkan parkir kereta di luar seterusnya berjalan sehingga ke kawasan BBQ. Kami yang kurang pengetahuan mengenai Taman Wetland ni suka hati je main redah. Tiga buah kereta berkonvoi pada hari berkenaan. Aku naik kereta saga biru.

BBQ DI TAMAN WETLAND PUTRAJAYAIni tempat korang nak BBQ. Pekerja taman tersebut akan menghidupkan api di tempat BBQ and then anda boleh start membakar. So, tak perlu nak bawak arang atau mancis bagai. Just bawak ayam yang hendak dibakar. Senang bukan. Huhu.

Sebelum membakar, pastikan anda menempah terlebih dahulu tempat tersebut di meja pendaftaran bagi memudahkan sebarang urusan. *ayat skema budak UPSR* Wajib menempah ok. Wajib.

Taman Wetland PutrajayaSesi membakar ayam, daging burger dan hotdog sudah tamat. Tak lama pun masa yang diambil untuk ayam masak sebab memang tempat BBQ tu panas gila tak percaya sila letak tangan kau atas tu gerenti masuk wad nanti. Haha. Kak Ya dan Al-Amin sedang mengemas dapur dengan tekun sekali.

Bergambar DI TEPi TaSik Taman Wetland Putrajaya Sebelum bergerak ke Port Dickson, sempat juga bergambar kenang-kenangan di tepi tasik Taman Wetland. Pemandangan kat sini memang sangat cantik la wa cakap lu ! Sesuai sangat kalau kata Nisa Kay nak photoshoot kat sini. Haha. *sempat lagi seru nama Nisa kay*

Teluk Kemang Port Dickson Hampir tiga jam perjalanan sampai juga kami di Teluk Kemang, Port Dickson. Pelik sebab lama sangat nak sampai? Tak payah nak pelik sangat sebab hari tu memang jem tak hengat. Start jalan keluar Bangi pun dah jem. Mujur Khoiri mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila memandu.

Sampai sana terus cari port yang sesuai nak makan BBQ dan mee goreng yang sedap itu. Lapar gila dah nie dari pagi tak makan. Padahal tadi kat Taman Wetland dah habis sepinggan bihun goreng.. Herherherrrr..rr.. 

Tengah-tengah syok makan tanpa mempedulikan orang meminta seketul ayam bahagian isi, tiba-tibaaa

Selamat Hari Jadi Kek Hari Jadi SUPRISEEEE!!!!! Sempat lagi buat SUPRISEE kat Ilyani, birthday girl pada hari kejadian. Pandai je Ilyani buat muka excited padahal dia dah tahu kot orang nak buat surprise kat dia. Haha.

"Happy birthday Ilyani semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jangan lupa Apih Apijo tau Yani. Hahaha."

Yani kira beruntung sebab memang kitorang takde pun spare tepung atau telur nak baling kat Yani. Hehe. Selepas tamat sesi makan dan sesi bergelak ketawa di hadapan makanan, kami pun bergerak ke Pantai Teluk Kemang yang cantik itu.


Di tepi pantai Teluk Kemang Haaa, tudia. Tepi Pantai Teluk Kemang. Ramai jugak la orang harinie.
Seronok tengok orang lompat-lompat atas ombak.
Seronok tengok orang bina istana pasir. *Eh,ada ke*
Seronok tengok orang berkhemah bawah pohon rhu.
Seronok tengok orang main banana boat tapi tak berkesempatan nak main pun.
Seronok tengok banana boat terbalik pastu orang yang naik jatuh gedebukk dalam air. Harharhar. *huduh beno suke*

Bergambar Di Tepi Pantai Teluk Kemang Port Dickson                      wiwiwiiwiiittt.. wiiwiiiiitttttttt…. wiiiittttttttttttttttttttttttwiiiittttttttttttttt… LOL !

Selepas penat bergambar sakan di tepi Pantai Teluk Kemang yang cantik,
selepas penat bermain baling piring terbang *nama spesifik dia aku tak tahu*,
selepas maigrain kepala berjemur di bahan terik matahari,
kami pun mencari tempat berteduh. Dahaga sangat ni main panas.

Berehat Di Bawah POKOKBerehat puas-puas di bawah pohon asmara. Tetibe asmara dapat nama. Haha. Penat gila muka Khoiri tu. Rehat puas-puas sebab selepas ini kami akan bergerak ke Rembau pulak. Malam nanti ada kenduri kat sana, kenduri rumah Syazwan. Syazwan takde pulak dalam gambar nak tunjuk kat korang. Hohoho. Seharian berjalan nampak Apih Apijo? Well orang ajak I on je !

Rupanya majlis tahlil di rumah Syazwan. Ingatkan kenduri kawin ke apa kan. Dahla pakai baju pun macam nak pergi daki Broga Hill. Haha. Dah orang ajak tebalkan juga muka masuk dalam rumah tanpa mempedulikan lagi baju dan seluar yang sangat sempoi untuk ke majlis tahlil.

Memang terbaik lauk ikan keli yang kami makan kat rumah Syazwan. Nama apa ntah lauk tu. Aku pandai makan je nama lauk mana aku nak tahu. Hihihi. Ini juga merupakan kali pertama aku merasa masakan orang Negeri Sembilan.

Baby baru kami Haa, inilah dia. Gambar kenangan di Rembau. Sila abaikan muka super excited orang dalam gambar tersebut seterusnya fokus dekat baby yang comel itu. Baby ini pandai tahu. Dia suka betul aku dukung dia. Dengan orang lain dia taknak. Dengan aku dia laju je nak suruh aku dukung. Olo tomey tomey. Nama baby comel nie aku tak tahu. Aku dengar orang panggil dia Bunie so aku pun terus panggil dia Bunie. Sweet kan aku? Hahaha.

Hajat di hati nak sambung konvoi pergi rumah Khoiri pulak di Melaka. Hajat jela. Tak pergi pun. Selepas meminta diri untuk pulang, kami terus berkonvoi balik ke Bangi. Kejam Amin tak kasi aku tidur dalam kereta. Konon tak adil buat si pemandu dan penumpang yang lain. Fine Amin.

p/s: hoi I'm really really happy maaa konvoi dengan korang. tenss aaa lootttt !

*entri panjang nak mampos ko ade*

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Penantian penduduk <b>di</b> sekitar <b>Paroi</b> berakhir | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2012 05:31 AM PDT

SENAWANG, 06 Julai – Kerajaan Negeri membuktikan bahawa janji yang dikota selama ini akan terlaksana tidak lama lagi dengan terbinanya sebuah Dewan Orang Ramai pada Januari 2013 kelak.

Kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, dewan ini merupakan salah satu kemudahan yang dinanti-nantikan oleh penduduk di Paroi, Flat Seroja, Kampung Sentosa, Taman Tasik Jaya dan di kawasan sekitarnya.

"Oleh kerana kepadatan penduduk di segenap kawasan ini dan setelah mendapati tiada kemudahan untuk orang ramai, maka kerajaan negeri telah mempertimbangkan permohonan penduduk untuk membina sebuah dewan orang ramai," ujar beliau.

Menurut beliau, projek yang berkeluasan 80 x 120 kaki persegi ini akan menempatkan sebanyak 70 lot tempat letak kereta, sebuah pentas dan sebuah gelanggang futsal di atas tapak yang sama.

"Projek yang menelan belanja RM1.8 juta ini boleh memuatkan seramai lebih kurang 1000 orang dan pelbagai aktiviti upacara boleh dijalankan seperti majlis perkahwinan, program kemasyarakatan, acara kesukanan dan riadah," jelas beliau ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Orang Ramai Taman Tasik Jaya di tapak pembinaan Dewan Taman Tasik Jaya, di sini, hari ini.

Beliau berharap agar kontraktor yang dipilih untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan dewan ini dapat mematuhi  tempoh yang telah ditetapkan iaitu selama enam bulan mulai esok.

Dalam majlis tersebut, Menteri Besar turut menyampaikan alatan sukan kepada badan-badan NGO belia dan sukan.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai, Dato' Haji Abd. Halim Bin Haji Abd. Latif, Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Mohammed Najeeb Bin Abdullah, dan Ahli Parlimen Rembau, Tuan Haji Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Pusat Rawatan Islam At-Tobibi: Penundaan Tarikh Rawatan <b>di Nilai</b>...

Posted: 16 Sep 2012 11:52 PM PDT


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kepada Allah swt kerana rahmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat.

Pertama sekali kami memohon kemaafan kepada semua pesakit yang ingin mendapat rawatan di Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai, Negeri Sembilan pada 22 Sept 2012. Rawatan pada tarikh tersebut ( 22 September 2012) tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan dengan itu, sesi rawatan di Nilai akan diadakan sepertimana berikut:

Tarik : 29 September 2012 (Sabtu)
Masa : 9.30 am - 5.00 pm
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai, Negeri 9.

Sebarang perubahan tarikh dan masa akan diberi tahu dari semasa ke semasa.

Sekian Terima Kasih,
Admin

05 di jelebu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


Masalah air berlarutan sejak 1999 <b>di Jelebu</b> - Mohamad Taufek Abd <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 12:32 AM PDT

16 September 2012
Jelebu, N.Sembilan - Kira-kira 300 rumah penduduk di sekitar Simpang Pertang, Simpang Durian dan dua taman berdekatan terjejas berikutan sering kali menghadapi masalah gangguan air.
Penduduk, Mohd Yusof Salleh, 48, berkata, Rumah Awam Simpang Durian dan Taman Desa Permai merupakan antara kawasan paling bermasalah susulan tangki air di kawasan terbabit sering kali pecah.
"Sebelum ini, tangki air di Taman Desa Permai pernah pecah pada 1999, malah pemimpin negeri pernah turun padang meninjau keadaan di situ.
"Pihak berkaitan ada menyatakan untuk mengganti tangki berkenaan namun sehingga hari ini penduduk masih bergantung kepada tangki lama.
"Akibatnya, penduduk terpaksa menghadapi masalah kekurangan air dan bertambah kronik setiap kali menjelang musim perayaan yang mana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.
Seorang lagi penduduk, Mazlan Said, 53, berkata terdapat kebocoran pada tangki berkenaan baru - baru ini hingga menyebabkan bekalan air penduduk terputus selama 48 jam.
"Paling teruk sekali apabila bekalan air terputus selama 36 jam kira-kira sebulan lalu sekali gus mendatangkan masalah kepada kerana kami tiada bekalan air lain di sini.
"Apabila berlaku masalah ini, penduduk terpaksa mencatu kegunaan air. Jika penduduk itu berniaga makanan misalnya, mereka juga menghadapi masalah," katanya.
Sementara itu, Mustakim Mohamed, 48, berharap masalah tersebut dapat diatasi secepat mungkin demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk.
Menurutnya, masalah sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi kedua-dua lokasi taman perumahan itu terletak di kawasan pekan.
"Terdapat lebih 300 rumah di kedua taman perumahan ini. Jika sebuah rumah mempunyai lima ahli keluarga, bayangkan bagaimana mereka mahu berkongsi bekalan air yang sedikit," katanya.

Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Jelebu</b> Ogos 2012

Posted: 16 Aug 2012 07:39 AM PDT

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak Negeri Sembilan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
2. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR & DESA
3. JURUTEKNIK KOMPUTER
4. TUKANG K3
5. PEKERJA AWAM

Tarikh tutup permohonan ialah pada : 30 Ogos 2012

Maklumat lanjut jawatan kosong sila klik sini
Borang Permohonan jawatan sila klik sini

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved