ads

Isnin, 5 November 2012

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Pemuda BN <b>Jempol</b> Fasa Akhir Persediaan Untuk Bertempur <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 06:12 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pemuda BN Jempol Fasa Akhir Persediaan Untuk Bertempur Di Medan PRU 13

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

JEMPOL, 1 Nov – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Jempol baru-baru ini telah mengadakan Kursus Pemidato Pemuda BN Jempol khususnya menyediakan barisan jurucakap dan penceramah Pemuda BN, dalam menangkis dakyah dan fitnah dari pakatan pembangkang terutama menjelang pilihanraya umum nanti.

Pengerusinya, Nizam Aman berkata, Pemuda BN Jempol sedang membuat persiapan terakhir Pilihan Raya Umum, bukan sahaja dari segi gerak gempur, keselamatan malah jurucakap dan penceramah khusus dari Pemuda Jempol sendiri yang lebih memahami isu tempatan dan isu-isu semasa di sini.

"Di sini kita dapat melihat Pemuda BN Jempol telah siap siaga, jentera gerak gempur, pemuda bermotor dan penambahbaikan yang kita buat, di mana kewujudkan Unit Pidato di peringkat Pemuda BN Nasional, akan memberikan ruang dan peluang khususnya kepada anak-anak muda dalam daerah Jempol ini mempelari teknik dan taktik mematahkan hujah-hujah pembangkang.

"Hari ini kita dapat lihat, di dalam kursus ini komitmen anak-anak muda mampu berhujah dengan cara yang baik dan matang, dalam usaha mematahkan dakyah-dakyah pembangkang. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan peluang untuk kita melahirkan lebih ramai pejuang dan pemimpin muda dalam Pemuda BN dalam meneruskan kesinambungan perjuangan BN di masa akan datang," ujarnya.

Tambahnya, program-program sebegini harus diteruskan dari semasa ke semasa selain diskusi di antara ahli dan pemimpin Pemuda Kompenan BN, kerana di sinilah kita boleh bertukar-tukar pemikiran dan pandangan selain memantapkan gerak kerja Pemuda BN bukan sahaja dalam persiapan menghadapi pilihan raya, malah dalam gerakkerja kita mendekati rakyat khususnya di akar umbi.

"Inilah salah satu pendekatan Pemuda BN menambah baik gerakan kita, Unit Pidato ini memberikan peluang kepada anak muda menunjukkan kebolehan dan keberanian mereka untuk bercakap bukan sahaja di pentas-pentas ceramah, malah di kedai-kedai kopi juga," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 9:12 PM

Gangguan bekalan air <b>di</b> Seremban, <b>Jempol</b>, Tampin, Gemencheh <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 09:42 PM PST


SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban, Jempol, Tampin, Gemencheh dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja pengalihan paip dan penyelenggaraan loji rawatan air.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air itu akan bermula pukul 9 pagi hingga 9 pagi keesokannya (7 Nov) di Seremban melibatkan seluruh bandar Seremban, Temiang, Templer, Lobak, Jalan Rasah, Mambau, Batu-5 Jalan Kuala Sawah, Jalan Sa'ba, Jalan Rahang dan Jalan Labu Lama.

"Di Jempol, gangguan bekalan air bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam melibatkan Felda Sungai Lui dan Felda Lui Barat, manakala gangguan bekalan air mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam di Tampin pula melibatkan Kampung Keru, Taman Repah, Kampung Repah, Kampung Seri Repah, kawasan industri Repah dan Taman Gunung Mas.

"Turut terlibat ialah kawasan industri Gunung Mas, Taman Woon, Taman Bahagia, Taman Tampin, Kampung Baru, Kampung Tampin Tengah, Hospital Baru Tampin, Kampung Dusun, Taman Tampin Jaya, Rumah Rakyat Repah, Kampung Kolam Air, Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian dan Taman Rasa Sayang," katanya di sini, hari ini.

Azlan berkata di Gemencheh gangguan bekalan air pada waktu yang sama (8 pagi-8 malam)  melibatkan Taman Orkid, Taman Gembira, Taman Gemencheh Baru, Ladang Regent, Taman Regent, Taman Muhibbah, kawasan Batang Melaka dan Kampung Punggor.


   
Sementara itu, gangguan bekalan air di Rembau pada waktu yang sama (8 pagi-8 malam) melibatkan seluruh kawasan Kendong, Kota, Gadong, Legung Ulu, Legung  Hilir, Bongek, Chengkau, Nerasau, Penajis, Miku, Selemak, Astana Raja, Semerbok, Kampung Durian Daun, Kampung Pulau Besar, Kampung Pulau Bukit, Kampung Pulau Mampat, Kampung Fajar Harapan, Kampung Batang Nyamor, Kampung Chenong Ulu dan Kampung Lada.

Selain itu, gangguan juga berlaku di Mukim Tanjung Kerling, Batu Hampar, Taman Seri Rembau, Kampung Chuai, Pekan Rembau, Sena Ulu dan Hilir, Kampung Rendah Kayu Ara, Senama, Desa Permai Mampong, Kampung Mampong, Petronas Rembau, Shell Rembau, Pejabat Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Kampung Mulia, Kampung Seberang Sawah, Kampung Perigi Jernih dan Kampung Tebing Tinggi.

Azlan berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat terutama di beberapa kawasan tinggi yang pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

IKLAN TEKS: Ingin membeli produk insurans Etiqa Takaful? Sekitar Kuala Pilah. Telefon 0123280345 untuk temujanji. Jangan pandang remeh pada sesuatu yang anda rasa tidak perlu sekarang. Suatu hari nanti pasti anda terasa menyesal. Yang anda rasa tidak perlu ini sebenarnya yang akan memberikan sesuatu yang terbaik kala kesempitan.

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


Digelar &#39;Nyonya kutip kotak&#39; | n9kini.net

Posted: 29 Oct 2012 06:21 PM PDT

SEREMBAN – "Saya tiada wang. Saya lebih sanggup bergelap dan berpanas di rumah kerana mahu berjimat," kata Lee Nyiek Kiaw, 76, yang hidup serba kekurangan selepas mengambil keputusan tinggal sendirian kerana tidak mahu menyusahkan anaknya.

Malah, ketika kunjungan Sinar Harian ke rumahnya di Mambau, dekat sini bersama Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Masyarakat Negeri Sembilan (PKKMNS), Nyiek Kiaw memberitahu, itu kali pertama kipas di rumahnya dibuka sejak empat tahun menetap di situ.

Menurutnya, bagi menampung kehidupannya dia akan mencari dan mengutip barang terpakai yang boleh dijual untuk mendapatkan wang.

"Saya akan keluar rumah seawal jam 4 pagi bagi mencari barang terpakai seperti kotak, tin dan botol di sekitar kawasan perumahan saya.

"Biasanya jam 7 pagi saya akan pulang ke rumah untuk bersarapan dan dua jam kemudian saya akan keluar semula bagi meneruskan kerja mencari barang terpakai," katanya.

Nyiek Kiaw yang dikenali sebagai 'nyonya kutip kotak' berkata, dia tidak ada pilihan lain kerana dalam usianya semakin tua tiada sesiapa yang sanggup menerimanya bekerja.

"Penduduk di kawasan ini pun tahu kerja saya dan mereka sangat baik apabila memberi barang terpakai kepada saya untuk dijual.

"Biasanya saya akan menjual sekaligus kepada peraih dengan bayaran sebanyak RM40 hingga RM50 sebulan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika terdesak dia terpaksa menjual barang yang dikumpul kepada peraih lain yang bayarannya jauh lebih rendah.

Lebih malang lagi, katanya, pernah hasil kutipan barang terpakai yang dikumpulnya di belakang rumah dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Dulu saya pernah bekerja sebagai pembantu kedai makan, tapi sejak menghidap sakit jantung dan perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) saya tidak kuat lagi," katanya.

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Tambak pantai: Peniaga <b>Teluk Kemang</b> terjejas - Mohamad Taufek <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 04:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 peniaga sekitar Pantai teluk Kemang ke Parlimen hari ini bagi mengadu tindakan kerajaan membina projek pembangunan di kawasan tersebut sehingga menjejaskan perniagaan mereka.
Kumpulan tersebut yang diketuai Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Kita, Shahruddin Abu Talib membantah proses penambakan pantai yang menjadikan cerun semakin dalam dan telah mengorbankan beberapa nyawa.
Mereka ditemani Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrulhisham Shahrin.
"Secara tidak langsung ini menjejaskan kedatangan pelancong dan dan menjejaskan ekonomi para peniaga di kawasan sekitar," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Kumpulan tersebut turut membantah pembinaa longkang-longkang besar yang menyebabkan air laut Telok Kemang menjadi keruh dan kotor.
Air longkang yang kotor dan mengandungi bahan-bahan kimia menyebabkan kulit pengunjung dan pelancong dijangkiti kuman.
"Kami bukan menolak pembangunan tetapi kami tak setuju air longkang dialirkan ke laut. Ini bukan sahaja menyusahkan pengunjung malah ikan-ikan juga lari ke tempat lain dan menjejaskan pendapatan nelayan." katanya.
Selain itu, kumpulan tersebut menuntut gerai-gerai yang sudah buruk dibina semula berkonsepkan seni bina Negeri Sembilan yang boleh menjadi daya tarikan pengunjung tempatan dan pelancong.
"Kami tidak mahu gerai-gerai kami dibina seperti sekarang yang seakan-akan kedai menjual ikan dan tiak mendapat kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) yang dikategorikan sebagai projek gajah putih," tegasnya.
Shahruddin juga kesal apabila aduan mereka kepada Yang-DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin kelmarin tidak diambil peduli.
"Abdul Wahab lebih mementingkan keuntungan dari projek-projek berbanding nasib rakyat dan peniaga di situ," kata Shahruddin.
Sokongan terhadap Umno tipis
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson, Syed Mohd Arshad Jelani yang juga ketua bahagian Umno batu Empat mengakui bahawa sokongan terhadap parti itu semakin tipis akibat isu ini.
"Majoriti daripada kami ini ahli Umno dan harapan untuk terus menyokong Umno semakin tipis bila kami diperlakukan begini," katanya.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), dan Er Teck Hwa (DAP-Bakri).
Peniaga diusir, Pantai Telok Kemang dirampas untuk pembangunan
KUALA LUMPUR 1 November: 100 wakil peniaga sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson berhimpun di perkarangan Parlimen hari ini membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan 'menutup periuk nasi' mereka dari kawasan itu untuk projek pembangunan.
Perhimpunan itu diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson, Syed Mohd Arshad Jelani dan Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Kita, Shahruddin Abu Talib.
Dalam panas terik, kumpulan tersebut turut memegang sepanduk dan kain rentang antaranya bertulis "Selamatkan Pantai Kito", "Mana Hak Kami" dan "Kekalkan Keaslian Pantai Telok Kemang".
Mereka juga menyampaikan memorandum berhubung perkara itu.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, tanah tersebut ditambak dan sebahagian besarnya dijadikan milik peribadi beberapa individu.
Katanya, kerajaan negeri rakus merampas tanah tersebut dan menghalau peniaga terbabit tanpa sebarang notis, seterusnya meluluskan projek di kawasan itu.
"Mengikut Kanun Tanah Negara, menjadikan pantai sebagai milik peribadi adalah satu kesalahan. Kerajaan luluskan pula projek untuk tambak pantai yang merosakkan kawasan pantai dan menghalau peniaga yang sudah berpuluh tahun berniaga di sana," katanya.
"Kita juga telah tampil ke pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan panjangkan isu ini. Janji bagi jawapan, tapi hingga kini masih tiada respon, jadi hari ini kita bawa mereka ke Parlimen supaya rakyat Malaysia tahu tentang isu ini," kata Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu.
Memorandum berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Disebabkan kelewatan beliau, memorandum diserahkan kepada Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua untuk dibahas di Parlimen.
Kelmarin, ketika peniaga tersebut bertemu Yang-DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin, mereka dihalau, malah turut dipanggil 'lembu'.
"Abdul Wahab lebih mementingkan keuntungan dari projek-projek berbanding nasib rakyat dan peniaga di situ," kata Shahruddin.
Pemimpin Pakatan Rakyat turut memandang serius penindasan itu dan mendesak pimpinan BN membela nasib rakyat serta pantai yang sepatutnya menjadi milik mereka.
"Sebenarnya isu ini tidak susah, sepatutnya pihak berkuasa Port Dickson boleh selesaikan isu ini di sana tanpa rakyat perlu bersusah payah datang sejauh ini menuntut pembelaan," kata Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Antara pemimpin yang turut menyatakan sokongan dan turut sama berdemo termasuk Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

~We Gain & We Spent~: Pantai <b>Teluk Kemang</b>, PD

Posted: 01 Nov 2012 07:51 AM PDT


Ni dah termasuk dalam kategori tak tau nak pergi mana tapi nak berjalan. Nak pergi jauh2 kashi illek. So pergi je la mana dan. Ukur baju badan sendiri ye dak? tp bdn aku beso. Kalau nan hadoo, buat cara nan hadoo. Ini la dia jalan2 cuci mata kami sebelum raya aidiladha hari tuh. Ke Teluk Kemang, PD. Walaupon biasa2 jer, kami cukop bahagia berborak dr tengahari sampai menjelang senja. Makan, borak, gelak, makan, gelak dan borak. Dengan modal beberapa ringggit je. Alhamdulillah.

Punya la ramai manusia. Punya lah dah lama tak pergi. Punya la lain rupa. Punya la terkejut aku nengoknya.


Banyak gerai2 niaga di sepanjang pantai. 


Tempat parking pon banyak dan semakin terurus.

Oh yang ini aku sangat teruja. Dulunya tepi pantai ni kosong tak ada apa2. Nowdays dah ada benda baru  ala2 negara jiran. Iaitu canopy and kerusi2 santai UNTUK DISEWA. 


Nothing is free in this world. Jangan selamber badak duduk plak. Wah ingat ada orang sedia untuk kita? Baik sangat la orang2 tuh kan ;p Kalau di negara jiran kerusi malas je semata dibentangkan. RM10-RM20 sewa seharian kalau tak silap. Duduk la ko sampai kematu. Di PD ni RM40 kauuuu. Tapi 1 canopy siap dengan 4 buah kerusi lah dia bagi. Siap 1 meja koboi. Tapi masih mahal la pada aku. Sian makcik2 yang nak menyewa. Bkn mat saleh yang nak duduk n membaca kat situ sampai 18jam. Paling2 pon org mesia ni berendam 1-2jam pon dah sangat lama untuk 1 family. Dengan RM40 baik depa p makan anak beranak. Ye dak? 
Banyak kemudahan untuk orang ramai. Segala2nya dah di pertingkatkan. Ada balai polis depan tuh, ada bilik mandi yang besar dan mcm2 lagi lah untuk mempermudahkan para pengguna.


Sepanjang pantai memang meriah dengan jualan2.

Price tuh mahal ke murah? 


Apekebenda ni?Rumah api barangkali ;p Eh ctk burung terbang tuh. Indah!





Dah penat bersiar2 moh makan.

Sepanjang jalan tuh melambak gerai2 yang boleh menjadi pilihan uols. Memang aku suke bena gerai2 tepi jalan ni. Tak sure kenapa, memang darah kampung mengalir dalam diri ini kot. Ahaks. Bile gerai ia akan menjadi lebih santai dan sempoi. Baru lah chill. Sedap borak.
Memang sodap! Asam laksa.



Tak ke rasa indah lepak disamping orang tercinta. Buang2 masa yang berbaloi? Tapi jgn la buang masa sampai kelaut dan lupa kewajipan. Huhuhuhu. Gerai makan plak aku tak tahu nak rekemen yang mana. Aku rasa semua sedap. Semua hampir sama. And alhamdulillah gerai yang kami pilih ni gerai yang sedap. Nak tahu sedap ke tak sedap nya kami makan minum sampai ke petang. Sampai meja kami penuh dek makanan dan gelas air. 
Total untuk semua yang kami makan adalah RM20 sahaja. Alhamdulillah. Murah gila. Kopi o ais, kelapa, teh tarik, laksa asam, mee goreng telor mata, cendol, kerang rebus!
Kenyang perut, senang hati. Jom sambung jalan.

Tangkap gambar dari tempat duduk gerai. PEMALAS kan?
Lepas dah kenyang kami pon jalan untuk tengok sunset. Alhamdulillah. Lagi sekali kami dapat menyaksikan apa yang menghiburkan hati kami. Kejadian Ilahi. 





So.. Wassalam uols. Nanti bersua kimbalik ya? Kalau ada rejki, insyaAllah. Kalau untung sabut timbul, kita jalan jauh sket, untung batu? Kita jalan dekat jer nahhh? 

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Perdana Menteri <b>Di Paroi</b> Lautan Manusia <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2012 06:19 PM PDT

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Qasidah Kontemporari, dakwah Bushra Lana | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 09:21 PM PDT

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan album nasyid Qasidah Kontemporari yang pertama diterbitkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) baru-baru ini.

MASHITAH Ibrahim melakukan gimik pelancaran album Qasidah Kontemporari sambil diperhatikan oleh Muhamad Muda (kiri) bersama Kumpulan Bushra Lana di USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Album ini dinyanyikan oleh enam pelajar USIM yang menggelarkan diri sebagai kumpulan Bushra Lana menggunakan pendekatan susunan muzik kontemporari dalam menarik minat belia dan mahasiswa supaya mencintai lagu-lagu yang memuji Rasullulah S.A.W selain memacu keupayaan universiti meningkatkan karya seni berteraskan Islam.

Antara enam buah lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah, Assalamu'alaik; Bushra Lana; Khairul Bariyyah; In Qiila Zurtum; Salamun Kamiskil Khitam dan Ya Imam Rusli.

Penerbitan album ini juga menerapkan hiburan keislaman dalam menyemarakkan industri nasyid tanah air selain meningkatkan pembangunan sahsiah di kalangan warga IPTA dalam melayari hiburan yang mendidik jiwa.

Album tersebut dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Yang turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda.

Ketua Kumpulan Bushra Lana, Mohd Husaini Mahmur berkata, kewujudan album ini bertujuan memelihara dan mencintai hiburan yang berteraskan Islam.

"Lagu-lagu ini menekankan aspek meningkat kerohanian dan mendidik jiwa bagi setiap pendengar. Kami mengharapkan ia dapat diterima oleh mahasiswa di IPTA di seluruh negara.

"Lagu-lagu ini mengajak masyarakat ke arah kebaikan. Tidak seperti muzik dan genre lagu lain yang melalaikan masa kini," katanya.

Mohd Husaini berkata, kumpulan Bushra Lana mengeksperimen gabungan muzik kontemporari Islam dan moden untuk menjadikan ia lebih dirasai dan dapat diterima oleh semua generasi tanpa mengubah dan menghilangkan keaslian kesenian muzik Islam.

"Qasidah Kontemporari mengandungi enam lagu yang dirakamkan di studio rakaman Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM.

"Penerbitan album ini diketuai oleh Ketua Unit Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed dengan menggunakan khidmat komposer terkenal Fauzi Marzuki," katanya.

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Ikan bakar <b>di Port Dickson</b> - Ema Blog

Posted: 31 Oct 2012 05:39 PM PDT

Dah banyak kali sampai ke Port Dickson. Tapi inilah kali pertama datang PD dapat merasa ikan bakar. Itupun tanya staff hotel thistle kat mana ada kedai ikan bakar yang sedap kat area situ. so staff tu suggestkan kami di sini.
Restoran Seri Ikan Bakar Mesra & Seafood. kedainya sebelah dengan klinik mesra, mesra supermarket dan hotel mesra..tak tahulah anak beranak keluarga mesra ke apakan..tepi jalan..kalau dari KL nak ke Pantai Teluk Kemang sebelah kiri.
Seminggu kami ema kat sana..tiga kali ema datang dinner di restoran ini.
Sini, makan lauk dengan nasi lemak atau nasi putih tau..nasi lemak dia memang best...bungkusannya pun comel..harga RM 1 sebungkus...
So, lepas letih dan kelaparan mandi kolam, petangnya kami keluar cari makanan ringan..bila nak ke bandar PD akan selalu nampak ramai orang yang singgah di gerai tepi jalan ni...so, kami pun ikut sekalilah singgah..nak tengok apa yang speselnya kat sini..
Kat sini ada jual goreng pisang, cucur, keropok lekor, laksa, bihun sup, rojak buah..sesuai untuk mengalas perut sebelum melantak dinner di restoran seri mesra.

 Satu lagi tempat makan untuk tengahari adalah kedai asam pedas..kedainya depan-depan dengan Pantai Teluk Kemang.

Tak cuba tak tahukan..

CoReTaN FaRaMyZa: <b>di PORT DICKSON</b>

Posted: 28 Oct 2012 09:01 AM PDT

ni entry just nak post gambar2 aku d Port Dickson...
no entry panjang2 dlm post ni..hehehe :))















 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved