ads

Isnin, 29 April 2013

05 di juasseh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


Calon DUN <b>Juasseh</b> dan Petugas keAdilan sedang beramah mesra <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 10:43 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Calon DUN Juasseh dan Petugas keAdilan sedang beramah mesra dengan pengundi di pasar malam Juasseh. Posted by admin on Apr - 26 - 2013. Sama-samalah kita mengundi calon Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan ...

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Atia Adina: Celebrate Birthday Acik <b>di</b> Pizza Hut <b>Bahau</b>

Posted: 26 Apr 2013 04:48 AM PDT

23 march 2013, kami sekeluarga semua balik palong sebab atuk tan nak celeberate harijadi acik yang ke 22 tahun ... tinggal lagi setahun sahaja lagi acik kat maktab besut ... sekejap jer masa berlalu kan .. dah besar panjang dah acik saya ni ...
ni laluan dari umah atuk tan ke bahau ... kami gerak pas maghrib ... perjalanan dalam 40 minit ... jauh juga dari umah atuk tan nak ke pekan ... tapi sebab dah biasa ... jadi rasa dekat jer palong - bahau...


paklong saya ... macam budak-budak ar paklong ni ... tu sian abang afiq duk tunggu turn nak main skate board dia

idola saya ... sapa lagi kalo bukan kakak fara


cepat pilih nak makan apa ... bajet atuk tan RM300

makanan malam tu di order oleh ibu, mak uda & pak uda ... kami bajet cukup-cukup kenyang jer ...  jadi selamat duit atuk tan ... total RM180 ... hahaha ... kalo maklong & paklong yang order confirm habis RM300 yang atuk tan bajet ... kih kih kih ... itu pun ada gak makanan lebih ... masing-masing dah kenyang makan ayam KFC sementara pizza sampai... kami tapau KFC sebab berbelah bahagi nak celeberate kat pizza ke KFC .. last-last, makan kat pizza tapi tapau KFC ... so yang nak makan KFC tak kempunan


atuk tan suapkan kek buat anak lelaki pertamanya ... atuk tan memang seronok sangat masa acik lahir ... mana tak nya .. 3 berderet perempuan ... akhirnya dapat lelaki ... seronok sangat lah kan ... siap buat kenduri ... hehehe.... pas tu yang ke-5 pun lelaki ... yang ke-6 atuk tan harap lelaki lagi ... tapi atuk ne plak dah tak nak anak .. dah tua katanya ... so 5 jer lah adik beradik ibu saya

adik beradik ibu semua duduk dekat lembah klang ... acik sorang jer duduk pantai timur ... harap-harap pas ni acik dapat posting area sini ... 

amboi ... mak uda & pak uda









last sekali ... peace dari kami sepupu sepapat ...

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Video Baru: Peragut Ganas Dibelasah Penuh Darah <b>Di Seremban</b>!

Posted: 24 Apr 2013 06:18 AM PDT


Seorang peragut dibelasah teruk oleh orang awam setelah cubaanya untuk meragut seorang lelaki gagal.

Video yang dimuat naik di Youtube siang tadi memperlihatkan peragut itu berada dalam keadaan berlumuran darah.

Menerangkan kejadian yang berlaku oleh pihak yang memuat naik video berkenaan, peragut tersebut dikatakan cuba untuk meragut seorang lelaki India yang baru sahaja keluar dari sebuah bank.

darah 2

Tindakannya bukan sekadar meragut, tetapi juga dia telah menetak mangsanya di bahagian muka.

Namun dia kemudiannya berjaya ditahan orang awam.

darah 3

Mereka yang marah dengan perbuatannya itu bertindak membelasahnya sehingga dia pula berlumuran darah.

Kejadian dipercayai berlaku di Maybank, Seremban 2 kira-kira jam 3 petang tadi.

Melihat pada video yang dimuat naik, pihak polis telah menahan peragut tersebut dan parang yang digunakan untuk menetak mangsa juga telah dirampas.

Melihat kepada klip kejadian seperti itu, anda dinasihatkan untuk berhati-hati terutamanya ketika berada di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti bank.

Oleh: HARITS ASYRAF

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

05 di mantin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mantin - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mantin</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2013 11:08 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

gambar kereta ferrari terbakar <b>di mantin</b>, negeri sembilan

Posted: 17 Mar 2012 04:47 AM PDT

Perghh…..apa la perasaan tuan empunya Ferrari nie yea. Sebak, hiba, sayu, patah hati? Kalau hondacup cabuk sendiri terbakar pun dah nak nangis nie kan pula kereta yang bernilai jutaan ringgit. Begini lah nasib sebuah kereta Ferrari terbakar dalam satu kejadian di KM28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin dekat Seremban, petang tadi.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Apa yang abgteror leh nasihatkan agar tuan kereta banyak-banyak bersabar yea. Kalau kebakaran berpunca dari kesilapan elektronik comfirm dapat claim balik sebijik Ferrari tu.

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
GAMBAR KERETA FERRARI TERBAKAR DI MANTIN, NEGERI SEMBILAN, 10.0 out of 10 based on 1 rating

05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di gemas</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 09:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KHOBAR ORANG NOGORI: Tiga flat <b>di Bahau</b> dicat semula

Posted: 03 Apr 2013 12:00 AM PDT

DUA pekerja mengecat semula Flat Taman Meranti di Bahau, Jempol, kelmarin.

JEMPOL 5 April - Penduduk di tiga buah flat di Bahau dekat sini, gembira apabila Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi mengecat semula kediaman mereka yang berusia lebih 21 tahun.
Flat yang berwajah baharu adalah Flat Taman Bahau Indah yang mempunyai lapan blok, Flat Taman Meranti (empat blok) serta Flat Taman Rasa Sayang (satu blok).
Penduduk, Rohani Yusof, 32, melahirkan rasa gembira apabila kediamannya kini berubah wajah dan kelihatan lebih ceria.
"Saya bersama keluarga mula tinggal di rumah pangsa ini kira-kira 10 tahun lalu. Dulu keadaan bangunan ini kusam dan kelihatan kotor kerana sudah lama tidak dicat.
"Projek mengecat rumah ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa," jelasnya.
Bagi P. Krishanavani, 63, penduduk seharusnya bersyukur dengan usaha kerajaan itu yang bertujuan membolehkan rakyat mendapat nikmat daripada kemajuan negara.
"Banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat. Di kawasan ini, mereka bukan sahaja mengecat semula bangunan malah turut menyelenggara jalan di kawasan ini," katanya.
"Pastinya penduduk di sini gembira malah ada kenalan yang datang ke sini mula memuji keadaan bangunan ini. Ini juga membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memungkiri janji yang dibuat untuk rakyat," katanya.
Sementara itu, Ah Lim, 45, berharap penduduk di kawasan tersebut bersama-sama menjaga kebersihan agar bukan sahaja hidup dalam keadaan ceria malah sentiasa sihat.
"Bangunan rumah sudah cantik jadi kawasan rumah perlu bersih. Saya harap penduduk dapat bersama-sama bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong agar kawasan ini sentiasa bersih," ujarnya.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved