ads

Rabu, 14 September 2011

05 di lenggeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lenggeng - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Temui Bob Lokman <b>di Lenggeng</b> 10 Mei 2011

Posted: 04 May 2011 02:17 AM PDT

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


POKOK & TOKOH: Tunku Besar <b>Tampin</b>, Tunku Datuk Syed Idrus <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2011 01:29 AM PDT


PERGINYA PENAUNG ADAT DI TAMPIN


Tunku Datuk Syed Idrus Tunku Syed Mohamad meninggal dunia pada usia 78 tahun, 26 Disember lalu kerana sakit tua. Syed Idrus adalah penanung adat bagi daerah Tampin, Negeri Sembilan bergelar Tunku Besar Tampin Ke-6. Berita tentang pemergiannya yang tidak akan kembali lagi ini sedikit sebanyak mengundang beberapa pertanyaan kepada orang ramai. Penduduk Negeri Sembilan, amnya dan penduduk Tampin khasnya. Sebabnya, cerita tentang wujudnya gelaran Tunku Besar Tampin tidak banyak diketahui orang, khususnya di kalangan anak muda.

Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, yang kini dalam usia persaraan, sampai sekarang masih belum jelas tentang signifikan nama Tunku Besar Tampin yang dikaitkan dengan sekolahnya. Setahu dia, sekolah itu sebelumnya bernama Government Secondary English School Tampin. Tiba-tiba pada awal tahun 1960an, sekolah itu bertukar nama. Bekas pelajar sekolah itu juga buat pertama kalinya dapat melihat wajah Tunku Datuk Syed Idrus yang bergelar Tunku Besar Tampin itu pada hari perasmian majlis pembukaan Bangunan Tambahan sekolah berkenaan pada tahun 1962. Syed Idrus adalah tetamu kehormat sekali gus merasmikan bangunan tambahan itu.

Menurut seorang ahli sejarah Negeri Sembilan, Norhalim Ibrahim, Tunku Besar Tampin adalah nama gelaran yang diperkenalkan Inggeris pada awal tahun 1830an dahulu. Pada ketika itu Inggeris yang menjajah Melaka sedang berperang dengan Naning, wilayah di utara Melaka yang enggan mengakui ketuanan Inggeris. Dato' Naning dan para pengikutnya dengan bantuan Undang Rembau Ke-13, Dato' Lela Maharaja Ngonit berusaha mempertahankan wilayahnya daripada dijajah Inggeris.

Inggeris mengalami kesukaran menakluki Naning. Inggeris menyedari bahawa tanpa bantuan orang tempatan, tidak mungkin mereka berjaya mengalahkan Dato' Naning. Pada masa yang sama, Undang Rembau, yang mentadbir wilayah Rembau berada dalam keadaan "bermasalah" dengan Yang Dipertuan Muda Rembau, Syed Syaaban dan menghalaunya keluar wilayah. Bagaikan menangguk di air keruh Inggeris "memujuk" Syed Syaaban membantunya mengalahkan Dato' Naning, sekutu Rembau.

Inilah detik permulaan nama Tampin mula menjadi sebutan. Sebelumnya Tampin, yang menjadi sebahagian daripada wilayah Rembau Baruh adalah daerah yang dibuka sepenuhnya. Inggeris menjanjikan kepada sekutu tempatannya andainya Naning dapat ditakluki maka Tampin akan diserahkan kepada sekutunya setelah membuat perjanjian dengan Rembau.

Menurut Halim Syed Syaaban dianggap tokoh sekutu Inggeris yang banyak membuka rahsia kekuatan Dato' Naning hingga akhirnya musuh utama Inggeris itu berjaya dikalahkan. Dan Yang Dipertuan Muda Rembau, Syed Syaaban "ditabalkan" sebagai Tunku Besar Tampin, terpisah daripada wilayah Rembau. Wilayah pentadbiran di bawah Tunku Besar Tampin ialah Repah, Keru, Tebung dan Tampin Tengah.

Gelaran Tunku Besar Tampin ini adalah eksklusif untuk keluarga dan keturunan Syed Syaaban dan Tunku Syed Razman, anakanda Tunku Dato' Syed Idrus adalah waris ketujuh dianugerahkan gelaran ini. Ditanya tentang kedudukan Tunku Besar Tampin dalam jenjang pentadbiran adat di Negeri Sembilan, Norhalim menjelaskan, "Kedudukan Tunku Besar Tampin hanyalah sebagai salah seorang ahli penuh Dewan Perundangan dan Keadilan Negeri Sembilan yang dipimpin Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan." Ahli-ahli lain termasuklah Undang Yang Empat dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Lazimnya gelaran Tunku Besar Tampin ini akan disebut bersamaan dengan nama Undang Yang Empat dengan kedudukan di bawah Yang Di Pertuan Besar. Namun, Tunku Besar Tampin tidak memiliki kuasa untuk memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar. Kuasa itu adalah hak Undang Yang Empat. Maka jelas, menurut Norhalim, kedudukan keluarga keturunan Syed Syaaban ini telah berubah dari asalnya sebagai Yang Dipertuan Muda Rembau kepada hanya Tunku Besar Tampin.

"Ini adalah kerja penjajah Inggeris yang sentiasa mencari kesempatan dalam kesempitan suasana. Politik adu domba Inggeris berjaya memecahbelahkan orang Melayu. Lebih parah lagi, sistem politik Rembau yang satu waktu begitu tersusun, habis lebur," jelas Norhalim.

Apa pun, bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin itu melihat seperti ada hikmah di sebalik kekacauan politik yang berlaku akibat campur tangan Inggeris di Rembau, Tampin dan Naning. Setidak-tidaknya buat wilayah Tampin itu sendiri. Dari sudut geopolitik hari ini, ternyata Tampin lebih menonjol berbanding dua daerah kembarnya, Rembau dan Naning (kini lebih popular dengan nama Alor Gajah). Tampin hari ini adalah panggilan popular kepada pekan yang berkembar dipisahkan sempadn Melaka-Negeri Sembilan, dengan Pulau Sebang di belahan Melaka dan Tampin sendiri di belahan Negeri Sembilan. Kedua-dua saling menyaingi mengejar arus pembangunan. Kedua-duanya sebising dan sesibuk yang diungkapkan Blue's Gang dalam nyanyiannya "Apo Nak Dikato".

Seorang tua yang tinggal di sebuah taman perumahan di Tampin Tengah yakin "Tampin hari ini adalah hasil kejayaan orang terdahulu yang diketuai Syed Syaaban dan warisan keturunannya. Kalaulah bukan kerana usaha mereka membangunkan Tampin dengan bantuan Inggeris tempat yang saya diami sekarang mungkin masih hutan dan didiami orang buangan dari Rembau." Kata-katanya itu bagaikan memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham Tunku Dato' Syed Idrus, Tunku Besar Tampin Ke-6.(Modified on 17 Mc 2011).

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


Tiga rumah kedai sederet terbakar <b>di Mambau</b>

Posted: 13 Sep 2011 10:48 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEREMBAN: Tiga buah rumah kedai sederet hangus dalam satu kebakaran di pekan Mambau, dekat sini, pagi tadi, yang melibatkan kerugian kira-kira RM500,000, kata Pegawai Operasi Bomba Negeri, Ahmad Nizam ...

Macam Ni Lah: Tiga rumah kedai sederet terbakar <b>di Mambau</b>

Posted: 13 Sep 2011 11:57 PM PDT


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran membabitkan tiga buah kedai menjual barang logam dan cat di Pekan Mambau, Seremban, awal pagi tadi. Kebakaran yang bermula jam 5 pagi itu dipercayai berpunca daripada litar pintas. - Foto Owee Ah Chun
Sep 14, 2011 12:10 pm
SEREMBAN: Tiga buah rumah kedai sederet hangus dalam satu kebakaran di pekan Mambau, dekat sini, pagi tadi, yang melibatkan kerugian kira-kira RM500,000, kata Pegawai Operasi Bomba Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee. 

Beliau berkata, kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah kedai di mana dua daripadanya musnah sama sekali manakala sebuah lagi hangus 70 peratus.

Menurutnya, tujuh buah jentera bomba termasuk dua lori tangki air dari Seremban, Seremban 2, Senawang dan Teluk Kemang dengan 40 anggota berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya pada kira-kira jam 7.25 pagi. Bomba menghadapi kesukaran dalam memadamkan api berikutan tekanan air rendah, katanya ketika dihubungi BERNAMA. 

Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih disiasat, katanya. - BERNAMA




sumber : berita harian

Tiga rumah kedai sederet terbakar <b>di Mambau</b> |

Posted: 09 Aug 2011 12:00 AM PDT

| MUKA DEPAN | KEMBALI KE ATAS . | Hantar Artikel / Iklan | Penulis Tamu | Kami | Privacy Statement
| 1 Utama | Agama | Blog | Komputer & Internet | Motivasi | Niaga & Kewangan | Pelbagai | Politik | Promo | Remaja | Wanita |
Penafian: 1. Pendapat dan info di laman web ini tidak semestinya pendapat / info oleh inimajalah.com. Ia pendapat dan info oleh penulis / pengiklan berkenaan. Pembaca laman ini perlu menyemak semua fakta / info / iklan. Walaupun semua langkah perlu sudah diambil bagi memastikan ketepatan semua maklumat berkaitan, Inimajalah.com tidak boleh didakwa di atas sebarang kerugian akibat penggunaan maklumat dari laman web ini. 2. Info / bahan pada pautan (link) ke web / blog lain adalah betul dan wujud pada tarikh sesuatu artikel / berita / iklan ditulis. Jika kini info / bahan berkenaan sudah berubah / tidak wujud, ia mungkin disebabkan pemilik / pengendali web / blog terbabit sudah mengubahnya atau memadamnya. 3. Jika berlaku pertikaian terjemahan, maksud teks bahasa Melayu adalah muktamad.

Copyright ©2011 Semua kandungan inimajalah.com.my dilesenkan di bawah Creative Commons 3.0, iaitu semua penyiaran semula mesti membuat pautan (link) ke inimajalah.com.my. Mengikut Creative Commons 3.0, penyiaran semula juga mesti tidak membabitkan sebarang modifikasi dan / atau tokok tambah terhadap teks asal sebagaimana disiarkan oleh inimajalah.com.my
| Alif Lam Mim . | Creativity by inimajalah.com.my

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Yong <b>di Seremban</b>! Hoyeh!! | Beautilicious

Posted: 18 Aug 2011 05:03 PM PDT

Salam semua. Alhamdulillah..yong baru je beberapa minit sampai di Seremban.. Selamat sampai jugak akhirnya.menjadi la buat kerja gila macam ni.actually yong ada buat 2 pilihan sama ada nak pergi KL atau Seremban. so keputusannya yong datang seremban dulu. Maybe esok ke KL pulak.

Why yong datang ke sini secara mengejut? Huu, memang agak mengejut la kan sebab x plan pape pon. Selalunya macam tu la yong.packing baju apa yang patot beli tket bus then chow je dari kedah heee. Hajatnya nak datang cari baju raya kat sini sambil-sambil jumpa kawan and customer. Hope kat sini murah rezeki lah.

So sahur yong pagi tadi dalam bus je. Makan roti dengan air kosong. Malas da nak turun makan kat rnr. Sebab segan la makan sorang-sorang. now da sampai rumah.masa untuk rehat. Nak tidur sampai petang bole? Hahaha

Oke. Will update soon.. Bye :)

Opss lupa. Sapa orang seremban nak try slim dengan lactolite.yong ada bawak trial tau. Rm35 je utk 5 sachet. If berminat email yong ye di alinacshoppe@yahoo.com

Sent from my BlackBerry® smartphone

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Penyu &#39;rebah&#39; <b>di Paroi</b> – Selangor sekadar seri « Bola Sepak Malaysia

Posted: 13 Sep 2011 05:59 PM PDT

Negeri Sembilan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala Malaysia apabila mengatasi Terengganu 1-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Negeri Sembilan terpaksa menunggu minit ke-64 untuk mencipta jaringan apabila Shahurain Abu Samah yang dapat melepasi benteng pertahanan lawan,  menolak masuk bola ke dalam gawang Terengganu.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, pasukan PKNS Selangor turut mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sime Darby di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Dalam saingan Kumpulan A, Perak mengutip tiga mata penuh dalam saingan kumpulan yang sama, Perak mengalahkan Kedah 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Pasukan Perak terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-15 hasil jaringan Mohd Syafiq Jamal diikuti Mohd Failee Mohd Ghazali pada minit ke-36 manakala gol tunggal Kedah disumbangkan oleh Mohd Khyrill Muhymeen (min-34).

Manakala, Sabah mengekalkan kedudukan teratas kumpulan apabila mengalahkanJohor 3-1 di Stadium Likas, Sabah.

Gol Sabah dihasilkan menerusi Radzi Mohd Hussin seawal minit kesembilan dan dua gol hasil Zainizam Marjan pada minit ke-35 dan 54, manakala gol saguhati Johor dijaringkan oleh Mohd Azuwad Mohd Arip pada minit ke-20.

Dalam saingan Kumpulan C, Johor FC menang tipis 1-0 kepada Sarawak hasil sepakan penalti, Eddy Helmi Abd Manan pada minit ke-48, di Stadium Negeri, Kuching.

Johor FC memperoleh tendangan penalti apabila Mohd Ridwuan Ma'On dijatuhkan oleh pemain pertahan Sarawak, Chun Kheng Hong dalam kawasan kotak penalti.

Dalam saingan Kumpulan D, pasukan kelab T-Team menjaringkan dua gol pada setiap babak untuk mengatasi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol T-Team tersebut dijaringkan oleh Zairo Anuar Zailani pada minit ke-43, Nor Fazly Alias (min-45), Mohd Fitri Omar (min-65) dan Nor Farhan Muhamad (min-78).

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, Kuala Lumpur mengekalkan kedudukan tangga teratas kumpulan apabila seri tanpa jaringan dengan Selangor di Stadium Selayang.

Info Terkini BolaSepak Malaysia

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


Mohamad Taufek Abd Ghani: Dato Mahfuz Omar <b>di Rembau</b> 6 Ogos <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2011 07:59 PM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Ogos 2011, Sabtu
Masa : 9.30 malam
Tempat : Batu 3, Kg Pedas-Linggi, Rembau (berhampiran Tol Pedas)
Penceramah:
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Rembau

Semua dijemput hadir
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Katak gergasi seberat 20kg <b>di Negeri Sembilan</b> - Unikversiti

Posted: 27 Aug 2011 07:59 AM PDT

Kategori: ,

Gambar makhluk gergasi ini diambil dengan kamera telefon bimbit. Seorang lelaki Cina dari Gemencheh, Negeri Sembilan mendakwa bahawa gambar itu diambil dua minggu lalu di kawasan pergunungan di Gemencheh.

Katak yang amat besar itu mempunyai berat kira-kira 20kg, iaitu berat badan normal kanak-kanak tujuh atau lapan tahun.

Menurut beliau, haiwan yang sangat besar itu telah ditangkap oleh masyarakat Orang Asli di tepi sungai.

Kawannya terkejut apabila melihat makhluk aneh itu kerana sebelum ini, beliau tidak pernah melihat katak dengan saiz begitu dalam hidupnya.

Lelaki itu menambah, kawannya menawarkan untuk membeli katak itu RM500 tetapi Orang Asli menuntut RM1,000.

Kawannya itu tidak mempunyai wang yang cukup dengan dia pada masa itu, beliau pulang ke rumah untuk mendapatkan lebih banyak wang.

"Apabila kawan saya kembali ke rumah Orang Asli itu dengan wang, dia mendapati bahawa katak gergasi itu telah disembelih dan dimakan.  Orang Asli itu jatuh sakit selepas makan katak dan sehingga hari ini, beliau  masih terbaring di katil dan tidak dapat bergerak," katanya.

Beliau menambah, masyarakat Orang Asli tidak membenarkan mana-mana orang mengambil gambar tetapi kawannya mengambil gambar katak itu secara rahsia.

[Sin Chew Daily , AsiaOne]

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


1 mudah.com | rumah sewa <b>di lukut</b> negeri sembilan

Posted: 09 Jul 2011 07:42 AM PDT

The following is daily update on search done at my 1 mudah.com :


This entry was posted under Daily Search for My 1 mudah.com

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved