ads

Khamis, 24 Oktober 2013

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


yang bernama <b>Rasah</b> | JENDELA KAMILA

Posted: 08 Jun 2013 04:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]saya jarang benar mahu berkisah. salah satu lokasi yang bernama Rasah. yang menyimpan banyak memori dan sejarah. walaupun dilahirkan di ranah Kemaman, saya sebenarnya didewasakan di bumi Rasah. mengapa ...

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Balai bomba baharu tahun hadapan <b>di Jempol</b>, Gemencheh

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

JEMPOL 4 Sept. - Dua balai bomba dan penyelamat akan dibina di Felda Palong Enam, Jempol dan Gemencheh dekat Tampin bermula tahun hadapan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis memberitahu, pembinaan dua bangunan tersebut telah diluluskan dan kerja-kerja akan mula dijalankan pada tahun hadapan.

"Kita pilih kawasan tersebut kerana dua lokasi itu terletak jauh dari balai bomba sedia ada dan buat masa ini kita terpaksa menggunakan khidmat pasukan bomba sukarela untuk membantu memadamkan api sementara pasukan bantuan tiba.

"Sebagai contoh di kawasan Palong Enam, kini kita menggunakan khidmat pasukan bomba dan sukarela dari Felda Palong Lima.

"Mengikut perancangan awal di Felda Palong Enam kita akan bina balai bomba kategori D, manakala balai bomba kategori C akan dibina di Gemencheh. Kategori D adalah sebuah bangunan yang agak kecil namun dilengkapi dengan kemudahan lengkap," katanya hari ini.

Norazam ditemui pemberita pada perhimpunan bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat peringkat negeri di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol.

Menurutnya, walaupun pihaknya akan menambah dua buah balai bomba pada tahun hadapan, namun mereka masih memerlukan khidmat pasukan bomba sukarela.

"Di negeri ini kita mempunyai 15 pasukan bomba sukarela dengan lebih 500 orang ahli yang aktif dan mereka ini mendapat ilmu mengenai pemadaman api dan keselamatan kebakaran malah kita sentiasa mengadakan latihan bersama pasukan bomba sukarela.

"Jadi tiada sebab jika ada yang fikir kehadiran mereka tidak relevan," katanya.

Pada majlis hari ini, Norazam turut menyampaikan cenderahati kepada pegawai bomba yang telah bersara bagi tempoh April sehingga Ogos tahun ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memberitahu dalam tahun ini sahaja pihaknya menerima enam panggilan palsu dan kebanyakan panggilan itu diterima di daerah Seremban.

"Panggilan palsu kerap berlaku pada musim cuti persekolahan dan saya harap ibu bapa mengawasi anak-anak mereka. Tindakan boleh dikenakan jika membuat panggilan palsu ini," tegas Norazam.

05 di kuala klawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) - <b>Kuala Klawang</b>

Posted: 05 Aug 2013 08:59 PM PDT

Pada 27 Julai 2013 yang lepas, IKRAMTeens Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) bertempat di Masjid Jamek Kuala Klawang. Program yang julung-julung kali diadakan di Kuala Klawang ini disertai seramai 46 remaja di sekitar Kuala Klawang dan dikelolakan seramai 14 orang fasilitator.

Program bermula pada pukul 10.30 pagi dengan Slot - Ice Breaking, diikuti dengan Ceramah - "Ramadhan Aku Datang" yang disampaikan oleh Abang Mohd Saiful Iman. Slot ceramah ini yang memakan masa selama 3 jam lebih menceritakan persedian menghadapi bulan Ramadhan di samping menyentuh sirah di zaman Rasulullah apabila tibanya bulan Ramadhan. Slot - LDK selepas itu lebih kepada perbincangan peserta dengan fasilitator mengenai salah faham dalam bulan Ramdhan. Perbincangan ini lebih kepada penerangan musykilah yang sebenar ketika bulan Ramadhan. Slot - Kreativiti Lailatul Qadar adalah slot di mana para peserta diminta melakarkan gambaran mengenai Lailatul Qadar dalam kumpulan. Ini adalah untuk melihat sejauh mana kefahaman para peserta mengenai malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Majlis diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh En. Shah, Setiausaha Masjid Jamek Kuala Klawang dan diikuti dengan Majlis Iftar bersama dengan ahli kariah masjid.

Secara keseluruhannya, program ini menerima sambutan yang baik dari pihak peserta dan pihak masjid. Pihak IKRAMTeens Negeri Sembilan berharap program ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan dapat membantu golongan remaja ke arah program yang bermanfaat. Golongan remaja ini adalah aset yang cukup bernilai dan perlu dijaga sebaik-baiknya demi kebaikan agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


ADAMIN&#39;s Journey: WW#40 Orked <b>di Port Dickson</b>

Posted: 11 Sep 2013 01:06 AM PDT


05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


Perkhidmatan KTM Komuter <b>Di</b> Stesen Keretapi <b>Rembau</b>

Posted: 29 Aug 2013 05:55 PM PDT

Bermula pagi tadi (30 Ogos 2013), perkhidmatan KTM Komuter telah dilarikan bagi sektor Rembau - Rawang - Rembau. 
Walaupun untuk permulaan ini hanya tiga larian bermula dari Rembau dan juga tiga perkhidmatan berakhir di Rembau, tidak bermakna orang-orang di Rembau dipinggirkan. 

Inilah masanya orang-orang di sekitar Rembau membalas kepercayaan kepada perkhidmatan KTM Komuter dengan naik beramai-ramai agar jumlah tren akan ditambah pada masa akan datang. 
Ini adalah satu lagi kemudahan untuk penduduk sekitar Rembau kerana sebelum ini pihak KTMB telah menjadualkan pemberhentian Tren Antarabandar iaitu Tren Sinaran Selatan No.12 & 13.
 
Tren Sinaran Selatan No.13 berhenti di Stesen Rembau pada jam 10:15 pagi manakala Tren Sinaran Selatan No.12 pula berhenti di stesen ini pada jam 20:09 malam.
Khabarnya kadar tambang perkhidmatan komuter yang dikenakan adalah berpatutan sesuai dengan perkhidmatan tren yang cekap dan pantas. Suasana di dalam komuter juga selesa dan sesuai untuk semua. 
Tambang yang dikenakan sekitar dari Rembau ke Sg Gadut (RM1.60), Rembau ke Seremban (RM2.60), Rembau ke Kajang (RM5.80), Rembau ke Bandar Tasek Selatan (RM6.90), Rembau ke Kuala Lumpur Sentral (RM7.50) dan Rembau ke Rawang (RM9.50).  
Jika menaiki bas henti-henti dari Seremban ke Rembau pula, tambangnya RM 3.00 dan perjalanan mengambil masa antara 20 minit hingga sejam, bergantung kepada keadaan jalanraya. Itu belum lagi masuk bab berebut tempat duduk ataupun berdiri di sepanjang perjalanan. Serik aku bila kadangkala terpaksa naik bas berhimpit-himpit dari Seremban ke Pekan Kota, sebelum meneruskan perjalanan balik ke kampung aku di Astana Raja tu dengan menaiki 'teksi sapu'. Kalau naik bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Tampin, tambangnya pula adalah RM 10. Kena bayar penuh walaupun turun separuh jalan!
Tambang konsesi dengan diskaun 50 peratus juga diberikan kepada warga emas, orang kelainan upaya dan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun manakala perjalanan adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah empat tahun.
Dengan adanya perkhidmatan KTM Antarabandar dan KTM Komuter, diharap agar semua penduduk Rembau dan kawasan sekitarnya beralih mod pengangkutan mereka dari menaiki teksi atau bas, dengan menaiki keretapi pula. 
Dalam pada itu, harus diingatkan kepada semua pengguna yang menggunakan Stesen Keretapi Rembau samada untuk menaiki Tren Antarabandar ataupun KTM Komuter agar menjaga keselamatan masing-masing terutamanya berkaitan dengan arus elektrik setinggi 25,000 volt.
Kepada semua penduduk kampung 'den', apa lagi jom la kita sama-sama naik keretapi pergi ke Seremban ataupun Kuala Lumpur. Kalau naik komuter boleh terus sampai ke Rawang dan tukar tren untuk pergi ke Tanjung Malim.
Untuk Ayah dan Mak, perjalanan menaiki keretapi kini lebih mudah. Dari Astana Raja atau Lubok China, naik teksi terus ke Stesen Keretapi Rembau. Kemudian naik komuter terus ke Stesen Keretapi Serendah. Tiba Serendah, melintas jalan untuk sampai ke rumah Kak Ngah Tipah. Mudahkan......
Antarabandar dah naik, SCS dah tengok, agak-agaknya bila orang Rembau boleh kenal dengan ETS?

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Harga Emas <b>di Kuala Pilah</b> RM129/G - AANS BLOG

Posted: 02 Oct 2013 09:50 PM PDT

Nampaknya keyword harga emas di Kuala Pilah begitu hot di blog saya ini. Sepertimana yang kita tahu harga emas menjunam tiruk ketika negara sedang hangat dengan isu pilihanraya. Saya mendapat info harga emas turun lagi hari ini. Dan ternyata ianya benar bagai dikata.

Biasalah saya seperti selalunya akan terjah FB Lee Wah di Kuala Pilah ini. Mereka juga akan mengemaskini harga emas setiap hari. Harga yang dipaparkan adalah tidak termasuk kos upah ye kawan-kawan. Siapa pandai membodek apek tu bolehla dapat harga murah sedikit :) .

Setakat ini saya belum ada niat untuk ke sana lagi. Dalam erti kata lain duit simpanan tidak begitu mengizinkan apatah lagi nak dapat izin suami saya tu. Adalah sangat susah hokeyyy!! Takpelah melihat kepada kilauan emas dalam FB ni sudahlah kan. Jangan lupa lap airliur yang meleleh tu kih kih kih…

Bagi yang sedang mencari hot keyword ini, nanti pi terjah FB Lee Wah ni ye, mana tahu nak dapatkan no telefon untuk semak harga emas besok. Besok kan adalah cuti jadi bolehlah terjah Kuala Pilah. Kalau nak tahu, kedai ini terletak betul-betul di tengah bandar. Di situ sahaja ada 4 buah kedai emas. Buatlah pilihan yang terbaik kerana godaannya adalah begitu hebat sehebat sambutan dari penggemas emas-emas sekelian.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved