ads

Selasa, 24 September 2013

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


Kem Tentera Baharu <b>Di</b> Port Dickson Ganti Kem <b>Rasah</b>

Posted: 18 Jul 2013 06:47 PM PDT



SEREMBAN 17 Julai - Kem tentera yang baharu akan dibina di Port Dickson bagi menggantikan Kem Rasah di sini, kata Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad.

Katanya, peruntukan RM118 juta di bawah 'Army Care' telah diluluskan untuk projek itu di kawasan seluas 68 hektar di Bukit Hitam, Sunggala yang dijangka bermula tahun depan dan mengambil masa di antara 24 bulan hingga 36 bulan untuk disiapkan.

"Sekarang ini kita telah berbincang dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) Jabatan Perdana Menteri mengenai perumahan di kem tersebut. Lakaran infrastruktur kem pun telah kita bincang," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Panglima 1 Briged di padang kawad 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Senawang dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, Panglima 1 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan secara rasmi menyerahkan tugas kepada penggantinya, Brigadier Jenereal Datuk Adnan Abu Bakar.

Sheikh Mokhsin akan menjawat jawatan Pengarah Infantri Markas Tentera Darat di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Razali berkata, apabila siap, kem baharu itu akan dijadikan 1 Briged Armor.
Markas 1 Briged di Kem Rasah bertanggungjawab mengawasi keselamatan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Terdahulu, Sheikh Mokhsin menerima tabik hormat daripada 14 pegawai dan 211 anggota lain-lain pangkat diketuai pegawai memerintah 15 RAMD Lt. Kol. Mat Noh Ngadiman pada upacara perbarisan perpisahan.

Adnan sebelum ini mengikuti pengajian di peringkat sarjana di Kolej Pertahanan di Amerika Syarikat selama setahun. Beliau sebelum itu adalah Ketua Pengarah Kor Armor Diraja dan Ketua Team Hala Tuju Tentera Darat selain pernah menjadi juruiring Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Razali turut melahirkan penghargaan kepada Sheikh Mokhsin sebagai Panglima 1 Briged yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.

"1 Briged bertanggungjawab mengawasi keselamatan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka. Selama satu tahun tujuh bulan Sheikh Mokhsin sebagai Panglima 1 Briged, saya amat berpuas hati dengan tugas yang dilaksanakan beliau.
"Saya harap Adnan dapat meneruskan tugas cemerlang ini," katanya.
Adnan pula berterima kasih kerana diberi tanggungjawab sebagai Panglima 1 Briged dan berjanji untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin. - BERNAMA

MP : Menghitung hari.......

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


Hanya 20 orang hadir ceramah Pakatan Rakyat <b>di Mambau</b>. | N9 <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 08:03 PM PDT

Mambau : 26 April : Pakatan Rakyat telah mengadakan  siri ceramah mereka dengan membariskan Calon  PR Rantau dan  calon PR Rembau hanya disambut oleh 20 orang penyokong. Bagaimanapun ceramah diteruskan dengan membentangkan isu menefesto PKR di Negeri Sembilan. Penceramah begitu yakin dan menyatakan bahawa Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


seri <b>di paroi</b>-berada di kedudukan kedua kumpulan - gomo kelate <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 12:33 AM PDT

Ini lah skuad yang diturunkan semalam bertemu Negeri Sembilan FA di Paroi.

1-1.. Itu lah keputusan penuh perlawanan antara Kelantan FA dan Negeri Sembilan FA yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi semalam. Gol hasil jaringan Dickson bagi Kelantan FA dan Fabio bagi Negeri Sembilan FA menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.


Keputusan tersebut meletakkan Kelantan FA yang berkongsi 5 mata dengan Pahang FA yang mencatat 1 kemenangan dan 2 keputusan seri. Perbezaan jaringan meletakkan Pahang FA berada di kedudukan pertama, diikuti Kelantan FA, Negeri Sembilan FA ditempat ketiga dan Terengganu FA di tempat keempat.

Penyokong kedua-dua pasukan sangat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan. Penjaga gol Kelantan FA, Khairul Fahmi Che Mat merupakan individu yang paling disukai ramai penyokong apabila berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti.

Kelantan FA nampaknya sekali lagi mengulangi kesilapan ketika bertemu Pahang FA pada perlawanan pertama dahulu. Mereka mendahului lawan dan tidak mampu menambah jaringan dan akhirnya kubu pertahanan melepaskan 1 gol bagi pihak lawan menyamakan kedudukan.

Ini menunjukkan Kelantan FA mempunyai 2 krisis yang harus diperbaiki sebelum bermulanya saingan kedua peringkat kumpulan Watsons Piala Malaysia 2013 ini. Tidak dapat menambah jaringan dan pertahanan yang mudah ditembusi adalah perkara yang harus ditangani segera. Apa yang dapat diperhatikan, corak permainan Kelantan FA dalam saingan Piala Malaysia 2013 ini agak rumit untuk menjaringkan gol. Mungkin Bojan Hodak boleh melakukan sedikit perubahan yang boleh memberi kesan besar kepada corak permainan Kelantan FA.

Untuk pusingan kedua kumpulan C, Kelantan FA akan menerima kunjungan Negeri Sembilan FA pada 31 Ogos ini dan akan bertandang ke Kuala Terengganu sebelum bertemu Pahang di Kota Bharu untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

6 mata yang diperolehi dalam saingan peringkat kedua nanti sudah pastinya akan melayakkan Kelantan FA bermain di peringkat suku akhir dan akhirnya mempertahankan piala yang dimenangi musim lalu.

Sama-sama kita doakan kejayaan skuad Kelantan FA dan saya pasti Stadium Shah Alam akan menjadi saksi kejuaraan kita nanti.

Gomo Kelate Gomo.

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


..Cik May..: santai <b>di Port Dickson</b>

Posted: 19 Sep 2013 06:55 AM PDT

Assalamualaikum...

Cuti sempena sambutan Hari Malaysia baru ni,aku pergi Port Dickson..idea abah Qaira..:)

Santai ala-ala picnic giteeww...

Dah namanya picnic mesti la bawak bekal...malam tu aku masak rendang ayam..kiranya dinner malam tu makan rendang tapi masak extra lebih untuk picnic...pagi sebelum gerak adik ipar buat sandwic...aku tambah menu iaitu sambal ikan bilis..nak padankan dengan nasik himpit..:)

tapi..takde gambar makanan pun.! haha..

sampai je tepi pantai,dah sebok nak mencekik..lapoorr!!

lepas tu bawak Qaira main air..

Sangat eksaited oke main tepi pantai dengan anak umor 7 bulan!hihihi...

Sebok je aku cangkung kat tepi tu sambil pegang Qaira,ombak tetibe naik tinggi..basah sikit baju aku..

Bila dah penat,bawak Qaira baring dalam stroller dia..

Tapi..tak lama la dok diam dalam tu..kalau orang pegang dan dukung baru Qaira tak ngamok..

Petang baru gerak ke Nilai..cari tikar Qaira!!!hihihi...

missi mencari tikar saje..sambil usha karpet lawo!

SURIA AMANDA: Ahad >Wedding <b>di Port Dickson</b>

Posted: 16 Sep 2013 07:00 PM PDT

Ahad aku ke Port Dickson, menghadirkan diri ke majlis perkahwinan adik sahabat baik aku Eda, yang kahwin ni adik perempuan dia si kembar...punya la ramai orang sampai aku ni x berkesempatan nak amik gambar2 menarikm di sepanjang majlis..mungkin disebabkan kedua parent Eda ni cikgu kot...makanya ramai la kenalan mereka dan sedara mara yang datang...family Eda pun kenalan family aku masa kami duk kat PD dulu...
 anak dara aku yang xde mood, ala2 diva yang marah sebab kaki kena lecak...mengada lebih...
 muka kena paksa amik gambar depan pelamin
pelamin si kembar yang simple..
Yang kahwin ni si kembar yg kakaknya...adiknya dah kahwin dan tgh pregnant...
aku dtg sini selain sebab jemputan..aku ada hajat nak jumpa kawan2 lama...tp sayang aku takleh nak tunggu lama sebab petang ada tournament bowling untuk family gathering sebelah abah...x leh nak tunggu lama...pengantin x sampai lagi kami dah balik dah..tp sempat jugak jumpa bekas2 cikgu dulu...dah tua2 dah diorang...ada yang dah pergi menyahut seruan illahi...
apapun ...aku sgt2 berharap suatu hari nanti aku dapat berjumpa dengan kawan2 lama...kali ni x yah plan2 dah...ada jer kesempatan terjah je...kalau paln selalunya x jadi....betul x?

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Sep 2013 03:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Aug 2013 03:11 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2013 03:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 03:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Feb 2013 03:37 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ISU SEMASA, SOSIAL DAN POLITIK: Londar siam, jalan sungai <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 10:51 PM PST


Sebelum adanya jalanraya yang merupakan jalan pengangkutan yang utama di zaman moden sekarang ini, manusia menggunakan sungai dan laut sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan mereka.

Pedagang menggunakan perahu atau kapal bagi mengangkut barang dagangan mereka menyelusuri laut dan sungai untuk sampai ke destinasi.

Sebuah jalan sungai yang sangat popular di zaman dulu yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur  Semenanjung Tanah Melayu telah digunakan oleh manusia seawal sekitar kurun ke 13 atau 14 lagi. Jalan sungai ini merupakan jalan alternatif kepada jalan persisiran laut yang melalui Singapura. Jalan sungai ini melibatkan dua sungai utama iaitu Sungai Muar dan Sungai Pahang.

Pada masa itu kawasan hutan masih tebal dan luas, sudah tentu kedua-dua sungai itu mempunyai kandungan air yang lebih banyak atau besar berbanding sekarang. Permukaannya yang luas dan airnya yang dalam memungkinkan perahu-perahu bersaiz besar atau kapal dapat belayar melaluinya.

Dari pantai barat Semenanjung, perahu atau kapal akan mudek dari muara Sungai Muar, kemudian mudek ke Sungai Jempol yang merupakan salah satu cabang dari Sungai Muar. Sehinggalah sampai ke suatu tempat di Kampung Laka, Serting di mana perahu atau kapal ini akan ditarik ke darat melalui jalan penarikan yang dinamakan Londar Siam. Kapal atau perahu ini ditarik di atas daratan sejauh 600 meter untuk dipindahkan ke Sungai Serting. Dari Sungai Serting, perahu atau kapal ini akan menghilir masuk ke Sungai Bera yang seterusnya akan bertemu dengan Sungai Pahang. Akhirnya melalui Sungai Pahang ini, akan sampai ke lautan lepas yang terletak di pantai timur Semenanjung.

Londar Siam adalah merupakan jalan penarikan atau tanah daratan yang paling pendek menghubungkan Sungai Jempol dan Sungai Serting. Kawasan Londar Siam ini terletak dalam Daerah Jempol di Negeri Sembilan.

Kenapa ia dinamakan Londar Siam? Mungkin laluan ini pernah digunakan oleh tentera Siam sebagai jalan yang strategik untuk menyerang Melaka. Dikatakan tentera Siam juga pernah cuba menggali terusan pada jalan penarikan itu supaya perahu atau kapal tidak perlu lagi di tarik ke darat untuk memindahkannya dari Sungai Jempol ke Sungai Serting itu.

Tetapi dikatakan projek terusan itu gagal disiapkan atas sebab-sebab tertentu. Ada kemungkinan juga projek itu tidak gagal tetapi sengaja terusan itu tidak dibuat sepenuhnya. Terusan itu mungkin sengaja dibuat separuh sahaja bagi tujuan untuk memendekkan lagi jalan penarikan itu. Maknanya dengan adanya terusan itu, kapal ditarik di atas daratan akan melalui laluan yang lebih pendek berbanding tanpa terusan.

Mungkin ada sebab utama kenapa terusan itu tidak dibuat penuh (menghubungkan air Sungai Jempol dan Sungai Serting). Salah satu sebabnya mungkin kedudukan aras ketinggian Sungai Jempol tidak sama dengan aras Sungai Serting, ini akan menyebabkan salah satu sungai akan menjadi kering di mana air Sungai Jempol akan mengalir ke Sungai Serting ataupun sebaliknya.

Atau mungkin juga projek terusan ini gagal disiapkan kerana ada unsur sabotaj dari penduduk tempatan kerana bimbang kehilangan mata pencarian mereka hasil dari kerja menarik kapal-kapal yang melalui jalan penarikan itu. Dikatakan juga tentera Siam yang membina terusan itu ramai yang mati kerana ditimpa penyakit misteri.

Kenapa Jalan Sungai Muar-Sungai Pahang ini menjadi jalan perhubungan utama yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Semenanjung ketika itu?

Kalau difikirkan, tentulah sukar untuk memudekkan kapal dan perahu dari muara ke hulu sungai berbanding kalau melalui laut. Lebih banyak tenaga digunakan untuk melawan aliran arus sungai berbanding kalau belayar di laut. Sebaliknya kalau kapal belayar menghilir mengikut arus sungai, hanya sedikit tenaga diperlukan.

Jarak perjalanan dari Muar di pantai barat ke Pekan di pantai timur adalah lebih dekat kalau melalui jalan sungai berbanding jalan laut melalui Singapura. Tetapi dari segi masa, jalan sungai mengambil masa enam hari paling cepat untuk sampai.

Jalan sungai ini juga popular di waktu itu kerana pedagang-pedagang tidak mahu menghadapi risiko ribut monsun timur-laut yang sangat bahaya kepada kapal-kapal kecil jika menggunakan laluan laut. Di samping itu kapal-kapal dagang juga terdedah kepada rompakan lanun yang selalunya bergiat aktif di laluan laut.

Satu lagi faktor yang menjadikan jalan sungai ini popular ialah kebimbangan diserang oleh tentera-tentera yang bermusuhan. Ada setengah bahagian atau daerah diperintah atau dijajah oleh pihak yang bermusuh dan tidak membenarkan kapal-kapal lawan mereka melalui kawasan perairan mereka. Untuk menghindarkan berlakunya konflik , mereka memilih jalan sungai ini sebagai alternatif.

Sekarang ini laluan Sungai Muar-Sungai Pahang yang popular satu masa dulu itu tidak lagi digunakan. Kini ia hanya tinggal sejarah sahaja. Malah ramai generasi muda yang tidak menyedari kepentingannya dan kewujudannya pada satu masa dulu.

                                                 (lokasi bekas Londar Siam)

Walaupun jalan sungai utama ini tidak digunakan lagi, tetapi sebagai memperingatinya kerajaan perlu membuat sesuatu bagi memelihara bahan sejarah yang penting ini. Tentunya perkara yang menjadi tarikan kepada generasi akan datang ialah lokasi jalan penarikan atau Londar Siam itu sendiri. Mungkin kerajaan boleh membina monumen yang berbentuk sebuah perahu besar yang boleh ditarik pada sebahagian dari jalan penarikan itu. Ia bukan sahaja dapat menanamkan ingatan kembali sejarah kita kepada generasi akan datang, tetapi juga dapat menambah satu lagi produk pelancungan kepada negara ini.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jan 2013 03:07 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teen life is awesome: UKKM <b>di</b> MRSM <b>serting</b>

Posted: 01 Dec 2012 10:28 AM PST


Assalamualaikum... how's life?

    kali ni aku nak share pasal UKKM... hari tu(28/11.2012) aku ade jawab UKKM kat MRSM Serting ......

"UKKM tu menatang ape?"

 "UKKM tu ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM..."

"ouh.. baru tau..."

                     

soalan dia mcm soalan PMR gak la.. tapi...., seriously aku cakap, soalan math dia... pergh susah membunuh..  tapi science senang... yang lagi satu paper korang kena jawab ujian keperibadian.. masa jawab tu korang kena perasan baik lah... haha... tapi aku x jawab guna paper.., aku jawab guna komputer... da canggih da.. MRSM lain pon same kot...

     masa aku masuk makmal komputer uh, aku pelik gak.., asal meja dye rapat.. kalo cam tu senang lah nak meniru.. hmmm... rupa2nya guna komputer.. punya cuak la aku bila dengar kena jawab guna komputer.. bukan sebab aku x tau guan.. tipu la kalo aku kata aku x reti nak guna kan..

    haha.. actually, aku x biase guna jawab exam guna komputer.. actually x pernah langsung.. tu lah 1st time aku jawab exam guna komputer.. tapi bagus gak, x payah susa2 lenguhkan tangan hitamkan kertas OMR.. hihi...

ni maklumat penting.... LOKASI MRSM SERTING...

     kepada sesiapa yang nak masuk pergi MRSM Serting uh.. awal2 aku cakap..., namanya MRSM Serting tapi kat Jempol.. kalo camtu baik tukar nama jer.. MRSM Jempol.. xde la aku susa nak cari... sesat punya pasal.., 15 minit b4 start exam baru aku sampai... giler kan..? tukar baju pon berlari-lari.. ntah aku sempat tutup zip kain ke x... haha.... rasenye sempat.... hehe...

    dah la aku nak cepat.., tetiba lori kat depan tu bawak tehegeh-hegeh pulak... memang menguji kesabaran aku betol... ish..! sabar je la... tapi ade sorang budak laki ni.. pukol 2:50 p.m baru sampai.. maybe same kes dengan aku... sesat.. gara2 alamat x betol...nasib baik budak tu still dapat peluang jawab exam..  dalam GPS pon xde MRSM Serting... balai polis serting ade la..

    sejak ari tu..., baru aku tau.. serting ade banyak name... bandar baru serting and banyak lagi.. sorry.., aku bukan orang serting..., so x dapat nak senaraikan nama2 dia..

budak2 yang pergi jawab kat MRSM serting tu....mcm2 ragam aku tgk.. ade yang skema...(budak tu mesti pandai giler), ade yang terlebih peramah.., bajet hot pon ade.. tapi cool la.. aku xde masalah pon dgn diorang.. lagipun aku bukanya bercakap sangat dgn diorang.. just bercakap dengan budak sebelah aku jer.. tu un sbb aku x nak rehat sorang2.. hihi

tapi cafe kat situ x bukak pon.. lagipon aku x lapar pon.. sebenarnya aku x suka duduk sorang2 and termenung... hah kan da kena tegur.. ish... haha..


  ni lagi best..., aku ingat aku sorang jer jawab exam kat mrsm serting..., rupa2nya kawan aku pon ade jawab kat situ gak.. tapi dia ari isnin.. aku ari rabu.. huhu

    By the way...., aku x harap pon  dapat MRSM.. kalo dapat.., alhamdulillah... bersyukur sangat2..sbp pon aku mintak gak... teknik pon aku mintak...kalo dapat alhamdulillah... x pon skolah kat sekolah harian biase jer..

     ok la.. sampai sini jer aku nak share... rasanya aku da cakap sume benda pasal serting ni..

see you next time...

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


LIVE STREAMING PAHANG VS <b>NEGERI SEMBILAN</b> 17 <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2013 06:45 PM PDT

Siaran langsung Piala Malaysia 17 September 2013 Pahang vs Negeri Sembilan

Pertemuan menarik di kumpulan C dalam saingan kempen Piala Malaysia antara pasukan Pahang menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur, Kuantan jam 8.45 malam ini

Bagi penyokong yang tidak berpeluang hadir untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, boleh mengikuti aksi kedua-dua pasukan secara langsung di RTM TV1

live pahang vs negeri sembilan 17 9 2013 piala malaysia siaran langsung pahang vs negeri sembilan 17 september 2013

Selain itu, RTM TV1 turut boleh ditonton melalui laman web "streaming" di url http://tv1.rtm.gov.my

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


Gubuk Kecil Kembara Jalanan: Warung Desa <b>di</b> Kg. Sri <b>Lukut</b>, Kahang

Posted: 17 Sep 2013 06:50 PM PDT


Kampung. Sri Lukut, Kahang, Johor (16.09.2013) - menikmati makanan orang kampung (soto) di warung Abang Razak yang terletak betul-betul di atas bukit bersetentang Pejabat Hutan. Manakala di sebelah sisi kiri (dari arah Kluang-Mesing) padang bola Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28; tempat saya dan rakan-rakan beberapa puluh tahun lalu bermain bola, bersenam dan bermasyarakat di petang hari.


Selain menyokong industri makanan kampung dan membantu perkembangan ekonomi desa, sambil menghirup secangkir teh, saya mendengar celoteh kemajuan setempat.

Dalam diam-diam saya mengamati, perubahan di kampung berbeza dengan cerita-cerita kemajuan di bandar. Di sini ceritanya tidak pernah berubah. Ceritanya masih seputar kehidupan seharian di kampung. Politiknya masih berkisar tentang menoreh pokok getah, membaja, meracun, perihal cuaca, menuai sawit, kerja-kerja sawmil, buah-buahan hutan, petai, jering, kesihatan warga desa sehinggalah kepada soal sawah padi.

Ah . . . indahnya desaku

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved