ads

Ahad, 12 Jun 2011

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


LDP Membina Blog Tahun 2011 « Pusat Sumber SMK <b>Mambau</b>, Seremban, N9

Posted: 22 May 2011 06:36 PM PDT

Posted: May 23, 2011 by Pusat Sumber Sekolah SMK Mambau in Uncategorized

Assalammualaikum WBT..Salam Sejahtera…Salam 1 Malaysia…pada 21 Mei yang lepas telah diadakan LDP membina blog kepada semua guru-guru SMK Mambau. LDP ini dijalankan dalam 2 sesi. Sesi pertama khusus untuk guru-guru bidang bahasa dan kemanusiaan. Sesi kedua pula untuk guru-guru Sains & Matematik serta Teknik & Vokasional. LDP ini disampaikan oleh GPB SMK Mambau, En. Chia Sen Chun di Makmal Komputer. Di antara pengisian LDP ini, guru-guru diajar mendaftar alamat email, memulakan laman blog di blogspot dan bagaimana untuk menghantar "post" di blog, menukar background, membuat link dan sebagainya. LDP ini turut dihadiri oleh semua pentadbir SMK Mambau! Tahniah! Warga SMK Mambau maju setapak lagi dalam dunia siber!

This slideshow requires JavaScript.

Be the first to like this post.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dia buat dah: Terima balasan bunuh kekasih

Posted: 08 Jun 2011 03:59 AM PDT

SEREMBAN – Dengan wajah sugul seorang pengorek pasir terpaksa menerima hakikat dia akan mengakhiri riwayat hidupnya di tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati dia bersalah merompak dan membunuh kekasihnya menggunakan kapak di Mambau dekat sini dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap N. Balamurugan, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Balamurugan yang berbaju gelap dan berseluar jeans kelihatan sugul ketika keputusan dibacakan oleh Ahmad Nasfy.

Mengikut pertuduhan, Balamurugan didakwa berniat membunuh K. Gantimadi, 45, selepas merompak mangsa di sebuah rumah di Taman Kelab Tuanku, Mambau pada pukul 12.40 tengah malam pada 16 Ogos 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


Ceramah Md Sabu 18 Jun 2011 <b>di Rembau</b> - Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 08 Jun 2011 06:54 PM PDT

Adalah dimaklumkan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dijadualkan pada 18 Jun 2011 di Kg Astana Raja, Rembau ditunda selepas Perarakan BERSIH (BERSIH RALLY). Maklumat terkini ceramah di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Maklumat lanjut mengenai PERARAKAN BERSIH atau BERSIH RALLY yang dijadualkan pada Sabtu 9 Julai 2011 di laman web BERSIH di http://bersih.org/

Maklumat PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah seperti berikut :

Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad)
Masa :8.30 p.m. – 10.30 p.m
Tempat : Dewan utama, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, 1 Jalan Maharajalela Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur

Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti-parti politik untuk bergabung kuasa untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini.

T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini.

JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH ialah :
Dato' Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siapa yang janji nak bina UiTM <b>di Rembau</b> tahun 2008?

Posted: 05 Jun 2011 08:17 PM PDT

Masih ingat lagi Pilihanraya Umum 2008? Macam-macam janji manis ditaburkan pemimpin Umno di Negeri Sembilan. Antaranya ialah pembinaan Hospital Rembau, pembinaan Landasan Terbang Rembau, pembinaan UiTM Rembau. Sekarang dah tahun 2011, nak masuk 2012. Bayang pun tak nampak lagi. Tak apa , Melayu mudah lupa. Bagi komputer riba 1Malaysia, dah lupa semua janji sebelum ini.

Projek kereta laju KL - Gemas bermula
Kosmo 31 Jan 2008

SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.

Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang di- lanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Landasan Terbang Rembau pada tahun 2008 di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Hospital Rembau pada tahun 2008 di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


faizal yusup: Desa Kasia, <b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 25 May 2011 01:48 AM PDT

Salam sejahtera,

Selamat berkunjung ke website Faizal Yusup Exco Persatuan Penduduk Desa Kasia, Nilai. Alang-alang singgah lepaklah dulu baca satu dua artikel dalam laman web ini.

dan mereka yang sedang mencari website Desa Kasia,

Linknya adalah seperti berikut.

Atau anda boleh juga menyertai kami dengan mencari Komuniti Desa Kasia di Facebook ;

Desa Kasia Community

Berikut ini pula adalah senarai nombor-nombor penting ahli Exco untuk dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan.


Pembayaran Deposit dan Yuran

- Sdr Rahmat bin Khalil di No HP : 012-2052393

Stiker Kenderaan 

- Sdr Ruzlan bin Hassan di No HP : 013 3883511

Mengemaskini profil peribadi 

- Sdr LT.KDR (B) Abd Aziz bin Ismail di No HP : 012 2048614.

Biro Penerangan

- Sdr Faizal Yusup di No HP : 012 654 0130

Sekian dulu.

Stumble Upon Toolbar Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


Lupekanje: <b>Linggi</b> 4

Posted: 29 May 2011 10:24 AM PDT

 Adat orang Linggi

Dikatakan asal mereka bukan dari Pagar Ruyung..atau mana-mana kepulauan Sumatera yang mengamalkan adat pepateh...kerana mereka bukan pengamal pepatih...

Mereka bukan bangsa yang mengamalkan pepatah....Biar mati anak, jangan mati adat itu.  Bahkan, mereka lebih longgar dalam pengamalan adat mereka sendiri..

Ada juga yang mengatakan bahawa orang-orang Linggi adalah pengamal adat Temenggong.  Ini juga tidak benar 100% !. Mereka bukan pengamal adat Temenggong...walaupun orang-orang dari kepulauan Riau dikatakan pengamal adat Temenggong..ye..mereka dari kepulauan Riau...tapi bukan pengamal Temenggong.

Habis tu? Apa adat yang diamalkan oleh orang Linggi? Apakah mereka itu orang-orang yang tidak beradat??  Sebut betul2 ye....tidak beradat....bukan tidak beradab...hehhe

Tidakk...tidakkk...neiihi...Orang-orang Linggi ada adat mereka sendiri.

Dikatakan ketika Daeng Kemboja menjemput Tok Awaluddin balik itu, ia ada membuat perjanjian dengan Penghulu Rembau ,
'Jika Orang Kaya mahu Awaluddin ini tinggal bersama-sama orang kaya di Rembau, maka benarkan ia memakai aturan dan adatnya sendiri, tidak boleh ia memakai adat Tok Patih (Perpatih)!!'

Itu cerita dari orang-orang tua Linggi.  Yang sekarang dah tak ada lagi kat donia ni.
Makanya, komferem la bahawa orang Linggi, bukan pengamal Adat perpatih mahupun Temenggung.

Sebaliknya, mereka ada adat sendiri...yang di assamilasikan mengikut cita rasa orang-orang Linggi sendiri, bergantung kepada 'Muafakat dan Kebulatan' dari adat-adat lain yang tidaj bertentangan dengan syariat Islam.
Kiranya adat baru itu bermula apabila Tok Awaluddin melanggar perintah ayahandanya untuk melanggar Sulawesi dahulu...yess...Beliau tidak suka pada pertumpahan darah.  Beliau tidak suka kepada keganasan dan paksaan....dan beliau juga tidak suka kan pangkat dan gelaran.

Adat baru yang mereka itu amalkan, adalah mengikut adat kitab (Al Quran) dan Sunnah. Kemudian orang-orang Linggi itu telah menetapkan 100 peraturan untuk diajar dan diamalkan oleh penduduknya.
Imam Ambak kata, 100 peraturan itu adalah;
20 sifat wajib bagi Allah
20 sifat mustahil bagi Allah
1 sifat yang jaiz bagi Allah
1 sifat lawan bagi sifat jaiz Allah itu
4 sifat yang wajib pada Rasul
4 sifat yang mustahil pada Rasul
1 sifat yang jaiz pada Rasul
1 sifat lawan bagi sifat jaiz Rasul itu.
6 rukun iman
10 syarat rukun iman
4 tandanya
10 yang membinasakannya
5 Rukun Islam
4 syarat rukun Islam
4 tandanya
4 yang membinasakannya
1 Rukun Ihsan

Sebenarnya, acik yakin, tak ramai orang Linggi sekarang ini yang tahu tentang peraturan 100 ini.
Sebab itu acik katakan, bahawa acik amat berbangga dengan kampung kelahiran acik ni.  Semua yang terkandung dalam Peraturan 100 itu ada dalam kitab Tauhid yang kita pelajari di sekolah mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Semuanya adalah merupakan ilmu fardhu ain sebagai amalan dan panduan umat muslimin dan muslimat. Sangat mudah.

Dahlah...letih tau baca kitab yang kelabu nih...

Kesimpulannya, adat orang Linggi di sebut sebagai 'Muafakat Bil Kitab Wassunnati Qabulatan Minel Ustaz ilamanati'.  Adat Linggi adat Bermaharajalela yang berlandaskan hukum syarak.

Banyak lagi kalu nak diceritakan dan dkongsikan kat sini.  Tentang bagaimana Rembau menyerang Linggi...dll. Acik sudah sgt letih otak malam ni.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


A.B.C: hidup islam <b>di negeri sembilan</b>...

Posted: 02 Jun 2011 09:07 PM PDT

semalam kite ade prgrm kat sar an-nur... ajar bahasa arab... seronok nye... kite ajar yg darjah 4 ngan 5... seronok sgt2... dan smlm jgk kite dpt tau...
Negeri sembilan dapat ranking pertama bagi Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)... dan pelajar negeri sembilan dapat anugerah perdana bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)... tentunye abg Umar Azlan drpd Maahad Ahmadi... nila kisahnye yg berkaitan ngn tajuk yg saye war2kan tu... seronok kn apabile ngri kite dinobatkn dgn pelbagai kejayaan lbh2 lg dlm bidang agama... sbb agama yg mbawa kpd kejayaan di dunia dan di akhirat... smoge bumi Negeri Sembilan terus diberkati Allah S.W.T... dan keberkatan-Nya disebarkan ke seluruh negeri dlm Malaysia... dgn itu masalah sosial akn berkurangan...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


nizamhasan-CUIT SIKIT: KHABAR DARI FELDA <b>SERTING</b> HILIR.....

Posted: 04 Jun 2011 09:34 PM PDT

Kelmarin, 04-06-11; meriah majlis perkahwinan dua pasang pengantin di rumah Matseh Manaf, Pengurus FELDA Serting Hilir Lima.


Namun, bukan itu yang ingin aku khabarkan. Yang aku akan khabarkan di sini ialah:


SAH! Ada usaha pihak Pengurusan FELDA untuk memujuk peneroka supaya menarik balik saman mereka yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban, tahun lalu. Saman peneroka terhadap FELDA berkaitan isu kadar perahan minyak sawit yang melibatkan lebih 600 orang peneroka tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Khabarnya, usaha dibuat secara pujukan menerusi individu, bukan secara kelompok. Ada tawaran kewangan. BIASALAH tu, bila dah dah terdesak, macam - macam la janji dan budi. Semakin banyaklah tebu tumbuh di tepi bibir.


CUIT SIKIT:


Yang aku tahu, sebelum saman itu difailkan, telah ada ruang rundingan dan perbincangan. Malangnya, pihak berkenaan tidak mahu menerima permintaan para peneroka berkenaan.


Bila dah masuk mahkamah, dah makan masa setahun, pandai pulak nak ajak berunding.


Benarlah kata aku;

akibat pintu rundingan seringkali tertutup, masalah akan merayau ke halaman orang.


Tu pasal, pihak kilang FELDA janganlah bersikap, Peneroka adalah Pelanggan Kelas Dua yang tidak tahu apa - apa.

Kita sangka mereka tidak tahu apa-apa walhal, mereka lebih tahu daripada kita tentang dunia. Kita yang ketinggalan rupa - rupanya.


Dengarnya, akan ada lagi kes saman - menyaman kadar perahan minyak sawit ni. Ini semua angkara kilang sawit yang tidak mendahulukan rakyat. Kita tunggu......

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved