ads

Rabu, 25 Julai 2012

05 di senawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di senawang - Google Blog Search


ABU SOFEYA: Al-Fatihah : Masyarakat Islam <b>di Sikamat</b> kehilangan <b>...</b>

Posted: 12 May 2012 09:40 AM PDT

Dalam perjalanan menuju ke Rembau untuk menyampaikan ceramah Haji di Masjid An-Nur pagi ini, saya menerima 'sms' daripada seorang jemaah  Surau Taman Desa Beringin memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib bin Mohd Din telah dimasukkan ke dalam wad CCU di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban.

Hati saya berdebar-debar.

Justeru selesai sahaja berceramah, saya terus menghubungi isteri untuk bersama-sama menziarahi tokoh murabbi yang saya kasihi ini.

Kami sampai di Wad 4 C pada pukul 1.30 tghari.

Ketika itu kelihatan anak-anak muridnya sudah mula mengerumuni pintu Wad bagi menunggu giliran masuk menziarah. Hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu ketika.

Oleh keranaa tidak mahu membiarkan para penziarah menunggu lama di luar, saya hanya menziarah selama 3 minit sahaja.

Di atas katil saya melihat Ust Akib tidak sedarkan diri, manakala kepalanya terlentok ke sebelah kanan, mudah-mudahan menjadi golongan kanan di akhirat nanti.

Saya mententeramkan isterinya serta meminta agar disampaikan salam saya kepada Ust Akib jika beliau telah sedar nanti.

Pukul 11.25 malam


Sekali lagi bunyi mesej masuk ke handphond saya yang memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib telah kembali kerahmatulah.

Berita ini saya terima dengan perasaan sedih.

Masih terbayang wajah Ust Akib setiap kali saya menyampaikan kuliah di suraunya. Kali terakhir bertentang mata dengan Almarhum ialah pada 3 hb Mei yang lalu.

Semasa kuliah, Almarhum akan duduk di bangku yang paling depan. Dengan sebatang pensel, Almarhum akan mencatat nota di dalam kitab yang ditelaah iaitu 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah' karangan Almarhum Ust Tuan Haji Said Ibrahim, Mantan Mufti Sabah.

Sekali sekala, Ust Akib akan bertanya jika ada sebarang kemusykilan. Kadang-kadang ada juga soalan daripadanya yang saya tidak dapat menjawab secara spontan kerana kelemahan diri.

Dengan keistimewaaan yang ada padanya sebagai Qari, saya turut menimba ilmu daripada Almarhum  secara tidak formal khususnya ketika jamuan selepas kuliah.

Banyak hal berkaitan tentang makhraj bacaan al-Quran yang saya rujuk kepadanya dan Almarhum tidak pernah jemu melayani saya.

Sesungguhnya saya sangat beruntung dan bertuah kerana rapat dengannya.

Almarhum adalah tulang belakang yang sentiasa 'mempertahankan saya' dalam melakukan kerja-kerja dakwah.

Pendekata, Almarhum merupakan antara guru yang saya sangat sayang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ampunkan dosa guruku ini, cucurilah rahmat ke atas rohnya dan masukkannya ke dalam syurga di akhirat kelak.

Amiinnn.

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Video Pegawai Polis Mengamuk <b>Di Seremban</b>

Posted: 18 Jul 2012 10:14 PM PDT

Video Pegawai Polis Mengamuk Di Seremban : Dua video menunjukkan seorang pegawai polis mengamuk di Seremban 2 kelmarin.

Seorang pegawai polis dilaporkan telah mengamuk di sebuah hotel di Seremban 2 kelmarin. Punca sebenar pegawai polis tersebut mengamuk masih belum di ketahui.

Video Pegawai Polis Mengamuk Di Seremban

Sehingga kini, Forblogger difahamkan pegawai polis tersebut telah pun ditahan untuk sisatan lanjut.

Dikatakan pegawai polis berpangkat Inspektor yang berumur 32 tahun tersebut telah bertikam lidah dengan 2 pekerja hotel terbabit berkaitan dengan harga aiskrim [sumber Malaysia Kini]

Bagaimanapun, kejadian anggota polis mengamuk hanya satu titik kecil didalam kelompok mahupun organisasi besar. Dimana-mana sekalipun walau di negara maju atau miskin, perkara sebegini pasti akan berlaku.

Eyriqazz Vs Denaihati

Bagaimanapun, pastinya PDRM akan meneliti secara baik kes ini supaya ianya tidak berlaku lagi perkara dimasa akan datang.

# Sila klik link video dibawah untuk menyaksikan Video Pegawai Polis Mengamuk Di Seremban

Rating: 7.3/10 (3 votes cast)
Video Pegawai Polis Mengamuk Di Seremban, 7.3 out of 10 based on 3 ratings

About

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.


Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Empat Rentung Dalam Kemalangan <b>Di Jempol</b> – Perak Today

Posted: 20 Jul 2012 08:25 PM PDT

Gambar hiasan.

JEMPOL: Empat rentung selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat sini, Jumaat.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, semua mangsa yang belum dikenalpasti mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian keempat-empat mangsa yang menaiki kenderaan jenis Nissan Navara dikatakan dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Keratong.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai bertembung dengan lori tangki minyak yang datang dari arah bertentangan.

"Pertembungan itu menyebabkan semua mangsa di dalam Nissan Navara berkenaan tersepit dan gagal keluar selepas kenderaan itu dijilat api. "Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang cedera berjaya keluar dari kenderaannya," katanya.

Katanya kedua-dua kenderaan itu hangus sama sekali dan mangsa yang tersepit juga rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti.

Katanya, pemandu lori berkenaan pula mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Jempol untuk mendapat rawatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan memberitahu punca sebenar kejadian masih disiasat.

-BERNAMA

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Inimajalah dot com | Gangguan bekalan air <b>di Tampin</b>, Rembau <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 06:14 PM PST

[unable to retrieve full-text content]SEREMBAN: Beberapa kawasan di Tampin , Rembau, Jempol dan Sikamat akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan kolam serta pengalihan paip.

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Mohamad Taufek Abd Ghani: Bob Lokman <b>di Paroi</b> 14 Mei 2012

Posted: 11 May 2012 06:35 AM PDT


CERAMAH UMUM
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani

05 di mantin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mantin - Google Blog Search


Rakyat Afrika maut terjatuh dari pangsapusri <b>di Mantin</b> | Malaysian <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2012 06:11 AM PDT

05 di jelebu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Bang Mat Sabu <b>di Jelebu</b> 3 Mei 2012

Posted: 01 May 2012 07:22 AM PDT


Tarikh : 3 Mei 2012, Khamis
Tempat : Kg Jambatan Serong,Ulu Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Sebarang pertanyaan hubungi Aniff 013-3102082
Anjuran : PAS Kawasan Jelebu

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM): Seminar Kekeluargaan <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 11:22 PM PDT

11 Julai 2012, Kuala Pilah : Satu Seminar Keibubapaan dan Kecemerlangan dalam Institusi Keluarga dan Kerjaya telah diadakan bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah dan PUSPANITA Daerah Kuala Pilah
Program ini nyata mendapat sambutan hangat bilamana mendapat penyertaan agensi kerajaan dan bukan kerajaan lebih 200 orang peserta yang memenuhi ruang dewan ceramah di mana ceramah dilangsungkan.
Di dalam seminar ini melibatkan ceramah bertajuk "Ombak Rindu" yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi dan dari jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hatta bin Ghazalli, Timbalan Pegawai Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah.
Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah kepada urusetia di atas insiatif dan usaha di dalam menjayakan program seperti ini. Bersama dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


Briged Al-Akhdor LR2: Video Terkini DSAI <b>di LUKUT</b> NS..WAJIB <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 08:38 PM PDT

Video Terkini DSAI yANG membawa isu-isu terkini dan pelan merampas Putrajaya demi rakyat.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved