ads

Ahad, 18 November 2012

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Cetusan Mukara: Analisa PRU 13 Parlimen <b>di</b> Negeri Sembilan <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 08:55 PM PST

Negeri Sembilan mempunyai lapan (8) kawasan parlimen dan 36 dun. Kali ini ulasan akan bertumpu kepada kawasan parlimen dan melihat peluang kepada BN atau PR bagi PRU-13 akan datang.
Sekilas maklumat PRU 2008 lalu, Umno-BN memenangi lima (5) parlimen iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Manakala PR pula memenangi Seremban, Rasah dan Telok Kemang. Jika dilihat secara menyeluruh, kawasan barat Negeri Sembilan menjadi blok kepada PR manakala kawasan timur Negeri Sembilan menjadi blok kepada pengaruh Umno.
Namun masih ada yang tidak mengenali wakil-wakil rakyat yang memenangi kawasan barat negeri ini. Parlimen Rasah telah dimenangi oleh Loke Siew Fook (DAP), Seremban dimenangi John Fernandez (DAP) dan Telok Kemang dimenangi oleh Dato' Kamarul Baharin Abbas (PKR). 
Rais Yatim dan Shaziman Mansor adalah antara orang lama Umno yang masih menjadi wakil rakyat bagi parlimen Jelebu dan Tampin. Ada kemungkinan besar mereka berdua kekal menjadi calon Umno pada PRU-13 akan datang. Manakala di Jempol, Kuala Pilah dan Rembau dijangka menampilkan 'calon baru' yang datang daripada barisan lama.
Lebih menarik, Ketua Penerangan Perkasa-Ruslan Kassim juga dikatakan berminat untuk bertanding di Jempol. Namun setakat ini belum ada pengesahan muktahir daripada perkhabaran ini. Walaupun kawasan gugusan Felda meliputi 60 peratus Parlimen Jempol, namun gerakan politik PR yang rancak bertumpu di kawasan-kawasan Felda begitu mengugat keberadaan Umno. Sudah pasti masyarakat Cina dan India lebih 60 peratus akan memihak kepada PR sebagaimana yang berlaku di dun Bahau dan Jeram Padang. 
Pengaruh MCA di Bahau telah ditolak oleh majoriti masyarakat Cina dan keadaan itu akan menjatuhkan perolehan undi Umno di peringkat parlimen. Begitu juga di Jeram Padang, rata-rata sekitar 63 peratus pemilih India telah menolak MIC, namun undi daripada pemilih felda yang menyelamatkan calon MIC pada PRU 2008 lalu. Dua dun ini dijangka menjadi penyumbang besar undi kepada calon PR pada pilihanraya umum akan datang. Malah pihak Keadilan sendiri berkeyakinan tinggi memenangi Jeram Padang. Situasi tersebut bakal mengugat kelesaan Umno untuk menang dengan majoriti besar peringkat parlimen selepas ini.
Umno akan bergantung sepenuhnya pada undi-undi dari kawasan Felda di Serting dan Palong. Kawasan-kawasan Felda ini telah memberi undi yang besar kepada kemenangan Umno di peringkat parlimen sekitar 68-73 peratus. Atas faktor inilah pihak BN bersungguh-sungguh 'mencantas' gerakan-gerakan politik PR yang dijalankan di kedua-dua kawasan secara pantas. Kehadiran kerap beberapa pimpinan utama PR hadir ke program-program seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Mat Sabu yang dianggap sebagai 'gergasi PR' agak mengusarkan Umno sehinggakan MB Negeri Sembilan Mohamad Hasan terpaksa turun padang untuk membuat 'sentuhan semula' kepada kawasan-kawasan yang dijelajahi oleh para 'gergasi PR' itu.
Ada ura-ura bahawa PAS Negeri Sembilan bakal meletakkan bekas penyanyi popular, Aishah (gambar) sebagai calon untuk Parlimen Jempol. Namun masih belum ada sebarang berita muktamad akan cerita itu.

Aishah berasal dari Batu Kikir, Jempol. Beliau juga mempunyai latar belakang akademik sains politik ketika menuntut di New Zealand dahulu. Mungkin beliau mempunyai prospek calon yang terbaik untuk ditampilkan oleh PAS. Calon Pas PRU 2008 juga seorang muslimat. Jika itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan besar pengaruh Aishah mampu menarik sokongan golongan wanita Melayu yang cenderung menyokong Umno. Ia menjadi kekuatan terbaik buat PR khususnya PAS dalam memperbaiki kesilapan PRU 2008 lalu kredibiliti calon parlimen PAS dipertikaikan oleh majoriti pemilih.

PAS Kawasan Jempol turut mencadangkan nama Ketua Pemudanya, Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa yang berlatarbelakang pendidikan agama lepasan Universiti Al-Azhar untuk calon parlimen. Agak menarik situasi di Jempol dengan semua komponen PR Jempol mengetengahkan cadangan nama-nama calon-calon daripada anak muda seperti Teo Kok Seong (DAP-Bahau), Rebin Birham (PKR-Palong) dan T.Kumar (PKR-Jeram Padang). Kesemuanya telah dilihat bergerak membuat gerakan politik di kawasan-kawasan terbabit sejak tahun 2009 lagi.

Pertukaran MIC-Umno?

Sebelum ini kedengaran berita di pihak BN Negeri Sembilan bahawa Jempol akan ditandingi MIC hasil cadangan pertukaran Jempol-Telok Kemang. Umno dikatakan akan bertanding di Telok Kemang dan ura-ura calon yang hendak diletak adalah bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad!

Namun begitu, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Umno Jempol atas faktor jumlah pemilih Melayu di Parlimen Jempol adalah sekitar 61 peratus berbanding Telok Kemang (49%). Malah sekiranya cadangan itu dilaksanakan, peluang pimpinan Umno untuk bertanding akan dikecilkan kepada peringkat dun sahaja iaitu Serting dan Palong. Sedikit sebanyak ia akan mengganggu dominasi Umno di Jempol selain meningkat potensi perpecahan kesan perebutan menjadi calon!

Menang Jempol, NS Ditawan!

Hakikat bahawa Jempol kubu kuat Umno kini boleh dinafikan oleh rakyat. Ia bukan lagi perkara mustahil atau suatu mainan politik pembangkang. Akan tetapi PR NS harus mengukuhkan gerakan bersama dan tidak memperdulikan isu-isu kecil yang sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk memecahkan kesepakatan politik PR.

Umno-BN melalui agensi-agensi kerajaan seperti Jasa, Kemas dan risikan polis & tentera telah melihat peningkatan sokongan di beberapa kawasan tertentu khususnya kawasan Felda hasil gerakan berterusan PR menembusi kubu-kubu ampuh Umno di Felda. Peralihan peratus sokongan sekitar 15-20 peratus pemilih Melayu kawasan Felda kepada PR sudah cukup menggusarkan Umno. Walaupun peningkatan itu tidak memenangkan PR di kawasan Felda akan tetapi ia sudah mampu mengoncang Umno di peringkat parlimen. Angka peralihan itu juga memungkinkan PR menang di Serting dan Jeram Padang. Malah tidak mustahil Jempol juga jatuh di tangan PR.

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


~We Gain & We Spent~: Pantai <b>Teluk Kemang</b>, PD

Posted: 01 Nov 2012 07:51 AM PDT


Ni dah termasuk dalam kategori tak tau nak pergi mana tapi nak berjalan. Nak pergi jauh2 kashi illek. So pergi je la mana dan. Ukur baju badan sendiri ye dak? tp bdn aku beso. Kalau nan hadoo, buat cara nan hadoo. Ini la dia jalan2 cuci mata kami sebelum raya aidiladha hari tuh. Ke Teluk Kemang, PD. Walaupon biasa2 jer, kami cukop bahagia berborak dr tengahari sampai menjelang senja. Makan, borak, gelak, makan, gelak dan borak. Dengan modal beberapa ringggit je. Alhamdulillah.

Punya la ramai manusia. Punya lah dah lama tak pergi. Punya la lain rupa. Punya la terkejut aku nengoknya.


Banyak gerai2 niaga di sepanjang pantai. 


Tempat parking pon banyak dan semakin terurus.

Oh yang ini aku sangat teruja. Dulunya tepi pantai ni kosong tak ada apa2. Nowdays dah ada benda baru  ala2 negara jiran. Iaitu canopy and kerusi2 santai UNTUK DISEWA. 


Nothing is free in this world. Jangan selamber badak duduk plak. Wah ingat ada orang sedia untuk kita? Baik sangat la orang2 tuh kan ;p Kalau di negara jiran kerusi malas je semata dibentangkan. RM10-RM20 sewa seharian kalau tak silap. Duduk la ko sampai kematu. Di PD ni RM40 kauuuu. Tapi 1 canopy siap dengan 4 buah kerusi lah dia bagi. Siap 1 meja koboi. Tapi masih mahal la pada aku. Sian makcik2 yang nak menyewa. Bkn mat saleh yang nak duduk n membaca kat situ sampai 18jam. Paling2 pon org mesia ni berendam 1-2jam pon dah sangat lama untuk 1 family. Dengan RM40 baik depa p makan anak beranak. Ye dak? 
Banyak kemudahan untuk orang ramai. Segala2nya dah di pertingkatkan. Ada balai polis depan tuh, ada bilik mandi yang besar dan mcm2 lagi lah untuk mempermudahkan para pengguna.


Sepanjang pantai memang meriah dengan jualan2.

Price tuh mahal ke murah? 


Apekebenda ni?Rumah api barangkali ;p Eh ctk burung terbang tuh. Indah!





Dah penat bersiar2 moh makan.

Sepanjang jalan tuh melambak gerai2 yang boleh menjadi pilihan uols. Memang aku suke bena gerai2 tepi jalan ni. Tak sure kenapa, memang darah kampung mengalir dalam diri ini kot. Ahaks. Bile gerai ia akan menjadi lebih santai dan sempoi. Baru lah chill. Sedap borak.
Memang sodap! Asam laksa.



Tak ke rasa indah lepak disamping orang tercinta. Buang2 masa yang berbaloi? Tapi jgn la buang masa sampai kelaut dan lupa kewajipan. Huhuhuhu. Gerai makan plak aku tak tahu nak rekemen yang mana. Aku rasa semua sedap. Semua hampir sama. And alhamdulillah gerai yang kami pilih ni gerai yang sedap. Nak tahu sedap ke tak sedap nya kami makan minum sampai ke petang. Sampai meja kami penuh dek makanan dan gelas air. 
Total untuk semua yang kami makan adalah RM20 sahaja. Alhamdulillah. Murah gila. Kopi o ais, kelapa, teh tarik, laksa asam, mee goreng telor mata, cendol, kerang rebus!
Kenyang perut, senang hati. Jom sambung jalan.

Tangkap gambar dari tempat duduk gerai. PEMALAS kan?
Lepas dah kenyang kami pon jalan untuk tengok sunset. Alhamdulillah. Lagi sekali kami dapat menyaksikan apa yang menghiburkan hati kami. Kejadian Ilahi. 





So.. Wassalam uols. Nanti bersua kimbalik ya? Kalau ada rejki, insyaAllah. Kalau untung sabut timbul, kita jalan jauh sket, untung batu? Kita jalan dekat jer nahhh? 
Review lain2 di Port Dickson, mungkin dapat membantu.

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Bilik Sewa Bujang (Lelaki) <b>di Paroi</b>, Senawang & Seremban 2 - 016 <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 04:49 PM PST

Kami menyediakan Bilik-bilik Sewa di:

a. Panchor Paroi (Bilik keluarga) - boleh masak, etc (RM300 sebulan)

b. Senawang (Bilik Kongsi) - dekat Giant - RM260 sebulan.

c. Garden Avenue, Seremban 2 (Bilik Bujang) - Bilik Kecil - RM200, Bilik Sedang - RM 220 sebulan, Bilik Besar (dekat bilik air) - RM 240 sebulan

Kemudahan:
- Taman Permainan & Taman tasik rekreasi
- Restoran Tomyam, kedai burger, kedai mamak
- Kedai runcit & pasaraya
- Parking luas
- Dekat Kolej Negeri,hospital,kilang Oakland,Bomba,Polis,Immigresen
- 20 minit ke KLIA/Nilai/Port Dickson/Seremban
- Jusco / Tesco / Pasar besar Seremban 2
- Pertonas / CIMB / Maybank
- Berdekatan Giant & bandar Taipan Senawang
- Dekat highway menuju Kuala Lumpur & Johor
- Dekat Stadium Paroi, Air Terjun Ulu Bendul, Pusat belia Seremban
- 15 minit ke Seremban

Sesuai untuk:
- Outstation/praktikal di Seremban.
- Melancong melebihi 3 bulan di Negeri Sembilan.
- Pelajar Kolej Negeri.
- Orang bujang ingin jimat sewa.
- Rumah di luar N.Sembilan tapi Kerja di Seremban/Nilai/KLIA
- Ada acara di Seremban untuk sebulan seperti Liga Sukan di Stadium Paroi
- Pelajar sedang cari rumah sewa.
- Selalu berulang alik ke Seremban

(sewa 1+1)

Sila hubungi: En. Ramlan - 0169088627 (antara jam 3 ptg - 8 mlm)

Maklumat lanjut di - http://hotelseremban.com.nu

bilik sewa seremban bilik sewa bilik sewa garden avenue bilik untuk disewa rumah untuk disewa rumah sewa senawang sewa bilik seremban 2 apartment untuk disewa rumah sewa seremban cari bilik sewa portal sewa rumah sewa jusco seremban cari bilik rumah di seremban rumah sewa di seremban rumah teres untuk dijual rumah untuk disewa seremban bilik rumah utk disewa perempuan untuk disewa mencari bilik sewa flat untuk disewa rumah untuk disewa seremban rumah sewa negeri sembilan rumah sewa ampangan bilik sewa di ijm rumah sewa di panchor rumah untuk dilelong rumah untuk

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved