ads

Ahad, 4 Mac 2012

05 di sikamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di sikamat - Google Blog Search

Malaysia Zoom » Gangguan bekalan air <b>di</b> Tampin, Jempol, <b>Sikamat</b> <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 03:04 PM PST

You are here: Home / Wilayah / Gangguan bekalan air di Tampin, Jempol, Sikamat esok

SEREMBAN 12 Feb. – Beberapa daerah di negeri ini termasuk sekitar Sikamat dekat sini bakal mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan kolam serta pengalihan paip di kawasan terlibat pada 14 Februari ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, gangguan itu melibatkan beberapa lokasi seperti sekitar Tampin, Rembau, Jempol dan Sikamat, di sini.

"Antara kawasan terlibat di sekitar Tampin adalah Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian, Taman Sri Intan, Taman Woon Estet, Jalan Seremban-Tampin, Kampung Ulu Chenderam, Taman Rasa Sayang, Taman Suria dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

"Kawasan ini dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, bagi kawasan sekitar Rembau pula, penutupan bekalan air akan dijalankan bermula 9 pagi hingga 3 petang.

"Kawasan yang bakal mengalami gangguan bekalan di Rembau meliputi beberapa lokasi sekitar Kawasan Perindustrian Chembong serta seluruh Kampung Baru Air Hitam, Chembong.

"Di Jempol pula ia membabitkan seluruh kawasan di sekitar Palong 7 dan Palong 8 bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada hari berkenaan," ujarnya.

Tambahnya, seluruh kawasan di sekitar Sikamat termasuk di Rumah Rakyat Sikamat, Kampung Baru Sikamat, Taman Megaway, Taman Desa Kiara, Taman Jujur, Taman Coral Height, Pulai Impian, Taman Sri Pulai 3, Taman Rashibah akan mengalami gangguan bekalan dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada hari yang sama.

Jelas Azlan, bekalan air dijangka disambung semula secara berperingkat selepas waktu yang ditetapkan.

"Namun, sebagai makluman awal, penduduk di kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh gangguan bekalan lebih lama memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya.

Pelanggan yang mengalami gangguan bekalan air boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Dipetik dari Utusan Malaysia

05 di senawang - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search

{ Gambar} Tempat Makan Best dan Sedap <b>di Seremban</b> : Popia <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2012 05:24 PM PST

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat blogger semua, hari ini saya ingin memperkenalkan sebuah lagi tempat makan yang sedap di sekitar Seremban. Jika sebelum ini saya banyak memperkenalkan tempat makan untuk kita menikmati makan malam, entri ini saya memperkenalkan sebuah tempat makan yang sedap untuk kita nikmati minum petang pula ( mana tau sahabat semua singgah di Seremban belah petang kan hihihhih) .

Cuma yang peliknya, walaupun lokasinya di Seremban tetapi ia bukanlah makanan dari Seremban. Ia diimport dari Kuala Kangsar, Perak. Tempat makan yang saya maksudkan adalah Gerai Popia Kuala Kangsar. Menu utamanya adalah popia itu sendiri yang agak besar dan ia mungkin berasal dari Kuala Kangsar ( atau mungkin pengusahanya berasal dari Kuala Kangsar ?)

Persoalannya, dimana letaknya Gerai Popia Kuala Kangsar ini dan bagaimana mahu ke sana? Ia terletak di Medan Selera Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban ( gelanggang utama untuk Skuad bolasepak Negeri Sembilan ya). Tidak susah mahu kesini. Kalian hanya perlu memasuki bandar Seremban, dari teruskan memandu ke arah Kuala Pilah. Ia terletak di Jalan Seremban - Kuala Pilah dan lokasinya di sebelah kiri jika kita datang dari arah Seremban. Jika dari Lebuhraya Utara Selatan, hanya perlu ambil susur keluar Senawang, dan teruskan ambil Jalan Senawang menuju ke Kuala Pilah.

Jadi, jom kita lihat apa yang ada di Gerai Popia Kuala Kangsar ini.

Inilah papan tanda gerai ini. No 1 di Seremban ini saya tak pasti siapa yang beri. Mungkin maksudnya satu-satunya popia Kuala Kangsar yang terdapat di Seremban.

Antara menu yang terdapat di gerai makanan ini. Cuma pada pandangan saya, pengusaha patut meletakkan sekali harga makanan agar ia tidak mengelirukan pengguna.

Sedikit suasana di gerai ini. Pada masa ini, jam menunjukkan sekitar jam 3.30 petang. Kebiasannya, pelanggan akan ramai tiba pada jam 4.00 petang dan ke atas. Datang awal, orang tak berapa ramai kan.

Inilah menu utamanya. Terdapat dua jenis popia iaitu popia basah dan popia goreng. Cucur udang campur juga terdapat disini.

Gerai air. Hidangan utama pastilah ABC dan cendol.

Ini cucur udang campur. Harganya RM 2.50. Yang terdapat didalamnya adalah cucur udang, tauhu goreng, timun, taugeh dan begedal. Saya harus puji sambalnya. Ia sangat sedap. Cucur udang yang digoreng rangup juga begitu menyelerakan.

Ini popia goreng. Harganya RM 1.00 sekeping. Dalam gambar ini, ia dibelah 3 kerana ia agak besar. Sekali lagi kredit harus diberikan pada sambalnya. Terasa kesedapan sambal itu.

Ini ABC biasa. Harganya RM 2.50. Sesuai dinikmati ketika panas sang mentari di sebelah petang.

Cendol juga terdapat disini. Walau bagaimanapun, ia agak kurang menarik kerana tidak banyak lauk pauknya. Hanya cendol semata-mata. Kalau letak kacang merah atau jagung, mungkin lebih meriah.

Jadi, kepada sahabat yang berkira-kira untuk berkunjung ke Seremban, bolehlah singgah sebentar menikmati minum petang di Gerai Popia Kuala Kangsar ini. Pasti sahabat tidak dapat melupakan tahap kesedapannya kelak. InsyaAllah....

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search

RUMAH NABIL <b>DI MAMBAU</b> DIPECAH MASUK SEKUMPULAN <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 04:00 PM PST

No of View :29
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

SEREMBAN 29 Feb. – Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila penjenayah itu memecah masuk rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu yang kini dihuni bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff, 55, kejadian disedari sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas pulang menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran.

"Saya nampak pintu belakang rumah sudah terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah sebuah bilik tingkat bawah.

"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis semua pakaian sudah bersepah di atas lantai," katanya ketika ditemui di rumah itu hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search

Tupai - Portal Hiburan Terkini: Joe Brooks cipta lagu <b>di Port Dickson</b>

Posted: 03 Mar 2012 07:00 PM PST

"Demi peminat di Malaysia, saya sanggup berenang di lautan Asia untuk berada di sini."

Itulah yang dikatakan oleh penyanyi kacak Joe Brooks dalam satu sidang media khas konsert Joe Brooks Trio Live In Malaysia 2012 yang sudah pun berlangsung semalam di KL Live, Jalan Sultan Ismail di sini.

Jejaka berusia 24 tahun ini turut memberitahu dia memilih untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur kerana statistik online menunjukkan bahawa peminat paling ramai di Asia adalah di Malaysia.

"Selain daripada statistik tersebut, kelab peminat saya turut membuat petisyen agar saya memilih Malaysia sebagai lokasi konsert di Asia serta sesi beramah-mesra bersama peminat," ujar Joe Brooks lagi.

Pelantun lagu "Holes Inside" ini turut berkongsi pengalamannya apabila sempat berkunjung ke Port Dickson pada minggu lalu.

"Ketika di sana, saya telah mendapat inspirasi untuk mencipta sebuah lagu tentang pulau di Malaysia. Ia mewakili impian, harapan, perasaan dan juga perjalanan saya," jelasnya lagi.

Penyanyi dan penulis lagu dari Southampton, United Kingdom sebelum ini pernah meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi dalam jurusan Perkembangan Sukan dan Pengajian Latihan di Universiti Bath, sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke California, Amerika Syarikat pada usia 19 tahun untuk mencipta nama di persada seni.

Dinobatkan sebagai artis bukan aliran semasa nombor satu di laman sosial MySpace pada tahun 2008, lagu "Holes Inside" yang dipetik daripada album penuh keduanya berjudul "A Reason To Swim" sering diputarkan di corong radio-radio tempatan sehinggan membuatkan namanya dikenali di sini.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

Part-Time Surveyor wanted at Mydin Mart <b>Nilai</b>(<b>Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 08:13 PM PST

Scope of Work : 

-Must have valid driving license to drive a car (Motorcycle is not accepted) 
-Must email back audit results the next day after assignment. 
-Must be able to take 20-30 photos using mobile phone. 
-Quality of photos must be clear, not blur nor yellowish. 
-Proficient in using Microsoft Excel, and emails. 
-Auditor must be observant, have good memories. 

Job Requirements: 
-Must be able to write comments/ feedback in English. 
-Must be able to audit the outlet within a 2 hour time frame.- 
-Must be able to work during weekday & weekend too. 
-Must be able to work day and/ or night. 
-Delayed in delivery of report will not be paid full amount. RM5 will be deducted off your total wages. 
-Penalty for filing an incomplete or incorrect format survey forms. RM5 will be deducted off your total wages. 

Salary : RM40/assignment ( 2 hours only) 
Location : Mydin Mart Nilai(Negeri Sembilan) 
Date : Feb 2012 (Exact date to be confirmed) 

If interested,please send resume to zack@YourPartTime.com with email title "Surveyor Mydin Mart Nilai 

Thank you. 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved