ads

Khamis, 1 Ogos 2013

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Pakat-Pakat Kalih: Anwar Ibrahim <b>di</b> Halang Menziarah Mangsa <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2013 01:33 AM PDT

Sebentar Tadi DS Anwar Ibrahim Dihalang Dan Tidak Dibenarkan Masuk Melawat Saudara Sanjeevan Yang Ditembak Kelmarin Oleh OCPD Kajang Dengan Alasan Hanya Ahli Keluarga Terdekat Sahaja Dibenarkan Melawat Di Hospital Serdang, Walaupun Seminggu Sebelum Saudara Sanjeevan Ditembak Beliau Telah Berjumpa DS Anwar Dan YB Rafizi Ramli Dan Mendedahkan Beberapa Perkara Sulit Yang Melibatkan Anggota Polis Dan Sindiket Dadah...
Sanjeevan ada bukti polis terlibat sindiket dadah- Rafizi
Pengerusi Badan Pemantau Jenayah,  MyWatch, R. Sri Sanjeevan memiliki senarai anggota polis yang sedang disiasat kerana terlibat dengan sindiket dadah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Rafizi membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menafikan penglibatan polis dalam kes tembakan Sanjeevan pada 27 Julai lalu.

"Saya ada berjumpa Sanjeevan pada Jumaat lalu dalam sebuah majlis berbuka puasa, dia jumpa saya dan beritahu beliau memperolehi satu memo dalaman PDRM yang menunjukkan senarai anggota yang sedang disiasat kerana terlibat dalam sindiket dadah," kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Menurut Rafizi, beliau kemudian memberitahu Sanjeevan agar tidak mendedahkan terlebih dahulu senarai tersebut kerana ia masih di bawah siasatan.

"Bagaimanapun, saya bersetuju dengan pandangan Sanjeevan berkaitan bilangan anggota yang terlibat serta berat kesalahan mereka, yang menunjukkan keseriusan dalam keterlibatan sesetengah anggota polis dalam sindiket seperti itu," jelasnya.

Justeru itu, beliau menyifatkan Zahid terlalu awal untuk mengeluarkan kenyataan untuk menafikan keterlibatan polis, sebaliknya beliau perlu menyiasat keterlibatan polis dengan kegiatan kongsi gelap (underworld).

"Umum mengetahui Sanjeevan memang tegas memantau kegiatan anggota polis dengan kesalahan berkaitan jenayah, dengan pendedahan beliau sebelum kejadian dan insiden yang berlaku terhadapnya, membuktikan ada hubungkait," katanya.

"Zahid juga perlu melihat insiden ini jauh ke hadapan, sekiranya polis terlibat, beliau juga tidak boleh menolak kemungkinan mungkin ada sebahagian anggota dalam KDN yang juga terlibat," katanya lagi.

Last-last Rafizi di persalahkan sebagai Dalang Sindeket Dadah dan Penembak Sanjeevan.
Anwar pulak akan jadi Dalang Bawa Masuk Senjata Api ke Malaysia..  

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Gig Ekspres Rock n Roll StesenSENI <b>di Tampin</b> | 1711 Entertainment

Posted: 24 May 2013 07:51 AM PDT

image

Stesenseni meneruskan gig mereka ke tampin pada 25 May 2013 di Seventh Heaven Studio Tampin bermula jam 3 petang, tiket-tiket berharga RM10.Ayuh Semua kaki kaki gig seluruh tampin kita gegarkan tampin!

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


program outreach orang sekatan dan <b>...</b> - Portal Berita iKDN

Posted: 10 Jun 2013 12:38 AM PDT

13.EC2G8335

JEMPOL, 19 Mei 2013  – Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam telah menganjurkan Program Outreach Orang Sekatan Dan Penggantungan Perintah Tahanan Siri 3/2013 di Dewan Serbaguna Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan yang melibatkan seramai 80 Orang Sekatan (OS) bagi semua daerah di Negeri Sembilan. Program ini diadakan bagi memberi khidmat nasihat,bimbingan,motivasi dan menerapkan nilai-nilai murni kepada OS. Slot motivasi turut diselitkan untuk membangkitkan kesedaran dan keinsafan atas kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.


Booth-booth yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Pendafataran Negara turut dibuka bagi memberikan penerangan kepada OS mengenai hal – hal berkaitan kebajikan diri dan keluarga mereka. Jabatan Pendafataran Negara memberikan perkhidmatan memperbaharui kad pengenalan OS yang telah rosak secara percuma.

4.EC2G8244

Program ini telah dirasmikan oleh Tn.Syed Abu Bakar B. Syed Hassan, Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam.

=Tamat=

05 di kuala klawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Motivasi Keibubapaan <b>di</b> SK <b>Kuala Klawang</b>, Jelebu - Pertubuhan <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2013 05:06 AM PDT


17 April 2013, Kuala Klawang : Satu Program Ceramah Motivasi Keibubapaan telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang, Jelebu
Seperti biasa, pada tahun ini sekolah ini sekali lagi mengundang Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) untuk menyampaikan ceramah ini. Beliau berkongsi pelbagai tips serta panduan bagi memperlengkapkan diri menjadi ibu bapa yang baik dan seterusnya membimbing anak-anak ke arah kecemerlangan. 
Sdr Syamsul telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ibu Bapa Saya Adalah Role Model Saya". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Kem tentera baharu akan dibina <b>di Port Dickson</b> ABN News | BM

Posted: 17 Jul 2013 01:02 AM PDT

SEREMBAN – Kem tentera yang baharu akan dibina di Port Dickson bagi menggantikan Kem Rasah di sini, kata Panglima 3 Divisyen Mej Jen Datuk Razali Ahmad.

Katanya, peruntukan RM118 juta di bawah 'Army Care' telah diluluskan untuk projek itu di kawasan seluas 68 hektar di Bukit Hitam, Sunggala yang dijangka bermula tahun depan dan mengambil masa di antara 24 bulan hingga 36 bulan untuk disiapkan.

"Sekarang ini kita telah berbincang dengan Unit kerjasama Awam Swasta (Ukas) Jabatan Perdana Menteri mengenai perumahan di kem tersebut. Lakaran infrastruktur kem pun telah kita bincang," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Panglima 1 Briged di padang kawad 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Senawang dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, Panglima 1 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan secara rasmi menyerahkan tugas kepada penggantinya, Brig Jen Datuk Adnan Abu Bakar. Sheikh Mokhsin akan menjawat jawatan Pengarah Infantri Markas Tentera Darat di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Razali berkata apabila siap, kem baharu itu akan dijadikan 1 Briged Armor.

Markas 1 Briged di Kem Rasah bertanggungjawab mengawasi keselamatan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Terdahulu, Sheikh Mokhsin menerima tabik hormat daripada 14 pegawai dan 211 anggota lain-lain pangkat diketuai pegawai memerintah 15 RAMD, Lt Kol Mat Noh Ngadiman pada upacara perbarisan perpisahan.

Adnan sebelum ini mengikuti pengajian di peringkat sarjana di Kolej Pertahanan di Amerika Syarikat selama setahun. Beliau sebelum itu adalah Ketua Pengarah Kor Armor Diraja dan Ketua Team Hala Tuju Tentera Darat selain pernah menjadi juruiring Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Razali turut melahirkan penghargaan kepada Sheikh Mokhsin sebagai Panglima 1 Briged yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.

"1 Briged bertanggungjawab mengawasi keselamatan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka. Selama satu tahun tujuh bulan Sheikh Mokhsin sebagai Panglima 1 Briged, saya amat berpuas hati dengan tugas yang dilaksanakan beliau. Saya harap Adnan dapat meneruskan tugas cemerlang ini," katanya.

Adnan pula berterima kasih kerana diberi tanggungjawab sebagai Panglima 1 Briged dan berjanji untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin. – Bernama

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


#black505 <b>di Negeri Sembilan</b>, Kedah, Terengganu dan Melaka <b>...</b>

Posted: 15 May 2013 10:33 PM PDT

Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

#black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:

21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).

Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato' Seri Najib Tun Razak.

Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
16 MEI 2013

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved