ads

Isnin, 11 Jun 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


Catatan Perjalanan Hidup Networker: Gi Juesseh; Ziarah CDM Pah.

Posted: 11 Jun 2012 04:25 PM PDT

Petang samalam.
Sempat luangkan masa ziarah CDM Pah.
Di rumah CDM Pah, di Juasseh, Kuala Pilah.
Hampir jam 7 pm baru bertolak ke sana.
Aku, CDM Kartini, CDM Faridah dan CDM Indawati serta Amar.
Asyik dok tangguh-tangguh je. Jadi semalam kuatkan tekad.
Sepatutnya dah lama ziarah CDM Pah, dah habis pantang baru gi.
Anak ke-5 CDM Pah bersama Abang Lan.
Abang Lan belum balik kerja lagi semalam.
Kami sampai jam 9.15pm.
Balik jam 10pm dan sampai rumah jam 11.30pm.

Sembang-sembang, bertanya khabar.
Dah lama tak bertemu mata.
Banyak kisah. Sempat selitkan pasal meniaga yang sedang naik.
CDM Pah fighter hebat, tapi kekangan maid yang menyukarkan untuk bergerak aktif.
Insyaalah, bila selesai masalah tu, CDM Pah akan terbang tinggi. Ligat ligan.

Dari Juasseh datang ke USJ 9. Bukan calang-calang orang yang punya kesanggupan.
Kadang-kadang bersama rakan kongsi. Kadang-kadang seorang diri je.
Kadang-kadang suami jadi peneman.
Perempuan pula tu. 

CDM Pah dah buktikan.
Cuma rehat, lantaran pregnant.
Dah ok, pulun kembali.
Orang positif, akan lihat peluang. Bukannya halangan.
Jom layan beberapa foto semalam.

Akademi Taipan181.

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


tanah <b>di tampin</b>,negeri sembilan utk dijual - CariGold Forum

Posted: 21 Mar 2012 10:18 PM PDT

Forum Jump

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Seminar Keluarga Muslim 1 Julai 2012 <b>di Seremban</b>

Posted: 06 Jun 2012 02:49 AM PDT

SEMINAR KELUARGA MUSLIM 2012
Tarikh : 1 Julai 2012, Ahad
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
1) Dato' Haji Mohd Yusof b. Hj Ahmad (Mufti N.Sembilan)
2) Dr.Zulkifli Mohd Al-Bakri (Penceramah IKIM.FM, penulis, penceramah bebas)
3) Us.Pahrol b. Mohd Juoi (Penceramah Motivasi, Penulis Terkenal)
4) Ust.Isfadiah b. Mohd Dasuki (Pensyarah UIA, Juri Rancangan Solehah TV9)
5) En.Shamsudin Kadir ( Perunding Motivasi & Pakar Kewangan)
6) Ust.Azrul Azlan Iskandar ( Pensyarah USIM & Pakar kewangan)
7) En.Zuhairi Nopiah - Ateh Zuhairi ( Perunding Motivasi LUA)
8) Us. Khusyairi b. Hamdan ( Penceramah Radio N9, penceramah bebas)
9) Us.Khazri b. Othman ( Pensyarah UKM dan Penceramah bebas)
10) Ust.Siti Khadijah bt Abd Ghaffar ( Guru dan Pengamal Teknik Mendorong Cara Nabi)
1) Mereka yang sudah berumah tangga
2) Mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat
3) Mahasiswa-mahasiswi di universiti / kolej
2) RM 50 jika mendaftar awal sebelum 26 Jun 2012
3) RM 90 jika mendaftar berpasangan
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
1) Ust.Hawa ( 019-3714035) atau
2) Ust.Aina (010-2414233)
1) Majlis Agama Islam N.Sembilan (MAINS)
2)Akademi Latihan Al-Fateh (A.L.A.F)
3)Nisa' Motivation Centre
Apakah yang akan dipelajari?
Kategori Komunikasi Suami Isteri
1) Teknik Komunikasi Suami Isteri Mengikut Panduan Quran & Hadis
2) Teknik Mengurut Ego Pasangan & Mentua/ Bakal Mentua
3) Teknik Mempengaruhi Pasangan Kaedah NLP
1) Teknik Menjadi Kaya Dengan Makan Gaji
2) Teknik Memilih Pinjaman Peribadi, Kenderaan dan Perumahan
Kategori Pendidikan Anak-Anak
1) Teknik Mendidik Anak di Awal Usia 1-7 tahun Mengikut Panduan Al-Quran & Hadith
2) Teknik Mendorong Anak Corot Mengikut Kaedah Nabi

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU13: Aishah calon PAS <b>di Jempol</b>?

Posted: 30 May 2012 05:03 AM PDT

Beliau merupakan calon popular jika beliau dicalonkan untuk parlimen Jempol atas statusnya sebagai seorang penyanyi pada satu ketika dahulu.
KUALA LUMPUR: Apakah PAS bakal menurunkan bekas penyanyi popular lewat 80an dan awal 90an Wan Aishah Wan Ariffin sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Jempol, Negeri Sembilan?
Desas desus ini bertiup kencang di kalangan ahli dan penyokong PAS di Negeri Sembilan sejak Aishah muncul di sebuah ceramah di Seremban minggu lepas.
Dalam ceramah tersebut yang dihadiri lebih 1,000 penyokong dengan separuh daripada hadirin merupakan golongan wanita; selain berkongsi pengalaman menuntut dan tinggal di New Zealand selama 10 tahun, Aishah juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita politik.

Sebaliknya Aishah menyatakan beliau menyertai PAS sejak dua bulan lalu atas kesedaran ingin membantu parti tersebut dengan menyampaikan mesej tentang perjuangan parti itu dan membantu mendapatkan sokongan orang ramai terhadap parti PAS.
"Saya tidak pernah bercita-cita menjadi pemimpin parti politik atau menjadi wakil rakyat.
"Walaubagaimanapun sekiranya saya ditawarkan menjadi calon PRU, saya memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam tentang tawaran tersebut.
"Saya tidak boleh ambil ringan tentang cadangan atau tawaran tersebut kerana menjadi calon dan menjadi wakil rakyat (sekiranya menang) memerlukan pengorbanan, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap rakyat yang memilih saya.
"Justeru itu cadangan sedemikian saya perlu kaji sedalam-dalamnya.
"Setakat ini tidak ada mana-mana pemimpin PAS tertinggi yang menawarkan saya menjadi calon walaupun beberapa pemimpin PAS tertinggi ada 'hint' pada saya tentang cadangan tersebut.
"Buat masa ini saya lebih suka dan selesa bergerak sebagai ahli biasa di pentas PAS dengan berkongsi pengalaman hidup saya dengan orang ramai", kata Aishah apabila ditanya wartawan apakah beliau bersedia menjadi calon PAS pada PRU13 jika ditawarkan oleh kepimpinan PAS.

Reaksi PAS Negeri Sembilan


FMT menghubungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani untuk mendapatkan kenyataan beliau berhubung cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol pada PRU akan datang.
Mohd Taufek berkata beliau tidak menolak faktor Aishah mempunyai peminat yang ramai jika beliau dicalonkan sebagai calon parlimen Jempol memandangkan sememangnya Aishah amat popular atas statusnya sebagai seorang penyanyi pada satu ketika dahulu.
"Malah saya faham kenapa nama Aishah dicadangkan oleh beberapa ahli PAS untuk parlimen Jempol kerana Aishah berasal dari Batu Kikir. Batu Kikir sememangnya terletak di bawah parlimen Jempol.
"Secara peribadi saya bersikap terbuka dan mengakui kekuatan Aishah sebagai calon parlimen Jempol memandangkan beliau mempunyai
latar belakang pendidikan yang tinggi, membawa imej artis yang telah berubah menjadi seorang muslimah mengikut ajaran Islam dan Aishah merupakan calon tempatan.
"Walaubagaimanapun cadangan sedemikian perlu mendapat persetujuan daripada peringkat cawangan dan PAS kawasan dari parlimen Jempol. Biasanya keputusan untuk meletakkan calon popular ditentukan oleh PAS Pusat," jelas Mohd Taufek.
Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, tidak menafikan bahawa sejak seminggu ini beliau dihujani panggilan telefon daripada ahli dan penyokong PAS yang meminta beliau mencalonkan Aishah untuk kerusi parlimen Jempol.
Aishah "winnable candidate"
Seorang pemimpin Muslimat PAS Negeri Sembilan yang tidak mahu nama beliau dinyatakan di dalam laporan ini meminta PAS Pusat mengkaji secara serius cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol untuk memecah kubu kuat Umno di Jempol.
"Kita mempunyai peluang terbaik untuk mencipta kejutan di Jempol jika mencalonkan Aishah kerana Aishah menepati criteria "winnable candidate".
"Saya ingin bertanya berapa peratuskah kehadiran golongan wanita di mana-mana ceramah anjuran PAS sebelum ini? Selalunya hanya dalam 10 ke 20 peratus sahaja. Jika ada penceramah wanita pun kehadiran wanita hanya sekitar 25 peratus sahaja. Itu paling tinggi.
"Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun.
"Daripada jumlah hadirin lebih 1,000 orang itu, jika separuh daripadanya adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan menarik sokongan kaum hawa.
"Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan PRU ke-12 dan sebelum itu.
"Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada pengundi wanita dan anak muda," kata pemimpin tersebut.
Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga "carry weight" dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.
Artis popular
Aishah pernah mencipta nama sebagai artis popular di New Zealand, Australia dan Asia pada tahun 1985 dengan kumpulan "The Fan Club".
Pada masa yang sama beliau juga melanjutkan pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.
Pada tahun 1990 Aishah menjadi antara artis yang paling popular di tanah air apabila lagu 'Janji Manismu" menjadi hit dan seterusnya merangkul anugerah "Juara Lagu".
Setelah memenangi gelaran "Juara Lagu," Aishah menjadi salah seorang nama besar di dalam industri muzik tempatan dan beliau merakamkan beberapa album lagi dalam berbahasa Melayu.

05 di mantin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mantin - Google Blog Search


3 maut kereta bertembung <b>di Mantin</b>-Beranang | Inimajalah

Posted: 24 Jan 2012 03:09 AM PST

Kategori

Arkib

05 di kuala klawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Ikon Mahasiswi Bulan Jun | PEMBINA

Posted: 04 Jun 2012 10:13 PM PDT

"Saya sengaja bagi Naima dapat A- sebab saya tahu Naima boleh buat lagi baik daripada itu. Sebab cikgu tengok Naima dah terlalu selesa dalam zon selesa", Cikgu Kusarah.

Begitulah kata-kata seorang pendidik yang cukup mengesani hati Saudari Nurnaima binti Zainuddin sehingga ke hari ini. Intipati kata-kata ringkas ini telah memberikan impak yang sangat besar kepada dirinya lalu mendorong beliau agar sentiasa keluar dari zon selesa. Jadi tidak hairan jugalah, kata-kata itu telah membentuk peribadi dirinya menjadi seseorang yang cepat berdikari, tegas dan selalu berfikir di luar kotak.

Nurnaima (hujung kiri) bersama keluarga dan sanak saudara

Anak perempuan bongsu ini merupakan anak ke-10 daripada 12 orang adik beradik kepada pasangan Encik Zainuddin dan Puan Zainon. Beliau dilahirkan pada tanggal 30 Jun 1990 di Kuala Kangsar, Perak namun kini keluarganya menetap di Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Setelah mendapat pengajian awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang dan Sekolah Menengah Undang Jelebu di Negeri Sembilan, beliau meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah dan kemudian menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka dalam bidang Sains Fizik. Kini beliau merupakan pelajar tahun akhir Jurusan Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sekalipun sibuk dengan komitmen sebagai mahasiswa di semester akhir, beliau telah diamanahkan bagi memikul tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Media PEMBINA Pusat (JK Media PEMBINA Pusat). Sepanjang penglibatan beliau bersama PEMBINA semenjak 2008, beliau yakin dengan usaha PEMBINA dalam melahirkan mahasiswa Islam untuk terlibat secara positif dalam aktiviti pembangunan negara. Saudari Naima berpendapat, pembangunan negara yang progresif tidak mampu dicapai seandainya golongan intelek yakni mahasiswa hari ini lesu dan bersikap tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku di sekitar mereka apatah lagi yang berlaku di negara ini. Aspek jatidiri mahasiswa Islam yang ditekankan oleh PEMBINA sangat relevan pada masa kini memandangkan semakin ramai mahasiswa Islam pada hari ini berada dalam kecelaruan identiti dan mula hilang halatuju. Oleh itu, beliau berharap agar semua ahli PEMBINA dan mahasiswa Islam bersama-sama sepakat dalam "Meneraju Arus Mahasiswa".

Bekas pendebat ini sememangnya aktif dalam aktiviti kokurikulum dan berpersatuan seawal usia 12 tahun. Beliau aktif menyertai pelbagai pertandingan; antaranya pertandingan syarahan, deklamasi puisi, pidato dan debat Bahasa Inggeris sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Pengalaman selama 5 tahun berkecimpung dalam debat Bahasa Inggeris membuahkan hasil apabila beliau dapat bertanding debat Bahasa Inggeris di Kejohanan Antara Teknik (KAT) peringkat kebangsaan. Antara penglibatan beliau dalam berpersatuan adalah sebagai Ketua Editor bagi majalah dan buletin di sekolah dan matrikulasi, aktif sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ketua Pasukan Debat, Pengerusi Persatuan Puteri Islam, Pengarah Urusan Syarikat Votag Kraf Sdn.Bhd (Program Usahawan Muda-PUM), memegang jawatan sebagai Timbalan Exco Penerbitan dan Penerangan dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di Kolej Matrikulasi Melaka, Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, AJK bagi HIMPUN, Konvensyen Keluarga Melayu Muslim, Dialog Student Power, Timbalan Pengarah Zero to Hero UKM serta terlibat dalam pertandingan anjuran Microsoft- Imagine Cup.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Melaka sesi 2008/2009

Sikap ingin mencuba perkara baru terserlah dalam diri Saudari Naima apabila beliau telah diberikan peluang dan kepercayaan untuk terlibat sama dalam sebuah penyelidikan yang mengabungkan keilmuan dalam bidang teknologi maklumat (artificial intelligent) dan bidang perubatan (diagnosing brain tumour) di bawah penyeliaan para pensyarah FTSM dan doktor perubatan PPUKM. Disamping harus membina sistem perubatan dan menulis tesis, beliau juga sedang menyiapkan jurnal bagi membentangkan penyelidikan yang dilakukannya. Sungguhpun beliau masih merupakan pelajar sarjana muda, beliau berharap penulisan jurnal tersebut dapat memberikan manfaat dalam bidang teknologi maklumat dan bidang perubatan.

Bila ditanya mengenai perancangan 5 tahun akan datang, beliau yang suka mencatat idea-idea baru dalam buku nota kecilnya berkata, beliau ingin menyambung pelajaran dalam MSc in Information Systems & Business Analysis di Aston University dan akhirnya merancang untuk membuka syarikat perundingan IT yang menjurus dalam bidang perubatan, pendidikan dan telekomunikasi.

Di akhir perbualan, beliau mengingatkan kepada semua mahasiswa agar keluar dari zon selesa dan sentiasa berazam untuk menyalurkan segala potensi dan bakat pada diri bagi memartabatkan agama Islam dan ingatlah bahawa "potensi diri adalah untuk digilap lalu disebarkan, bukan untuk disimpan".

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved