ads

Isnin, 25 November 2013

05 di juasseh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Oct 2013 11:27 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Menjelang PRU-13 yang mungkin berlaku samada Disember ini atau Mac 2013 akan datang, Dun Juasseh adalah antara kawasan yang wajib dimenangi oleh Pakatan Rakyat kali ini. Juasseh secara hakikatnya bukan lagi ...

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Keindahan Sunset @ matahari terbenam <b>di Teluk Kemang</b> | Si Ratu <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2013 07:09 AM PDT


Semalam tak bersiaran semalaman sebab gi makan-makan di Port Dickson..
Motip makan jauh ke sana dari makan kat KL ni?
hari ulangtahun kelahiran my dear en asben..
Memule aku dah plan dah nak makan kat Seoul Garden..
aku yang nak surprise asben, 
alih alih dia pulak yang surprise kan aku..
sape punya ulangtahun ni?
tak per lah.. janji dapat luang masa semalam sama-sama
aku ni memang kaki pantai..
semalam gerak dah petang..
dalam kete aku tanya nak ke mane 
sebab my D tak belok kete ke destinasi Seoul Garden aku tu..
tau-tau dia tunjuk sygic ..
sebab aku tak der prepare baju bajan nak mandi manda..
siap komplen sikit kat my D...
en asben cakap ini jalan-jalan jer bukan bercuti..
dan inilah kali pertama kami bawa
putera sulong kami Adika ke pantai..
selepas kami train Adika di swimming pool..
tapi gi pantai pun tak basahkan Adika dengan air laut lagi..
juz bawak Adika mendekati nature
supaya dia pun cinta nature macam ibu ayah nya..
ok.. sampai pun dah lewat.. layan gambar tepi pantai..

orang yang menetap di tepi pantai..
memang hari hari la dapat menikmati keindahan sunset di tepi pantai..
harus ler menatap sunset dalam kete jer yer tak?..
tak pun di balik gugusan bangunan pencakar langit..
paling paling manis pun dapat tengok sunset tepi tasik jer ler .. 
Adika dah besar anak ibu.. 9 bulan 2 minggu..
pertama kali lihat sunset, pasir dan pantai..
nanti kita mandi pantai yer sayang..
nak expose Adika dengan xtvx air..
Meronta-ronta nak turun dari di dukung..
Haaa.. dah tak nak pandang kamera lagi..
melompat lompat atas pasir pantai..
nasib la Adika tak nangis nak masuk dalam air laut tu..
kitorang makan malam untuk sambut hari ulangtahun kelahiran tu di restoran Embok Village..

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


pistol nakal: Misteri Bau Busuk <b>Di Rembau</b>

Posted: 18 Nov 2013 07:45 PM PST


Misteri Bau Busuk Di Rembau
REMBAU - Tanda tanya seorang penduduk yang menghidu bau busuk dari rumah jirannya terjawab apabila menemui mayat jirannya yang tinggal berseorangan di Rumah Rakyat Sungai Layang, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa yang juga pesara tentera, Zabir Khalid, 67, ditemui mati dalam keadaan menangkup di hadapan pintu bilik airnya.

Menurut jirannya, Muhd Rafiee Abdul Rashid, 20, pada pagi kejadian, rakan neneknya ada datang ke rumah untuk memaklumkan mengenai rasa tidak sedap hati apabila terhidu bau busuk dari rumah jiran.

"Kebetulan ketika itu nenek tiada di rumah, jadi saya tawarkan diri untuk meninjau keadaan di dalam rumah jiran yang berbau busuk melalui tingkap hadapan rumahnya. Sebaik meninjau saya ternampak tubuh jiran dalam keadaan menangkup di hadapan pintu bilik air.

"Saya bergegas pergi ke rumah ketua kampung bagi memaklumkan hal ini. Jika diikutkan, kali terakhir kami melihat arwah pada Sabtu lepas," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Noriedah Babah, 45, berkata, pada Jumaat lalu, dia ada datang ke rumah arwah untuk menyerahkan kad jemputan menerima bantuan sempena Program Karisma Peringkat Negeri Sembilan di Balairaya Bongek.

"Pada masa itu, arwah berbual seperti biasa dan tidak pula nampak tanda-tanda tidak sihat," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Layang, M Shaker Idris berkata, dia menerima panggilan daripada isterinya, Chempaka Lapanda, 51, yang memaklumkan kejadian itu.

"Saya terus menghubungi pihak polis dan bergegas pulang ke Rumah Rakyat Sungai Layang. Arwah tinggal di rumah berkenaan kira-kira enam tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Berdasarkan keadaan mayat, kita jangkakan mangsa meninggal kira-kira dua hari lalu. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi bedah siasat," katanya. [SUMBER]

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


Bengkel Kereta Musnah Terbakar <b>Di Gemas</b> - Siakap Keli

Posted: 21 Nov 2013 10:17 PM PST


GEMAS – Sebuah bengkel kereta di Jalan Pasir Besar-Felda Pasir Besar dekat sini, musnah dalam kebakaran awal hari ini.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, sebuah kereta pelanggan turut musnah.
Menurut pegawai operasi bomba, Shahidallah Osman, dua jentera bomba, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas dan Bahau, bersama 16 anggota digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
Ketika pihak bomba tiba, api sedang marak namun kepantasan pihak bomba bertindak menyebabkan api berjaya dikawal daripada merebak ke premis bersebelahan, katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, manakala punca dan kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

05 di bahau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di bahau - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di ampangan</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Nov 2013 11:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cetusan Mukara: Bedah Siasat PRU-13: <b>Ampangan</b>-kemenangan <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 03:13 AM PDT

Jika di atas kertas, Keadilan mampu mempertahankan kemenangan di Dun Ampangan pada PRU-13 lalu. Ia merupakan sebuah kerusi majoriti Melayu dalam bandar selepas Sikamat di Negeri Sembilan.
Namun begitu, keputusan PRU-13 lalu telah menyaksikan 'kejutan' dengan BN berjaya merampas kembali Ampangan dengan kemenangan tipis dalam sejarah Pilihanraya Umum kawasan tersebut. PRU 2008 lalu turut mencatat sejarah buat Ampangan yang menjadi DUN yang mencatat majoriti kemenangan terkecil daripada keseluruhan 36 Dun semuanya. Rekod itu sekali lagi tercatat kali ini dalam PRU-13 dengan majoriti kemenangan hanya 89 undi sahaja!
Apakah benar PR melalui Keadilan tewas di Ampangan?
Andainya diukur dengan undi awam, sahih bahawa Keadilan telah menang di sini dengan majoriti kecil sebanyak 16 undi! Akan tetapi hakikat keseluruhan, calon Keadilan telah 'dikalahkan' oleh undi pos yang memihak sebanyak 62 peratus kepada calon BN.
Peranan undi ini benar-benar membantu lebih daripada 60 peratus kemenangan BN di kebanyakan dun dalam Negeri Sembilan. Itu belum lagi dicampur dengan undi awal iaitu undi-undi daripada polis, tentera, bomba dan lain-lain pasukan.
Jumlah undi pos yang dinyatakan dalam senarai pemilih Dun Ampangan (dibekalkan oleh SPR) adalah tujuh (7) orang sahaja. Namun begitu, permohonan undi pos itu masih boleh dibuat sehingga sehari sebelum hari penggundian undi tersebut! 
Ada dua keadaan yang berlaku di sini, iaitu; tiada makluman tambahan undi pos bagi Dun Ampangan dan kegagalan jentera bagi pihak PR memastikan dan mendapatkan maklumat terkini pertambahan undi pos. Itu dikira sebagai kelemahan teknikal.
Hakikatnya berdasarkan simulasi, kajiselidik dan jangkaan kalah-menang di Ampangan, BN mengetahui bahawa peluang untuk mendapatkan kembali Ampangan sukar dan sengit. Ini dipengaruhi oleh faktor demografi Ampangan yang terletak dalam kawasan bandar, kepelbagaian etnik pemilih yang besar dan berada dalam lingkungan pengaruh kuat PR iaitu Parlimen Seremban.
Tanpa bantuan undi pos ini, harapan merampas Ampangan itu gagal dilaksanakan. Namun ia berlaku sebaliknya. Taktikal ini telah digunakan tanpa disedari oleh jentera PR khususnya Keadilan akibat kelemahan teknikal proses berkaitan undi pos ini. Ruang yang terabai inilah yang telah menjadi titik tolak kepada kejayaan taktikal licik BN ini. Sebenarnya, jentera BN di Ampangan pun tidak menjangkakan 'kemenangan' calon mereka tetapi pihak strategis BN telah merealisasikan taktikal itu.
Keputusan Undi Pos bagi Dun Ampangan PRU-13 lalu adalah seperti berikut;

Jumlah Pemilih: 204
Undi Diterima:  PKR-21  BN-146
Undi Ditolak: 18

_________________________________________________
Keputusan bagi Dun Ampangan PRU-13 (tanpa undi pos) adalah seperti berikut;

Jumlah Pemilih: 14,321
Undi Diterima: PKR-7080  BN-7064
Undi Ditolak: 169

Faktor calon memainkan peranan penting di Ampangan. Harus diakui bahawa Umno bijak memilih calon untuk menang (walaupun tiada ketokohan politik) namun calon itu mempunyai sentuhan dengan masyarakat kerana ketokohan keagamaan yang dimiliki oleh Haji Abu Ubaidah. Beliau merupakan cucu kepada tokoh ulama tersohor Negeri Sembilan. Malah sentuhan itu dirasai dan diketahui oleh kebanyakan generasi tua Ampangan. Mungkin tidak semua generasi muda mengenali beliau.

Keadaan itu telah memberi saingan sengit kepada kredibiliti calon Keadilan iaitu Dato' Kamarul Baharin Abbas yang merupakan Ahli Parlimen Telok Kemang dan Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan. Malah Kamarul Baharin juga mempunyai sejarah silam keluarga beliau yang pernah menetap di Ampangan sejak tahun 1950 lagi. Bapa beliau, Cikgu Abbas merupakan guru besar Sekolah Melayu Ampangan sejak tahun 1938 lagi sebelum berpindah seketika ke Perak dan kemudiannya kembali menetap di Ampangan.

Pertembungan kredibiliti politik dan keagamaan menjadi taruhan sengit untuk merebut undi Melayu khususnya. Umno mengetahui hanya elemen keagamaan iaitu menampilkan calon berlatar belakangkan pendidikan sufi, anak jati Ampangan dan dikenali kebanyakan warga tempatan untuk menang dan menyedari bahawa tidak akan menang besar. Cukup mencapai kemenangan secara marginal!

Peringkat awalnya, jentera BN di dun ini seperti 'memboikot' dan sepanjang minggu pertama sebelum minggu terakhir berkempen, tidak kelihatan bilik-bilik gerakan BN dihuni oleh jentera. Begitu juga dengan pihak Keadilan setelah pengumuman calon Ampangan, beberapa bilik gerakan ditutup kerana calon yang diheboh-hebohkan iaitu Rafie Malek tidak terpilih sebagai calon.

Pihak Keadilan mengambil masa dua-tiga hari untuk menggerakkan semua bilik gerakan di semua daerah mengundi. Jentera BN dilihat aktif pada dua hari terakhir minggu berkempen.
Tindakan boikot samada di pihak BN dan Keadilan sememangnya berlaku di Ampangan. Ketua Umno Bahagian Seremban, Dato Ishak Ismail disebut-sebut bakal bertanding di sini jika tidak diberi laluan di Sikamat. Begitu juga di pihak Keadilan, telah diheboh dan digemburkan bahawa Rafie Malek sebagai calon.

Usaha boikot dari segi jentera di pihak Keadilan amat jelas apabila pihak Cabang Seremban mengalihkan tumpuan seluruh jentera Ampangan ke Sikamat. Namun ada yang tidak bagus berlaku (bukan dari pihak Cabang) apabila tersebarnya risalah-risalah yang memburuk-burukkan calon Keadilan-Kamarul Baharin Abbas di daerah-daerah mengundi majoriti Melayu iaitu di Gedong Lalang, Kampong Jiboi dan Ampangan. 

Kepastian yang tidak boleh dinafikan bahawa risalah-risalah negatif itu bukan datang daripada pihak lawan dan ia bukan psywar BN. Akan tetapi ia adalah jelas datang daripada pihak-pihak yang kecewa yang menentang Kamarul Baharin sebagai calon di Ampangan.

Jika dilihat daripada keputusan pilihanraya, berlaku kemerosotan undi di tiga daerah mengundi tersebut. Ia telah berjaya mempengaruhi sentimen tempatan. Malah kedengaran maklumat-maklumat lisan yang disampai oleh beberapa sumber menyatakan pihak-pihak yang mensabotaj ini sangat gembira dan berpuas hati dengan kekalahan Keadilan di Ampangan!

MB Negeri Sembilan telah menunaikan janji beliau untuk melantik Haji Abu sekiranya menang menjadi Exco kerajaan negeri. Semoga peranan dan tanggungjawab kepada warga Ampangan dapat dilaksanakan dengan jujur amanah. Manakala bagi pihak Keadilan, penyusunan semula strategi dan taktikal wajar diperkemaskan sekiranya berhasrat merampas Ampangan pada PRU-14.
Pengetahuan dan kearifan hal-hal teknikal pilihanraya juga wajar diperturunkan kepada jentera supaya kesilapan sama tidak berulang. Harus peka dan sedar!

Secara khusus, Keadilan NS dan Pusat wajar mengambil tindakan kepada individu-individu atau angota-anggota parti yang secara terang-terangan melakukan dan menjalan kegiatan memboikot serta menggagalkan kemenangan parti di Ampangan. Tindakan tegas wajar dijalankan sebagai isyarat jelas bahawa kepimpinan Keadilan Pusat serius untuk 'membersihkan' organisasi daripada gejala-gejala politik tidak sihat ini!

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved