ads

Selasa, 30 Julai 2013

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Pengerusi NGO MyWatch Parah Ditembak <b>Di Bahau</b> 27 Julai 2013 <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2013 09:18 AM PDT


Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak lewat petang tadi oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.

Sanjeevan, 27, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Pilah pada pukul 10.30 malam tadi dan Astro Awani dimaklumkan oleh sumber dari hospital bahawa keadaan beliau masih tidak stabil.

Kejadian tembakan itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang berhampiran persimpangan Taman Awana Indah, Taman Cempaka.

Menurut sumber, Sanjeevan keluar untuk minum petang bersama seorang rakan dan memandu BMW kelabu.

Beliau sedang merokok dan cermin keretanya diturunkan sebelum dua lelaki bermotosikal merah datang dari arah belakang dan melepaskan tembakan.

Ketika dihubungi, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dia merasa sedih dengan kejadian tersebut.

"Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku terhadap beliau ketika usaha untuk mengurangkan jenayah sedang giat dijalankan," katanya kepada Astro Awani.

Sehubungan itu beliau menggesa polis menyiasat kejadian tersebut kerana Sanjeevan dikatakan pernah menerima beberapa ugutan sebelum ini susulan beberapa pendedahan yang dilakukan beliau.

Sejak dilancarkan MyWatch lantang menyuarakan hal-hal berkaitan jenayah termasuk dakwaan rasuah dan salah laku anggota polis di semua peringkat selain mendakwa ada yang terbabit dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap - Astro Awani


05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Kematian tahanan <b>di</b> lokap polis <b>Tampin</b> masih disiasat ABN News <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2013 05:59 AM PDT

SEREMBAN – Siasatan kes kematian seorang tahanan, P.V Karuna Nithi, 42, di lokap Balai Polis Tampin baru-baru ini hampir siap, Cuma menunggu laporan pathologist bagi menentukan punca kematiannya.

Menyatakan demikian hari ini Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata: "Mengikut pakar patologi daripada Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, laporan itu hanya akan boleh siap dalam masa dua atau tiga minggu".

Bercakap pada sidang media di sini, Osman berharap jangan ada sebarang spekulasi negatif terhadap siasatan itu yang telah diambil-alih oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

"Jadi, berlaku adillah kepada polis, biar kita kemaskinikan dahulu siasatan kita dan saya harap jangan membuat sebarang kesimpulan kerana kesimpulan itu mungkin tidak tepat dan cerita sebenarnya mungkin tidak diketahui.

"Saya sudah tegaskan di peringkat awal lagi bahawa kita tidak akan melindungi mana-mana pihak jika ada bukti yang mencukupi yang menjurus ke arah kes jenayah," katanya.

Beliau berkata, daripada mula masuk lokap pada 28 Mei sehingga tahanan disahkan mati pada Sabtu lepas, semua perbuatan dirakamkan oleh kamera litar tertutup dalam lokap berkenaan dan setakat ini kita tidak nampak perkara luar biasa berlaku ke atas simati.

Pada Sabtu lepas (1 Jun), Nithi, yang ditahan sejak 28 Mei selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.  – Bernama

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jul 2013 03:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2013 03:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 03:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Feb 2013 03:37 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ISU SEMASA, SOSIAL DAN POLITIK: Londar siam, jalan sungai <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 10:51 PM PST


Sebelum adanya jalanraya yang merupakan jalan pengangkutan yang utama di zaman moden sekarang ini, manusia menggunakan sungai dan laut sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan mereka.

Pedagang menggunakan perahu atau kapal bagi mengangkut barang dagangan mereka menyelusuri laut dan sungai untuk sampai ke destinasi.

Sebuah jalan sungai yang sangat popular di zaman dulu yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur  Semenanjung Tanah Melayu telah digunakan oleh manusia seawal sekitar kurun ke 13 atau 14 lagi. Jalan sungai ini merupakan jalan alternatif kepada jalan persisiran laut yang melalui Singapura. Jalan sungai ini melibatkan dua sungai utama iaitu Sungai Muar dan Sungai Pahang.

Pada masa itu kawasan hutan masih tebal dan luas, sudah tentu kedua-dua sungai itu mempunyai kandungan air yang lebih banyak atau besar berbanding sekarang. Permukaannya yang luas dan airnya yang dalam memungkinkan perahu-perahu bersaiz besar atau kapal dapat belayar melaluinya.

Dari pantai barat Semenanjung, perahu atau kapal akan mudek dari muara Sungai Muar, kemudian mudek ke Sungai Jempol yang merupakan salah satu cabang dari Sungai Muar. Sehinggalah sampai ke suatu tempat di Kampung Laka, Serting di mana perahu atau kapal ini akan ditarik ke darat melalui jalan penarikan yang dinamakan Londar Siam. Kapal atau perahu ini ditarik di atas daratan sejauh 600 meter untuk dipindahkan ke Sungai Serting. Dari Sungai Serting, perahu atau kapal ini akan menghilir masuk ke Sungai Bera yang seterusnya akan bertemu dengan Sungai Pahang. Akhirnya melalui Sungai Pahang ini, akan sampai ke lautan lepas yang terletak di pantai timur Semenanjung.

Londar Siam adalah merupakan jalan penarikan atau tanah daratan yang paling pendek menghubungkan Sungai Jempol dan Sungai Serting. Kawasan Londar Siam ini terletak dalam Daerah Jempol di Negeri Sembilan.

Kenapa ia dinamakan Londar Siam? Mungkin laluan ini pernah digunakan oleh tentera Siam sebagai jalan yang strategik untuk menyerang Melaka. Dikatakan tentera Siam juga pernah cuba menggali terusan pada jalan penarikan itu supaya perahu atau kapal tidak perlu lagi di tarik ke darat untuk memindahkannya dari Sungai Jempol ke Sungai Serting itu.

Tetapi dikatakan projek terusan itu gagal disiapkan atas sebab-sebab tertentu. Ada kemungkinan juga projek itu tidak gagal tetapi sengaja terusan itu tidak dibuat sepenuhnya. Terusan itu mungkin sengaja dibuat separuh sahaja bagi tujuan untuk memendekkan lagi jalan penarikan itu. Maknanya dengan adanya terusan itu, kapal ditarik di atas daratan akan melalui laluan yang lebih pendek berbanding tanpa terusan.

Mungkin ada sebab utama kenapa terusan itu tidak dibuat penuh (menghubungkan air Sungai Jempol dan Sungai Serting). Salah satu sebabnya mungkin kedudukan aras ketinggian Sungai Jempol tidak sama dengan aras Sungai Serting, ini akan menyebabkan salah satu sungai akan menjadi kering di mana air Sungai Jempol akan mengalir ke Sungai Serting ataupun sebaliknya.

Atau mungkin juga projek terusan ini gagal disiapkan kerana ada unsur sabotaj dari penduduk tempatan kerana bimbang kehilangan mata pencarian mereka hasil dari kerja menarik kapal-kapal yang melalui jalan penarikan itu. Dikatakan juga tentera Siam yang membina terusan itu ramai yang mati kerana ditimpa penyakit misteri.

Kenapa Jalan Sungai Muar-Sungai Pahang ini menjadi jalan perhubungan utama yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Semenanjung ketika itu?

Kalau difikirkan, tentulah sukar untuk memudekkan kapal dan perahu dari muara ke hulu sungai berbanding kalau melalui laut. Lebih banyak tenaga digunakan untuk melawan aliran arus sungai berbanding kalau belayar di laut. Sebaliknya kalau kapal belayar menghilir mengikut arus sungai, hanya sedikit tenaga diperlukan.

Jarak perjalanan dari Muar di pantai barat ke Pekan di pantai timur adalah lebih dekat kalau melalui jalan sungai berbanding jalan laut melalui Singapura. Tetapi dari segi masa, jalan sungai mengambil masa enam hari paling cepat untuk sampai.

Jalan sungai ini juga popular di waktu itu kerana pedagang-pedagang tidak mahu menghadapi risiko ribut monsun timur-laut yang sangat bahaya kepada kapal-kapal kecil jika menggunakan laluan laut. Di samping itu kapal-kapal dagang juga terdedah kepada rompakan lanun yang selalunya bergiat aktif di laluan laut.

Satu lagi faktor yang menjadikan jalan sungai ini popular ialah kebimbangan diserang oleh tentera-tentera yang bermusuhan. Ada setengah bahagian atau daerah diperintah atau dijajah oleh pihak yang bermusuh dan tidak membenarkan kapal-kapal lawan mereka melalui kawasan perairan mereka. Untuk menghindarkan berlakunya konflik , mereka memilih jalan sungai ini sebagai alternatif.

Sekarang ini laluan Sungai Muar-Sungai Pahang yang popular satu masa dulu itu tidak lagi digunakan. Kini ia hanya tinggal sejarah sahaja. Malah ramai generasi muda yang tidak menyedari kepentingannya dan kewujudannya pada satu masa dulu.

                                                 (lokasi bekas Londar Siam)

Walaupun jalan sungai utama ini tidak digunakan lagi, tetapi sebagai memperingatinya kerajaan perlu membuat sesuatu bagi memelihara bahan sejarah yang penting ini. Tentunya perkara yang menjadi tarikan kepada generasi akan datang ialah lokasi jalan penarikan atau Londar Siam itu sendiri. Mungkin kerajaan boleh membina monumen yang berbentuk sebuah perahu besar yang boleh ditarik pada sebahagian dari jalan penarikan itu. Ia bukan sahaja dapat menanamkan ingatan kembali sejarah kita kepada generasi akan datang, tetapi juga dapat menambah satu lagi produk pelancungan kepada negara ini.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jan 2013 03:07 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teen life is awesome: UKKM <b>di</b> MRSM <b>serting</b>

Posted: 01 Dec 2012 10:28 AM PST


Assalamualaikum... how's life?

    kali ni aku nak share pasal UKKM... hari tu(28/11.2012) aku ade jawab UKKM kat MRSM Serting ......

"UKKM tu menatang ape?"

 "UKKM tu ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM..."

"ouh.. baru tau..."

                     

soalan dia mcm soalan PMR gak la.. tapi...., seriously aku cakap, soalan math dia... pergh susah membunuh..  tapi science senang... yang lagi satu paper korang kena jawab ujian keperibadian.. masa jawab tu korang kena perasan baik lah... haha... tapi aku x jawab guna paper.., aku jawab guna komputer... da canggih da.. MRSM lain pon same kot...

     masa aku masuk makmal komputer uh, aku pelik gak.., asal meja dye rapat.. kalo cam tu senang lah nak meniru.. hmmm... rupa2nya guna komputer.. punya cuak la aku bila dengar kena jawab guna komputer.. bukan sebab aku x tau guan.. tipu la kalo aku kata aku x reti nak guna kan..

    haha.. actually, aku x biase guna jawab exam guna komputer.. actually x pernah langsung.. tu lah 1st time aku jawab exam guna komputer.. tapi bagus gak, x payah susa2 lenguhkan tangan hitamkan kertas OMR.. hihi...

ni maklumat penting.... LOKASI MRSM SERTING...

     kepada sesiapa yang nak masuk pergi MRSM Serting uh.. awal2 aku cakap..., namanya MRSM Serting tapi kat Jempol.. kalo camtu baik tukar nama jer.. MRSM Jempol.. xde la aku susa nak cari... sesat punya pasal.., 15 minit b4 start exam baru aku sampai... giler kan..? tukar baju pon berlari-lari.. ntah aku sempat tutup zip kain ke x... haha.... rasenye sempat.... hehe...

    dah la aku nak cepat.., tetiba lori kat depan tu bawak tehegeh-hegeh pulak... memang menguji kesabaran aku betol... ish..! sabar je la... tapi ade sorang budak laki ni.. pukol 2:50 p.m baru sampai.. maybe same kes dengan aku... sesat.. gara2 alamat x betol...nasib baik budak tu still dapat peluang jawab exam..  dalam GPS pon xde MRSM Serting... balai polis serting ade la..

    sejak ari tu..., baru aku tau.. serting ade banyak name... bandar baru serting and banyak lagi.. sorry.., aku bukan orang serting..., so x dapat nak senaraikan nama2 dia..

budak2 yang pergi jawab kat MRSM serting tu....mcm2 ragam aku tgk.. ade yang skema...(budak tu mesti pandai giler), ade yang terlebih peramah.., bajet hot pon ade.. tapi cool la.. aku xde masalah pon dgn diorang.. lagipun aku bukanya bercakap sangat dgn diorang.. just bercakap dengan budak sebelah aku jer.. tu un sbb aku x nak rehat sorang2.. hihi

tapi cafe kat situ x bukak pon.. lagipon aku x lapar pon.. sebenarnya aku x suka duduk sorang2 and termenung... hah kan da kena tegur.. ish... haha..


  ni lagi best..., aku ingat aku sorang jer jawab exam kat mrsm serting..., rupa2nya kawan aku pon ade jawab kat situ gak.. tapi dia ari isnin.. aku ari rabu.. huhu

    By the way...., aku x harap pon  dapat MRSM.. kalo dapat.., alhamdulillah... bersyukur sangat2..sbp pon aku mintak gak... teknik pon aku mintak...kalo dapat alhamdulillah... x pon skolah kat sekolah harian biase jer..

     ok la.. sampai sini jer aku nak share... rasanya aku da cakap sume benda pasal serting ni..

see you next time...

05 di bahau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di bahau - Google Blog Search


kempen boikot cinabeng : lepas perak,melaka <b>...</b> - Gerakan Anti PKR

Posted: 27 Jul 2013 03:29 AM PDT

Semalam 26 Jul 13, (17 Ramadhan) aku melawat kematian ayah member opis. Jenazah diuruskan di ampangan N9. Terlanjur ada di situ... aku solat jumaat di masjid jamek ampangan... lepas solat ada flyers ket cermin wiper kete... wah..melayu bangkit kat sana... cuma dlm list tu masih dia letakan product HPA. HPA bukan ke produk syiah malaysia...? GAP... nampaknya dah makin ramai yang sedar... kena teruskan kempen... wa sokong lu GAP!

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved