ads

Isnin, 4 Jun 2012

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Atia Adina: Ucu Kemalangan <b>di Bahau</b>

Posted: 03 Jun 2012 09:52 PM PDT

Jumaat lepas masa ucu on the way dari Palong nak balik ke Bandar Saujan Putra.....ucu ditimpa kecelakaan kat Bahau......masa tengah bawa motor.... tiba-tiba ada satu motor lain muncul di depan ucu....motor tu dibawa oleh seorang apek tua dalam lingkungan umur 70 tahun .....apek tu nak masuk simpang.....apa lagi.....confirmlah ucu tak sempat nak elak....maka berlanggarlah ucu ngan motor tersebut......pas berlanggar ucu terus pengsan......sedar-sedar dah ada dalam ambulance...

ucu dimasukkan ke wad di hospital jempol.....bahu patah....pegelangan tangan retak....muka ada kesan melecet sikit.....setakat ni ucu tak boleh nak bergerak sangat sebab bahu & pinggang dia sakit.....

Alhamdulillah...syukur kepada Allah....ucu hanya cedera sikit jer.....ibu punya lah risau.....pas dapat berita ucu kemalangan.....ibu terus bergegas balik......risau sangat.....apek tua yang dilanggar oleh ucu tu mengalami kecederaan serius....urat tengkuk dia putus......dia mati setibanya di hospital......

sekarang ni acik jaga ucu kat hospital....jap tadi acik call bagitau ucu dah boleh keluar wad....jap lagi atuk tan gi amik ucu.....moga ucu cepat sihat ....


05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 06 May 2012 08:59 AM PDT

0

Kuala Pilah, 6 Mei 2012 – Saari telah diundang oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Pilah untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat yang telah diadakan di Bilik Gerakan PKR Kuala Pilah.

Saari menyampaikan ceramah menerangkan dasar berkebajikan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang membuatkan Umno-BN tiada modal untuk menyerang dan menggunakan fitnah sebagai senjata utama mereka

Sebahagian penceramah yang menyampaikan ceramah pada malam tersebut

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Persatuan Pandu Puteri bergerak aktif <b>di Negeri Sembilan</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 05:55 AM PDT

PAROI, 27 April –Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Pandu Puteri Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2012 berlangsung di Centre Court, Paroi sejak pagi tadi dan berakhir pada sebelah petang telah mendapat penyertaan dari dua puluh buah sekolah di Negeri Sembilan.

Tahun 2012 merupakan tahun kedua pertandingan ini berlangsung dan terdapat peningkatan jumlah penyertaan.

Ianya turut mendapat pujian Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, Yang di-Pertua, PPPM Cawangan Negeri Sembilan merangkap isteri Menteri Besar Negeri Sembilan juga perintis bagi pertandingan tersebut.

Beliau hadir bagi merasmikan majlis penutup seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Di dalam ucapan beliau, beliau berbesar hati dan berbangga menerajui Pandu Puteri Negeri Sembilan kerana mendapat kerjasama baik jawatankuasa di peringkat Negeri, peringkat sekolah dan ahli-ahlinya.

Menurut beliau, Persatuan Pandu Puteri Negeri Sembilan semakin bergerak aktif di negeri ini dan pencapaian demi pencapaian diperolehi. Ini bermakna, PPPNS semakin popular dan di terima ramai.

"Pertandingan kawad kaki ini misalnya, antara aktiviti yang dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin, toleransi, meningkatkan jati diri dan paling penting pembentukan pembawakan pasukan," tambah beliau.

Beliau turut menyeru agar setiap ahli perlu saling hormat menghormati di antara satu sama lain agar lebih banyak lagi kejayaan di perolehi di masa akan datang.

Terdapat dua kategori pertandingan kawad kaki iaitu kategori Tunas Puteri dan kategori Ranjer bagi merebut Piala pusingan YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.

Bagi kategori  Tunas Puteri, tempat pertama dimenangi oleh SK Wawasan, kedua SK Pedas dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Palong 8 (F). Ketua platon terbaik di menangi oleh SK Wawasan.

Bagi kategori Ranjer pula, tempat pertama dimenangi oleh SMJK (C) Chan Wa, kedua SMK Bukit Mewah dan ketiga dimenangi oleh SMK Seri Perpatih. Ketua platon terbaik di menangi oleh SMJK Chan Wa.

Tuan rumah bagi tahun ini ialah SMK Bukit Mewah, Seremban 2.

Turut hadir, Dato' Zainab Nasir , EXCO Kerajaan Negeri Sembilan dan En Amir Sharifuddin, wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved