ads

Selasa, 2 Oktober 2012

05 di sikamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di sikamat - Google Blog Search


Cetusan Mukara: <b>Sikamat</b> bakal kekal dimenangi PR

Posted: 26 Sep 2012 02:15 AM PDT

Kemenangan Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat di Dun Sikamat tidak diduga ramai kerana ia merupakan antara kubu kuat Umno di Parlimen Seremban selain Dun Lenggeng dan Ampangan.

PRU 2008 lalu telah mengubah suasana politik di Seremban dengan memperlihatkan kemenangan bergaya Pakatan Rakyat di lima daripada enam dun dalam Parlimen Seremban. Umno Seremban hanya mampu mempertahankan kemenangan di Lenggeng manakala di Ampangan dan Sikamat mereka tewas buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya umum sejak 1959. Kedudukan Umno untuk mempertahankan kemenangan di Lenggeng pada PRU-13 juga dijangka sengit.
Sikamat asalnya merupakan sebahagian daripada Dun Ampangan, Rahang dan Temiang sebelum persempadanan semula pada tahun 2003. Selepas persempadanan semula, Sikamat wujud menjadi dun baru. 
Sebelum tahun 2007, Sikamat mempunyai enam daerah mengundi iaitu Taman Paroi Jaya, Sikamat, Taman Jujur, Jalan Sikamat, Medan Rahang dan Rahang. Selepas tahun 2007, daerah mengundi ketujuh Dun Sikamat wujud iaitu Taman Desa Rhu hasil daripada pertambahan pengundi di kawasan tersebut.
Sikamat merupakan kawasan majoriti Melayu dengan pecahan pemilih mengikut etnik berdasarkan senarai pemilih suku tahun pertama 2012 seperti berikut;
Melayu: 11,619 (61.65%)
Cina: 5,308 (28.16%)
India: 1,692 (8.98%)
Dalam PRU 2004 lalu, Umno telah memenangi Sikamat yang mengalahkan Keadilan dengan majoriti yang selesa sebanyak 3,701 undi. Calon Umno-Md Yusof Harmain Shah yang juga dikenali masyarakat tempatan dengan gelaran Yusof Misai. Beliau memperolehi 7,031 undi (67.86%) yang merupakan perolehan undi popular yang sangat selesa. Manakala calon Keadilan-Rosidan Mohamed mendapat 3,330 undi (32.14%). 
Ketika ini, perubahan tampuk pimpinan utama negara setelah Pak Lah menjadi Perdana Menteri yang ditonjolkan dengan imej 'Mr. Clean' telah menarik perhatian rakyat yang mengharapkan perubahan baru selepas era Mahathir Mohamad. Situasi politik ketika juga memperlihatkan kemorosotan sokongan rakyat kepada Barisan Alternatif.
Pertikaian senarai calon-calon BN Negeri Sembilan yang berlaku pada saat-saat akhir telah mencetuskan keceramukan dalaman Umno Negeri Sembilan. Menteri Besar-Mohamad Hasan telah bertemu dua kali Pak Lah atas sebab itu. Senarai calon awal dikatakan kebanyakannya menyenaraikan nama-nama penyandang dun-dun ketika era Isa Samad, namun buat kali keduanya senarai tersebut telah berubah secara drastik dengan menampilkan calon-calon pilihan Mohamad Hasan.
Umum sedia maklum dalam Umno Bahagian Seremban sendiri telah wujud dua kem utama iaitu kem Ishak Ismail (Ketua Bahagian) dan kem Mohd Nor Awang (Naib Ketua). Kem Ishak Ismail (yang juga bekas Adun Lenggeng) dikatakan pro kepada Isa Samad, manakala kem Mohd Nor Awang merupakan proksi kepada Mohamad Hasan. Pertentangan dua kem ini masih berterusan sehingga saat kini.
Tanpa diduga Md Yusof Harmain tewas kepada calon Keadilan-Aminuddin Harun. Pertarungan di Sikamat boleh dianggap antara yang sengit selain di Ampangan dan Lenggeng. Md Yusof tewas dengan majoriti tipis iaitu hanya 499 undi. Buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan pilihanraya umum sejak 1999, Keadilan memenangi Dun Sikamat.
Aminuddin Harun mendapat 6,036 undi (51.91%) dengan kelebihan kemenangan 499 undi. Manakala Md Yusod memperolehi 5,537 undi (47.62%). Lebih menarik, calon Umno ini tewas di daerah mengundi majoriti Melayu iaitu Taman Jujur dan Taman Desa Rhu.
Potensi Kekal Kemenangan 
Beberapa faktor utama menjadi asas kepada potensi untuk Keadilan mempertahankan kemenangan di Sikamat dalam PRU-13 akan datang.
Sikamat merupakan dun yang berada dalam kawasan perbandaran Seremban. Lebih 80 peratus kawasannya terdiri daripada taman-taman perumahan, petempatan elit Melayu dan lingkungan pusat bandar Seremban. Selebihnya terdapat beberapa kawasan kampung di pinggiran seperti di Jalan Jelebu-Pantai, Ulu Sikamat dan di pinggiran Paroi.
Pendedahan dan penerimaan maklumat berkaitan Pakatan Rakyat adalah paling cepat serta mudah diakses oleh kebanyakan penduduk bandar. Malah sebaran maklumat tentang perkembangan semasa Pakatan Rakyat juga sangat pantas bergerak dalam kawasan-kawasan ini. Kelebihan itu juga turut digunakan oleh Umno dalam mematahkan sebaran maklumat oleh pihak Pakatan Rakyat.
Sikap dan trend pemilih bandar ketika ini adalah 75 peratus ke atas cenderung menyokong Pakatan Rakyat. Adalah tidak mustahil para pemilih Melayu kawasan ini mempunyai kecenderungan sekitar 53-55 peratus menyokong Pakatan Rakyat. Kekerapan program-program besar dan sederhana giat dijalankan oleh pihak Keadilan khususnya dalam membuat khidmat masyarakat. Perkara ini diakui sendiri oleh kebanyakan penduduk di dun ini. Jentera Keadilan amat kerap dilihat dalam menggerakkan kerja-kerja kemasyarakatan khusus kepada golongan fakir miskin.
Kawasan-kawasan perumahan Melayu elit seperti di Taman Paroi Jaya dijangka akan berlaku peralihan besar dalam memberi undi perubahan. Keadilan tewas dalam PRU 2008 di kawasan ini dengan kelebihan undi yang tipis. Jangkaan anjakan undi itu bakal berlaku dalam saluran 4,5 dan 6 iaitu saluran golongan muda. Adalah diramalkan Keadilan mampu memperolehi sekitar 56-58 peratus undi di kawasan ini.
Kawasan-kawasan bandar seperti Medan Rahang, Rahang dan Sikamat dijangka akan memberi undi yang besar kepada Pakatan Rakyat. Adalah dijangka perolehan undi itu akan meningkat berbanding PRU 2008 iaitu sekitar 58-65 peratus.
Kawasan Campuran
Jika dilihat pecahan pemilih mengikut etnik di pada tahun 2004 dan 2008, Sikamat merupakan kawasan campuran walaupun iaitu majoriti Melayu. Pemilih Melayu di Sikamat pada tahun 2004 adalah 55 peratus dan pada 2008 adalah 59 peratus.

Walaupun kini pemilih Melayu Sikamat telah meningkat menjadi 62 peratus, ia boleh dianggap sebagai kawasan campuran kerana mempunyai pemilih Bukan Melayu yang ramai. Selain daripada faktor pemilih bandar, kepelbagaian pemilih mengikut kaum yang ramai turut mempengaruhi sokongan di kawasan ini.

Sokongan semasa pemilih Cina di bandar kepada Pakatan Rakyat adalah sekitar 78 peratus ke atas. Manakala sokongan pemilih India kepada Pakatan Rakyat pula adalah sekitar 65 peratus. Manakala sokongan pemilih Melayu di bandar pula berada sekitar 53-55 peratus. Keadaan ini membayangkan potensi sokongan untuk memenangkan calon PR sangat cerah.

Cabaran 

Walaupun secara mudah atas kertas, potensi mempertahankan kemenangan di Sikamat amat cerah, keupayaan pihak lawan juga harus diberi perhatian. Umno khususnya akan berusaha untuk menrebut kembali kawasan ini.

Antara cabaran yang perlu diberi perhatian adalah;

Undi Pos
Mengikut senarai pemilih suku tahunan pertama 2012, jumlah pemilih pos keseluruhan dalam Sikamat adalah 616 orang. Jika dipecahkan adalah seperti berikut;

Tentera: 574    Polis: 31   Pemilih Luar Negara:11

Keputusan PRU 2004 Sikamat memperlihatkan Umno-BN telah memaksimumkan undi pos kepada calon mereka. Calon Umno ketika itu menerima 89 peratus undi pos manakala calon Keadilan hanya mendapat 10.9 peratus sahaja.

Namun, dalam PRU 2008 calon Keadilan menerima 29 peratus undi pos dan calon Umno mendapat 67.37 peratus undi pos.

Perkara ini bakal berlaku sekali lagi dan dijangka Umno-BN akan melonjakkan perolehan undi pos kepada calon mereka sekitar 75-80 peratus pada PRU-13 akan datang.

Calon
Perebutan untuk menjadi calon di Sikamat oleh Umno Seremban menjadi topik hangat sembang kedai kopi. Ketua Bahagian Umno Seremban, Dato Ishak Ismail turut berhasrat untuk bertanding di sini. Sudah pasti kem Mohd Noor Awang juga mahu meletakkan calon mereka. Setakat ini, pihak Umno masih belum memutuskan calon mereka untuk Sikamat.

Kedudukan Aminuddin Harun sebagai calon Keadilan di Sikamat boleh dianggap selesai kerana beliau seorang yang mesra dan baik kepada semua pihak. Malah beliau juga disenangi oleh masyarakat setempat dan pimpinan Keadilan. Potensi beliau dicalonkan semula di Sikamat juga amat cerah. Persefahaman agak baik kerana tidak berlaku perebutan menjadi calon di pihak Keadilan bagi Sikamat. Situasi politik itu memberi kesempatan terbaik buat Aminuddin untuk menumpukan gerak kerja di kawasan ini.

Kesimpulan

Selain kemenangan di Parlimen Telok Kemang, Dun Chuah, Port Dickson dan Ampangan, mempertahankan kemenangan di Sikamat amat penting buat Keadilan Negeri Sembilan dalam memperkukuhkan politik parti ini di Negeri Sembilan.

Harus diingat bahawa kemenangan di Sikamat pada PRU 2008 lalu telah membuka ruang terbaik kepada Pakatan Rakyat membuktikan kredibiliti wakil-wakil rakyatnya dalam mengetengahkan isu-isu utama rakyat khususnya masyarakat Melayu.

Adalah tidak mustahil perubahan itu turut berlaku di kawasan-kawasan sub-bandar seperti Rantau, Lenggeng, Labu dan Pilah dalam menzahirkan perubahan pemerintahan di negeri ini.Kemenangan di Sikamat, Ampangan, Port Dickson dan Chuah menjadi pemangkin perubahan rakayt di lain-lain kawasan.

Sasaran BN:
BN-55%
PR-45%

Jangkaan Penulis:
PR-61%
BN-39%

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


SK (LKTP) ULU <b>JEMPOL</b>: UNDANG-UNDANG FITNAH <b>DI</b> MALAYSIA

Posted: 27 Sep 2012 08:48 PM PDT

"The publication of a statement about a person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking members of the community or tomake them shun or avoid him" – Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2ndEdition"
Dalam kata lain, ia merujuk kepada penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang mengakibatkan reputasi seseorang itu jatuh di mata masyarakat.Contohnya: Jika A mengatakan B melakukan penipuan di dalam peperiksaan UPSR dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat, maka kenyataan A itu boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada elemen-elemen yang digunakan di dalam undang-undang ini.
Di Malaysia, tort fitnah wujud dalam tuntutan sivil dan jenayah. Seperti cabang-cabang undang-undang tort yang lain, prinsip-prinsip dalam undang-undang fitnah atau defamation boleh dilihat dalam common law. Namun, di Malaysia kita juga ada Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) yang mengawal selia tuntutan fitnah di bawah undang-undang sivil. Manakala bagi fitnah dalam undang-undang jenayah, kita akan merujuk kepada Kanun Keseksaan , Seksyen 499 hingga Seksyen 502.
Fitnah atau Defamation ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu libel dan jugaslander. Libel adalah fitnah-fitnah yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem, tugu dan sebagainya. Manakalaslander pula merujuk kepada fitnah yang disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures). Agak penting mengenal pasti yang mana satuslander dan yang mana satu libel kerana undang-undang mengenakan tanggungan berbeza terhadap kedua-duanya. Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secara slander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special damages , kecuali dalam kes-kes tertentu). Tetapi dalam libel undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitnah secara libel.
Terdapat tiga persoalan yang harus dilihat dan ditanya dalam menentukan samada sesuatu tuntutan fitnah boleh dibuat atau tidak. Tiga persoalan itu adalah:-
1) Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
2) Adakah Kenyataan Itu Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)?
3) Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke PengetahuanPihak Ketiga?

Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?

Harus diingat kenyataan yang membawa kemarahan sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan asas bagi tuntutan dalam tort fitnah. Ia hendaklah menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat (rujuk perenggan ke dua di atas) atautelah mengakibatkan kerugian dari segi profesion seseorang. Oleh itu, setelah dikenalpasti akan sesuatu kenyataan itu sebagai satu fitnah, maka soalan yang ditanyakan adalah: Adakah ia boleh merendahkan reputasi dan martabat orang yang difitnah di mata masyarakat? Adakah kenyataan itu akan menyebabkan orang yang difitnah terdedah kepada kebencian, dimalukan atau kehinaaan? (hatred, ridicule, or contempt [Rujukan: Sim V Stretch [1936] All ER 1237 (HL).
"The question, then, is whether the words in their ordinary signification are capable of being defamatory. . . Judges and text book writers alike have found difficulty in defining with precision the word 'defamatory'. The conventional phrase exposing the plaintiff to hatred, ridicule, or contempt is probably too narrow. The question is complicated by having to consider the person or class of persons, whose reaction to the publication is the test of the wrongful character of the words used. I do not intend to ask your Lordships to lay down a formal definition, but after collating the opinions of many authorities I propose in the present case the test: would the words tend to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking members of society generally?. . . It is well settled that the judge must decide whether the words are capable of a defamatory meaning. That is a question of law: is there evidence of a tort? If they are capable, then the jury is to decide whether they are defamatory." – Lord Atkins
Innuendo
Sesuatu kenyataan fitnah juga tidak semestinya bersifat terang-terangan. Ia mungkin fitnah dalam bentuk tersirat dari yang tersurat (hidden meaning). Namun, maksud tersirat itu harus difahami oleh orang biasa yang perkataan digunakan itu adalah suatu fitnah (Rujuk kes: Tolley v J S Fry & Sons Ltd [ 1931 ] AC 333 (HL). Fitnah sebegini juga dikenali sebagai innuendo.

Adakah Kenyataan Itu Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)?
Untuk sesuatu tuntutan fitnah ini berjaya, pihak yang menuntut (claimant)harus menunjukkan yang kenyataan fitnah itu ditujukan kepadanya. Jika kenyataan fitnah itu tidak merujuk kepada mana-mana orang atau organisasi yang membuat tuntutan, maka tuntutan ini tidak akan berjaya. Namun, ini tidak bermakna jika kita tidak menamakan individu tertentu kita akan terlepas dari tanggungan ini. Dalam kes: J'Anson v Stewart (1787) 1 TR 478, mahkaah memutuskan bahawa kenyataan fitnah adalah merujuk kepada claimant biarpun namanya tidak disebut. Ini kerana terdapat ciri-ciri yang kukuh yang merujuk pada claimant dalam kenyataan fitnah tersebut. Mahkamah juga mengatakan yang orang biasa yang membaca kenyataan itu pun pastinya akan merasakan bahawa kenyataan itu merujuk kepada claimant. [The court found that although the claimant had not been named, the description was so detailed and the resemblance so strong that a reasonable person reading the article who knew the claimant would assume the article was about the claimant].
Bezakan kes J'Anson v Stewart dengan situasi ini pula: Jika pihak yang dituntut boleh menunjukkan bahawa kenyataan itu merujuk kepada orang lain yang menyerupai claimant, maka tuntutan claimant boleh diketepikan oleh mahkamah terutamanya jika orang yang menyerupai claimant telah suci hati dengan membenarkan suatu kenyataan ditulis mengenai dirinya. Rujuk kes: O'Shea v MGN Limited [2001] EMLR 943.

Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?
Untuk sesuatu tuntutan fitnah berjaya ia juga perlu diterbitkan atau sampai ke pengetahuan pihak ke tiga. Jika ia diutarakan kepada claimant tanpa didengari oleh mana-mana orang lain, maka claimant tidak boleh membuat di mahkamah. Begitu juga apabila claimant kita mungkin tahu (not possibly foresee) yang apa yang diutarakannya akan diterbitkan di mana-mana atau apa-apa bentuk penerbitan.

Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan Fitnah?

Dalam perenggan ke sembilan di atas, ada dinyatakan yang Kenyataan Itu Hendalah Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut. Jika adalah tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk kita menuntut bagi pihak yang telah mati atau keluarga terdekat atau rakan-rakan kita.
(ARTIKEL DI ATAS DITERBITKAN ATAS KAPASITI ADMIN DAN TIDAK MELAMBANGKAN PANDANGAN SKUJ)

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


Sehasta mungkin: Muzium Kota <b>Lukut</b>

Posted: 01 Oct 2012 06:50 AM PDT

Minggu ini aku dan family bercuti ke  Port Dickson, department trip free kan. Jadi aku sambil bercuti aku tidak melepaskan peluang untuk mengunjung kota warisan sejarah Negeri Sembilan iaitu Kota Lukut. Aku ingat tapak kota ini seperti tapak-tapak kota-kota sejarah yang lain, rupanya nun di atas bukit.. mengah jugak lah aku memanjat (nasihat aku sesapa yang tidak berapa sihat tubuh badan jangan lah panjat, takut tak cukup nafas).
Tinggalan sejarah Kota Lukut yang kini di bawah penyelangaraan Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia)dan telah dinaik taraf sebagai Muzium Lukut rasminya pada 9 april 1999. Muzium Lukit ini juga memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada tahun 1880. Ia berperanan bagi   menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan, para pelancong luar negara serta para pelajar dan penyelidik sejarah.
Serba sedikit mengenai Kota Lukut yang dipetik dari laman web Jabatan Muzium Malaysia.
Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Jaafar (1847 - 1864). Lukut ketika itu merupakan satu daerah yang terpenting disebabkan oleh hasil kegiatan perlombongan bijih timah yang amat pesat sekali. Galeri ini mempunyai beberapa segmen antaranya Latar Belakang Sejarah Lukut, Kota Lukut Sebagai Kota Pertahanan, Lukut Pesat Ekonomi dan Pentadbiran, Lukut Dalam Aspek Politik, Laporan Kapten Macpherson dan Perlombongan Bijih Timah di Lukut.
Tertarik dengan barangan sejarah yang cukup unik bagi aku lah, antaranya meriam.

Di bawah ini pula beberapa gambar yang sempat aku rakam kan disekitar kawasan kota yang dah jadi tinggalan sejarah.






05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


Dokumentari Ke SMK Pasir Besar ( F ), <b>Gemas</b>, N9. | CintakuJiwa

Posted: 19 Sep 2012 05:16 AM PDT

Rasanya dah lama tak menulis dalam cintakujiwa ni. Apa pun kali ni nak taip sikit dan ringkas tentang dokumentari perjalanan menyelesaikan misi seminar motivasi di seluruh Malaysia. Sekolah kali ini adalah SMK Pasir Besar yakni sebuah sekolah Felda, di Felda Gemas Negeri Sembilan. Misi kali ini kami akan bersama Para Pelajar Berisiko ( Hard-Core ) yang pastinya tujuan utamanya adalah untuk menjinakkan hati mereka supaya kembali kepada fitrah manusia.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved