ads

Ahad, 9 Oktober 2011

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Syarak Mengata , Adat Menurut: Ustaz Raof <b>Tampin</b> dedahkan Syria <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 04:29 PM PDT

As Sheikh Ustaz Hj Abdul Raouf bin Nurin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Raof, Pengasas Pondok Repah di Tampin, Negeri Sembilan mendedahkan bahawa negara Syria ketika ini sebenarnya adalah selamat dan aman. Tetapi media yang menggembar gemburkan cerita menyatakan Syria adalah negara yang tidak selamat, banyak kekecohan dan sebagainya.
Ikuti petikan tulisan Ustaz Raof di bawah ini :

KESIAN SAUDARA SEISLAM.

Kesian orang Sham (Syria), berita tentangnya telah ditambah-tambah, mati sorang tulis sepuloh . Sikit dikata banyak. Sekampung dikata sebenua sham.. tuu..cmna...

Sham yang banyak dihuni Sulahak sudah dicemari berita berita tak betul.

Sham aman.. sham ok. ..arab tak semua jahat. kesian arab.. orang datang bawa duit.. orang lari... barangan tak laku... siapa rugi.. arab pun saudara kita juga.. yang muslimin tu ada yang ok nya.

Habis orang lari ..tinggalkn sham... akibat berita yg tak betul. yang nak duduk terus sham tak mahu langsung tengok, aljira ka. al apa kaa.. senang fikiran. lapang dada. tak susah hati dengan berita berita yang menyusahkan hati.

Cuba fikir... ada kata kata orang sini.. orang arab di Iraq dah mula terkenang kenang zaman sadam. lekeh lekeh pun , barangan pun masih murah, makan senang... la ni apa jadik?.. cube memikio ... wassalam.

Tulisan penuh beliau di http://pondoktampin.blogspot.com/2011/10/kesian-saudara-seislam.html

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Sepaktakraw: Skuad KERIS bakal melibas <b>di Paroi</b>

Posted: 22 Aug 2011 11:19 AM PDT


Teks disediakan oleh Abdul Hafiz Ahmad
MEDIA Malaysia bergambar dengan kelengkapan baru pasukan tajaan Universal Fitness & Leisure Sdn. Bhd. (UFL) bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2011 Zon Tengah di Paroi, bulan depan.
KUALA LUMPUR -- Mengulangi tahun lalu, Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris) tidak ketinggalan untuk kembali melontar cabaran sebagai antara 50 pasukan yang terawal mendaftar pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2011 Zon Tengah dari 17 hingga 18 September ini.
Malah berbekalkan suntikan penajaan barangan sukan daripada United Fitness & Leisure Sdn. Bhd. (UFL) baru-baru ini, kelab yang dianggotai petugas dan pengamal media sekitar Lembah Klang ini bakal lebih yakin dan bersedia untuk 'melibas lawan' di Kompleks Sukan Negeri Paroi, Seremban.
Ketua pasukan Media Malaysia, Mohd. Izzuddin Kamaruddin berkata, tiga regu terbaik mereka bakal dipertaruhkan dalam kategori Terbuka kejohanan kalah mati itu dengan latihan persediaan menghadapinya tetap giat dijalankan walaupun sepanjang bulan Ramadan ketika ini.
"Kehadiran kami kali ini bukan sekadar pelengkap jadual namun tetap dengan tekad untuk berada setanding pasukan ternama di Paroi nanti. Sebagai bukti keseriusan kami, sesi latihan tetap dijalankan sebelah malam walaupun sepanjang bulan puasa supaya pemain turut kekal cergas.
"Ujian pemilihan skuad 12 pemain ke KFC-Utusan bakal dijalankan di Bukit Jalil pada 7 dan 14 September ini selepas Aidilfitri dan kami cuba mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman bagi membantu menyiapkan pasukan," katanya yang juga wartawan foto majalah Motodotmania.
Media Malaysia ketika ini katanya, berjaya menghimpunkan antara 12 hingga 15 pemain pada setiap sesi latihan mingguan di sebalik kesibukan tugas hakiki mereka dengan syarikat akhbar, radio, TV, majalah dan laman web serta agensi Kementerian Penerangan.
Edisi pertama Kejohanan KFC-Utusan di Kompleks Sukan Rakan Muda Puchong, tahun lalu menyaksikan salah sebuah daripada tiga regu Keris sempat mara ke pusingan kedua sebelum akur kepada lawan yang jauh lebih berpengalaman dan dibarisi pemain kebangsaan.
Mengenai penajaan UFL, kata Mohd. Izzuddin, apit kiri atau pengumpan Media Malaysia: "Kami berterima kasih dan amat menghargai sumbangan yang berupa jersi, seluar dan beg sukan bernilai ribuan RM ini malah berharap lebih banyak pihak yang turut akan tampil menyokong kami."
Antara pencapaian terbaik Keris ialah menjuarai kategori Khas Kejohanan Piala Naib Canselor UniMAP, Januari lalu; naib juara Kejohanan Antarabangsa Perancis (September 2010) dan kategori Media (Karnival Kebangsaan KPT-UiTM, Oktober 2010).
Sejak ditubuhkan pada 1 April 2009, kelab ini turut pernah beraksi pada Kejohanan Piala Yang Dipertua MPSJ, Terbuka UPM, Cabaran Rejam Kuala Selangor, Libas Memori selain menjadi rakan sepelatih Iran, Jerman dan Perancis sempena Piala Dunia Pertama, bulan lalu.
Media Malaysia: Mohd. Zubir Muhamad Shari, Akhrun Musa, Khairul Faizee Mahmod, Rahmad Abu Awang, Daud Abdullah, Azmi Khamis (tekong), Azmi Mansor, Norazizan Ahmad, Nazizul Najhan Shaarani, Maznan Muhd. Mapot Muhamad Mahfud, Mohamad Naquib Idris, Mohsen Amdan (pelibas), Mohd. Nurazhar Amdah, Mohd. Izzuddin Kamaruddin, Ali Saifuddin Kamis, Muhammad Haffizul Ibrahim (pengumpan).

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-54 Peringkat <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 13 Sep 2011 05:44 PM PDT

16 September 2011, Seremban : satu Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-54, Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Kompleks Belia & Sukan Paroi. majlis ini telah dihadiri oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan serta barisan kepimpinan peringkat negeri.

Di dalam majlis ini juga telah berlangsungnya pertandingan kawat yang mana telah dimenangi oleh pasukan Kawat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan.

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Felda <b>Serting</b> Hilir Pada 12 Okt

Posted: 08 Oct 2011 02:47 AM PDT

BAHAU – Felda Serting Hilir 1 hingga 7 dekat sini akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 9 pagi 12 Okt ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata ini berikutan kerja-kerja pencucian kolam Temangau yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) pada 12 Okt.

"Bekalan air akan disambung semula pada pukul 9 pagi keesokkannya (13 Okt) dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya Sains akan berusaha mendapatkan sumber bekalan alternatif agar kawasan gangguan dapat dikurangkan.

"Kita ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para pelanggan semasa pelaksanaan penutupan sementara ini," katanya.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


Bajet 2012 Kementerian Pertahanan dijangka tiada kenaikan <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 06:13 PM PDT

Posted on September 27, 2011, Tuesday

IKHLAS: Dr Ahmad menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan tadika sempena majlis perasmian Kompleks Mutiara Pernama di Kem Syed Sirajuddin di Gemas, semalam. Hadir sama ialah ialah (dari kanan) Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) Jeneral Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali dan Ketua Pengerusi Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. — Gambar Bernama

GEMAS: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak menjangkakan ada kenaikan peruntukan untuk Kementerian Pertahanan pada Bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Okt.

Beliau berkata, ini kerana pendekatan kementeriannya ialah menggunakan peruntukan sedia ada dan membuat pendekatan secara kreatif melalui kerjasama pihak awam dan swasta secara perkongsian.

"Untuk projek pembangunan, kita bekerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui Perbadanan Perwira Harta. Jadi, ia tidak akan melebihi siling yang telah ditentukan untuk seluruh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Harapan kami supaya peruntukan yang kami kemukakan pada Bajet 2012 tidak akan dipotong…insyaAllah," katanya selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama Kem Syed Sirajuddin di sini semalam.

Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Razali Ahmad dan Pengerusi Pernama Jen Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mengharapkan ada penambahan peruntukan pada Bajet 2012 kerana kementeriannya faham dengan kekangan dan bebanan kerajaan.

"Kita berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan kita amat berterima kasih jika ada hasrat untuk menambah peruntukan," katanya.

Ditanya mengenai pembelian aset baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau berkata ia seperti yang telah dirancangkan.

"Umpamanya, semua pembelian yang dirancangkan dalam RMK-10 sebelum ini diteruskan, termasuk kapal pelbagai guna (MPV) generasi kedua untuk TLDM," katanya.

Kompleks Mutiara Pernama Kem Syed Sirajuddin berharga hampir RM10 juta didirikan di kawasan seluas 0.64 hektar, berdekatan dengan kawasan perumahan anggota tentera dan mula beroperasi pada 12 Sept tahun lepas.

Ia setinggi tiga tingkat dengan menyediakan 22 ruang perniagaan dan pasar raya Pernama, selain itu terdapat juga medan selera untuk enam gerai makanan.

Antara perkhidmatan yang disediakan di kompleks itu ialah perkhidmatan kedai keluarga, kedai gunting rambut, kedai jahit, kedai dandan rambut, kedai basikal, kedai telefon bimbit dan kedai emas.

Turut disediakan di kompleks tersebut ialah perkhidmatan kafe siber, pusat snuker dan biliard, taman permainan kanak-kanak, bilik karaoke dan sebuah gelanggang futsal.

Kompleks ini juga dilengkapi sebuah bank iaitu Affin Bank untuk urusan perbankan anggota tentera. — Bernama

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved