ads

Sabtu, 12 Mei 2012

05 di sikamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di sikamat - Google Blog Search

ABU SOFEYA: Al-Fatihah : Masyarakat Islam <b>di Sikamat</b> kehilangan <b>...</b>

Posted: 12 May 2012 09:40 AM PDT

Dalam perjalanan menuju ke Rembau untuk menyampaikan ceramah Haji di Masjid An-Nur pagi ini, saya menerima 'sms' daripada seorang jemaah  Surau Taman Desa Beringin memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib bin Mohd Din telah dimasukkan ke dalam wad CCU di Hospital Besar Tuanku Jaafar.

Hati saya berdebar-debar.

Justeru selesai sahaja berceramah, saya terus menghubungi isteri untuk bersama-sama menziarahi tokoh murabbi yang saya kasihi ini.

Kami sampai di Wad 4 C pada pukul 1.30 tghari.

Ketika itu kelihatan anak-anak muridnya sudah mula mengerumuni pintu Wad bagi menunggu giliran masuk menziarah. Hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu ketika.

Oleh keranaa tidak mahu membiarkan para penziarah menunggu lama di luar, saya hanya menziarah selama 3 minit sahaja.

Di atas katil saya melihat Ust Akib tidak sedarkan diri, manakala kepalanya terlentok ke sebelah kanan, mudah-mudahan menjadi golongan kanan di akhirat nanti.

Saya mententeramkan isterinya serta meminta agar disampaikan salam saya kepada Ust Akib jika beliau telah sedar nanti.

Pukul 11.25 malam

Sekali lagi bunyi mesej masuk ke handphond saya yang memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib telah kembali kerahmatulah.

Berita ini saya terima dengan perasaan sedih.

Masih terbayang wajah Ust Akib setiap kali saya menyampaikan kuliah di suraunya. Kali terakhir bertentang mata dengan Almarhum ialah pada 3 hb Mei yang lalu.

Semasa kuliah, Almarhum akan duduk di bangku yang paling depan. Dengan sebatang pensel, Almarhum akan mencatat nota di dalam kitab yang ditelaah iaitu 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah' karangan Almarhum Ust Tuan Haji Ibrahim, Mantan Mufti Sabah.

Sekali sekala, Ust Akib akan bertanya jika ada sebarang kemusykilan. Kadang-kadang ada juga soalan daripadanya yang saya tidak dapat menjawab secara spontan kerana kelemahan diri.

Dengan keistimewaaan yang ada padanya sebagai Qari, saya turut menimba ilmu daripada Almarhum  secara tidak formal khususnya ketika jamuan selepas kuliah.

Banyak hal berkaitan tentang makhraj bacaan al-Quran yang saya rujuk kepadanya dan Almarhum tidak pernah jemu melayani saya.

Sesungguhnya saya sangat beruntung dan bertuah kerana rapat dengannya.

Almarhum adalah tulang belakang yang sentiasa 'mempertahankan saya' dalam melakukan kerja-kerja dakwah.

Pendekata, Almarhum merupakan antara guru yang saya sangat sayang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ampunkan dosa guruku ini, cucurilah rahmat ke atas rohnya dan masukkannya ke dalam syurga di akhirat kelak.

Amiinnn.

05 di senawang - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search

PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN: Bob Lokman <b>di Paroi</b> 14 <b>...</b>

Posted: 11 May 2012 02:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]1 minggu yang lalu. Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi · Lawatan KRT ke Sabah Penuh Dengan Pengalaman. 1 minggu yang lalu. UNIT AMAL NEGERI SEMBILAN · Unit Amal diberi kepercayaan kawal program mega di ...

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search

My Rainbow...: Makan <b>di Port Dickson</b> : Sate Telok Kemang

Posted: 27 Apr 2012 12:11 AM PDT

Assalamualaikum.....

Wah, ramai nampaknya yang cuti panjang kan. Maklumlah, Selasa minggu depan Public Holiday. So, ada yang ambil kesempatan untuk bercuti pada hari Isnin agar bersambung dengan weekend. Certain schools pun dah siap2 ganti untuk cuti on Monday kan....

Ha, sesiapa yang rasa nak bercuti di Port Dickson, N. Sembilan, bolehlah ambil tahu sikit pasal tempat2 makan di PD yer.

This time kita nak promot sate. Kat PD memang berlambak2 orang jual sate kan. Tapi, penduduk PD, ada 2-3 tempat jer yang selalu dipilih untuk beli sate. Salah satunya ialah sate di Telok Kemang nie lah. Sate nie, dah lama bertapak kat sini. Sejak dari kita sekolah tadika lagi. Maybe more than that. So, about more than 30 years dah bertapak disini. Kenapa disukai ramai? Entahlah... Semuanya sedap. Tp lately nie dia jarang nak prepare sate daging. Ada 2 jenis jer, sate ayam and daging. Memang sedap sebab semua rasa dan rempah seimbang.

Lokasi dia :
- Kalau dari Bt 4, atau pekan PD menghala ke Dataran Telok Kemang, sebelah kiri, sebelum balai polis Telok Kemang.
- Seberang jalan daripada stesyen minyak Caltex yang segan nak hidup tu. Means, Caltex sebelah kanan, dia sebelah kiri. (from pekan PD yer)
- Dr Dataran Telok Kemang, jalan slow, pandang kanan selalu. Bila nampakkk jer balai polis Telok Kemang sebelah kanan, dah boleh beri signal untuk cari parking.

Meh tengok gambar.

Pacak gerai tepi jalan jer.

Gerai yang join dengan sebuah warung makan. Boleh duduk makan sate panas2 kat sini.

Caltex yang segan nak hidup seberang jalan.

Gerai yang sempoi giler...

Sate ayam dan rakan2. Even nasi impit dia pun sedap sangat.

Lagi satu posing maut oleh sate.
Tapi, orang berniaga kan...adatlah. Ada juga sesekali dalam puluhan tahun kami makan tu, adalah sekali dua rasa dia lari sikit dari biasa. Kuah pun adalah sekali dua yang lari balancing. Tapi sangat, sangat, sangat jarang. Maybe x sampai 1% pun dari total pembelian kami tu.
So, bolehlah kalau nak cuba. Penduduk asal PD memang tahu sangat pasal sate nie di samping tentera2 yang selalu beli kat sini juga...
Oh yer, kedai tu ada jugak mee goreng, nasi goreng semua... Tapi bukan macam kedai tom yam lah. Sekadar menu goreng2 biasa tu jer. Nak selesa, tapau dan makanlah di hotel beramai2 dengan ahli keluarga, atau boleh lepak di tepi laut sambil makan sate.

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search

Jawatan Kosong <b>di</b> Maktab Rendah Sains Mara <b>Serting</b> Malaysia <b>...</b>

Posted: 11 May 2012 12:22 AM PDT

Tarikh Tutup Permohonan: 13 Mei 2012

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

MRSM Serting kini mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan seperti berikut:

1. Guru Kima (DC41)

2. Guru Kaunseling (DC41)

Permohonan melalui http://www.jobsmalaysia.gov.my

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved