ads

Khamis, 21 Jun 2012

05 di ampangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di ampangan - Google Blog Search


Shafie Nor: BN tunai janji <b>di Ampangan</b> tidak sampai empat bulan

Posted: 30 May 2012 06:35 PM PDT

*TAPAK gerai perniagaan di Ampangan, Negeri Sembilan yang akan di robohkan untuk pembinaan gerai baru.
SEREMBAN, RABU, 30 Mei, 2012: Semasa majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Ampangan di Gerai Perniagaan dan Pasar Ampangan dekat sini pada 15 Oktober tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi menaik taraf serta menyelenggara tiga lokasi awam di kawasan berkenaan.
Daripada peruntukan itu, sebanyak RM4 juta bagi menaik taraf gerai perniagaan Ampangan, RM950,000 menyelenggara Rumah Pangsa Ampangan dan RM500,000 (pasar Ampangan).
Peruntukan itu disalurkan oleh kerajaan yang mahu melihat penduduk di kawasan berkenaan menikmati kehidupan lebih sejahtera meskipun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dikuasai pembangkang yang menang buat pertama kali dalam pilihan raya umum lalu.
Tidak sampai empat bulan selepas pengumuman itu, janji tersebut telah pun ditunaikan.
Projek menaik taraf gerai perniagaan pula dijangka bermula pada Julai ini.
Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Ampangan, Anuwar Alabahas mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup penghuni rumah pangsa berkenaan.
"Saya dan penduduk kawasan ini tidak menyangka apa yang telah kami harap dan doakan selama ini termakbul akhirnya.
"Kami amat gembira dengan perubahan besar yang dilakukan di tempat tinggal kami. Kini kami boleh tinggal dalam keadaan lebih selesa dan harmoni," katanya dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Kata Anuwar, tanpa bantuan kerajaan, penduduk di kawasan tersebut mungkin tidak mampu membaiki kerosakan rumah termasuk kemudahan awam di kawasan perumahan itu.
"Sebelum ini kawasan ini boleh dikatakan sudah tidak bermaya kerana banyak masalah yang dihadapi penduduk selepas segala kemudahan termasuk saluran air rosak akibat terlalu usang.
"Tetapi kini semua telah berubah apabila longkang, tingkap, kawasan pembuangan sampah, paip air, termasuk taman permainan telah dibaiki.
"Bukan itu sahaja, rumah kami juga telah dicat, jalan ditar malah bumbung termasuk surau sudah dibaiki dan diganti," ujarnya.
DUN Ampangan adalah salah satu daripada enam DUN yang terletak dalam Parlimen Seremban.
Kawasan yang mengandungi sebanyak lapan kampung Melayu dan 20 taman perumahan ini mempunyai sembilan pusat mengundi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rashid Latif menewaskan muka baru Barisan Nasional (BN), Mohd. Nor Awang dengan majoriti 165 undi.
Jika diteliti pada keputusan tersebut, terdapat 236 undi rosak manakala 29 kertas undi lagi tidak dikembalikan.
"Walaupun calon PKR diangkat sebagai wakil rakyat, hakikatnya rakyat lebih mudah dan senang meminta pertolongan daripada Pusat Khidmat Masyarakat BN DUN Ampangan," kata Pegawai Penyelaras pusat tersebut, Ros Shahar Mustafa.
Jelasnya, wakil rakyat sedia ada sering memberi cadangan yang tidak munasabah apabila sesuatu masalah dibangkitkan kepadanya.
Kata Ros Shahar lagi, apabila penduduk mengadu masalah banjir kilat yang sering melanda kampung mereka, ADUN Ampangan itu hanya menyarankan supaya diadakan piket di depan Wisma Negeri yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri.
"Ini bukan menyelesaikan masalah tetapi hanya menambah masalah," ujarnya.
Beliau menarik perhatian, Pusat Khidmat Masyarakat BN DUN Ampangan menjadi begitu terkenal hingga ada rakyat dari DUN yang berjiran seperti Paroi dan Sikamat yang turut dikuasai pembangkang datang ke situ meminta bantuan.
Ros Shahar memberitahu, pelbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat di kawasan Ampangan selepas pilihan raya umum lalu.
Antaranya kata beliau, jika sebelum pilihan raya umum lalu jumlah penerima bantuan bulan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah kira-kira 60 orang tetapi kini bertambah kepada 600 orang.
Sebanyak 50 buah rumah di kawasan itu juga telah dibaik pulih melalui Skim Baik Pulih Rumah melibatkan perbelanjaan kira-kira RM500,000.
Salah seorang penduduk Ampangan, Rosly Abu Bakar, 62, berharap para pengundi di situ akan membuat keputusan tepat pada pilihan raya umum akan datang.
"Apa yang kita lihat sejak pilihan raya umum lalu adalah bukti jelas pihak yang mana sebenarnya berkhidmat tanpa jemu.
"Janganlah diulangi kesilapan lalu dan buatlah keputusan demi masa depan kita semua," katanya. - UTUSAN

05 di juasseh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


KOPILAH ( Kuala Pilah ): SIAPA YANG BAKAL MELOLONG <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2012 07:03 AM PDT


AGAK-agaknya lah , ada tak pemimpin umngok Kopilah yang melolong sakan , berguling-guling menangis dan meraung apabila baca berita vateren wakil rakyat umngok sendiri menolak kepimpinan mat asan .

Bukan setakat itu , buat pulak laporan kepada kepimpinan bahawa mat asan bukan winnable candidate malahan boleh menyebabkan nogori ini tergadai kepada pr jika meneruskan juga hasrat mencalunkan mat asan di dun mahu pun di peringkat parlimen .

Biarpun ada berita mat asan nak beralih angin ke dun Paroi tapi mahu ke orang Paroi menerima mat asan sedangkan calun sebelum ini , bekas wakil rakyat kota sepenggal pun kena pancung kat pengundi disitu , tidak mustahil nasib mat asan bakal macam itu juga .

Boleh ke orang lupa peranan yang dimainkan oleh abang mat asan dan adiknya selama ini sahinggakan ahli-ahli umngok sendiri menyampah dengan mat asan disebabkan permaianan keluarganya .

Di Kopilah , siapa kah yang lari dari isa apabila isa tidak jadi lagi jadi mb dan kemudiannyaa berkiblat kepada mat asan dan akhir-akhir ini buat perangai yang sama , lari pulak dari mat asan .

Jika mat asan yang ada ada kuasa sebagai pengerusi be end negeri pun boleh diketepikan , tak kan asan kepiting tak boleh ketepikan ketuanya yang sememangnya tidak berapa sebulu dengan beliau .

Sifirnya mudah , bila kita buat orang sampai masanya orang akan buat kak kita , bila zahar di buang kerana dah tak bertaring , tak kan tak boleh buang kepimpinan yang taringnya dah tumpul .

Alamatnya pencacai sekeliling macam nibung , ayiem , yahya fulus , anan , jimmy , waiima ghafar rashid pun boleh kena sakit jantung jika ayam tambatan dah terkeluar gelanggang dalam pru nanti .

Itu belum lagi jika kalah sekali di peringkat negeri , alamat ada yang tidur mata ke siling sampai pagi mengenangkan nasib .

Tapi apa nak heran , jika muka ada kulit haramjadah tu , boleh tukar kem , sokong pulak calun yang menjadi yb baru dan kemudian ulangi kembali perangai yang sama , gerenti projek masuk punya .

Asan kepiting pun jangan koyok sangat , biar pun nama agak harum di peringkat bawahan tapi itu tak cukup kerana asan kepiting pun ada tercalit tahi ayam juga .

Tengok-tengok lah tanah di Juasseh dan Parit Tinggi , siapa agaknya yang dapat tanah rezab yang dah dibatalkan rezabnya itu ?

Cerita lama beb , kalau geng anan boleh tolong , minta semak tapak bekas balai penghulu juasseh dan tapak balai raya kampung mara parit tinggi , masih kekal tanah kerajaan atau dah jadi tanah milik .

Tengoklah juga gelagat along sekarang ini , macam pakai body guard , jalan berkelompok , bergaya sakan tambahan lagi jadi ajk pemuda , ada peluang untuk tambah kroni dalam kepimpinan Kopilah tu .

Iddin , biarpun jadi naib ketua , tapi tak di pareahkan oleh anan dan khabarnya selalu berlaga pawang kerana tak berapa sebulu dengan ketuanya , ketuanya pulak tu pernah di gelarkan tak bertolo bila sokong calun lain , bukan kj sedangkan kj orang Rembau untuk jadi ketua pemuda dulu , macam kera di hutan disusukan , anak dirumah mati kelaparan .

Lantak lah asalkan dua kerusi di Kopilah ini dapat di faraidkan pulak kepada PR , satu di Johol dan satu lagi di Pilah , tempat anan , cukuplah, maca pun dah tak di percayai oleh kelompok dia , apalagi umngok ?

PP - boleh percaya ke ?

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Yunus Badawi: Nasi Arab Terbaik <b>Di Seremban</b>

Posted: 21 Jun 2012 02:58 AM PDT

Dah seminggu lebih aku tak update blog ni.  Semalam kawan2 blogger kat Grup Sikret Bloggerz - Kite Kite Aje suruh aku update sebelum blog aku berhantu.  Kalau nak kata bersawang, memang dah bersawang.
Antara yg bising semalam ialah Daddy Ziyyad.
Jadi kali ini aku nak citer pasal nasi arab terbaeekkk di Seremban.
Khamis lepas aku ke Senawang atas urusan projek.  Projek kecik aje tapi kecohnya lebih     Selesai perbincangan di tapak projek aku pun call Tuan Doktor kita ni.  Rabu tu aku dah PM dia kata aku nak datang ke Senawang.  Tapi masa aku call dia tak jawab.  Mungkin dia sibuk dgn patient dia.
Aku pun keluar dari site dan singgah di stesen minyak.  Pergi tapak projek yg agak jauh dari rumah ni bukan saja aku yg merasa dahaga tapi kereta aku pun dahaga.  Kereta aku bagi minum puas2 sementara aku bantai air mineral sebotol.
Elok aku habis isi minyak Daddy Ziyyad call aku.  Dia ajak jumpa di Giant Senawang.  Aku pun ke sana.  Ingat nak makan kat situ aje tapi rupanya dia ajak aku makan nasi arab.  Dia suruh aku ikut kereta dia.  Akupun ikutlah sehingga kami sampai ke tempat ini ....

Nasib baik Damsyik ini kat Senawang aje.  Kalau ke Syria, mahu tak balik aku Khamis lepas.   Kesianlah emak Adam dok tunggu aku malam Jumaat tu sorang2 ... hehehe  

Ini dia nasi Arab tu.  Kami order yg ayam.  Aku ingat nak order kambing tapi takut terlebih power   panas petang Khamis tu.

Air yg kelihatan dalam gelas plastik itu Shai namanya.  Kami order sorang segelas.  Tapi selepas habis makan nasi Arab aku masih dahaga sebab balik dari tapak pembinaan.  Aku sebat lagi satu gelas.

Dan untuk menunjukkan bukti yang kami betul2 sampai ke tempat itu, silalah tatap wajah dua jejaka ensem ini


DZ kontrol macho sementara aku tersenyum lebar dapat makan free.  Kalau nampak kurang ensem tu salahkan kamera cap ayam aku.
Oklah aku nak bersenam kat treadmill ni untuk bakar lemak.

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


REMBAU HARI INI: 3 Janji PRU 12 tahun 2008 <b>di Rembau</b>

Posted: 17 Jun 2012 07:34 PM PDT

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.
"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."
"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.
Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.
Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.
''Dengan adanya Hospital Daearah Rembau, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di daerah Rembau yang berjumlah 60, 000 orang ketika ini. Lagipun daerah ini kini mempunyai tiga klinik dan 13 klinik desa dan sampailah masanya, ia mempunyai sebuah hospital yang selesa," kata beliau di sini hari ini.
Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah, di mana hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik.
Di hospital yang akan dibina ini juga akan mempunyai kemudahan antaranya wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, sakit puan, rehabilitasi dan pentadbiran.

05 di bahau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di bahau - Google Blog Search


PRU13N9: <b>AMPANGAN</b> BERUBAH WAJAH - Janji MB dilaksanakan.

Posted: 04 Jun 2012 10:18 AM PDT

Ampangan mula berubah  wajah dan bertambah ceria apabila kerajaan BN melunaskan janji Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan apabila kita sendiri yang  akan menjadi saksi apabila melalui kawasan-kawasan di Ampangan.
Pasar Ampangan adalah merupakan salah satu dari tempat yang telah berubah wajah dan ianya kelihatan begitu ceria dan bersih apabila kerja kerja mengecat bangunan itu  telah disempurnakan oleh kerajaan BN .
Pasti penduduk dan orang awam amat selesa dengan perubahan itu.. Bangunan turut dicat dengan warna yang kelihatan begitu sesuai dengan pasar berkenaan. Jalan pula diturap dan parking lot kereta juga teratur dan tersusun..
Terima Kasih kepada DSU Haji Mohamad Hasan kerana telah kotakan janji kepada rakyat..
Korang masih tak percaya?? boleh tengok gambar kat bawah ini :




 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved