Sabtu, 14 Julai 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Pelajar UTeM timba ilmu usahawan <b>di</b> PDK <b>Juasseh</b> - SME News

Posted: 11 Jul 2012 08:47 AM PDT

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Published: July 11, 2012


KUALA PILAH 10 Julai - Seramai 40 mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mendekati usaha yang dilakukan peserta Pusat Dalam Komuniti (PDK) Juasseh, di sini sebagai salah satu projek latihan menjelang pertandingan keusahawanan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Menurut mahasiswa, Mohammad Harish Rasydan Abdul Mustak, 21, pemilihan ke PDK ini merupakan satu peluang terbaik untuk kumpulannya mengetahui projek usahawan yang dilakukan mereka, sejajar dengan pertandingan Student In Free Enterprise (SIFE) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 15 hingga 17 Julai ini.

''Kami memilih PDK ini untuk menjadi sebahagian produk persembahan dalam pertandingan kelak kerana wujudnya keunikan serta keupayaan mereka menghasilkan pelbagai produk untuk pasaran," ujarnya di sini baru-baru ini.

Katanya lagi, penting untuk mahasiswa mengetahui asas ekonomi, pengurusan kewangan dan pelaburan yang dilakukan oleh PDK ini serta cara mereka menjana pendapatan dalam saingan perniagaan dan keusahawanan.

''Kami berharap dengan bahan serta maklumat yang diperoleh ini akan dapat membantu kejayaan UTeM ke pertandingan itu kelak," jelasnya.

Sementara itu Pengerusi PDK Juasseh, Mariah Abdullah berkata, pihaknya telah pun menghasilkan projek tanaman hidroponik sawi, kangkung dan pegaga sejak awal tahun lalu.

''Kita dapati hasil yang diperoleh amat baik dan berupaya meningkatkan pendapatan, khususnya dalam kalangan ahli yang merupakan orang kurang upaya (OKU)," jelasnya.

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Kampung Anak Air Garam | Nagari Nan Tuo

Posted: 02 Jul 2012 12:14 AM PDT

Berdasarkan maklumat lisan, perkampungan ini merupakan perkampungan asal Mambau dan salah satu pusat perdagangan di Rasah. Saya amat tertarik untuk menyelusuri kampung ini kerana ia mempunyai perkaitan yang rapat dengan keluarga Syed Abd Rahman, Dato' Kelana Petra Sungai Ujong dan Tengku Ahmad Tunggal.Kampung Anak Air Garam merupakan penempatan Dato' Bandar Ahmad Kepayang (Haji Ahmad bin Mohamad Ali). Beliau dilantik oleh Syed Abd Rahman sebagai Dato' Bandar bagi menggantikan Dato' Bandar Tunggal (Abdullah bin Mohamad Ali) yang berpusat di Rasah.  Ketika ini berlaku perebutan kawasan di antara Syed Abd Rahman selaku Dato' Kelana Sungai Ujong dengan Dato' Bandar Tunggal. Ia berada di laluan Sungai Linggi dan  amat strategik sebagai pelabuhan.

Ramai yang tidak mengetahui lokasi dan maklumat mengenai kampung ini. Saya cuba mendapatkan maklumat di internet, tidak banyak yang diperolehi. Akhirnya, saya diberitahu oleh seorang rakan dimanakah lokasi sebenar Kampung Anak Air Garam. Terdapat dua jalan masuk ke kampung Anak Air Garam. Pertama, melalui jalan Mambau – Port Dickson berhampiran bulatan Mambau.  Kedua, melalui jalan Seremban-Mambau di mana terdapat jalan kecil bersebelahan kedai menjual barangan pembinaan.

Kampung Anak Air Garam

Dengan maklumat yang ada,  pada 8hb Jun yang lalu, saya pergi melihat bagaimana keadaan perkampungan ini sekarang. Saya masuk melalui bulatan Mambau. Lebih kurang 500 meter, kelihatan papan tanda Kampung Anak Air Garam. Saya dapati tiada lagi kawasan penempatan yang wujud. Keseluruhan kawasan ini telah bertukar kepada kawasan perindustrian. Hanya terdapat beberapa buah rumah kaum India. Saya berhenti di kawasan lapang di tepi Sungai Linggi.  Berdasarkan kedudukan kawasan tersebut, saya yakin ia merupakan kawasan pelabuhan pada masa dahulu. Agak sedih kerana tiada sebarang kesan sejarah yang tinggal di kawasan ini.  Rumah yang ada telah dirobohkan manakala tanah dirata dan ditambak.  Ini menyebabkan kesan-kesan peninggalan sejarah di kampung Anak Air Garam tidak dapat dijejaki dan dikesan.

Kawasan lapang di pertemuan Sungai Linggi dan Sungai Anak Air Garam

Saya terus menyelusuri jalan kecil sehingga ke jalan besar Seremban-Port Dickson.  Kelihatan jalan masuk ke  Seremban 3 di seberang jalan besar.  Saya terus perjalanan saya ke Kampung Batu 3 yang terletak di seberang sungai. Perkampungan ini juga merupakan kampung tradisi yang terdapat di Mambau. Saya dapat melihat beberapa rumah lama yang besar di mana menunjukkan pemilik rumah tersebut merupakan orang yang berkedudukan.  Kedudukan kampung ini amat strategik kerana berda di sepanjang Sungai Linggi seperti Kampung Anak Air Garam.

Sungai Linggi

Saya meneruskan perjalanan saya ke Kampung Seri Mantau yang terletak bersebelahan Kampung Batu 3 dan Kampung Anak Air Garam. Saya pernah terbaca kenyataan bahawa Seremban 2 merupakan kawasan sawah bagi penduduk Kampung Seri Mantau dan Kampung Batu 3.  Pada mulanya saya tidak percaya. Namun, setelah saya melihat sendiri lokasi kedua-dua kampung dan semasa perjalanan keluar, saya ternampak satu jalan kecil menuju ke kawasan belakang Kompleks Mahkamah Tinggi Seremban.   Ini menunjukkan bahawa Seremban 2 pada satu ketika dahulu  merupakan sawah padi. Rupa-rupanya ada jalan masuk ke Kampung Seri Mantau melalui jalan besar Seremban-Port Dickson.

Pertemuan Sungai Linggi dan Sungai Anak Air Garam. Kawasan lapang yang dipercayai pelabuhan di bawah pemerintahan Dato' Bandar Ahmad Kepayang

Saya meneruskan perjalanan saya mencari kawasan perkuburan lama Kampung Anak Air Garam. Berdasarkan pengamatan saya sebelum ini,  saya terus ke tanah perkuburan yang terletak persimpangan Seremban 3. Di dalam perjalanan tersebut, saya ternampak papan tanda Sungai Anak Air Garam selepas stesen minyak  SHELL.

Sungai Anak Air Garam

Saya meneruskan perjalanan saya ke tanah perkuburan lama yang terdapat di persimpangan Seremban 3.

Saya cuba mencari makam Sayyid Ismail bin Sayyid Abdul Rahman Al-Qadri. Terdapat beberapa batu nisan yang besar menunjukkan seseorang yang mempunyai kedudukan dikebumikan di situ. Agak malang, tulisan tidak dapat dibaca kerana dimakan dek cuaca dan persekitaran. Namun, saya jumpa satu makam yang membuktikan bahawa Sayyid Ismail pernah berkahwin dan menetap di Kampung Anak Air Garam.

Syarifah Zainab binti Sayyid Ismail

Terdapat juga makam-makam keluarga pembesar Sungai Ujong. Mungkin keluarga Waris Di Air Sungai Ujong.

——————————

Sayyid Ismail merupakan anak lelaki Dato' Kelana Petra, Sayyid Abd Rahman Al-Qadri, Undang Luak Sungai Ujong. Beliau pernah berkahwin dengan anak perempuan Tengku Ahmad Tunggal, Tengku Intan@Sintan di Terachi. Perkahwinan ini melahirkan 1 orang anak perempuan dan 4 orang anak lelaki di mana keluarga ini menetap di Pulau Jelebu. Selepas Tengku Sintan meninggal dunia, Sayyid Ismail telah membawa diri, berkahwin dengan anak buah Dato' Bandar Ahmad Kepayang dan mendapat 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Rumah Negeri Sembilan

Untuk pengetahuan pembaca, rumah ini diambil daripada Kampung Anak Air Garam.  Tidak sebarang maklumat mengenai pemilik rumah dan sejarahnya. Ada kemungkinan rumah ini milik Dato' Bandar Ahmad Kepayang.  Sekarang rumah ini ditempatkan di Muzium Negeri, Seremban.  Rumah ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku dan bumbungnya diperbuat daripada kayu belian.  Bumbungnya adalah bumbung yang asal.

ads