ads

Isnin, 20 Mei 2013

05 di ampangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di ampangan - Google Blog Search


majlis perkahwinan anakanda Dato Undang Luak Sungei <b>...</b> - azfaliza

Posted: 22 Apr 2013 03:00 AM PDT

masih entry basi....sambungan entry sebelumnya...................
sampai rumah dari PD lebih kurang 6 petang...Encik Kito ajak keluar dalam kul 7 malam sbb nak singgah rumah Tuan Saiful (Ketua Polis Seremban) dulu...solat Maghrib kat situ pastu pegi majlis tu dengan Tuan Saiful je...
aku dah macam nak berkelahi je dengan Encik Kito pasal ni...takkan takleh solat kat umah je pastu terus pegi majlis tu sendiri...yang nak tumpang solat kat umah orang pastu tumpang keta orang buat apa...satu hal pulak nak bersiap kat umah orang...
aku ni jenis kerap kentut...kalau amek air smayang siap-siap dari umah, konpem otw tu berdas-das aku lepaskan angin...dah camno...
kami sampai umah Tuan Saiful dalam 7 lebih...terus solat Maghrib, pakai tudung libas lebih kurang dan tenyeh lipstik lebih kurang...dalam hati duk marah lagi kat Encik Kito sbb tak sempat nak bersiap elok-elok...dah la berpeluh lencuh...berlengas ketiak hokey!
pastu Tuan Saiful ajak gerak ke sana...rupa-rupanya ada polis eskot kat depan...Tuan Saiful duk depan dengan driver dia...wife Tuan Saiful (Kak Ada), aku dan Encik Kito duk belakang...molek sangat la aku duk kat tengah-tengah...bapak laju driver dia bawak...
bayangkan la, keta banyak tapi sbb ada polis wee woo wee woo kat depan, semua bagi laluan...terhuyung hayang badan aku siap pegang kerusi driver lagi...tu kalau brek mengejut ada harapan aku cium cermin depan...ooo gini rupanya kalau orang bagi laluan kat kita walaupun kita pecut macam pelesit...
hahahaha best siottt...1st time orang bagi laluan walaupun jalan sesak... :D
sampai-sampai je kat Balai Undang Luak Sungei Ujong, keta benti betul-betul depan bangunan...semua pakat duk tengok...sape laaaa yang bakal turun keta tu...kerabat mana la agaknya ye...
sekali tengok, laaa tokey kambing rupanya...hahahaha
kami sampai serentak dengan Menteri Besar Negeri Sembilan...jalan cepat-cepat menuju ke meja makan...rupa-rupanya Tuan Saiful dah cop tempat untuk kami di meja VVIP...aiyokkk aku ingat aku sorang je yang malu...rupanya Encik Kito pun dah naik segan sbb Tuan Saiful ajak duduk semeja dengan dia...
gasak la...bila lagi nak merasa kan? duk kat situ dah tentu ramai orang-orang kenamaan lalu lalang depan mata...tu pun Encik Kito yang kenalkan sorang-sorang...kalau aku, mmg tak cam la hehe...


TETAMU KEHORMAT ADALAH DYMM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN 

DATO' SERI UTAMA DR. RAIS YATIM DAN ISTERI (DEPAN MEJA KAMI)


DYMM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN SEDANG MENEPUNG TAWAR



masa makan aku kurang selesa sbb ada 2 budak yang bertugas menjaga meja VVIP berdiri betul-betul belakang aku...pastu kalau aku ngadap henpon pun rasa macam dorang duk telek henpon aku sama... hahaha prasangggg...
yang lawaknya, budak tu siap tanya Encik Kito, 'Dato', boleh saya tuangkan air?' dengan penuh perasaan budak tu cakap kat Encik Kito...aku dah bulatkan bijik mata sambil tahan gelak...Encik Kito dah tersengih-sengih...lepas budak tu tuangkan air, berderai le gelak kami...rasa macam nak semput je...
nasib baik dia tak panggil aku Datin...tak pasal aku kena ke hospital bahagian kecemasan sedut gas...semputtttt sbb gelak...


lepas makan, majlis pun bersurai...

TETAMU KEHORMAT BERANGKAT PULANG

KEK JE...GAMBAR PENGANTIN TAK SEMPAT AMEK (SEGAN NAK KE DEPAN BENORNYA)

BERSAMA TUAN SAIFUL DAN WIFE (GEGAR LE PULAK GAMBORNYE)


masa balik takde eskot-eskot ye...cukup le merasa buat pertama kali dan entah bila lagi hihihi....kami lepak rumah Tuan Saiful kejap pastu baru gerak balik...tima kasih Tuan Saiful dan Kak Ada sbb sudi tumpangkan kami... :)
p/s : badan aku makin raksasa kan?

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di bahau</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2013 01:33 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ceramah Umum Pakatan Rakyat <b>di Ampangan</b>, Seremban 19 Jun ini

Posted: 17 Jun 2011 02:15 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Ampangan, Seremban 19 Jun ini. Rakyat di Negeri Sembilan diundang untuk hadir beramai-ramai ke program Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Markas KEADILAN Seremban, Taman ...

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Ribuan menghadiri ceramah <b>di Tampin</b> malam ini..UBAH JANG <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 08:38 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ribuan menghadiri ceramah di Tampin malam ini..UBAH JANG UBAH! Posted by admin on Apr - 25 - 2013. UbahNSDonate Semakan Daftar Pemilih · Pengumuman · SPR tidak telus!katanya dakwat kekal berjam-jam tapi sekali kene sabun ...

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Sabahdaily: Mampukah Aishah tumbangkan Isa <b>di Jempol</b>?

Posted: 04 May 2013 09:27 AM PDT

Difahamkan asalnya nama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak ada dalam senarai tiga nama yang dicalonkan untuk kerusi Parlimen Jempol bagi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Umno Bahagian Jempol tidak menghantar nama beliau kepada Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan untuk seterusnya diajukan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukanlah sesuatu yang pelik kerana Isa bukan orang Umno Jempol pun walaupun beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Jempol selama sepenggal (2004-2008).

Sebaliknya Isa merupakan Ketua Umno Bahagian Telok Kemang sejak zaman beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sebelum parlimen bubar sekalipun Isa sudah dianggap tidak akan bertanding lagi sebarang kerusi sama ada kerusi Parlimen atau mempertahankan DUN (Dewan Undangan Negeri) Bagan Pinang. Ini kerana beliau mempunyai tanggungjawab yang lebih besar sebagai Pengerusi Felda.

PAS pula sejak tahun lalu lagi sudah memperkenalkan Ketua Pemuda PAS Jempol, Ustaz Mohd Fairus Mohd Isa sebagai calon kerusi Parlimen Jempol.

Bagaimanapun 10 hari sebelum hari penamaan calon, PAS membuat kejutan apabila mengumumkan bekas penyanyi popular, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah 'Janji Manismu' sebagai calonnya di Parlimen Jempol.

Ramai yang menjangka penyandang Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin akan diberi kepercayaan untuk mempertahankan Jempol bagi kali kedua.

Tanpa disangka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kejutan dengan menamakan Isa yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sebagai calon BN untuk Parlimen Jempol.

Senario ini difahamkan berlaku kerana Najib sudah menekan butang panik dalam usahanya agar satu lagi kerusi Parlimen di Negeri Sembilan tidak terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.

Persoalannya apakah percaturan PAS menurunkan Aishah akan membuahkan hasil atau Isa sekali lagi akan kembali ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen Jempol?

Isa ada kelebihan

Aishah apabila ditanya FMT, berkata beliau diterima baik oleh pengundi Jempol. Majoriti pengundi Parlimen Jempol merupakan pengundi Felda yang secara tradisinya penyokong kuat BN. Maka tidak hairanlah Aishah juga mengalami dua atau tiga insiden yang beliau dimarahi oleh penyokong BN.

Isa pula bukanlah nama asing kepada pengundi Jempol. Apatah lagi Isa merupakan Pengerusi Felda, satu jawatan yang sudah pasti memberi kelebihan yang lebih ketara kepada beliau.

Daripada tinjauan FMT, sukar untuk Aishah menumbangkan Isa. Aishah berpeluang membuat kejutan di Parlimen Jempol sekiranya lawan beliau ialah penyandang Parlimen Jempol, Lilah Yasin atau muka baru. Namun Isa merupakan lawan yang agak kuat untuk Aishah.

Aishah mungkin mempunyai potensi yang lebih besar sekiranya PAS membuat keputusan untuk menurunkan beliau di Parlimen Jempol awal tahun lalu.

Ini semestinya memberi peluang kepada Aishah untuk lebih mengenali pengundi Parlimen Jempol dan mengenalpasti masalah tempatan yang membelenggu pengundi Parlimen Jempol.

Namun Aishah berpeluang untuk mengurangkan majoriti kemenangan Isa nanti berdasarkan beliau mampu mendapat undi daripada pengundi wanita yang mungkin juga sebahagian daripada peminat beliau.

Parlimen Jempol mempunyai 65,213 jumlah pengundi. Pengundi Melayu 60.62 peratus, Cina 25.32 peratus, India 13.07 peratus dan Lain-lain 0.99 peratus.

Masalah dalaman Umno

Sedia maklum BN atau lebih tepat Umno menghadapi masalah dalaman di DUN Palong ekoran keputusan pucuk pimpinan Umno mencalon Lilah di DUN Palong.

Isunya kerusi DUN Palong yang diwakili oleh Umno, calonnya secara tradisi adalah daripada peneroka Felda.

Sejak DUN Palong diwujudkan pada tahun 1986, sudah tiga calon Umno-BN mewakili DUN Palong, iaitu Baharudin Hassan (1986 dan 1990), Kamaruddin Mohd Din (1995 dan 1999) dan Aziz Shamsuddin (2004 dan 2008).

Kesemua mereka merupakan warga peneroka Felda Palong dan setiap seorang pernah berkhidmat selama dua penggal.

Bagaimanapun Najib membuat satu kejutan apabila menamakan Lilah yang bukan orang Felda Palong tetapi berasal dari Batu Kikir.

Ini mengundang rasa tidak puas kepimpinan Umno DUN Palong dan FMT pernah melaporkan pada 18 April lalu di mana lebih 200 ahli Umno Felda Palong mengadakan bantahan terbuka menolak pencalonan Lilah.

Keadaan ini merupakan satu kelebihan kepada calon PKR DUN Palong, Rebin Birham. Ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa dengan mengambil kira protes terbuka terhadap Lilah, Rebin mampu mencipta kejutan pada hari mengundi esok.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Isu jalan <b>di Kuala Pilah</b> ke Dewan Rakyat – Nazree Yunus <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2013 08:46 PM PDT

(Oleh: Aedi Asri)

Calon KEADILAN bagi Parlimen Kuala Pilah, Nazree Yunus mahu membawa isu jalan yang menjadi masalah utama di kawasan itu ke Dewan Rakyat, jika menang dalam PRU 13.nazree Yunus

Katanya, kerajaan Umno BN sebelum ini tidak memberikan peruntukan khusus menyelesaikan isu itu, malah tidak memasukkannya dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010).

"Disebabkan jaringan jalan raya di Kuala Pilah bermasalah, anak tempatan terutama di Jempol, yang tinggal atau bekerja di Seremban atau Kuala Lumpur terpaksa guna susur keluar di Simpang Ampat, Melaka untuk masuk lebuh raya.

"Jalan juga akan jadi sesak teruk, terutama pada hari Jumaat dan Ahad, ketika ada yang pulang ke kampung untuk cuti hari minggu," katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, Ahli Parlimen BN Kuala Pilah sebelum ini, Datuk Hassan Malek gagal menyelesaikan masalah ini, walaupun memegang jawatan Timbalan Menteri Luar Bandar.

"Beliau selaku timbalan Menteri yang bertanggungjawab sepatutnya bawa isu ini ke Dewan Rakyat, namun ternyata gagal mainkan peranan," kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu lagi.

Beliau turut berkata, ramai pemimpin adat di Kuala Pilah yang menyatakan sokongan kepada Pakatan, selepas kecewa dengan pentadbiran dan manifesto dikemukakan Umno BN.

Dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan, Pakatan menyatakan komitmen meningkatkan mutu jalan raya seluruh negeri (Tonggak 7) dan menaikkan elaun  Datuk Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan elaun RM250 keapada Buapak (Tonggak 9).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51363

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 16 May 2013 03:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2013 03:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Walkabout <b>di</b> Pekan <b>Lukut</b> oleh Saudara Ravi calon N33 Port Dickson

Posted: 27 Apr 2013 07:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SPR tidak telus!katanya dakwat kekal berjam-jam tapi sekali kene sabun abis dah! SELAMAT MENGUNDI KEPADA SETIAP PENGUNDI YANG PERGI MENGUNDI..JANGAN PANGKAH YANG LAIN PASTIKAN PANGKAH ...

Ubah kerusi DAP <b>Lukut</b> kepada BN - Utusan Online

Posted: 02 May 2013 12:03 PM PDT

Vincent Yeong Seng Wong (kanan) bersama barisan Gerak Gempur BN bersiap sedia untuk berkempen ketika ditemui di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.

TELOK KEMANG 2 Mei - Pembangkang sudah lenyap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut. Calonnya dari DAP, Ean Yong Tin Sin sudah tidak ada pengaruh lagi.

Ini kerana, calon Barisan Nasional (BN) di situ, Vincent Yeong Seng Wong mula melebarkan keyakinan rakyat, malah kehadirannya di setiap pelosok sudah diterima kerana rakyat percaya dengan dasar yang dibawa BN, rakyat didahulukan dalam manifestonya.

"Teorinya mudah, DAP tidak buat kerja di DUN Lukut. Cakap bolehlah. Ini tidak serupa dengan BN, kita cakap penuh dengan isu. Bila janji, kita tepati," kata Seng Wong kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, sokongan masyarakat Cina di DUN Lukut sudah berubah dan prinsipnya mudah, jika mana-mana parti yang dapat meyakinkan kaum Cina dalam hal kesejahteraan, keamanan, ekonomi, maka mereka akan memilih parti itu.

"Dalam BN semuanya sudah terbukti dan kita punyai semua resipi itu. DAP tidak ada kerana mereka mengutamakan hak individu dalam parti dan sebab itulah krisis dalaman mereka kian meruncing," ujarnya.

Kata Seng Wong, BN pernah menang kerusi DUN Lukut pada 2004 dan ia bukanlah kubu kuat pembangkang.

"Rakyat mahukan perubahan di sini. Ini baru ubah namanya. Kita perlu memastikan kerusi DUN Lukut diubah kepada BN," ujarnya.

Seng Wong yang memegang pelbagai jawatan dalam persatuan Cina peringkat daerah dan negeri berkata, peranannya itu akan memberi peluang terbaik untuk menerang kepada ahli persatuan terutama kaum Cina mengenai perjuangan dan agenda BN.

Antara jawatan yang disandang beliau ialah Pengerusi Persatuan Cina Daerah Port Dickson, Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Negeri Sembilan, Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah Menengah Chun Hwa Port Dickson dan Penyelaras Pusat Khidmat BN DUN Lukut.

"Saya yakin dan percaya, ahli dalam persatuan yang saya sertai menyokong perjuangan BN. Saya juga melihat kaum Melayu dan India di kawasan ini juga telah kembali menyokong BN," katanya.

Menurut beliau, sebagai bekas Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) beliau mempunyai pengalaman berkhidmat kepada rakyat.

Seorang pengundi DUN Lukut, Liang Yock Chooy, 59, memberitahu, dia akan terus memberi sokongan kepada BN kerana kecewa dengan khidmat pembangkang selama ini.

"Saya berharap kaum Cina memberi sokong kepada BN memenangi DUN ini. Pembangkang tidak buat kerja selama mereka berkhidmat," katanya.

Sementara itu, Cheok Wah Seng, 55, juga berharap BN menang kali ini berkata, rata-rata penduduk kesal mempunyai wakil rakyat pembangkang kerana beliau tidak mampu membawa sebarang pembangunan di pekan Lukut.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved