Jumaat, 21 Disember 2012

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Rumah Nabil Raja Lawak <b>di Mambau</b> kena pecah masuk | Chegu <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 01:11 AM PST


Kediaman pelawak terkenal  tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali  sebagai Nabil
dipecah masuk sekumpulan  penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini  hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55  pagi apabila penjenayah itu memecah masuk  rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu  yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui  bahagian belakang rumah itu.
Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff,  55, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia tiba di  rumah selepas pulang menghantar anak  perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat  beli-belah berhampiran.
"Saya nampak pintu belakang rumah sudah  terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah  sebuah bilik tingkat bawah.
"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam  rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis  semua pakaian sudah bersepah di atas lantai,"  katanya di sini hari ini.
Menurut Rahmat, setelah diperiksa, sebuah  komputer riba jenis Lenovo milik anaknya yang  berharga RM3,000 lesap.
"Ini kali pertama rumah ini dipecah masuk. Saya  kemudian membuat laporan di Balai Polis  Mambau sejurus selepas kejadian," kata Rahmat  yang menetap di rumah itu sejak dua bulan lalu.
Difahamkan, Nabil bersama ahli keluarganya kini  menetap di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke  rumah itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten  Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika  dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan  berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457  Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah. 

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


CERAMAH PERDANA 31 Okt 2012 <b>di Seremban</b> - PAS Negeri <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2012 04:53 PM PDT


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Okt 2012 , Rabu
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan (Fasa 1)
Penceramah : Chegubard, YB Hj Taufek, Dr Ahmad Suhaimi, Fareedah Samad, Ustaz Nor Azman Mohamad
Polis jadikan ahli DAP 'tebusan' untuk dapatkan kamera- Chegu Bard
Johor 28 Okt 2012 :  Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.
Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.
"Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.
"Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi.
Katanya,  beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.
"Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya.
Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.
"Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi.
Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.
"4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Anak kembar Adun <b>Paroi</b> cemerlang - laman kl-today.com

Posted: 20 Dec 2012 06:25 PM PST

Posted by admin on December 21st, 2012

SEREMBAN: Sepasang anak kembar lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani turut mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Rabu lepas.

Kembar sulung, Muhammad Sobri Mohamad Taufek, 15; merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said, memperolehi keputusan 9A.

Manakala seorang lagi kembar Muhammad Syukri Mohamad Taufek, 15, merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh Ulul Albab, memperolehi keputusan 8A 1B.

Mohd Taufek berkata dia dan isteri beliau Cikgu Mahani berbangga dengan pencapaian anak kembarnya itu yang dilihat sebagai sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama.

"Saya syukur kepada Allah di atas kejayaan ini dan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu dan menyumbang dalam mencapai kejayaan ini iaitu guru-guru semasa di PASTI Al-Amal Taman Marida, SRIAS, Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Rembau dan semua guru di SMKA SHAMS dan MRSM Gemencheh.

Terlaris & Terhebat !!! Gel Untuk Suami Bertahan Lama… KLIK SINI
Terlaris & Terhebat !!! Pam Istimewa Untuk Suami Hanya Di Bilik Mandi…KLIK SINI
Terlaris & Terhebat !!! Kapsul Ubat Kuat Khas Buat Suami Jadi Perkasa… Klik SINI

"Saya dan isteri bersyukur di atas kejayaan ini.Saya juga ucapkan tahniah kepada anak-anak (pelajar) Negeri Sembilan yang berjaya dalam PMR dan bagi mereka yang kurang berjaya, terus berusaha untuk kejayaan di masa hadapan," kata Mohd Taufek.

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


~~ Seindah Mimpiku ~~: Mabuk Durian Lenggeng, <b>Mantin</b>!

Posted: 14 Dec 2012 02:00 PM PST


Balik kampung encik suami di Lenggeng, Mantin dalam keadaan demam panas dan selsema teruk. Bila bapak mertua ajak encik suami balik kampung sekejap, aku terus sound encik suami nak ikut sekali. Meriah sedikit bila anak buah encik suami pun ikut sama.


Gigih encik suami dan pak mertua mencari sekeliling pokok durian buah durian yang jatuh. Aku dan anak-anak buah jadi pembantu kutip dan longgokkan buah durian, manggis, rambutan dan pulasan. Masa ni lama baru kenal pokok manggis dan pulasan...huhu !


Tak sampai sejam di dusun kampung encik suami, dah hampir penuh boot kereta dengan segala macam buah-buahan. Kami yang duduk di kerusi belakang terpaksa la menahan aroma bau durian sepanjang perjalaenan balik ke Rasah, walaupun encik suami siang-siang dah turunkan tingkap kereta seluas-luasnya. Sampai je rumah mertua, masing-masing dah mabuk dek lama sangat menghidu bau durian...huhu!

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Gangguan Bekalan Air <b>Di Jelebu</b>

Posted: 14 Dec 2012 12:49 AM PST

14/12/2012 16:49:00

Beberapa kawasan di Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air Isnin ini berikutan kerja pembaikan paip.

Gangguan bekalan air mulai jam 8 pagi hingga 8 malam itu melibatkan Simpang Pertang, Kampung Putra Air Baning, Kampung Sawah Air Baning, Pertang, Pasoh 1, Pasoh 3, Pasoh 4 dan Geylang.

Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

ads