ads

Ahad, 9 Disember 2012

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Perhimpunan <b>Di Seremban</b> Esok Tetap Diteruskan - Kelab Greenboc

Posted: 02 Nov 2012 12:01 AM PDT

PPra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok (Sabtu) tetap diteruskan walaupun tiada kebenaran permit daripada polis, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau berkata, tidak timbul isu permit kerana tapak himpunan itu nanti akan diadakan di tanah lapang milik persendirian di Taman Seremban Jaya, kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Senawang, Seremban.

"Tak perlu permit. Kalau di Dataran Merdeka sebelum ni tiada permit pun boleh berjalan, inikan pula tempat persendirian," katanya ketika dihubungi FMT.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin kelmarin dilaporkan berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan permit kerana penganjur gagal mengisi maklumat permohonan dengan lengkap.

Sekaligus perhimpunan itu dianggap sebagai melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

Namun Mat Sabu berkata beliau mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada polis bagi memastikan program pada hari itu berjalan lancar.

Beliau juga optimis himpunan itu nanti akan mendapat sambutan sekurang-kurangnya 50,000 penyokong.

Ini merupakan kali ketiga lokasi berubah selepas usaha untuk menganjurkan himpunan di Majlis Perbandaran Seremban terpaksa ditukar kerana gagal mendapat kebenaran daripada pihak perbandaran dan polis.

Penganjur juga pada awalnya merancang untuk mengadakan himpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil namun dalam sidang media mengumumkan terpaksa ditunda atas alasan mahu memberi laluan kepada perlawanan bolasepak Piala Suzuki AFF 2012.

Namun, FMT mendapati tiada sebarang perlawanan berlangsung di Bukit Jalil pada hari berkenaan, sebaliknya Piala Suzuki bermula pada 24 November depan di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Manakala Stadium Nasional hanya digunakan untuk perlawanan antara Harimau Malaya menentang Singapura pada 25 November ini.

Himpunan besar-besaran bagi mengumpul kekuatan sejuta penyokong di Bukit Jalil katanya akan diteruskan pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada tahun depan.

0 comments:

View Comments/Post a Comment

PaPa MiFz: Sekarang <b>Di Seremban</b> Melawat Orang Tua

Posted: 23 Nov 2012 12:45 AM PST

PM di Seremban sekarang nih..sebelum solat Jumaat tadi sampai..sebulan sekali insyallah kalau kelapangan pasti PM balik Seremban melawat kedua ibu bapa PM..lagipun dari Shah Alam ke Seremban tidak lah jauh mana pun..

Jika balik ke Seremban paling kurang pun PM sekeluarga akan bermalam semalaman..esok tengah hari dah kena balik sebab hendak menghadirkan diri ke majlis perkhawinan kawan wife PM di Dengkil..

Gambar kat atas gambar tuh siapa lagi kalau bukan Mifz..selepas dipangku oleh atuk nyer lena tidur nyer..aksi kaki Mifz dah membuktikan betapa lena nyer Mifz..hehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


HEBAHAN : PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI <b>DI PAROI</b> - omaQ

Posted: 25 Sep 2012 04:53 PM PDT

HEBAHAN : PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI DI PAROI NEGERI SEMBILAN

Kementerian Pelajaran Malaysia akan menyertai

Program Jelajah Janji DiTepati

Bertempat:Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan
Pada :29 September 2012 (Sabtu)
Masa : 09.00 pagi hingga 10.00 malam

Dirasmikan oleh

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia

Masa Perasmian : 10.30 pagi

Orang ramai dijemput memeriahkan program ini..

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on September 26th 2012 in My Artikel, My Event, My Info

Leave a Reply

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


HappyIrfa: Kenduri Member <b>di Rembau</b>

Posted: 05 Dec 2012 04:52 PM PST

Okey..alang-alang ada gambar dalam kamera,meh kita berstori mori kisah Ahad lepas (masa mak aku masih ada kat rumah)Sedang kami anak beranak bergolek ria..waktu itu jam 11.30 pagi,lepas sarapan bihun goreng lada hitam buatan sendiri yang sangat sedap.Tiba-tiba,En Abe mengajak ke kenduri kawan opis dia (xceli kawan aku jugak tapi sebab dia lelaki dan satu opis dengan en abe,kira kawan dia la senang).Terus kerah anak-anak salin baju.

Kami ikut je peta yang ada di kad kawen,tak la susah mana,area Rembau..(lupa pulak nama kampungnya) tapi dekat2 je dengan kampung sedara kak erna kenduri dulu yang pernah aku tulis kat blog.tepat jam 12.30 tengahari  kami sampai ke rumah pengantin lelaki.Dah ramai budak2 opis en abe tengah makan..kami pun join ambik pinggan dan makan.Rumah kenduri tu pesen rumah kampung tradisional,rumah papan campur batu bahagian dapurnya.Keliling rumah banyak pokok buah.Lepas makan pakat petik buah rambutan sebagai pencuci mulut.hehe

Elok lepas makan,pengantin pun sampai dengan sedondon hijau.Si Abam sibuk ajak aku balik 'jomlah balik,abam tak tahan dah ni.panas sangat'amboi ko nak,mengalahkan puteri lilin pulak dia.kalah si kakak dan adik.

Meh layan gambar..

sekian,kisah kenduri..pasni kisah mandi manda swimming pool ;)

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


::Our Stories::~: ~Lawatan Terakhir Ke Opis Asben <b>Di</b> Kuala <b>Linggi</b>

Posted: 03 Dec 2012 04:00 PM PST

Assalamualaikum semua..Selamat pagi selasa.  Pagi nie aku nak cerita mengenai kisah hari sabtu lepas.  Seperti biasa, bila hujung minggu kami cuba mengisi masa kami anak-beranak sebaik mungkin dan menghabiskan masa bersama.  Itulah qulity time yang kami ada.  Hari-hari lain masing-masing sibuk.  So hari sabtu lepas, aku dan anak-anak ikut asben ke tempat kerjanya.  

Sepatutnya sabtu lepas asben akan mula kerja di tempat barunya tapi sebab sudah ditangguh sehingga 10hb nie maka sabtu lepas asben kena habiskan kerjanya di opis lama.  Masoh di jabatan yang lama cuma tempat yang berlainan.  Kali ini tempat baru asben aku berdekatan dengan rumah kami cumanya waktu kerja asben aku kali nie adalah shif.  Kerja pagi, petang dan juga malam.  Itulah perubahan akan berlaku kepada rutin harian kami.  Kalau dulu dari rumah ke Kuala Linggi memang makan masa.  Tapi dalam tak sedar sudah hampir 2 tahun jugak asben berualang-alik dari Bukit Katil ke Kuala Linggi.  Macam mana asben aku boleh tahan.  Aku yang ikut dia a\sabtu lepas tue dah rasa boring lama sangat nak sampai.  Siap boleh tertidur lagi.  Aku memang ratu tidur.  Hehehe.

Oklah jom terjah gambar yang aku ambil.  Kiranya lawatan terakhir kamilah anak beranak dan kali kedua menjejakkan kaki ke sini.  1st time kami ke sini pernah aku ceritakan di entry INI.

Setibanya kami di parking.  Harus amik gambar dulu. Sampai jea sini kami pegi makan di cafe.  Lepas settle makan kita orang ke bilik asben. Lepak-lepak di sini.  Boring jea tunggu si dia membuat kerja.  Kenangkan aku mintak asben belikan sesuatu daripada aku maka aku ikutkan jugak dia ke sini.  Kalau tidak kerana barang itu mahu aku bergolek-golek di rumah saja.  Nanti aku ceritakan apakah barang itu.

Tengok budak berdua nie.  Dah buat macam rumah sendiri.  Aku sudah pening pala. :D
 
Aku yang keboringan amik gambar bot.
 
Ok, time nak balik.  Asben suruh bergambar dulu.  Macam biasa aku dengan adriana.  Ammar sudah membawa diri.  Bukan melarikan diri yea.
 
Last picture from us untuk hari itu, gambar aku dan anak-anak.  Muka aku tue adalah muka bosan, muka paksa senyum.  Gesa laki aku nak balik cepat sebabnya nak pegi senam robik dengan nak amik barang itu.  Sekarang tengah addict senam robik.  Bersabar jealah.  

Itu jealah cerita untuk pagi ini mengenai sesi lawatan terakhir kami anak-beranak ke opis asben.  Lepas nie asben aku akan mulakan kerjanya di tempat baru pulak.  Harap dapat menyesuaikan diri dan juga menyusun kembali masa yang akan berubah.  Itulah kisah kami.  Sekian dulu entry merepek aku pagi ini.  Next story pleassseee....







                                                                                                                      


Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Banjir landa beberapa kampung <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 04 Dec 2012 03:07 PM PST

Selain dari faktor hujan yang berterusan, apakah pembalakan yang tidak terkawal atau kurang pemantauan juga memburukkan lagi keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di Negeri Sembilan pada ketika ini?
Banjir landa beberapa kampung di Kuala Pilah
KUALA PILAH - Hujan lebat berterusan lebih dua jam mengakibatkan beberapa penduduk di sekitar kawasan Senaling dan Johol dipindahkan sementara waktu selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat semalam.
Kejadian berlaku pukul 7 malam menyebabkan 25 orang penduduk di Kampung Dangi, Kampung Geduhum dan Kampung Air Taling ditenggelami air setinggi hampir satu meter sebelum diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Dangi.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim memberitahu, turut dilanda banjir adalah Kampung Yu dan Kampung Dioh mengakibatkan 70 orang di kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved