ads

Isnin, 23 Disember 2013

05 di juasseh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


Aksara Pengacara Majlis: TEKS PENGACARA PROGRAM 3 <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2013 04:38 PM PST

TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En Sarimen Bin Sapiei
3.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Zaidah Binti Danial,
4.      Ahli –ahli  Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru  
5.      Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
6.      Pelajar – pelajar Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
7.      Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan program pertemuan 3 penjuru fasa 1tahun 2013 di dewan gemilang  yang serba indah ini
Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran kehadiran yang dikasihi En Alwi Bin sabtu, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru yang telah sudi meluangkan sedikit masa majlis yang penuh bermakna ini.


Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan








Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,
Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin- hadirat yang  dihormati ,
Program tiga penjuru ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka diKolej Vokasional Juasseh. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, pensyarah dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti.
Di antara objektif pertemuan ini diadakan adalah:
 1.  Ibu bapa / penaga berpeluang berkenalan dengan para pensyarah  yang mengajar anak mereka
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di kolej
4. Para Pensyarah dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan pensyarah kolej
Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Majlis dimulai dengan taklimat Yang dihormati YDP PIBG En Alwi Bin Sabtu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.
……………….Tamat Ucapan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang dihormati En Alwi Bin Sabtu YDP PIBG atas taklimat sebentar tadi
Penerangan carta aliran pergerakan ibu bapa
Program diteruskan dengan pertemuan ibu bapa penjaga sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi.
Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu bapa, sebaik sahaja selesai sesi taklimat YDP PIBG, bagi ibu bapa tingkatan 5 dan 4 SKM diminta untuk berada dilokasi yang ditetapkan. Ibu bapa tingkatan 5 dikehendaki bertemu pensyarah pembimbing di kelas masing-masing iaitu bangunan di belakang dewan. Manakala ibubapa dan pelajar tingkatan 4 skm diminta mengadakan pertemuan di bilik mesyuarat
Manakala ibu bapa pelajar kolej tahun 1 diploma kolej di kehendaki berada di dewan bagi  sesi tak limat dan diikuti pertemuan bersama pensyarah matapelajaran.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan ibubapa pelajar tingkatan 4 SKM dan ibu bapa pelajar  tingkatan 5 untuk meninggalkan dewan untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan…dipersilakan
Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha  timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan
…………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha  timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie atas taklimat sebentar tadi
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat ini, ibubapa dan para pelajar boleh lah mengadakan pertemuan bersama pensyarah matapelajaran d .....
Sebelum kita bersurai,  pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.


Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam di hati


Kami akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

05 di ampangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di ampangan - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di ampangan</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Dec 2013 11:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Azab 10 minit ditoreh suami bingai <b>di Ampangan</b>, Seremban

Posted: 02 Dec 2013 02:22 PM PST

Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat," kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.

Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Pasar Raya Mydin terbesar <b>di Seremban</b> 2 dibuka esok | The <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2013 10:55 PM PST

SEREMBAN, 12 Dis: Cawangan Pasar Raya Besar Borong Mydin ke-13 dan terbesar di Malaysia, Seremban 2, akan dibuka secara rasminya esok.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Mydin Mohamed Holdings Bhd, Sabariah Mohd berkata Mydin Seremban 2 yang beroperasi dari bangunan 4 tingkat di sini, memperkenal konsep baharu akuatik dan mempunyai ciri reka bentuk yang menggabungkan seni bina Moden dan Islam.

"Reka bentuk dalaman pasar raya tampil dengan sentuhan baharu yang bakal memberi pengalaman dan impak kepuasan ketika datang untuk membeli-belah. Keluasannya sangat besar iaitu 950,000 kaki persegi, hampir 1 juta kaki persegi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Mydin Seremban 2 akan memperkenal penggunaan sistem pengimbas layan diri yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, menjadikan Cawangan Mydin ini pasar raya borong pertama menggunakan sistem berkenaan, lapor Bernama.

Katanya teknologi ini merupakan revolusi baharu kepada pengalaman pengguna ketika membeli-belah  yang mampu meningkatkan kecekapan dan memberi kemudahan kepada pengguna.

"Perkhidmatan e-bayar juga disediakan di sini untuk memudahkan lagi pengguna. Istimewanya lagi, pengguna juga boleh membeli-belah menggunakan perkhidmatan kad Touch & Go mereka sendiri.

Pengguna berhak memilih apa sahaja kaedah yang ada di Mydin Seremban 2 ini untuk memudahkan urusan mereka ketika berkunjung," katanya.

Katanya majlis perasmian Mydin Seremban 2 akan disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Perniagaan Mydin, Mydin Mohamed.

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2013 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Sep 2013 03:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Aug 2013 03:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Aug 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jul 2013 03:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2013 03:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2013 03:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 03:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Hanya 20 orang hadir ceramah Pakatan Rakyat <b>di Mambau</b>. | N9 <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 08:03 PM PDT

Mambau : 26 April : Pakatan Rakyat telah mengadakan  siri ceramah mereka dengan membariskan Calon  PR Rantau dan  calon PR Rembau hanya disambut oleh 20 orang penyokong. Bagaimanapun ceramah diteruskan dengan membentangkan isu menefesto PKR di Negeri Sembilan. Penceramah begitu yakin dan menyatakan bahawa Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 03:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2013 03:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jengka 19: Kosmo Online

Posted: 09 Feb 2013 07:43 AM PST


Aliran trafik masih bergerak perlahan malam ini

Posted:

Aliran trafik masih bergerak perlahan malam ini

Aliran trafik masih bergerak perlahan malam ini

09/02/2013 10:10pm

KUALA LUMPUR — Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilapor masih lagi bergerak perlahan malam ini apabila warga kota mula pulang kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik masih perlahan dari Behrang ke Ladang Bikam.

Trafik juga sesak sebelum dan selepas Terowong Menora ke arah Kuala Kangsar serta terdapat kemalangan di Kilometer 147.7 arah utara di Bukit Tambun dan Juru.

Menurut laman itu, trafik masih perlahan dari Ayer Hitam ke Yong Peng kerana keadaan cuaca dan hujan.

Laman Twitter PLUS pula melaporkan, trafik perlahan di Kilometer 87.6 arah selatan Gurun ke Sungai Petani, yang melibatkan lorong kecemasan kerana berlaku kemalangan.

PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka. — BERNAMA

Dua suspek kes rompak maut motosikal terbabas

Posted:

Dua suspek kes rompak maut motosikal terbabas

Dua suspek kes rompak maut motosikal terbabas

09/02/2013 10:09pm

SEREMBAN — Dua lelaki suspek kes rompak terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari buruan polis di susur masuk ke Mambau, Lebuhraya Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Mambau, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Abd. Wahab Harun berkata, dalam kejadian pada 12.45 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang menunggang dua motosikal berasingan itu dipercayai melarikan diri selepas melakukan satu rompakan di sebuah kedai kek di Batu 6, Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.

"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian rompakan membabitkan dua suspek berusia 21 dan 27 tahun itu kira-kira 12.30 tengah hari dan sebaik menerima laporan, anggota peronda polis telah dapat mengesan motosikal yang ditunggangi suspek berada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau, lebuhraya itu.

"Apabila anggota polis berkenaan menghampiri kedua-dua lelaki ini mereka terus melarikan diri dan pasukan polis itu telah mengejar mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, sebaik tiba di selekoh berhampiran susur masuk ke Mambau, kedua-dua suspek gagal mengawal motosikal masing-masing sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Katanya, seorang daripada suspek itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja"afar, di sini.

Menurut Abd. Wahab, hasil pemeriksaan ke atas mangsa, polis menemui dua telefon bimbit jenis iPhone 4 dan Samsung S2 serta dua bilah parang yang dipercayai digunakan ketika melakukan rompakan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan. — BERNAMA

Curi kabel: 7 ditahan, lebih 100 kg kabel ditemui semula

Posted:

Curi kabel: 7 ditahan, lebih 100 kg kabel ditemui semula

Curi kabel: 7 ditahan, lebih 100 kg kabel ditemui semula

09/02/2013 10:07pm

KULIM — Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket membeli dan menjual kabel tembaga ekoran penahanan tujuh orang termasuk seorang wanita di sebuah premis membeli barang-barang lusuh, di Jalan Sungai Ular, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kedah, ACP Mohd. Nashir Ya berkata, semua suspek berusia 22 hingga 71 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sekumpulan anggota polis ke atas premis berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, sindiket berkenaan dipercayai mencuri kabel tembaga milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

"Dalam serbuan itu juga hampir 100 kilogram kabel tembaga yang belum dan sudah diproses ditemui tersimpan dalam beberapa karung di premis tersebut dan semua suspek dipercayai bekerja di premis itu," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, serbuan berkenaan dibuat ekoran penahanan sepasang suami isteri dalam satu sekatan jalan raya di Sungai Kecil Ilir, Bandar Baharu dekat sini pada 31 Januari lalu. "Suspek lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah termasuk curi kabel dan suspek telah membawa pihak polis ke premis ini," katanya.

Menurut Mohd. Nashir, semua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. — BERNAMA

Sunday, 10 February 2013 - Shafie Nor

Posted: 09 Feb 2013 08:08 AM PST

2 suspek kes rompak maut, motosikal terbabas ketika dikejar polis

SEREMBAN, SABTU, 09 Februari, 2013: Dua lelaki suspek kes rompak terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari buruan polis di susur masuk ke Mambau, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Mambau, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Abd. Wahab Harun berkata, dalam kejadian pada 12.45 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang menunggang dua motosikal berasingan itu dipercayai melarikan diri selepas melakukan satu rompakan di sebuah kedai kek di Batu 6, Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.

"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian rompakan membabitkan dua suspek berusia 21 dan 27 tahun itu kira-kira 12.30 tengah hari dan sebaik menerima laporan, anggota peronda polis telah dapat mengesan motosikal yang ditunggangi suspek berada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau, lebuh raya itu.

"Apabila anggota polis berkenaan menghampiri kedua-dua lelaki ini mereka terus melarikan diri dan pasukan polis itu telah mengejar mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, sebaik tiba di selekoh berhampiran susur masuk ke Mambau, kedua-dua suspek gagal mengawal motosikal masing-masing sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Katanya, seorang daripada suspek itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini.

Menurut Abd. Wahab hasil pemeriksaan ke atas mangsa, polis menemui dua telefon bimbit jenis iPhone 4 dan Samsung S2 serta dua bilah parang yang dipercayai digunakan ketika melakukan rompakan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan. - BERNAMA 

Calon N23 <b>Mambau</b> : Datuk Yu Chok Tow | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 11:24 AM PDT

Datuk Yu Chok Tow adalah satu  nama besar yang bakal merampas kembali kerusi DUN Mambau dari Pakatan pembangkang di DUN  N23 Mambau.Nama  Datuk Yu tidak asing lagi dan  dihormati oleh penduduk di Mambau kerana jasa beliau kepada penduduk di sini ketika beliau menjadi ADUN Mambau dahulu.

Berlatar belakangkan pendidikan tinggi dan memiliki ijazah B.A Hons dalam pendidikan dan juga pernah menjadi pensyarah di Maktab Perguran Raja Melewar adalah lebih jauh taraf pendidikannya dari calon DAP.

Beliau juga telah memegang berbagai bagai jawatan dalam Wanita MCA dan mula berpolitik semenjak 1996. Datuk Yu disenangi oleh semua kaum dan pengundi Mambau diharap tidak membuat keputusan yang salah . Undilah calon N23 Mambau Dato Yu Chok Tow.

Bicara Seorang Pengetua: Taklimat sarana <b>di</b> SMK <b>Mambau</b>--30 <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 12:08 AM PST

Alhamdulillah...akhirnya terrtunai jugalah hajat guru-guru di SMK Mambau dan nbiat saya untuk bersama mereka di dalam sessi penerangan mengenai program Sarana ibu bapa dan sarana sekolah.

Walaupun , sepatutnya saya berada di dalam satu majlis lain di Port Dickson, namun disebabkan pertemuan ini telah diaturkan terlebih awal, maka saya tidak dapat menolak permintaan mereka. Apatah lagi , kali ini saya berpeluang kembali ke sekolah yang pernah saya berkhidmat sebagai GPK Hem pada tahun 1998 dahulu.

Ternyata sekolah ini telah berubah jauh semenjak saya meninggalkannya pada tahun 1999 yang lalu. Tambahan dengan persekitaran yang baru, bangunan baru, kelas khas yang diwujudkan dan cat yang baru serta kemudahan yang hebat, sekolah ini telah mula mengukir nama yang hebat.

Saya rasa bertuah berkongsi tajuk Sarana dengan mereka dan ternyata mereka amat tertarik dan gembira dengan sessi penerangan tersebut. Dalam suasana petang Rabu , hujan yang lebat , sessi ini berjalan dengan penuh ceria dan mereka amat tertarik dengan paparan yang diberikan terutamanya berkaitan dengan perlaksanaan Program Sarana di SMKTTJ.

Sekolah ini adalah di antara sekolah yang menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap perlaksanaan Sarana. Sebelum ini , mereka telah menghantar hampir 90 orang peserta yang terdiri daripada PIBG, guru dan pelajar untuk melawat SMKTTJ dan mendengar penerangan daripada penjaga SMKTTJ  sendiri mengenai Sarana.

Hebat dan bersemangat sungguh guru-guru SMK Mambau untuk mendengar taklimat tentang Sarana ini. Walaupun ini merupakan kali ke 3 taklimat dan lawatan benchmark telah diadakan, namun mereka tetap bersemangat untuk mendengarnya.

Suatu yang menariknya, saya sempat berjumpa dengan beberapa rakan guru semasa saya menjadi GPK hem di sekolah ini pada 1998 dahulu. Mereka masih enmgenali saya dan saya masih mengecam muka mereka. Sempat saya rakamkan wajah mereka satu persatu



  Guru-guru ini amat sporting dan memang sesuatu yang paling membahagiakan apabila dapat berkongsi pengalaman dengan mereka semua.

Semoga sekolah ini akan terus cemerlang. Banyak sungguh perubahan fizikal yang berlaku di sekolah ini berbanding pada tahun 1998 dahulu. Tahniah, SMK Mambau!

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Berkelah <b>di</b> Pantai <b>Teluk Kemang</b> | Bisnes, Gaya Hidup, Kesihatan <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2013 08:28 PM PST

Semasa pulang dari Johor Bahru hari Isnin lepas kami sekeluarga singgah ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Mulanya niat nak pergi Pantai Klebang, Melaka tapi timing tak kena sebab masa tu baru tengahari. Kalau Port Dickson kira sedang elok kami sampai dalam pukul 3 lebih, taklah panas terik nak main pantai. 
Rasanya last sekali saya pergi PD masa baru nikah tahun 2006. Masa tu saya bertugas di Hospital Tampin sebelum pindah ke Kedah. Tapi masa tu kami tak mandi pun, datang dating je. Kiranya ni first time kami akan naik 'banana boat' bersama (maknanya saya pernah naik dgn org lain la :D).

Selain permainan air, kat daratan juga ada macam-macam keseronokan seperti menunggang kuda, kereta kuda, sewa tricycle dan pelbagai permainan kanak-kanak selain deretan kedai makan dan kedai souvenir. Sini juga ada kemudahan tandas berbayar, boleh mandi juga.

Amik gambar macam couple biasa buat la.

Baby Amir Khalif yang ngantuk sesangat jadi segar bugar terus bila sampai sini.

Posing dulu sebelum betul-betul naik, test drive gitu.
Baby ni memang terer mandi pantai, langsung tak takut dengan ombak. Terkial-kial dia nak lepas, nak menyelam dalam air. Agaknya dah biasa mandi kat swimming pool jadi berani.  
Anak nombor dua ni penakut sikit dengan ombak. Kena pegang je, tak berani dia nak main air sendiri walaupun kat gigi ombak. Nak ajak naik banana boat lagilah tak sesuai, taknak cari pasal. Lagipun baru je baca berita pasal kanal-kanak mati lemas lepas jatuhan banana boat. Ceritanya, ayah arwah kanak-kanak yg berusia 2 setengah tahun tu dah pesan pemandu bot tu jangan terbalikkan banana boat tu tapi dibuatnya juga. Masa jatuh tu jaket keselamatan yg dipakai tertanggal pulak. Dah sampai ajal, nak buat macamana kan.
Petang dalam pukul 6 kami selesai. Mandi tukar baju pastu bertolak balik ke KL. Kalau nak tahu, kami sewa khemah RM30, ada meja kecil dan kerusi plastik dan kerusi malas. Naik banana boat RM20 seorang. Lain kali kalau pergi JB mesti singgah sini lagi, sebab memang best! 

05 di jelebu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


kebakaran rumah kedai <b>di</b> titi <b>jelebu</b>, mana ketua <b>...</b> - My Home Soil

Posted: 19 Sep 2013 06:28 PM PDT

Kebakaran rumah kedai di Titi Dun Chennah, Parlimen Jelebu yang berlaku malam tadi telah memusnahkan beberapa buah rumah kedai di Titi. Untuk rekod , kawasan inilah yang memenangkan DAP untuk DUN Chennah yang memenangkan Anthony Loke (DAP) sehingga dia dilantik menjadi Ketua Pembangkang Negeri Sembilan. Namun, apa yang memeranjatkan krew MHS, tiada langsung wakil DAP apatah lagi batang hidung Anthony Loke untuk datang tengok pengundi-pengundi beliau! 

Padan muka pengundi beliau! hahaha
                                                                    Hidup DAPig! 
NASIB BAIK BOMBA Kerajaan Persekutuan, Pihak Pej Daerah Jelebu dan Pejabat Ahli Parlimen Barisan NASIONAL Jelebu datang membantu!



05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


BAYANGAN TENTERA ISLAM BERKUDA MUNCUL <b>DI</b> LANGIT <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2013 09:28 PM PST

GAMBAR awan berbentuk seperti sekumpulan tentera Islam zaman lampau yang sedang bergerak menuju ke medan perang telah muncul di langit Nilai, Negeri Sembilan. Mungkinkah kemunculannya bersesuaian dengan imej Negeri Sembilan, Sebagai sebuah bandar tentera terutama di Port Dickson. Di sinilah telah lahirnya ramai pahlawan-pahlawan negara dari dulu hingga sekarang.

Mungkin ramai yang sudah melihatnya. Kepada yang belum, Klik pada imej itu untuk membesarkannya dan anda akan dapat lihat dengan jelas imej sekumpulan pahlawan berkuda.
Gambar ini telah di ambil secara tidak sengaja oleh seorang pendakwah bebas yang yang terkenal iaitu 'Ustaz Kazim Elias',sewaktu beliau berkunjung kesana suatu ketika dulu untuk berdakwah. 

Kejadian dan gambar ini telahpun beliau memuat naik di akaun Twitter beliau untuk tatapan kita semua, mungkin ada iktibar diatas kejadian ini, Wallahhu a'lam... 

VIDEO BAYANGAN PAHLAWAN BERKUDA JUGA MUNCUL DI MESIR !

UNTUK pengetahuan anda, imej video ni diambil secara tidak sengaja, dan disiarkan terus dalam berita Stesen televisyen MSNBC, menceritakan bayang-bayang penunggang kuda yang bewarna hijau dan bercahaya itu.

SEOLAH-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan beliau.

PERISTIWA berdarah ini telah menelan ratusan dan ribuan kecederaan kepada rakyat Mesir.

Anda perhatikan kuda yang dinaiki lelaki tersebut kemudianya bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan terus lenyap bagai ditiup angin dalam kegelapan malam.
-
ALAMCYBER2020-

05 di bahau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di bahau - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di ampangan</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Dec 2013 11:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Azab 10 minit ditoreh suami bingai <b>di Ampangan</b>, Seremban

Posted: 02 Dec 2013 02:22 PM PST

Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat," kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.

Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved