ads

Selasa, 23 Ogos 2011

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


Panglima Perang Cyber: Malam Ini Panglima <b>Di</b> Pondok <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 14 May 2011 03:29 AM PDT




SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF
TEMPAT: MADRASAH AS-SAIDIYYAH
SURAU KAMPUNG PONDOK RASAH
70300, RASAH, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

TARIKH/MASA: Waktu Maghrib pada 14 Mei 2011/11 Jamadil Akhir 1432H/SABTU MALAM AHAD

PERBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH:
Prinsip-prinsip Dalam Ilmu Tarekat
Oleh Dr. Jahid B. Sidek al-Khalidi
Khalifah Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah
Ahli Majlis Jilsah Sufiyah Kerajaan Negeri Sembilan
Pengasas dan Pakar Pusat Rawatan Islam MANARAH
Mantan Pensyarah Universiti Malaya
Tarekat Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w
Oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mantan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
AJK Fatwa Negeri Sembilan dan Negeri Terengganu
Penulis tamu di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
"MEMAHAMI TAREQAT TASAWUF SERTA MEMPERKASA PARA IKHWAN DAN MEMPERTEGUH INSTITUSI TAREQAT"
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR
Nota : Ubat kepada perpecahan Melayu Islam ialah Zikrullah Dan Selawat Keatas Rasulullah !!!
Ayuh belajar tasauf dan carilah guru tasauf yang sah dan bersambung sanad mereka kepada Rasulullah saw...
Atau lapangkan diri menghadiri majlis mereka.... Jumpa di sana !!!

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Wanita mengandung 7 bulan maut kemalangan <b>di</b> Kilometer 15, Jalan <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 07:09 PM PDT

No of View :430

Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan maut apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Honda CRV yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta Perodua Kancil di Kilometer 15, Jalan Bahau-Keratong dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Lai Siew Chin, 37, maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan badan manakala suaminya, Lai Cheon Kee, 37, yang memandu kereta tersebut cedera parah dan dirawat di Hospital Kuala Pilah.

Berikutan kemalangan itu, anak dalam kandungan Siew Chin turut meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, tiga lagi penumpang kenderaan berkenaan yang merupakan adik mangsa turut cedera.

Ujarnya, kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Ladang Geddes dekat sini menuju ke Kuala Lumpur.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Waja.

"Perlanggaran itu menyebabkan kereta Kancil itu terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh pula kenderaan mangsa," katanya di sini semalam.

Ujarnya, rempuhan itu menyebabkan kenderaan mangsa hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sebelum terbabas ke dalam ladang sawit berhampiran.

"Mangsa yang mengandung anak kedua tersepit di dalam kenderaan itu manakala pemandu Kancil dan Proton Waja hanya cedera ringan," jelasnya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Kedai oter seluar yang paling rare <b>di seremban</b>

Posted: 22 Aug 2011 12:10 AM PDT

Dari zaman sekolah kot kedai ni dah ada.. Antara kedai yang paling sibuk menerima tempahan bila nak menjelang hari raya..
Terletak di Bazaar Seremban.. eh, betul ke? berhadapan dengan KM Plaza tu.. orang-orang seremban konpem tau pasal kewujudan kedai ni..

Kalau pegi Bazaar tu, tak lain tak bukan nak oter seluar lah tu..

seluar memang stok sepah-sepah atas lantai je..

Mekchu hantar potong dan kecikkan kat kaki bawah.. terasa mcm badut pulak pakai kaki bawah besooo.. lepas potong, tampal yang koyak-koyak bawah tu kasik nampak macam ori..

Zaman dulu-dulu rm6 - rm7 je sepasang.. sekarang dah jadi RM12 sepasang.. tak pe, hasil dia kemas dan cantik.. lagi pun memang dah trsuted..

Orang lain hantar oter jeans baru.. mekchu pun nak menyibuk hantar yang lama.. bukannya orang tau pon..

seluar ini dibeli dari zaman sebelum mengandung lagi.. itu lah jeans panjang terakhir mekchu.. sila percaya.. tahun 2007 ok dan masih boleh dipakai..

Ingat lagi, mekchu dalam tempoh berpantang memang pantang bersungguh (selain breastfeed) dan seluar jeans tu lah dijadikan sebagai bench mark.. dan hasilnya selepas 60 hari cuti bersalin.............
yeyyy.. sudah boleh sarung.. mi-cah berusia 2 bulan setengah masa ni..

Dan jeans tu jugak yang mekchu sarung sekarang ni.. (jarang pakai jeans sebab lebih selesa berlegging).. rugi jugak jenis badan tak naik ni kan.. tak boleh nak mintak belikan yang baru.. selamat duit papa-jit disitu..

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Seriemas Lake View Homestay: Tentang Seriemas Lake View Homestay <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2011 10:49 PM PDT

Seriemas Lake View Homestay merupakan sebuah rumah banglo 2 tingkat yang berkonsep 'Malaya' dan dilengkapi dengan perabot / perkakasan rumah. Homestay ini mempunyai: 

  • 4 bilik - 1 bilik utama yang luas, 3 bilik sederhana besar (semua katil saiz Queen)
  • 3 bilik air
  • Ruang tamu yang luas dan lengkap dengan sofa dan meja
  • Ruang rehat di bahagian atas yang dilengkapi dengan sofa dan meja
  • Ruang makan yang lengkap
  • Dapur yang dilengkapi dengan peti ais, rice cooker, microwave, toaster, kettle, pinggan mangkuk, gelas dll.
  • Air-cond dan kipas
  • Water heater
  • TV LCD di ruang tamu
  • Iron dan iron board
  • Sejadah
  • Berpagar dan mempunyai tempat parking bawah bumbung
  • Balkoni di tingkat atas

Seriemas Lake View Homestay mempunyai lokasi yang strategik:
  • 5 minit ke Sepang Circuit, Enstek
  • 10 minit ke KLIA / LCCT, Sepang, Salak Tinggi
  • 15 minit ke Nilai Square, Nilai 3, Bandar Baru Nilai (Giant, Tesco)
  • 30-35 minit ke Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Bangi, Kajang, Mines, Seremban
  • 40 minit ke Kuala Lumpur

Seriemas Lake View Homestay bersesuaian untuk mereka yang mempunyai urusan:
  • Majlis pertunangan/perkahwinan 
  • Melawat/konvokesyen di USIM, NIUC, Inti College, KUIS, KPJ dll
  • Menghantar kaum keluarga yang menunaikan ibadah Umrah / Haji
  • Membeli-belah di Nilai Square / Nilai 3
  • Pulang ke kampung di sekitar kawasan Nilai (keluarga besar)
  • Mesyuarat/kursus/training di kawasan sekitar Nilai
  • Formula 1
  • Lain-lain urusan

Harga untuk Seriemas Lake View Homestay:
  • 1 malam - RM 350 (maximum: 8-10 orang)
  • Deposit RM350 diperlukan sekiranya anda ingin membuat booking
  • Check in: 2.00 petang
  • Check out: 12.00 tengah hari

Hubungi kami di 017-2218451 atau seriemas.homestay@gmail.com untuk maklumat lanjut. 

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Lexis <b>Port Dickson</b> Ramadhan Room Accommodations promo from RM270 <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2011 05:49 AM PDT

Posted on | August 23, 2011

Lexis Port Dickson Ramadhan Room Accommodations promo from RM270 per night

Wi-Fi Available

Inclusive of  Sahur/ Breakfast and Ramadhan Buka Puasa  Dinner for 2 persons

Formerly known as The Legend Water Chalets

Travel Agent Lexis, Port Dickson

Lexis, Port Dickson, Room Accommodations promo

- Lexis, Port Dickson, Room Accommodations promo


You might also like

.

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


Orang dulu dulu: Selamat Pengantin Baru <b>di Serting</b>

Posted: 05 Jun 2011 10:45 AM PDT

Salam sejahtera ... Semoga gerak anda diberkati
Majlis Perkahwinan Raja Nurainey & Rasydan Hudzainee di Kg Gajah Mati Serting Hilir.

Umat Islam <b>di</b> nasihatkan jangan &#39;Kufur Nikmat&#39; – Menteri Besar <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 11:03 AM PDT

JEMPOL, 17 Ogos – Malaysia merupakan sebuah Negara Islam dan termaktub dalam Perlembagaan Negara bahawasanya Islam merupakan agama Rasmi Malaysia yang diperakui dunia.

Majlis Berbuka Puasa yang di adakan di Masjid Qariah Felda Serting Hilir Kompleks telah turut dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan cukup bermakna apabila hari ini bersamaan 17 Ramadhan, umat Islam seluruh dunia mengenang peristiwa penting 'Nuzul al-Quran'.

Peristiwa di mana turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W ketika 41 tahun keputeraan baginda secara berperingkat sehingga 22 tahun lamanya.

Menteri Besar, di dalam ucapannya menyeru umat Islam agar melafazkan rasa kesyukuran kerana Malaysia sebuah Negara Islam yang aman dan makmur dan rakyatnya sangat bertuah berbanding dengan Islam lain yang sedang dilanda pelbagai masalah.

Menteri Besar kesal apabila melihat semakin ramai rakyat telah 'kufur nikmat' dan seolah-olah tidak pandai bersyukur dengan kemajuan dan perpaduan yang diwarisi oleh pemimpin terdahulu malah dengan mudah menuduh serta menyalahkan apa saja yang dibuat oleh kerajaan.

Beliau dengan tegas menyeru rakyat Negeri Sembilan jangan sesekali terlibat dengan kumpulan yang mahu merosakkan akidah umat Islam dan mahu semua pihak sentiasa  melaksanakan kerja demi agama bangsa dan negara.

Di majlis ini, beliau telah menyampaikan bantuan tahunan FELDA  kepada 34 buah Masjid didalam gugusan felda Serting  berjumlah RM340,000, bantuan tahunan MAINS RM1500-00 setiap masjid  kepada 15 buah Masjid Daerah Jempol.

Menteri Besar juga mewakili  Jabatan Perdana Menteri menyampaikan bonus hari raya berjumlah RM6.13 juta kepada wakil-wakil dari lapan zon gugusan felda serting, bantuan JKM  dan juga bantuan baitulmal untuk fakir miskin.

Menteri Besar juga  berkesempatan menjawab temubual ringkas mengenai  'Cadangan Pembinaan Perumahan Mampu Milik oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dan menyatakan Kerajaan Negeri menyambut baik usaha ini demi kebaikan generasi kedua Felda pula.

Beliau berpendapat generasi kedua Felda yang mewarisi ibu-bapa mereka sebagai peneroka asal perlu diberi peluang mendapatkan rumah sendiri, dan  harga bermula serendah RM19,000 adalah yang terbaik masa kini dengan  dianggarkan sebanyak 160,000 unit bakal didirikan.

Sehubungan itu, Menteri Besar akan terus bekerjasama dengan pengurusan Felda bagi memastikan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya.

Menteri Besar turut mengakui Institusi Felda merupakan sumbangan terbesar Negara sejak zaman Tun Abdul Razak dan Kerajaan Negeri tidak akan mensia-siakan Warga Felda .

Turut hadir ialah Dato' Lillah Yasin, Yang Berhormat Parlimen Jempol, Dato' Shamsul Kahar Mohd Deli; ADUN Serting

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Pembangunan Tanah Adat <b>di Kuala Pilah</b> |

Posted: 14 Jun 2011 08:14 PM PDT

Sumber daripada Laporan Penemuan & Strategi Pembangunan RTD Kuala Pilah  terdapat beberapa kekangan di dalam usaha untuk membangunkan tanah adat iaitu:

1. Perbezaan Keluasan Tanah

  • Terdapat lot-lot tanah adat yang kecil dan kedudukannya yang berselerak menyebabkan tanah tersebut sukar untuk dizonkan dan dimajukan dengan gunatanah yang bersesuaian

2. Pemilikan Tanah

  • Terdapat dua isu utama berkaitan pemilikan tanah adat iaitu pemilik yang ramai bagi setiap lot dan kekangan tukar milik.

3. Pemilikan Yang Ramai

  • Persetujuan semua penama ada kalanya sukar diperolehi bagi tujuan untuk memajukan tanah. Di sini peranan Datuk Lembaga diperlukan untuk membuat keputusan bagi pihak pemilik tanah untuk memberikan kebenaran untuk memajukan tanah, khususnya tanah terbiar.

4.  Kekangan tukar milik

  • Pemaju atau pengusaha akan mengalami masalah untuk mengusahakan tanah tersebut sebagai gadaian atau cagaran disebabkan kekangan dari segi penukaran hak milik.

5. Keutamaan Pembangunan Ke Atas Tanah Milik

  • Pemaju tidak memberikan perhatian untuk memajukan tanah adat disebabkan akan sukar untuk diberi milik.

6. Tiada Tekanan Membangunkan Tanah Adat

  • Kawasan Bandar : Pembangunan pembandaran di Daerah Kuala Pilah adalah agak perlahan dan tidak memerlukan tekanan untuk membangunkan tanah adat di kawasan bandar kerana masih terdapat tanah milik yang masih luas.
  • Kawasan Luar Bandar : Tanah adat yang berpotensi untuk mengalami tekanan pembangunan hanya melibatkan lot-lot di sepanjang jalan utama Kuala Pilah – Seremban khususnya di Mukim Terachi dan di jalan utama Kuala Pilah – Jempol. Walaubagaimanapun trend pembangunan dijangka akan menerima pembangunan yang agak perlahan.

7. Tiada Keperluan Tukar Hak Milik Bagi Pembangunan Tanah Adat Kawasan Luar Bandar

  • Sebahagian besar tanah adat di kawasan luar bandar khususnya di Mukim Terachi, Juasseh dan Johol merupakan tanah pertanian dan masih berpotensi untuk dikekalkan dengan aktiviti pertanian dan perternakan. Pemajuan tanah untuk aktiviti pertanian sama ada diusahakan oleh agensi kerajaan seperti FELCRA dan RISDA mahupun agensi swasta tidak memerlukan penukaran hak milik. Ini kerana pengusaha berkenaan tiada keperluan untuk mengadai atau mencagar tanah yang diusahakan.

8. Tanah Terbiar

  • Masih terdapat banyak tanah adat yang luas yang tidak diusahakan. Tanah pertanian terbiar tidak diusahakan kerana tiada sistem pengairan , pemilik yang sudah lanjut usia dan kurang minat ahli keluarga untuk mengusahakannya kerana telah mempunyai pekerjaan tetap yang lain.
  • Terdapat tanah adat bagi kegunaan kampung/ kediaman yang tidak didiami disebabkan pemilik utama telah meninggal dunia dan pewaris telah berhijrah ke tempat lain.

9. Kekangan Adat

  • Kekangan adat sering menjadi isu dan penyebab ketiadaan pembangunan di atas tanah adat. Ini adalah kerana pemilikan tanah hanya boleh diwarisi kepada perempuan dari suku yang sama dan tanah adat tidak boleh berpindah tangan kepada bukan suku yang sama. Ini kerana tanggapan yang menyatakan bahawa pemilik perlu kewangan yang kukuh untuk memajukan tanah di samping nilai tanah yang rendah apabila dicagarkan kepada institusi kewangan bagi tujuan projek pembangunan.

10. Nilai Tanah Yang Rendah

  • Jurunilai tanah secaranya amnya akan meletakkan tanah adat pada nilai yang lebih rendah. Ini disebabkan faktor tanah adat tidak bebas untuk ditukar milik.

11. Kewangan

  • Terdapat dua isu utama berkaitan sumber kewangan iaitu pemilik tanah adat tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu projek dan tiada sokongan dari institusi kewangan

12. Pemilik Mahu Terus Kekal Gunatanah Semasa

  • Pemilik tanah adat yang berkemampuan di kawasan bandar lebih gemar untuk mengekalkan status tanah sebagai tapak kediaman mereka. Antara faktor utama tidak berlakunya proses menukar syarat tanah ini adalah disebabkan pemilikan yang ramai bagi sesuatu lot tanah.

Strategi Memajukan Tanah Adat

Beberapa strategi telah digariskan bagi mengatasi masalah pembangunan tanah adat iaitu:

  1. Mengenalpasti Tanah Adat yang berpotensi sebagai Pusat Pertumbuhan Daerah atau kawasan pertanian;
  2. Membangunkan tanah adat yang melibatkan pembangunan fizikal tanpa melibatkan pertukaran hak milik melalui konsep pinjaman tanah bagi tempoh 30 tahun (aktiviti perkilangan), 66 tahun atau 99 tahun.
  3. Menyediakan dana khas pembangunan tanah adat oleh Kerajaan Negeri;
  4. Menubuhkan badan atau agensi yang bertanggungjawab untuk mengurus pembangunan tanah adat yang dianggotai Lembaga Adat. Tanggungjawab badan/agensi adalah untuk memelihara kepentingan pemilik tanah dan memastikan pembangunnya tidak melibatkan penukaran hak milik tanah adat.

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


Lagi Berita: Bom lama ditemui <b>di</b> Kuala <b>Lukut</b>

Posted: 22 Aug 2011 03:57 AM PDT

PORT DICKSON — Sebutir bom lama ditemui di tepi jalan di Kuala Lukut dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Port Dickson, Supt. Baljit Singh berkata ia ditemui orang awam pada 8 pagi dan kemudian menghubungi polis.

Katanya, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah pergi ke tempat kejadian dan membawa bom itu untuk dimusnahkan.

Baljit berkata bom itu dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua. — Bernama

05 di ampangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di ampangan - Google Blog Search


Ziarah Ramadhan AMK N9 bersama YB Rashid <b>di Ampangan</b> « Angkatan <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 12:37 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ziarah Ramadhan AMK N9 bersama YB Rashid di Ampangan Leave a comment. Share this: Like this: Like. Be the first to like this post. Posted August 22, 2011 by anakmudan9 in Demi Rakyat · « Kembara Ramadhan AMK N9 ...

05 di sikamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di sikamat - Google Blog Search


Kursus Kahwin <b>Di Sikamat</b>, Seremban | Senarai Kursus Kahwin Seluruh <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2011 08:40 PM PDT

Anda tinggal di kawasan Sikamat, Seremban? Jom ke kursus pra-perkahwinan Usrati.

Negeri : Negeri Sembilan
Kawasan : Sikamat, Seremban
Nama Pusat Kursus: Usrati Centre
Alamat : 453, Jalan Sri Pulai 26, Taman Sri Pulai 2, 70400, Sikamat, Seremban. Negeri Sembilan
Laman Web: Klik Sini
No. Fon : 019-6991851 / 06-7615951

Peta ke Lokasi Pusat Kursus Kahwin:


View Larger Map

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved