ads

Rabu, 26 Mac 2014

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 11:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Feb 2014 11:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rasa Nak Berendam <b>Di</b> Wedding <b>Rasah</b> Kemayan - The Other Side <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2014 10:24 PM PST

Memenuhi salah satu undangan perkahwinan
Jadi Hari Kedua CNY, KA & family bersesak2 ke Seremban
Perjalanan sejam jadi berjam2
Akhirnya sampai jua di Rasah Kemayan
Tengok air tengah2 panas rasa nak terjun masuk dalam kolam...
Gaya Adik sebelum acara makan2...
Apapun terima kasihlah atas jemputan
Dan mudah2an kami sekeluarga mendoakan
Pasangan pengantin Farah & Anas berbahagia & berkekalan...!
( Update :  Gambar pengantin x sempat nak transfer dari tab ... hehehe
layan gambar kecik pengantin pink dari jauh tu udahlah !)

05 di sikamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di sikamat - Google Blog Search


Keadaan kecoh <b>di</b> pusat mengundi SK Seri <b>Sikamat</b> ABN News | BM

Posted: 22 Mar 2014 07:44 PM PDT

Oleh Ros Nazirah Mohd Daud (rosnazirah@abnxcess.com)

KAJANG – Sedikit kekecohan berlaku antara penyokong parti Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat di sini.

Ia bagaimanapun tidak menjejaskan kelancaran proses mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

gaduh1

Suasana itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di laluan utama hadapan sekolah berkenaan ekoran tindakan kedua-dua penyokong parti yang bertindak berkumpul di kawasan terbabit.

Keadaan itu menjadi semakin tidak terkawal apabila sorakan daripada kedua penyokong parti bertukar menjadi perang mulut hingga memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) meredakan keadaan.

Bagaimana pun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kekecohan itu setelah keadaan berjaya dikawal oleh anggota polis yang bertugas kira-kira 20 minit kemudian.  

05 di lenggeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lenggeng - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2014 09:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Oct 2013 09:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Sep 2013 09:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Catatan Lama - BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> - Google <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2013 09:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Lenggeng</b>, Negeri Sembilan Darul Khusus ~ Jelajah Mahaguru58

Posted: 23 Jun 2013 04:57 AM PDT

Salah satu kegemaran saya adalah untuk menjelajah bumi Semenanjung Tanah Melayu ini dengan memandu melalui jalan jalan persekutuan, berhenti di pekan pekan kecil dan merakamkan suasana sekitar didalam bentuk fotografi dan video.

Hari ini saya berkesempatan singgah di Lenggeng, sebuah pekan kecil lama di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus. 

Ikuti lah rakaman spontan saya didalam bentuk video dibawah:

Saya tertarik dengan keadaan beberapa kedai papan lama di pekan Lenggeng ini. Walaupun keadaan kedai2 lama ini sesetengahnya sudah uzur namun ada termeterai keindahan senibina dan peradaban lama padanya.


Corak corak pada tingkap kedai kedai diatas bertarikh dari zaman era British dahulu. Cuma sejak kebelakangan ini dipasang kompresor pendingin hawa menurut keperluan zaman ini.Dulu dulu hanya dibuka sahaja tingkap itu dan angin sepoi sepoi bahasa meniup keseluruh ruang atas kedai tersebut.

Sekarang terpaksa lah ditutup sebab nak dinginkan ruang dan untuk mengelakkan debu dan habuk dari jalan didepan terbang masuk! Mujur lantai ruang atas tu terletak tinggi. Jika tidak adalah nanti 'spiderman' merayap masuk menceroboh! :P


Semasa saya singgah di pekan Lenggeng, keadaan jalan nya berdebu disebabkan laluan lori lori pembinaan yang membawa muatan tanah dan pasir. Itulah puncanya kenapa pekan Lenggeng begitu tercemar dengan debu debu di jalan utamanya.

Di tambah pula dengan keadaan berjerebu yang di sebabkan oleh pembakar2 hutan Sumatera, Indonesia yang tidak peduli akan kesan pencemaran udara serantau.


Phua Kong Hing, mekanik motor di pekan Lenggeng begitu mesra memberikan lambaian 'peace' kepada anda para pembaca blog Mahaguru58 yang budiman. Jika lalu disana, singgah lah sekejap bertanya khabar pada nya.

Alang alang saya dah ada kat Lenggeng, daerah pendalaman Nogori Sembilan, makanya saya pun pergilah singgah makan disalah sebuah warung Masakan Minang di Kampong Katop dihujung pekan Lenggeng.

Inilah makanan tengahari saya di sana. Daging masak lomak cili padi dan sepotong ayam goreng berempah. Sodap!!! Tapi kebanyakan isi ayam tu saya sedekahkan pada dua ekor kucing yang datang merayu mengiau ngiau pada saya. Dah rezeki kucing kucing tersebut. :-)


Insya Allah jika ada masa, mahu saya menjelajah lagi.

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


RUMAH SEWA <b>DI SEREMBAN</b> II AMAT PENUH MISTERI - Lihat <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2014 09:18 AM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

RUMAH SEWA DI SEREMBAN II AMAT PENUH MISTERI



Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tp disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel utk2 student2 bagi kemasukan disember maka kami budak2 senior di suruh mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej.. aku, wan dan man bepakat menyewa rumah teres di taman garden homes seremban 2 sebab ada bas dari perumahan ke kolej waktu tu.. lagipun waktu tu perumahan tu kosong dah x de orang macam skng ni, cari rumah sewa melalui tenet, selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di end lot.. tepi jalan dan senang nak tunggu bas sebab bejalan 20 langkah dah sampai bus stop.. tapi kitorang pelik sebab rumah end lot yg besar sikit dari rumah teres di bahagian mid tu lebih murah, logiknye mana ada rumah end lot atau corner lot lagi murah kan.. kitorang dapat harga rm220, konon2nya rebet student, huhuhu..
So selepas dah confirm ngan uncle cina tu, habis exam dan selepas dah kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah.. kitorang masukan bararng pada bulan September tu gak, tapi sewa berjalan mulai bulan November.. wah bertuah tul time tu, sume duk puji2 uncle tu.. pas sembahyang jumaat, kitorang tinggalkan kolej dan daerah yang aku duduk selama lebih 2 tahun berhijrah ke seremban2, kitorang menyewa sebuah van untuk angkut barang2 time tu.. caj ok la dalam rm50, jauh gak time tu adala dalam 60km campur ngan jalan pusing2 kat bukit tu..
Lupa nak crite, kitorang x pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak uncle tu nak tengok2 rumah tu tp dia kate sume rumah sama saja.. waktu tu kitorang jumpa dia di 7-e sebelah terminal 1 tu, ntah skng ada lagi ke x de.. skng dah ada petronas rasanye.. lepas bayar 1+1 sewa + deposit letrik air kitorang pon dapat la kunci rumah tu, tanpa dapat nengok rumah tu pon, ye la time tu kitorang dah terdesak sangat sebab nak balik kolej cepat sebab esok nak exam lagi.. huhuhu..
Balik cerita tadi, sampai kat perumahan garden homes tu, kitorang pon pening cari alamat rumah uncle tu.. selepas tanya kat jaga (time tu perumahan tu kosong lagi, so jaga pon ada) baru jumpa umah tu, wah betul2 tepi jalan la.. betuah betul kitorang masa tu.. tapi masa nak buka pagar rumah tu kitorang dah terkejut sebab banyak bekas colok2 cina kene bakar, duit kertas yg kene bakar, pastu kat sliding window tu di gantung kain merah.. pakcik van tu pon cakap umah apa korang sewa ni, ni macam bekas tokong diorang je.. aku ngan member2 pon senyap je x de nak cakap lebih2.. so kitorang pon angkat barang letakan kat dalam umah, lagi la tekejut tengok dalam bilik2 tu berselerak dengan kain merah kuning yg ada kesan di bakar.. sebab time tu dah petang, kitorang berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kg nun ni Malaysia timur dah nak dekat, aku tolak jam 7.30pm, time tu dah jam 4.00pm.. x pasal2 kang tertingal flight lak kang..
Sebagai keselamatan, kitorang pasang lampu rumah 1, dan lampu di luar 1 dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yg bnyk kat halaman kitorang tu.. masa dah nak balik tu, tugas aku la tutup sliding window ngan grill tu, sebab time tu kunci 1 je dan akulah yg pegang sebab aku pemegang syer terbanyak, huhu.. secara automatiknya aku duduk kat main bedroom yg ada bilik air.. masa nak tutup grill tu aku prasan ada bayang2 kanak2 kecik menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejaut kunci.. masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, x de apa2 lak.. lega hati aku, dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yg aku nampak tu maybe bayang2 aku yg tengah tutup grill.. ye lah kan, sliding window tu besar 3 pintu, x de letak langsir lagi so otak aku positif mengatakan yg tu bayang2 aku x pn kawan2 aku.. time tu aku x nak kecoh2, kang x pasal2 kawan aku x jadi lak duk umah tu, lg pun x sahih lagi apa yg aku nampak tu..
Sume dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah lak, skali lg aku nmpk ada bayang2 kat umah tu, kan terang sebab langsir x de dan lampu plak pasang.. aku dah rasa x sedap hati, bayang2 tu macam berlegar2 kat kotak2 kitorang letak tu, bayang2 budak2 kecik.. kotak2 tu x de apa2 pon kecuali buku2 dan barang kitorang yg berat dan malas nak bawak balik umah.. masuk ke dalam van je.. wan senyap je x becakap ape, aku x tau la knape ngan die.. si man lak sibuk borak ngan pakcik van tu, cerita lak pasal camner nak bersihkan dan samak umah tu.. sebab pakcik tu syak yg tu bekas tokong cina dan bukannya umah cina yg kitorang pikir mula2..
Sempat jumpa jaga kejap, suh die tengokan umah tu, lepas tu ajak pakcik van makan kat restoren yaznie sebelum hantar kawan2 aku ke terminal 1 dan aku ke klia.. 
Lepas beraya seminggu kat kg, kitorang pon berkumpul kat umah tudalam tengahari.. sorang kawan aku bawak motor, ye la kg dekat je kat sepang leh la bawak motor abah.. tapi elok gak si man ni ada motor, leh la suh die beli barang2 nak kemas umah.. huhuhu, x de pengalaman duk kek rumah sewa time tu, x sangka beli barang2 nak kemas rumah pon leh tahan gak.. penyapu, baldi, fabuloso dan macam2 lagi la, sib baik makro time tu ada nak harap kedai runcit yg ada hanya rufaqa je time tu.. tapi cam biasa la apa barang pon x de kecuali bahan makanan basah..
Masa mengemas tu x de la apa2 yg pelik kitorang alami, ok macam biasa, happy2 pasang radio kuat2 sambil kemas umah, cuci 1 rumah pastu buang barang2 peninggalan yg ada.. suma aku buang x tinggal 1 pon, tapi masa nak kemas bilik air kat bilik aku, aku tekejut sebab nampak ada teddy bear besar kat atas flush tandas tu.. sebab masa kitorang masuk dulu x de le plak toy tu, toy beruang color coklat pakai baju kot dan ada love kat dadanya.. aku cakap ngan dak2 tu yg aku jumpa teddy tu, x pasal2 muka si wan berubah betul padahal tadi kemain siap nyanyi2 lagu xpdc time tu ngan ali, rock sampai jerit2.. aku nengok die aku plak yg gabra, sebab wan dan man pon dah jenguk bilik air tu sebelum ni (masa pindah dulu) x kan ada sapa2 lak yg masuk letakan kat bilik air bilik aku tu.. nak kata tuan rumah, grill depan belakang kitorang dah kunci ngan solid baru masa angkat barang tu.. aku pon x nak pikir panjang2 kang x pasal2 aku yg kecut perut sebab aku yg nak duduk bilik tu kang, bukan diorang.. so aku masukan dalam plastik sampah hitam yg besar pastu aku ikat dan letak kat dalam tong sampah kat depan rumah..
X nak pikir lama2 pasal bab tu, kitorang pon kemas la sume temasuk la longkang blkng yg penuh ngan batang2 colok tu.. lebih 5 jam kemas baru la settle, baru la cam umah, bau fabuloso pon merebak2 baunya.. pasang langsir kat sliding window pastu tingkap lak letak kain pelikat yg di gunting 2 sebab time tu x de langsir tingkap lebih.. wan ni bagus daknye banding ngan aku ngan si wan ni, sempat die baca yasin selepas semayang maghrib tu.. aku ngan si wan lak sibuk lepak kat depan umah, maklumlah hari pertama, umah terang benderang.. lepak kat luar rumah sebab jiran2 x de, yg ada selang 10 buah rumah tu pon x sempat kenal time tu, family cina, sebab kitorang bz kemas umah.. siap baring2 kat luar ye la penat, orang pon x de.. area tu dah jadi jajahan kitorang dah, nak buat apa pon suka hati la..
Tengah2 kitorang lepak2 kat luar si man jerit2 dari dalam bilik air, time tu bilik air yg kat ruang tamu bersepah ngan baju2 kotor, mop, dan baldi2 so dia gunakan bilik air bilik aku.. aku ngan si wan belari2 la knapa lak si man tu jerit2 lak, sampai2 aku tekedu nengok bilik air terkuci dari luar dan lampu biliknya di tutup.. mana x nya si man menjerit, orang sibuk ambik wuduq leh lak kene tutup pintu ngan lampu.. siap marah2 aku ngan wan kononnya saja nak kenakan dia, aku dah mmng gabra dah, wan jgn crita la harap badan je besar tp mmng penakut.. bekali2 cakap kat sii man baru di trima, tp tegamam la sket dia time tu.. tp dia cakap masa dia wuduq tu nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum tutup lampu.. time tu dia tengah membongkok wuduq di bahagian kaki, dia dah suspek kitorang masa awal2 sebab terang2 dia cakap tangan tarik pintu.. aku la yg dituduh sebab tangan aku kan kurus banding si wan, padahal time tu kitorang tengah syok2 lepak kat luar umah..
Pas bab tu kitorang dah mula rasa pelik, man gi semayang isyak aku ngan wan duk bersandar kat dinding ruang tamu dekat pintu, sambil borak2 pasal bende x kene kat umah ni.. aku sebut semua hal dari patung sampai la kes kat tandas tadi, aku saja x nak sebut pasal kes nampak budak tepek muka kat cermin nanti dah berat sangat, x pasal2 ada gak yg pengsan.. time sembahyang tu, si man leh terbehenti kate kipas mati sendirik la, kipas meja yg pusing2 tu mati sendiri macam kene offkan main suis plug kipas tu.. lagi lah tambah seriau time tu, mcmanalah kipas tu leh mati sendiri sedangkan x de sapa yg dekat dengan kipas tu, extnsion kipas tu dr dapur umah sebab kat depan dah penuh ngan pc dan radio kitorang.. 
Sunyi skjap pastu, x de sape becakap, tiba2 man mncelah maybe extnsion ni x elok kot dah, barang kat makro bukan semuanya elok, aduh aku tau sangat la ayat sedapkan hati tu.. man gerak gi dapur nak tengok suis tu mmng off ke on, tp sah dah off, ada la yg offkan tu kalau pikir logik.. argh, aku time tu dah pikir macam2, man yg tadi duk positif pon dah semacam.. die cadangkan malam ni semua tidur kat ruang tamu, biasalah dia cakap raumah tingal/rumah baru macam ni lah..
X de apa2 pastu sampai lah jam 11.30 mlm, pintu dapur di ketuk berkali2 mnybbkan semua kaku macam x bergerak n bersuara.. sampailah 5 minit, barulah si man sahut, assalamualaikum, sapa tu!!!.. sampai 3 x, tp x de sapa yg jawab.. aku dah risau smcam dah, duk pikir mcm time tu.. rasa happy masuk rumah baru dah x de, sampaikan mood raya aku pon dah hilang.. man pesan kat kitorang, kalau apa2 hal malam ni jangan lari, lagi membuatkan aku kecut perut rasa nak terkencing.. aku nengok si man dah lelap, aku ngan si wan lak x leh sebab asik duk pikir je, aduh x tau plak aku penakut tahap ni, padahal kat kolej dulu selamba je aku lepak sorang2 time dak2 lain balik kg.. maklumlah kg aku jauh, kalau cuti seminggu 2 tu aku x balik, duk je la sorang2 kat hostel, rasa takut dan tutup keberanian aku..
Aku ngan wan x dapat tido borak2 sambil pasang radio sayup2 je, ye la x dapat nak buat apa lagi.. tido x leh, siap wan cakap aku x yah tido pon x pe, esok siang kite tido, aku iakan aje lah.. tengah layan isma halil time tu, dah jam 2pagi kot, tiba2 remote suis kipas yg pusing 0 ke 5 tu berpusing sendirik.. mata aku pandang je, tapi sambil baring kat tilam.. pusing2 kejap ke 2 kejap ke 5 kejap ke 0, sudah aku x tau nak buat apa dah.. tp kaki aku sibuk sepak2 si man yg sedap tido sampaikan dia celik la nengok sendiri kes tu.. yg aku x tahan tusi man gi jerit HOI!, aduh baru la berenti, x pasal2 dia pon x leh nak tido.. berjaga la kitorang time tu sambil dengar radio sayup2, xempat si wan call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok2kan umah tu.. legalah hati kitorang time tu sebab harap2 ni adalah terakhir sebelum esok abah si wan datang mengubat umah ni..
Jam 3.30, tiba2 dengar lak bunyi tapak kaki kat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main roomnye kat depan tengah2, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room.. dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari2, man yg tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku x tau nak buat apa.. dah serah takdir je time tu kalau dah dia nak nampakan diri pon aku redha je dah..huhuhu.. bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai lak yg belari2 kat bilik tu, wan kuatkan radio time tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die x nak dengar bunyi tu.. tp x pasal2 lak bunyi tapak kakit tu lebih kuat dan betambah dekat dengan kitorang, rasa2nya dah dekat ngan pintu, dah la pintu tu x bertutup, mmng saja x nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik..
Wan x puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sket.. aku dah siap bekelubung ngan selimut sambil baring, baru je si wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak2 gelak, bukan sorang tapi ramai.. man yg tekejut terus bediri dan azan, wan aku x tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku ngan selimut time tu, dah x tau apa berlaku.. masa si man azan tu aku leh dengar suara kanak2 tu tambah dekat seolah2 berada di sebelah aku, maybe aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi idekat.. tp entah la, man azan sampai lebih 15x, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu x de sedar2 dah jam 5.30, x tau la brapa lama masa tu.. abis si man bang, aku pon pelan2 buko selimat sebab ingatkan benda tu dah x de.. aku rasa macam jantung nak jatuh nengok2 bayang2 budak2 umur dalam 6-7 tahun melayang2 kat atas kepala man.. sambil memegang mancis api kayu yg menyala, aku mmng kaki kali ni sebab x tau nak buat apa2 dah.. aku dah jadi batu x tau apa tejadi dah time tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum man sambung bang sekali lagi.. aku sempat nampak si wan dah mata terbeliak mmndang ke atas x begerak, sama mcm yg aku alami tadi..
Aku pun tiba2 rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar man laungkan azan berkali2, aku semacam lemas.. berkali2 aku gamit si man dan wan tp diorang buat x reti, maybe prasaan aku.. aku cuba lawan dengan membaca ayat kerusi tp x mau gak.. aku x tau apa jadi kat aku time tu, yg aku tau aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik napas panjang2 dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku nengok si wan dah keras sejuk tp meronta2 dengan mata tejegil si man plak bediri x de buat apa2 dah.. azan pon dah x kuar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang tekejut dah si wan sempat menjerit kata lehernya dicekik.. sambil dia tebatuk2.. man lak cam aku gak rasa lemas, tarik napas panjang2 pastu.. maybe wan rasa macam tercekik sebab diakan ada asma, jadi lemas tu mnybbkan dia tecekik. man x dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku lak ganti azan kali ni.. abis azan aku nengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang kluar sebab time tu dah 6.30am.. aku x tau apa jadi 30 minit kitorang lemas.. ni barulah permulaan.. nanti aku sambung balik cerita ni ye.. kes jadi teruk selepas ayah si man bawak pawang ubat umahh ni
Kitorang duk kat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8am time tu, x de sorang pon brani masuk ke dalam umah.. mulut sorang2 terkunci sbb masih tekejut, x tau apa nak di cakapkn dah.. sesekali dengar si wan batuk2, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi mmng lehernya merah dan berbirat, aku ngan man x de lak kesan cam dia tu.. aku rasa kitorang semua macam tekejut lagi ngan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku ngan wan alami, tp si wan dah biasa duduk mrsm jadi dah biasa kes macam ni.. tp kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal secara tidak langsung walaupun x de dari kami yang cedera kecuali si wan yg batuk2 mendakwa di cekik..
Porut lak dah lapar, nak kuar gi beli makan kat restoran tapi wallet ngan kunci motor kat dalam umah, man yang paling berani pon x berani dah nak masuk.. aku pujuk man supaya masuk sama2, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi x makan, hanya sempat makan dunky donut yg ada jual kat luar makro tu.. tapi baru je nak melangkah masuk, tiba2 radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat man pon berlari tp x sangka lak man cam orang gila gi jerit2 ngamuk kat dalam umah tu.. aku ngan wan x tau nak buat apa, si man dah memaki hamun bende tu kat dalam umah, aku risau je kang di lak kene sampuk ke hapa.. wan x nak masuk, aku belari ke dalam gak gagahkan diri risau jadi apa2 kat si man, tp alhamdullilah x de apa sambil dia bercekak2 pingang kat dalam umah tu, aku offkan radio, x de apa2 yg berlaku.. buka pintu rumah besar, pintu depan, belakng, tingkap, pintu bilik sume kitorang buka luas..
Masa nak beli makan pon problem, sebab motor ada 1 je, so hanya ber2 je leh pegi, x kan sorang nak tunggu kat umah tu, hai x sanggup aku.. last2 man je yg kuar beli nasi lemak, aku ngan wan duduk kat tepi jalan rumah berdepan ngan umah sewa.. sambil2 tu aku borak la ngan wan, apa jadi malam tadi yg dia terjegil mata tu.. dia cerita dia nampak bayang budak2 melayang2 kat atas kepala man sambil bakar rambut man dengan mancis.. tapi bayang2 tu x puas hati sebab x dapat bakar rambut man, bayang2 tu ketuk kepala man berganti2 yang sedang laungkn azan, ketuk ngan pemetik api sampailah man teduduk.. 
Pastu wan nampak kepala si man pecah dan darah menyembur2, tu yg matanye tejegil x leh dan badannye mengigil ketakutan.. pastu baru bende tu serang aku, wan nampak bende tu bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik si wan.. tu la yg si wan ceritakan kat aku dan buat aku terkedu.. tapi alhamdulillah mungkin itu perasaan si wan saje, sebab x de apa2 kecederaan fizikal pada aku ngan si man mcm yg wan cakap.. tp ada logiknya kalau difikirkan balik apa yg wan saksikan, sebab tiba2 aku rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali2, tapi aku rasa lebih 1 jam aku bergelut, aku pon x tau apa jadi dalam 1 jam yang hilang tu (aku rasa lemas)..
Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tp hati kitorang kuat kata x nak masuk, mungkin trauma.. tunggu family man datang dr sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dr banting kononnya.. jam 11.30am barulah family si wan datang sampai 3 kereta, sume adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknye.. turun2 je dari keta pawang tu dah geleng2 kepala, umah apa korang duduk ni.. sambil2 tu salam ngan kitorang, kata namanya tok sheikh, salam2 je kata semangat kitorang dah kene tarik.. kene seru balik, aku sampai skng x paham apa maksud tok sheikh tu.. kitorang kene suh masuk dalam van, hanya tok sheikh ngan ayah si man je yg masuk ke dalam.. belum masuk baru kat pintu grill, radio yg plugnya aku dah cabut tiba2 terpasang kuat menyebabkan adik bradik si man bertempiaran lari masuk ke kereta.. dah la lagu India, maybe time thr raga kot, ntah la aku pon x tau.. dng radio kuat bunyi pon dah lari, byngkn klau tau yg radio tu plugnya x bersambung..mmmm..
Lama gak tok sheikh kat dalam umah tu, ayah si man hanya nengok dari luar sebab dia pon aku rasa dah gegar lepas cuba offkan radio tp plug x sambung.. dalam van sume tekunci mulut, anak2 buah si man yg kecik2 sume ketakutan, apelah kes2 camni bawak anak2 kecik lak, x pasal dak2 tu skali trauma.. x lama pastu aku nengok tok sheikh kuar sambil menjinjing anak patung beruang yg coklat besar tu, mau je mata aku tejojol kuar nengoknye.. mana x nye, kitorang bertiga sendiri yg buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. masukan dalam tong sampah kat depan umah, man dan wan aku tengah tido2 ayam aku cuit suh nengok apa yg tok sheikh jinjing tu.. wan hanya mengucap je cam x caya, man lak terus meluru gi tong sampah nengok ada x anak patung tu kat dalam tong sampah.. dia jerit2 panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yg lain.. aku belari nengok, ye tul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tp aku tekejut sebab berat, aku check kat dalam tu bukannya anak patung yg ada tapi tu hanya batu-bata yg aku gunakan untuk menyanggah pintu2 bilik supaya x tertutup dengan baju2 kotor kitorang yg letak dalam bilik air.. aku x leh nak cakap apa dah.. camner leh dalam tu lak..
Tok sheikh datang2 kat kitorang marah2 sebab x buang bende ni, aku dah x tau nak cakap apa2 dah, semua man yg jawab.. waktu tu gak tok sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape ntah.. sambil2 tu family man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah tu, buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru.. tiba2 rasa lapang umah tu, x de la gangguan mcm malam semalam.. kitorng berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si man semua balik kecuali ayah ngan maknye yang dah pencen.. yelah diorang nak pastikan betul2 selamat, pastu diorang pon risau dengan keselamtan anak diorang.. hari ahad ke isnin tu x de apa2 berlaku, aku yg mula ragu2 skng dah mula rasa selamat.. sampailah hari khamis siang ayah ngan mak si man duduk kat umah tu, langsung x de perkara pelik berlaku lagi.. so khamis petang tu mak ayah si man nak balik, tp sebab pikirkan dah jam 6 pm time tu, hujan lebat lak tu, ayah si man x confident nak drive keta balik sepang walaupun dekat je.. dah berusia, mata pon x terang..
Khamis malam jumaat tu la bende tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si man sendirik, nanti aku sambung cerita ni lagi.. tapi kali ni lg teruk dan membahayakan!
Malam jumaat tu kitorang sembahyang maghrib secara berjemaah, slepas tu baca yasin ramai2 macam hari2 sebelumnya, supaya bende tu x datng ke rumah tu dan kacau kitorang lagi.. tngh baca yasin ramai2, tiba2 pintu dapur di ketuk berkali2 menyebabkan kitorang suma terhenti mmbaca yasin, air di dalam bilik air plak mencurh2 kluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur yg diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah2.. kitorang bangun beramai2 sebab ayah man suh rapat2, then kitorang tutup air di sinki dan kedua2 bilik air yg mencurah.. tp x berhasil bila air kuar balik pas kitorang tutup, nak x nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. tu je lah cara, ayah man call tok sheikh yg bende tu datang balik, ntah apa yg dibisngkan tk sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. masa mengubat aritu x de lak dia cakap pasal pantang2 ni, ni baru lah nak crita pasal pantang2.. kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia x de pesan apa2 pon sblm ni, ye la mcm spenda ngan stoking x kan la nak jemur kat luar lak..
Dah puas bende tu main air, dia kacau letrik lak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yg membuatkan aku tambah kecut.. sebab lampu terpadam kitorang pakat2 duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu.. kitorang duduk kat bawah suis tu, x de lak dia men suis dah pastu.. aku teringat lauk yg dah beli utk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je.. time cam ni nak makan pon dah x de slera, terbantut memikirkan benda hal macam ni.. pastu si man ngan ayahnye gi dapur ambik lauk2 tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah x makan lagi benda tu senang kacau kita sebab kita x de tenaga..
Aku hilang slera nak makan, so aku minum aje, air limau je aku buat tadi sebab lom beli kodial lagi, lg pon buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau sejug.. tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku prasan air tu jadi kuning, eh bila lak jadi color kuning, setau aku putih je tadi.. aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing.. nasib baik aku prasan, kalau x mmng dah minum air kencing la gamaknye aku masa tu.. masa mak si man nak senduk nasik, dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak ngalahkan bau nasi tu.. aku sampai kuar rumah termuntah2..manalah datangnye semua tu..
Sebab x tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah, mmng sah semua makanan ada najis, ntah najis apa kitorang pon x tau.. tp rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang2.. esok nak cari orang pandai ngubat kat area mambau, lepas sembahyang jumaat tu cadang nak cari.. sebab tok sheikh tu x leh caya, sebab benda tu datang balik, konon2 pantang la ape lah, dah la byr rm200 untuk mengubat tu.. sibuk2 berbincang tu, dalam jam 11mlm, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak2 gelak2 sambil dengar hentakan tapak kaki berlari2 seperti yg kitorang alami haritu.. yg nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak2 sambil membawa api, tapi yg herannya kali ni aku, man dan wan x nmpk, yg nampak hanya ayah ngan mak man je.. kitorang hanya dengar suara gelak budak2 je.. tiba2 mak si man menjerit, telekung tebakar, cepat2 kitorang masuk rumah takut x pasal2 umah plak yg terbakar..
Mmng tekejut tiba2 telekung terbakar, kitorang rapat2 gak sambil duduk kat bawah suis utama tu, heran camner telekung tu leh tebakar.. mak ngan ayah man kate diorang sendiri nampak bende tu yg bakar, tp pelik kali ni kitorang x nampak, yg nmpk hanya telekung yg berlipat tiba2 tebakar.. bunyi gelak2 tu sayup2 je pas kitorang masuk rumah tu, tp tiba2 ada baut tengik macam sesuatu hangus.. yaAllah, ayah si man menjerit nengok sejadah terbakar, time tu aku x nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana aa air, aku guna air mineral dlm botol kat depan aku utk makan tadi, sambil2 aku hempas2 sejadah tu.. mmng x leh jadi kali ni, dah sampai bakar2 barang pula.. tapi kali ni aku x la setakut haritu, maybe sebab ramai, pastu ada orang tua lak tu, rasa mcm selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya.. pas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si man ambik air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. padahal kitorang dekat ngan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok2 dah terbakar besar..
Tak abis itu je, kotak2 pon abis tebakar sume, x tau lah nak buat apa lagi, last2 kitorang angkat sume barang bawak ke luar rumah, apa yg leh tebakar je semua kitorang angkut gi kuar rumah, letak kat luar pintu.. duk sibuk angkat kotak2 tu, tiba rasa asap bnyk dr dalam bilik aku, aduh!..rupanya kain pelikat yg aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak2 hujung kain tu, sebab air dah x de pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku2 tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati.. time tu gak si man call uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.. itu rumah baru mana ada masalah, uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni mslh rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak kuar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia x nak bagi balik.. tu je la yg si man cakap ngan aku.. nak x nak aku cakap ngan diorang kita kene pulihkan umah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah len dah.. rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air/letrik rm200, sewa sebulan rm270..
Sebab dah pagi, kesian kat mak si man yg dah cam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta.. tp biarkan pintu umah tu terbuka je.. tingkap pintu keta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan lak. sampailah pagi subuh x de apa2 berlaku sampailah ayah si man pasang kaset ngaji kat dalam keta, so apa berlaku kat dalam umah x dengar.. mmng aku x leh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak x nak aku pikir terpaksa la ponteng.. aku ngan si wan mmng x leh tido, x tau knape, si man dan family dia sume nyenyak tido.. dalam jam 5pagi tu, tiba2 atas keta macam dipijak2, semua terjaga sebab seperti orang meloncat2 sambil berlari2 atas kereta.. aku tunduk time tu, tiba2 aku dengar mak si man menjerit, aku pon terpandang kat cermin depan selipar aku ngan kasut si wan berjalan sendirik tapi macam di engsotkan.. si man kluar dari keta, pastu try ambik kasut ngan selipr tu dan baling ke pintu grill.. waktu tu aku leh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku x tau apa benda sebab x nampak.. tapi aku rasa mesti budak2 yg kitorang nmpk sebelum ni..
Waktu tu juga ayah si man bang, dan aku baca ayat kursi kuat2, sampailah jam 6.30 hari dah nak siang.. kesian aku nengok mak si man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku nengok dia macam meracau kejap sebelum suami ngan anak dia tenangkan.. jam 8.00pagi tu abah si man suh kitorang angkat2 suma barang masukan dalam keta.. habis suma betabur kat bonet keta, kecuali penyabu, baldi dan benda2 besar tu x bawak, keta manalah nak muat.. sebab x puas hati kat tuan umah, aku soledkan aje rumah tu dapur dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je.. biar dia byr letrik mahal bulan nih, pastu nak masuk umah kene botong dulu soled tu, dah dia main2 kan kitorang, pastu nak pulangkan duit deposit sikit pon x de.. jumaat tu kitorang x gi kelas, pastu numpang kat umah sedara si man di bukit chedang untuk sementara waktu, susah gak la, walaupun dekat dari kolej tapi x de bas, man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. sebelum menyewa kat central park dengan 2 orang lg budak kelas kitorang..
March 2002, keluar di metro pasal rumah terbakar sendiri di seremban 2.. aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah2 kat umah yg aku pernah sewa tu dulu.. so kepada korang sume, kalau nak sewa rumah kene pastikan rumah tu dulu, jgn main tarah je.. skali dapat umah bekas tokong x pon kuil, x ke naya.. tapi sampai skng aku x tau lagi knape ada bayangan 3 orang budak yg bawa mancis bakar2 barang kat umah tu.
Dipetik dari blog Wujud Paranormal Team

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2014 03:29 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jan 2014 03:25 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Oct 2013 03:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2013 03:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2013 03:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 03:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Aug 2013 03:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jul 2013 03:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2013 03:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 01 May 2013 03:01 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Calon N23 <b>Mambau</b> : Datuk Yu Chok Tow | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 11:24 AM PDT

Datuk Yu Chok Tow adalah satu  nama besar yang bakal merampas kembali kerusi DUN Mambau dari Pakatan pembangkang di DUN  N23 Mambau.Nama  Datuk Yu tidak asing lagi dan  dihormati oleh penduduk di Mambau kerana jasa beliau kepada penduduk di sini ketika beliau menjadi ADUN Mambau dahulu.

Berlatar belakangkan pendidikan tinggi dan memiliki ijazah B.A Hons dalam pendidikan dan juga pernah menjadi pensyarah di Maktab Perguran Raja Melewar adalah lebih jauh taraf pendidikannya dari calon DAP.

Beliau juga telah memegang berbagai bagai jawatan dalam Wanita MCA dan mula berpolitik semenjak 1996. Datuk Yu disenangi oleh semua kaum dan pengundi Mambau diharap tidak membuat keputusan yang salah . Undilah calon N23 Mambau Dato Yu Chok Tow.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2013 03:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 04:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 03:04 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cetusan Mukara: Analisa PRU 13 Parlimen <b>di</b> Negeri Sembilan <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 01:09 AM PST

Parlimen Rasah begitu sinonim dengan kekuatan pengaruh DAP di Negeri Sembilan selain daripada Parlimen Seremban. Kedua-dua institusi ini kebetulan berada dalam satu Daerah Seremban. Dahulu ketika era awal PRU 1959, Rasah dikenali sebagai Parlimen Seremban Barat yang terdiri daripada dun Rantau, Labu dan Rahang.
Rasah juga melalui keadaan yang sama dengan Seremban yang beberapa mengalami perubahan sempadan pilihanrayanya. Kini Rasah terdiri daripada dun Labu, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau dan Senawang.

PRU 2008 lalu menyaksikan PR melalui DAP menguasai kemenangan di Rasah dengan memenangi parlimen dan dun Mambau, Bukit Kepayang, Rahang serta Senawang. Manakala Labu dimenangi oleh Umno-BN. Sebagaimana Seremban, wakil BN iaitu MCA dan Gerakan tewas di semua tempat yang ditandingi dalam Rasah.
MCA tewas di Mambau dan Rahang manakala rakan mereka, Gerakan tewas di Bukit Kepayang dan Senawang.

Pengerusi DAP NS, Loke Siew Fook menang dengan majoriti besar iaitu 13,151 undi, peningkatan sebanyak 65.30 peratus daripada majoriti terdahulu yang dimenangi oleh calon MCA-BN, Goh Siow Huat pada PRU 2004. DAP memperolehi undi popular sebanyak 60.5 peratus. Rasah boleh dianggap sebagai manifestasi penolakan masyarakat Cina kepada pengaruh BN yang paling jelas di Negeri Sembilan. Ini kerana empat daripada lima dun dalam Rasah merupakan kawasan majoriti Cina.

Pertarungan di Rasah pada PRU 2008 merupakan pertandingan antara 'kepala' parti iaitu Pengerusi DAP NS melawan Ketua MCA Rasah-Dr Yeow Chai Thiam ( gambar kiri).

Sejarah awal pernah mencatatkan Rasah (Seremban Barat) pada PRU 1959 telah dimenangi oleh calon bebas-Quek Kai Dong yang mengalahkan calon MCA-Perikatan. Lebih manis, calon Front Sosialis menang di dun Labu, Rantau dan Rahang.

Bekas penyandang wakil rakyat Rasah dari MCA-Goh Giat Siow pada PRU 1999 dianggap sebagai 'giant-killer' kepada BN setelah menewaskan tokoh terkemuka DAP-Dr Chen Man Hin dengan majoriti 1,288 undi.

Calon

Loke Siew Fook (gambar kiri) dijangka akan dicalonkan semula sebagai calon DAP bagi Rasah. Walaupun beberapa bulan lalu, beliau pernah memaklumkan tidak akan bertanding di Lobak dan memilih untuk bertanding Chennah pada PRU-13. Atas kapisiti beliau sebagai Pengerusi DAP NS, kebarangkalian untuk menampilkan calon baru di Rasah amat rendah dan kedudukan beliau sebagai calon utama agak terjamin.

Malah Ketua MCA Rasah sendiri-Dr Yeow Chai Thiam ingin 'melarikan' diri dengan menyatakan hasrat untuk bertanding di Seremban. Sebagaimana Loke, beliau sebagai Pengerusi Perhubungan MCA NS mempunyai kapisiti untuk bertanding mana-mana parlimen dalam negeri ini. Namun begitu, hasrat Dr Yeow tidak dipersetujui oleh beberapa pemuka MCA Seremban. Hakikatnya pengaruh MCA dan Gerakan telah 'merundum' longlai di Rasah, Seremban dan Telok Kemang.

Dua nama yang telah disebut-sebut sebagai cadangan calon MCA melawan Loke adalah bekas senator, Lee Chee Keong dan Timbalan Ketua MCA Rasah, Yip Chee Kiong.

Potensi

Agak sukar buat BN samada melalui MCA atau Gerakan untuk membantu merampas kembali Rasah. Kemenangan DAP-PR di Mambau, Bukit Kepayang, Senawang dan Rahang memperlihatkan sokongan kuat lebih 70 peratus pemilih Cina dan kebetulan kempat-empat dun ini adalah kawasan majoriti Cina. Cuma Umno dilihat masih sedikit bernafas utk mempertahankan kemenangan di Labu. Andainya BN menang besar di Labu dan memanipulasi undi tentera di Rahang sekalipun, jika pemilih di Mambau, Bukit Kepayang dan Senawang memihak lebih 60 peratus kepada PR, harapan BN untuk merampas Rasah sangat tipis.

Kajian sokongan oleh BN mengklasifikasikan Rasah sebagai kubu kuat PR dan sukar untuk dimenangi. Namun sekali diingatkan kepada PR, usah terlalu selesa kerana mempertahankan kemenangan itu lebih sukar daripada bertanding untuk memenangi sesuatu kawasan.

Kepastiannya, BN bakal gagal lagi di Rasah kali ini untuk PRU-13.

Bengkel Seri Sembilan bantu OKU | n9kini.net

Posted: 20 Nov 2012 11:47 PM PST

SEREMBAN – "Tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini, bukan ku minta kasih dan manja, bukan ku rayu bantu simpati."

Pekerja bergambar di hadapan bangunan Bengkel Seri Sembilan, Mambau di Seremban.

Apabila mendengar bait lagu ini, pasti hati akan tersentuh, apatah lagi dinyanyikan dengan melodi muzik yang penuh emosi.

Keadaan itu bukan sesuatu yang asing malahan lagu itu banyak hubungannya dengan golongan orang kurang upaya (OKU), apatah lagi dalam aspek survival mereka untuk mencari sumber kewangan bagi membantu keluarga dan diri sendiri.

Atas kesedaran itulah, Bengkel Seri Sembilan yang terletak di Mambau dekat sini, menjadi teras latihan kepada golongan OKU untuk berdikari sekali gus menambah pendapatan harian mereka.

Pengurus bengkel, Kasim Yunus berkata, objektif penubuhan pusat latihan itu adalah bagi membantu menggalakkan golongan OKU menjalani program peningkatan hidup di bawah latihan kemahiran dan kecekapan kerja.

"Di bengkel ini, kita mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU dan hasilnya, ramai yang mendapat faedah dengan wujudnya bengkel ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambah Kasim, bengkel itu dibuka dan digunakan golongan OKU yang cacat anggota, pendengaran, penglihatan dan masalah akal.

"Sumber kerja utama di sini ialah membuat sampul surat pelbagai saiz dan bentuk yang ditempah pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

"Mereka yang bekerja di sini juga dilatih dalam kerja menjahit dan sejak itu, bengkel ini menerima tempatan jahitan baju kurung dan baju Melayu, kemeja, cadar serta baju korporat," ujarnya.

Menurut Kasim, dia berharap dapat menjadikan Bengkel Seri Sembilan sebagai sebuah institusi latihan kemahiran OKU yang besar serta dilengkapi pelbagai kemudahan.

"Sudah sampai masanya bengkel ini dinaik taraf dan saya mahu melihat suatu masa kelak, semua pekerja dan pihak pengurusan di bengkel ini dikendalikan sendiri golongan OKU. Kebanyakan mereka telah menetap di sini dan cukup komited dalam memajukan diri," tegasnya.

Jelas Kasim, semua pekerja di bengkel ini mendapat gaji bulanan dan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selain bantuan elaun pekerja cacat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kami menyediakan kemudahan tempat tinggal, makan, tempat riadah dan aktiviti sukan serta kebudayaan. Saya mahu mereka merasai hidup seperti di rumah sendiri," jelasnya.

Tambah beliau, golongan OKU yang mempunyai kemahiran menjahit boleh ke bengkel itu untuk bekerja di samping menjadi tenaga pengajar kepada rakan-rakan mereka dan boleh menghubunginya di talian 012-4026158.

rumah nabil <b>di mambau</b> dipecah masuk sekumpulan penjenayah

Posted: 29 Feb 2012 04:00 PM PST

Nak Sihat, Nak Kurus??Cuba tengok kat sini
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

SEREMBAN 29 Feb. – Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila penjenayah itu memecah masuk rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu yang kini dihuni bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff, 55, kejadian disedari sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas pulang menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran.

"Saya nampak pintu belakang rumah sudah terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah sebuah bilik tingkat bawah.

"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis semua pakaian sudah bersepah di atas lantai," katanya ketika ditemui di rumah itu hari ini.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved