ads

Rabu, 19 September 2012

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Umno: Sukar <b>di Rasah</b>, mudah di Telok Kemang

Posted: 20 Apr 2012 10:39 PM PDT

Kata AJK bahagian, Shukor Jeemuan, "ia lebih sukar kerana pengundi muda langsung tidak mahu mendekati Umno."

PETALING JAYA: Umno Parlimen Rasah di Negeri Sembilan menghadapi masalah dalam  pilihan raya umum ke 13 kerana sikap pengundi Melayu termasuk ahli dan penyokong Umno tidak mahu menyokong BN.

Kata AJK bahagian, Shukor Jeemuan, "ia lebih sukar kerana pengundi muda langsung tidak mahu mendekati Umno."

"Saya boleh kata, 100 peratus pegawai kerajaan yang bekerja di KLIA tetapi mengundi di Parlimen Rasah tidak menyokong Umno.

"Manakala pengundi muda pula apa yang kerajaan BN buat sekarang cuma buang masa, mereka mahu Pakatan Rakyat memerintah.

"Hanya mereka yang berumur 40 tahun ke atas yang menyokong BN (Umno)," katanya yang juga ketua Umno Kampung Jiam.

Bagaimanapun, tambah Shukor, BN boleh merampas semula kerusi Parlimen Rasah dari DAP jika penyokong BN bersatu.

`Bencana berakhir'

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah orang Cina tidak mahu menyokong calon Melayu BN, walaupun mereka boleh menerima calon bukan Melayu.

Parlimen Rasah dimenangi Anthony Loke, ketua Pemuda DAP selepas mengalahkan calon BN Datuk Dr Yeow Chai Thiam.

Dalam tinjauan di Parlimen Telok Kemang yang kini diwakili PKR, Umno menyatakan parti itu akan merampas semula kerusi berkenaan dalam PRU 13.

"Bencana 2008 akan berakhir," kata seorang AJK yang tidak mahu nama disiarkan.

Pada 2008, Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas mengalahkan calon BN, Datuk S. Sothinathan dengan majoriti 2, 800 undi.

Menurut satu sumber, Tan Sri Isa Samad berkemungkinan besar akan dicalonkan bertanding di Parlimen tersebut dalam pilihan raya umum 13

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


&#39;Rampas semula Dun Repah&#39; | umnons.org

Posted: 10 Sep 2012 08:44 AM PDT

TAMPIN – Umno Bahagian Tampin yakin kerusi yang dimenangi pembangkang sebelum ini di bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun) Repah mampu ditawan kembali dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Shaziman (tiga, kiri) menyampaikan anugerah kepada cawangan terbaik sempena majlis itu di Dewan Bandaran Tampin, kelmarin.

Ketua Umno Bahagian Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, keyakinan itu berdasarkan gerak kerja dari peringkat pucuk pimpinan hinggalah ke peringkat akar umbi yang dilakukan dengan menyelami masalah rakyat serta berusaha menyelesaikannya.

Menurutnya, tampil dengan gerak kerja mudah dan tepat, setiap masalah rakyat terutama berkaitan keperluan untuk memiliki kerusi roda tidak memerlukan tempoh atau proses yang panjang kerana ia diserahkan secara terus kepada pemohon melalui pemimpin akar umbi.

"Kita yakin dengan kesediaan untuk terus menerus memberikan bantuan kepada rakyat di Dun Repah walaupun tewas PRU lalu boleh dilihat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pemimpin akar umbi yang sentiasa mendekati rakyat, kita boleh memenangi kembali hati rakyat.

"Malah, kita cukup yakin dalam PRU13 ini, kita mampu merampas kembali Dun Repah dan mempertahankan kemenangan kerusi di dua lagi DUun iaitu Gemas dan Gemencheh serta kerusi Parlimen Tampin," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Umno Bahagian Tampin di Dewan Bandaran Tampin, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno Bahagian Tampin, Datuk Zainab Nasir; Ketua Pemuda Umno Bahagian, Mohd Isam Mohd Isa dan Ketua Puteri Umno Bahagian, Noramalina Abd Wahab.

Pada majlis itu, Shaziman turut menyampaikan Anugerah Khas Jasamu Dikenang Lelaki dan Perempuan di mana masing-masing dimenangi Allahyarham Kassim Ahmad dan Ismariah Ismail. Manakala anugerah Cawangan Terbaik dimenangi Umno Cawangan Kampung Pondoi.

Sementara itu, Shaziman berkata, sempena mesyuarat itu, pihaknya akan membahaskan usul membabitkan isu-isu berkaitan PRU13 melibatkan survival Barisan Nasional khususnya Umno dalam PRU berkenaan.

"Dalam PRU13 bukan emas, gangsa, perak yang kita pertaruhkan atau wang tetapi perjuangan pemimpin terdahulu yang sudah berusaha berhabisan bagi memastikan negara ini mengecap kemerdekaan," katanya.

Sumber: SinarHarian

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


Rumah Nabil <b>Di Mambau</b> Dipecah Masuk ~ ZABEL TECH CENTRE

Posted: 29 Feb 2012 06:51 PM PST

[unable to retrieve full-text content]SEREMBAN – Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini. Kejadian dipercayai berlaku ...

05 di kuala klawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala klawang - Google Blog Search


PKG <b>KUALA KLAWANG</b>: PENGGREDAN PSS 2012 <b>DI</b> SK DATUK <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 06:42 PM PDT


TARIKH : 10 OGOS 2012
MASA : 08.30 PAGI - 10.00 PAGI
PEGAWAI TERLIBAT :
1. EN. ROSLE BIN YAHAYA - PTP 1
2. PN SRI RAHAYU HARYANI BT ABD GHAFAR - JTK
3. EN. MOHD HAFIZ BIN DAMAN HURI - GURU GPM



05 di jelebu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


Motivasi Kecemerlangan Pelajar <b>di</b> SMK DUMA, <b>Jelebu</b>

Posted: 05 Sep 2012 07:07 PM PDT

2 September 2012, Jelebu : Satu Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar (STUDYTHON) telah diadakan khusus buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj (SMKDUMA) di Kuala Klawang, Jelebu.
Program ini diadakan khusus buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2012 ini. 
Program ceramah bertajuk "Tips-Tips Persediaan Saat Akhir" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah beliau telah berlangsung mulai jam 10.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
Dengan ini EDITOR mengucapkan selamat maju jaya buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini. Dengan ini juga dikongsikan bersama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang progranm ceramah Sdr Syamsul berlangsung.

Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Jelebu</b>

Posted: 18 Jul 2012 09:52 PM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak Negeri Sembilan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus.

1. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR & DESA

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Majlis Daerah Jelebu yang
boleh didapati sendiri di :-

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT MAJLIS DAERAH JELEBU
71600 KUALA KLAWANG, JELEBU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
NO. TELEFON : 06-6136991 / 06-6136479

atau;

Muat turun borang permohonan dari laman web Majlis Daerah Jelebu; http://www.mdjelebu.gov.my

Permohonan yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke alamat berikut dengan mencatatkan
nama jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat tersebut :

MAJLIS DAERAH JELEBU
71600 KUALA KLAWANG, JELEBU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tarikh tutup permohonan ialah pada : 30 Ogos 2012

Maklumat Lanjut Iklan Jawatan Sila Klik Sini
Borang Permohonan Sila Klik Sini

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Virgin Coconut Oil <b>di KUALA PILAH</b> | si lurus bendul

Posted: 12 Sep 2012 08:18 AM PDT

Assalamualaikum semua. ok. dah berzaman tak ber-blog. kali ni aku update sempena aku dah pindah pusat operasi penjualan VCO-Catalyst Softgel. (walaupon aku dah lama pindah. baru nak update) HAHA... tapi tu semua tak penting. yang penting adalah sekarang penjualan beroperasi di


SEREMBAN

BANDAR SERI SENDAYAN

DAN KUALA PILAH


ketiga tiga tempat ni aku boleh delivery secara percuma dan ada diskaun yang akan diberikan kalau pembelian melebihi dari 3 kotak VCO Softgel ni.
tempat tempat yang lain, boleh juga nak order, tapi aku akan hantar melalui post dan anda semua akan dikenakan cas post laju la. tapi jangan bimbang sebab untuk bulan september ini aku promosikan cas post hanyalah RM2 sahaja. 

ok. kalau berminat boleh carik aku kat facebook
https://www.facebook.com/nadzirahishak1901a

tau lebih mudah boleh call aku terus 
013-7045915 - nazirah

sekali lagi, VCO SOFTGEL HANYA RM39.90 SAHAJA

TERIMA KASIH SEMUA.

-nazishak, 2012-



di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Malaysians Must Know the TRUTH: UMNO <b>NEGERI SEMBILAN</b> <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 09:12 AM PDT



49th Malaysia Day Celebrations today has been SHOCKING with unpleasant news!!!!

A Negeri Sembilan EXCO member from UMNO has been alleged to have SHOT a bullet from his pistol at a mystery man at his home in Seremban a couple of days ago.

DAP Youth chief and MP for Rasah, Anthony Loke Siew Fook had written in his twitter a moment ago that (in Malay):

@anthonyloke Dpt info seorang ahli EXCO NS melepaskan 1 das tembakan dirumahnya. Minta Polis NS siasat segera spt mana kes bodyguard DSAI"

Meanwhile his facebook post is (in Malay):

Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dari UMNO telah melepaskan satu das tembakan melalui pistolnya ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban dalam satu pergelutan beberapa hari yang lepas. Saya harap tidak ada usaha untuk "cover up" kes ini oleh pihak berkuasa dan siasatan terperinci mesti dijalankan serta merta. Kalau kes mengacukan pistol yang melibatkan bodyguard Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan perhatian serius oleh pihak polis, maka kes ini juga perlu disiasat dengan segera!

Out of the 10 EXCO members, all from the BN, 8 members are from UMNO while leaving 1 member from MCA, which is represented by ADUN Chennah, Siow Chen Pin while another 1 is ADUN Jeram Padang from MIC, who is VS Mogan.

Anthony Loke advise the Negeri Sembilan Police to act immediately on the EXCO member from UMNO, since a couple of days ago, Opposition leader, Anwar Ibrahim's bodyguard was arrested for allegingly having pointed his pistol at the kampong folks, but had NOT FIRED ANY SHOTS.

Negeri Sembilan CPO, Osman Salleh has not given his report on the incident and is believed that he is awaiting for a police investigation on the matter.

Meanwhile, Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan who is also related to UMNO Youth chief Khairy Jamaluddin refuse to comment on the incident and had also refuse to inform the EXCO member from UMNO who is involved while hoping the person involved would voluntarily surrender to the police to conduct their investigation into the matter.

source of news : JALAN PULANG

Jawatan Kosong <b>Di</b> Syarikat Air <b>Negeri Sembilan</b> September 2012

Posted: 13 Sep 2012 04:37 PM PDT


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Syarikat Air Negeri Sembilan, jawatan kosong adalah seperti berikut : -

1. OPERATOR LOJI
2. JURUELEKTRIK
3. MICROBIOLOGIST

Tarikh tutup permohonan 21 September 2012

maklumat lanjut dan cara permohonan sila klik sini

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


MAJALAH UMPAN <b>DI</b> ATAS KELONG POZI <b>LUKUT</b>

Posted: 10 Sep 2012 10:03 AM PDT

Perkenalan aku dengan wartawan Majalah Umpan iaitu saudara Amang berlaku secara tidak sengaja semasa aku mengikuti kursus asas memancing di Putrajaya Wetlands. Dalam duduk berbual-bual , tetiba aku mengajak Amang naik kelong Pozi. Tanpa di sangka, beliau juga sedang mencari bahan untuk cerita dalam Majalh Umpan. 
Pada awal malam tu, aku berjaya menaikan seeokr pari karang berskala 1.5 kg. Selepas itu salah satu joran aku dihentak kasar lalu disambut oleh saudara Faiz tetapi sayang sekali kerana rabut di atas kesilapan aku mengikat perambutSelepas tu tiada lagi ragutan setelah berkali umpan ditukar melainkan saudara Amang berjaya menaikan seekor todak bersaiz 2.5 kg yang pada mulanya disangkakan alu2. Pada tengah malam, 2 orang sahabat kelong aku turut menyertai kami memancing di atas kelong iaitu saudara Man dan adiknya.
Keesokan pagi, man berjaya menaikan seekor tetanda, malangnya bagi aku masih tiada ragutan ikan langsung.  oleh kerana bosan menunggu, aku menukar umpan2 pada joran aku dan juga joran wartawan Majalah Umpan. Mungkin kerajinan aku menukar umpan, salah satu joran saudara Amang melengkung dan berdesing tali keluar dari reel. Saudara Amang melayan ikan tersebut sehingga menampakkan diri iaitu seekor gubal bersaiz 3 kg ke kaki tangga lalu cuba ditangguk oleh saudara Man tetapi gagal. Dalam percubaan kedua saudara man menangguk, gubal tersebut membuat satu u turn mengucapkan selamat tinggal kepada saudara Amang yang nampak begitu kecewa.
Oleh kerana tiada bahan yang menarik untuk dijadikan ceritdalam majalah, kami meneruskan aktiviti memancing hingga ke petang walaupun harapan seperti telah diketahui iaitu makin tipis. Semasa air mula bergerak pasang, aku menukar umpan2 pada joran Amang dan faiz menggunakan umpan udang hidup dengan harapan ebek atau daun baru sudi menjamah umpan. Tetiba, tanpa disangka, salah sebatang joran saudara Faiz yang aku pasang di tepi kelong berdesing nyaring dengan tali utama bergerak laju keluar dari reel. Joran tersebut disambut oleh saudara man lalu di pulangkan semula kepada pemiliknya iaitu saudara Faiz. Saudara faiz yang agak panik melihat tali utamanya yang keluar laju hanya berdiri dan bertahan sahaja. Aku yang melihat keadaan tersebut tanpa segan silu terus menyambar joran dari tangan saudara Faiz lalu mengepam sekuat yang mungkin kerana ikan tersebut seperti mahu masuk ke bawah kelong dalam usaha menyelamatkan diri. Ikan yang kami sangka seekor pari mula  timbul di permukaan air. Gerung... gerung belang yang timbul membuatkan kami semua bersorak kegembiraan. Akhirnya aku berasa terlepas satu bala apabila ada bahan yang boleh dijadikan cerita dalam majalah. 
2 minggu selepas itu, saudara Amang datang kembali ke kelong kerana mahu mencari lebih banyak bahan untuk dijadikan cerita dalam majalah. Dalam pertengahan bulan ogos 2012, cerita kelong pozi keluar dalam majahah Umpan. bukan itu sahaja, ada satu lagi ruangan tentang trip saudara Amang ke kelong Pozi turut dimuatkan dalam majah Umpan. kembang hidung aku juga melihat foto aku turut dimuatkan dalam majalah.
Aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Saudara Amang dan gang2nya kerana sudi menerima jemputan aku dan juga Pozi. Jika ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat guide di kelong bolehlah menghubungi saya di talian 0126804742

Memancing <b>di Lukut</b>

Posted: 22 Feb 2011 07:56 AM PST

Setelah menikmati kejayaan mengapollo pada sessi pertama dengan gilang gemilang bersama bot Samad. Kini pakatan rakyat seramai 4 orang telah membuat rancangan terbaru..."komplot DLukutzzz". Antara salah sorang rakan yang terkene racun tu ialah Hadi..Jeng..jeng..jeng...hehehehe
Hadi(baju hitam,seluar pendek hitam), tenang melayan apollo diatas rumah api diLukut.
Bersama dgn geng2 yg sama waktu dengannya..

So,ari ni gua nak sentuh sikit pasal rakan gua si Hadi nih.
Hadi,kiranya kaki macing jugak. Bermula bab2 pancing lagi lama dari gua, malangnya beliau hanya kaki kolam dan juga pantai.Tapi,diatas beberapa sebab, kali ni beliau termakan racun tuba yg gua dah bagi...Powerrr racun gua tu bro....kekekeke
Gua tukang amik gambar...tapi mane lak gi sorang lagi member gua nih?
Baju putih depan tu Mandor Gua...blkg, Otai Jamal...
Pendek citer, bila tiba ditempat yg dijanjikan,kami semua terus naik atas bot tu. Bot agak kecik dan pendek sikit dari bot Samad Ofb. Gua pun dh lope nama tekong tu. Tapi tekong tu ada sebelah tangan jerr, yg sebelah lagi cacat dari kecik. Memula terasa cuak gak,boleh ke tekong ni handle bot guna sebelah tangan jer. Gua tau, semua geng2 gua dah terasa cuak...tp semuanya dok simpan dlm hati. Lagi satu gua tengok beliau tangkas membuat kerja, tak de ape pun yg menjadi masaalah....seolah2 beliau mempunyai dua tangan seperti manusia normal. Dalam hati gua berkata" walaupun hanya sebelah tangan,tapi gua mmg respek giler arr kat tekong nih"
Ape pun semuanya berjalan lancar, namun bila di boya pertama.....Tak sampai 10 minit....rakan baik gua si Hadi tu dah mula "berdangdut"....yeahhh...mari kita joggett sampaii pagiiii...hehehe...
"Aisehhhh....come on Hadi, jgn layan sangat"....gua sound kat dia. Tapi, bagaikan dunia ni dia yg empunye...Hadi akhirnye melentok jua diatas bot akibat mabuk free..Hanya sempat beberapa kali membuat balingan, Hadi gagal melayan kepeningan/mabuk halal tersebut...
Kerana kesiankan beliau,akhirnya tekong mencari rumah api...rumah yg memang khas utk kaki mabuk jerr(pic kat atas sekali tu)...hahahaha....
Sabo Hadi yerr...lu jangan maree sgt kat gua.....
Tak dak org len dah...ini gua la nih
Tu je la yg gua nak citer..hasil keseluruhan agak kurang memberangsangkan. Lagi teruk dari yang lepas. Ape pun kalau dah takat ni je rezeki kami, kami terima...Alhamdulillah.


Sessi pembahagian harta rampasan...
Ni la rezeki korang...jangan gadoh2 lagi dah

Note: Ini adalah antara permulaan gua dalam bidang pancing memancing ni. Dalam pada tu gua n super friend sempat gak layan kat Kelanang (Morib) tapi lagi kecewa beb!!..
kecewa dengan sikap tekong yang mementingkan diri sendiri. Tobat gua tak turun Kelanang lagi dah.
Pada gua dan rakan2, tekong tu yg menutup pintu rezeki tuk diri sendiri...dan mungkin juga utk keluarga beliau...ape nak buat...pemancing pasti mangharapkan sesuatu, kalau ada usaha tapi hasil tak de tak pe jugak...tapi kalau dah malass...sendiri mau ingat laaa...
Lu tanggung le sendiri..Lu ingat, pemancing skg jalan solo macam dulu2??...pemancing skg dh ade forum,kelab...lu buat taik kompom nama lu panazzzz!!!
Adiozzzzz.....sebelum gua merapu lagi teruk!!!
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved