ads

Sabtu, 6 Oktober 2012

05 di ampangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di ampangan - Google Blog Search


TepakBersulam 2: WALK ABOUT PM <b>DI AMPANGAN</b> KEPADA <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2012 09:59 PM PDT

Ini adalah gambar gambar lawatan PM ke Ampangan Seremban dalam Program Walk About pada 29 hb Sept yang lalu.Sambutan beliau yang diiringi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan telah disambut oleh ribuan penduduk sekitar Ampangan. 
PM dan MB telah bersarapan bersama rakyat sebelum ke Komplek Sukan Paroi. Seawal 9 pagi seramai 20 ribu rakyat telah menunggu ketibaan Perdana Menteri di komplek sukan Paroi. Menurut laporan TV 3 seramai lebih dari 60 ribu orang telah hadir dan TB juga berada disana menyaksikan lauatan manusia yang bertali arus untuk bertemu dengan Perdana Menteri. 
Program ini telah membuktikan bahawa rakyat Negeri Sembilan memberi sokongan padu kepada kepimpinan Barisan Nasional. Gambar ini saya siarkan di laman peribadio saya ini bagi tujuan kawan kawan melihat betapa rakyat Negeri Sembilan memberikan sokongan padu kepada Kepimpinan Barisan Nasional.














05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Mamatuk: Kenduri <b>di Tampin</b>

Posted: 04 Jul 2012 07:02 PM PDT



Pada 1 July baru2 ni kami ke Tampin kenduri adik lelaki Zam.  Kenduri kali ini di adakan di rumah rehat Tampin.  Jauh Tampin dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 100 km.  It is about one and half hour drive.  Tiga buah kereta kesana  termasuk Mak Long dan Asiah.  Alhamdulillah kali ini Mak Long tak sesat ( he he).  Kami sampai on time dengan pengantin.  Jadi dapat lah sama sama meraikan pengantin yang baru tiba. Unfortunately tak sempat jumpa dengan Asiah dan keluarga kerena masa berlepas dan masa tiba berlainan.

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri Terbaru 8 Kenderaan <b>di Seremban</b>

Posted: 16 Sep 2012 02:54 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebuah kereta telah meluncur terbang selepas dilanggar oleh kereta Mercedes Benz yang dipandu laju. Kereta terbang itu telah menghempap beberapa buah kenderaan lain dalam kemalangan ngeri di Seremban. Alhamdullillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tetapi agak teruk juga kemalangan 8 buah kenderaan ni. Gambar dan perincian berita tentang kemalangan jalanraya ini ada di bawah.P/S: Mati itu pasti dan perjalanan menuju kematian itu bermula sejak kita dilahirkan. Fikir-fikirkan.


SEREMBAN: "Apabila tiba di lampu isyarat itu, saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan ternampak sebuah kereta Proton Iswara 'terbang' menghempap bumbung kereta lain," kata Rizal Adnan, 20, saksi kemalangan membabitkan lapan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Emas, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang dan terkejut menyaksikan kejadian ngeri itu.

Rizal berkata, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat pemandu kereta Mercedes Benz yang merempuh deretan kenderaan itu tersepit di tempat duduk pemandu.

"Saya bersama orang awam lain cuba mengeluarkannya, namun kehadiran bomba di tempat kejadian tepat pada masanya," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, pemandu Proton Iswara itu bagaimanapun terselamat daripada maut walaupun keretanya rosak teruk.

Kemalangan itu turut membabitkan enam kereta, sebuah van sekolah dan sebuah lori.

Kenderaan berkenaan berada di laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta jenis Mercedes Benz terbabit dipercayai dipandu laju dari Jalan Seremban-Tampin, di sini.

Difahamkan, akibat kesan hentaman kuat itu, lima mangsa di dalam kereta berasingan cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan.

Berikutan kemalangan terbabit, laluan Senawang ke Seremban berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini sesak sepanjang tiga kilometer.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku dari arah Senawang menghala ke Seremban membabitkan 19 mangsa berusia 20-an hingga 40-an.

Difahamkan, 14 mangsa lain yang turut berada di dalam kenderaan tidak cedera.

"Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 62 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kenderaan lain," katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan enam kenderaan lain tidak sempat menekan brek berikutan jarak antara kenderaan terlalu dekat dan terkejut melihat sebuah kereta melambung tinggi sebelum 'terbang' ke atas dua kereta lain di laluan bertentangan.

Katanya, pemandu kereta Mercedes Benz itu tersepit di tempat duduk pemandu dan orang ramai terus menghubungi balai bomba berdekatan.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.

"Tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban bersama 18 anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa tersepit berikutan kenderaan bertindih dengan sebuah kereta Proton Iswara," katanya.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Percutian Singkat Ke <b>Teluk Kemang</b> | Mohdzaid.com | Aku Cuma <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 04:51 AM PST

Semalam adalah percutian singkat aku bersama keluarga di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau nak diikutkan ini adalah percutian ke 1000 kali kot ke PD ntah la rasanya dah tak terkira pergi PD ni sebab sejak dari kecik lagi kalau tak ke PD memang tak sah tiap-tiap tahun. Biasalah kalau duduk kat KL dan nak merasa mandi pantai rasanya kat PD nilah tempat paling dekat untuk beriadah bersama keluarga tercintakan?..

Keputusan nak mandi manda kat PD ni dibuat sebulat suara dengan ahli keluarga Othman yang lain. Disebabkan ada beberapa ahli keluarga aku yang dah dapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) dari kerajaan tempoh hari jadi diorang pun dengan bangganya nak habiskan duit tu bersama keluarga. Baguslah habiskan dengan keluarga dari habis buat benda tak elok kan hehe.. Aku pulak tak layak untuk terima duit BR1M ni jadi aku nak keluar duit pun aku sendiri tak berduit. Nasib baiklah aku ada voucher minyak RM300 yang belum digunakan lagi jadi aku sumbangkan duit minyak je lah tu pun dah kira ok juga kan..

Bergerak dari rumah seawal jam 5 pagi dengan melalui jalan lama dari Kajang-Semenyih-Nilai-Seremban-Port Dickson-Teluk Kemang. So kat situ dah jimat duit tol cuma bila sampai kat tol Mambau kena bayar RM3.20 untuk sampai terus ke PD. Saja je pergi awal sebab cadang nak mandi manda kat PD pastu dalam tengah hari nak pergi jenjalan Melaka pulak. Sampai kat PD dalam pukul 7 pagi masa tu orang tak ramai lagi biasalah hari bekerja mana ada orang mandi laut. Tapi tak juga sekarang ni kan musim cuti sekolah tepat je jam 8 pagi punyalah berduyun masyarakat datang sini. Nasib baiklah kita orang terawal datang so boleh duduk kat pondok wakaf yang disediakan. Kalau nak duduk kat khemah kena bayar mahal pulak. Bukan nak santai lama pun kat sini..

Pandangan pertama tahun 2012 bila aku sampai ke Portdickson ni amatlah mengecewakan. Sampah sarap seperti bekas minuman, sisa makanan tidak dibersihkan. Siapa nak dipersalahkan kat sini?.. ok pertama sekali aku nak salahkan para pelancong tak kiralah dalam dan luar negara yang berkunjung disini. Bukankah kita seharusnya menjaga alam sekitar kita dengan membuang sampah dalam tong sampah? kenapa sampai nak biarkan sisa makanan dan sampah sarap dibuang merata tempat?.. kedua aku nak salahkan pihak pengurusan pantai Teluk Kemang ni. Mana perginya pekerja sapu sampah? kenapa mereka pun bercuti ke sempena Tahun Baru Cina? kalau ia pun bercuti kenapa tak ada orang nak overtime tolong kemaskan sampah?.. selain tu dari pandangan aku kawasan pantai di Teluk Kemang ni kekurangan tong sampah. Mungkin sebab tu para pelancong buntu nak buang sampah jadi mereka tinggalkan sahaja sampah yang telah dibuat bersepah merata tempat.

Tandas! – Ermmm susah nak cakap aku rasakan inilah pertama kali aku masuk tandas terkotor di dunia. Aku pernah pergi Hong Kong, China, Macau, New Zealand, Phuket dan Thailand tak pernah aku tengok tandas terkotor macam di Teluk Kemang PD. Sorry to say lah bayaran RM1.00 untuk mandi memang tak berbaloi kalau service dan kebersihan tandas tidak dititikberatkan. Dahlah nak mandi tak ada bilik, nak tukar baju kena tukar dalam jamban. WTF! funny kan? mandi beramai-ramai dalam satu tempat. Habis aku terpandang aurat-aurat orang lain haha..

Harap lepas ni pihak bertanggungjawab boleh mengambil tindakkan sewajarnya untuk menjaga persisiran pantai Teluk Kemang. Apalah yang akan disampaikan pelancong luar ke negara mereka nanti bila tengok Malaysia antara kawasan pelancongan yang terkotor di dunia. Orang ramai pun perlu mengambil berat terhadap alam sekitar kita jadi janganlah buang sampah merata tempat ye.

Ok sambung balik cerita percutian singkat ni, tepat jam 9 pagi aku dan ahli keluarga aku berkubang dalam pantai. Memang bestlah sebab dah lama tak mandi laut. Tapi aku mandi sekejap je sebab pagi-pagi air laut tak berapa sejuk tapi bila dah naik atas darat mulalah badan menggelatuk sejuk tak hengat. Aku pun tiba-tiba rasa tak berapa sihat lepas je mandi badan aku mula sakit-sakit. Tak taulah apa pasal. Jadi dalam kul 11 pagi cam tu ingat nak singgah Melaka. Terus cancel nak pergi Melaka sebab badan aku tiba-tiba sakit dan pening kepala.

Bila dah sakit-sakit cam ni terus tak ada mood nak pergi berjalankan. Sampai je rumah dalam kul 1 petang aku terus rehat dan baring kat rumah. Tapi kepala aku tetap sakit tak hengat. Rasa macam kritikal la pulak jadi ambil keputusan untuk pergi klinik berdekatan rumah. Bila pergi klinik doktor check tengok darah tinggi aku naik mendadak BP 160/100. Adoiiaaaii tinggi gile tuh sampai doktor sound dan marah sebab aku liat nak pergi klinik kerajaan untuk buat full checkup. Yelah doktor saya akan pergi nanti cuma masa je tak ada sekarang ni. Insyaallah lah minggu depan aku cuti panjang aku nak pergi klinik kerajaan untuk buat checkup.

So itulah ceritanya percutian singkat kau kat PD semalam. Tak apalah voucher minyak ada banyak lagi nanti kita pergi jenjalan lagi ye wahai keluarga Othman. :-)

Dalam duk bersantai di pondok wakaf tu tiba-tiba jatuh 2 ekor anak burung yang baru keluar dari sarangnya. Mungkin anak burung ni baru nak belajar terbang kot so terbabas dan jatuh atas barang kami. Aku nak bawa balik 2 ekor anak burung ni tapi mak aku tak bagi sebab melihat burung ni masih kecil dan pastinya ibu burung ni tercari-cari anaknya untuk disuapkan makanan. Comelnya kan.. tapi tuan yang baju hitam tu lagi comel.. :)

 

Saja try test tengok video yang aku buat guna iMovie dari iMac ..

05 di kuala klawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Kuala Klawang</b> – <b>Di</b> ambang Hari Sukan SK <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2012 07:10 PM PDT

Selaras dengan 1 Murid 1 Sukan, SK Kuala Klawang akan mengadakan Hari Sukan, bermula pada 3 Oktober ini. Semua pelajar dan guru diharap dapat memberikan yang terbaik untuk rumah sukan masing masing.

Semangat kesukanan ini amatlah diterapkan kepada murid murid di sekolah ini. Semangat ini diharap dapat melahirkan lebih banyak lagi atlit atlit untuk negara Malaysia yang tercinta.

Majulah sukan untuk SK Kuala Klawang.

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Bersama Aisyah 1 Okt 2012 <b>di</b> DUN <b>Paroi</b> - PAKATAN RAKYAT <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2012 07:55 PM PDT

Bersama : Aisyah (artis/penyanyi), Siti Fareedah, YB Taufek dan Ustaz Kamaruddin Sidek
Tarikh : 1 Okt 2012, Isnin
Tempat : No 537, Taman Seri Pagi, Senawang (berhampiran padang sebelah Sekolah Tmn Seri Pagi)
Maklumat lanjut sila hubungi Hj Fisol 019-3440826

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


Sehasta mungkin: Muzium Kota <b>Lukut</b>

Posted: 01 Oct 2012 06:50 AM PDT

Minggu ini aku dan family bercuti ke  Port Dickson, department trip free kan. Jadi aku sambil bercuti aku tidak melepaskan peluang untuk mengunjung kota warisan sejarah Negeri Sembilan iaitu Kota Lukut. Aku ingat tapak kota ini seperti tapak-tapak kota-kota sejarah yang lain, rupanya nun di atas bukit.. mengah jugak lah aku memanjat (nasihat aku sesapa yang tidak berapa sihat tubuh badan jangan lah panjat, takut tak cukup nafas).
Tinggalan sejarah Kota Lukut yang kini di bawah penyelangaraan Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia)dan telah dinaik taraf sebagai Muzium Lukut rasminya pada 9 april 1999. Muzium Lukit ini juga memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada tahun 1880. Ia berperanan bagi   menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan, para pelancong luar negara serta para pelajar dan penyelidik sejarah.
Serba sedikit mengenai Kota Lukut yang dipetik dari laman web Jabatan Muzium Malaysia.
Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Jaafar (1847 - 1864). Lukut ketika itu merupakan satu daerah yang terpenting disebabkan oleh hasil kegiatan perlombongan bijih timah yang amat pesat sekali. Galeri ini mempunyai beberapa segmen antaranya Latar Belakang Sejarah Lukut, Kota Lukut Sebagai Kota Pertahanan, Lukut Pesat Ekonomi dan Pentadbiran, Lukut Dalam Aspek Politik, Laporan Kapten Macpherson dan Perlombongan Bijih Timah di Lukut.
Tertarik dengan barangan sejarah yang cukup unik bagi aku lah, antaranya meriam.

Di bawah ini pula beberapa gambar yang sempat aku rakam kan disekitar kawasan kota yang dah jadi tinggalan sejarah.






 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved