ads

Isnin, 9 April 2012

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Homestay Mama <b>Di Bahau</b> : Semua Homestay

Posted: 01 Apr 2012 01:40 PM PDT

KAMI MEMBANTU ANDA UNTUK MENDAPATKAN PENGINAPANYANG SELESA DAN BERPATUTAN UNTUK ANDA YANG INGINKE NEGERI SEMBILAN TERUTAMANYA DI
BAHAU/KUALA PILAH SERTA KAWASAN-KAWASANSEKITARNYA.

LOKASI :
1) 5 MINIT KE BANDAR BAHAU
2) 5 MINIT KE KTM BAHAU
3) 5 MINIT KE PERHENTIAN BAS BAHAU
4) 5 MINIT KE PUSAT PERINDUSTRIAN SERVIS KERETAMASAN
5) 20 MINIT KE FELDA SG KELAMAH
6) 15 MINIT KE FELDA SERTING
7) 15 MINIT KE BANDAR BARU SERTING
8) 30 MINIT KE FELDA JELAI
9) 40 MINIT KE AIR TERJUN ULU BENDUL
10) 35 MINIT KE SERI MENANTI
11) 20 MINIT KE ROMPIN
12) 25 MINIT KE HOSPITAL KUALA PILAH

KEMUDAHAN DI BANDAR BAHAU :
1) BANK ( CIMB/MAYBANK/HONGLEONGBANK/AMBANK/BSN/BANK
RAKYAT/PUBLIC BANK/RHB BANK/AGRO BANK )
2) PASARAYA ( KIARA SQUARE/ BILLION/ECONSAVE )
3) BANYAK KEDAI BUAH-BUAHAN BERDEKATAN AMBANK
4) NASI AYAM GEMAS BERHADAPAN DENGAN PASARAYAKIARA SQUARE
5) PELBAGAI JENIS STALL MAKANAN BERDEKATAN CIMBBANK
6) PELBAGAI KEDAI BARANGAN HANTARAN PERKAHWINAN /PERTUNANGAN
( NONA FLORIST-PEMBORONG DAN PERUNCITALAT-ALAT PERKAHWINAN )

KEMUDAHAN :
1) RUMAH TERES (3 BILIK + 2 BILIK AIR)
2) TV (ASTRO), PETI SEJUK, IRON, KETTLE, WASHINGMACHINE, DAPUR MEMASAK
3) KAWASAN YANG BERDEKATAN DENGAN PASARAYA &TEMPAT MAKAN PELBAGAI CITARASA ANDA YANGMENAWARKAN HARGA YANG BERPATUTAN

KADAR MENGINAP PERDAY
WEEKDAY : RM80
WEEKEND : RM100

UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN :

019-2046808 / 012-6468120 – PN ROHANI
(MAMA )
- rohanihussain32@gmail.com -

Contact mama rohani

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Malam Derita Bangsa 13 Apr 2012 <b>di Jempol</b> - PAKATAN RAKYAT <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 11:23 PM PDT


MALAM DERITA BANGSA

Tarikh : 13 April 2012 , Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : No 388, Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol, N.Sembilan

Bersama :

Dinsman – Pyan Habib – Amni Jagat – Alternative Band Club (ABC)

Semua dijemput hadir

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


400 orang <b>di</b> peringkat Dun <b>Paroi</b> menerima BR1M | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2012 04:57 AM PDT

SENAWANG : 06 April – Seramai kira-kira 400 orang di peringkat Dun Paroi menerima baucer Bantuan Rakyat  1 Malaysia (BR1M) hari ini yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.

Ahli Parlimen Rembau, Tuan Haji Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut hadir bagi bersama-sama Menteri Besar menyampaikan baucer BR1M yang berlangsung di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang, petang tadi.

Dalam ucapan Menteri Besar, bantuan ini diberikan setelah meneliti dan mendapati ramai penduduk di negara ini berpendapatan sederhana dan ke bawah yang terbeban dengan masalah peningkatan kos sara hidup akibat krisis dunia.

Oleh yang demikian, kerajaan telah mewujudkan satu dasar transformasi ekonomi  di mana bantuan secara langsung akan diberikan kepada rakyat bagi menampung beban yang perlu mereka tanggung.

"Sehubungan itu, marilah kita bersyukur kerana hidup di negara yang aman damai ini dengan nikmat yang Allah Taala berikan. Kesusahan yang kita hadapi ini tidaklah sesusah jika hendak dibandingkan di negara lain yang mati akibat kebuluran," kata beliau.

Difahamkan, baucer BR1M ini dilanjutkan sehingga 15 Mei.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


Mobilisasi BERSIH 3.0 <b>di Rembau</b> 14 April 2012 - PAKATAN <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 06:38 AM PDT


CERAMAH UMUM

Mobilasasi BERSIH 3.0, PTPTN vs PLKN

Tarikh : 14 Apr 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Kg Semerbok, Kota, Rembau

Penceramah :

~ YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terenggganu/ADUN Bukit Payung

~ Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

~ Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

~ Ustaz Mohamad Nasaei Ismail, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

~ Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Untuk pertanyaan hubungi Zamri 013-2124086

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya Umum ke 13 untuk PAS DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA

No akaun : 05-021-02-011755-8

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


Kuala <b>Linggi</b> Hab Maritim Selat Melaka | N01 Kuala <b>Linggi</b>

Posted: 04 Apr 2012 10:17 PM PDT

Tawarkan kemudahan pelabuhan kapal ke kapal, jadi terminal tukar barang

'Kuala Linggi Hab Maritim Selat Melaka'

Kuala Sungai Baru 4 april 2012 ; Port Supai cukup sinonim dengan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi kerana ia adalah kota pertahanan tinggalan tentera Belanda dan Bugis.

Kesan peninggalan sejarah kota yang terletak di puncak Bukit Supai itu dibina sebagai tanda perdamaian bagi perang antara 1756 dan 1757. Berdasarkan sejarah, perjanjian antara tentera Belanda dengan Bugis telah berlangsung pada 1 Januari 1758. Hasil perjanjian, Belanda dibenarkan menguasai Linggi dan perdagangan bijih timah di situ.

Kini, Kuala Linggi yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar raya Melaka dan berada di sempadan Negeri Sembilan, iaitu Port Dickson sejauh 47 kilometer sudah jauh berubah di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Di bawah teraju Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Ar. Hj Ismail Hj. Othman, kehidupan penduduk di sini sudah banyak berubah. Penduduk Kuala Linggi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana yang lengkap dengan setiap rumah mempunyai bekalan air dan elektrik yang sempurna. Kemudahan awam di sini termasuklah sepuluh buah masjid, 22 surau, 1 sekolah menengah kebangsaan (SMK), lima sekolah rendah kebangsaan (SRJK) serta dua sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC).

Perkhidmatan bas awam juga masih beroperasi bagi memudahkan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Perkhidmatan jalur lebar pula terdapat di balairaya Kampung Sungai Tuang, Kampung Permatang dan Kampung Ayer Molek bagi memudahkan bukan sahaja pelajar tetapi juga seluruh masyarakat di sini menggunakan internet.

Di samping itu, terdapat 10 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB). Kampung yang terdapat di sini adalah Kampung Kuala Linggi, Kampung Bukit Darat, Kampung Tanjung Dahan, Kampung Tengah, Kampung Hilir, Kampung Permatang, Kampung Kuala Pantai, Kampung Guan, Kampung Baru, Kampung Telok Gong, Kampung Sungai Tuang, Kampung Ladang dan Kampung Ayer Molek. Perkampungan Cina terbesar ialah Kampung Paya Mengkuang, Kampung Man Lok dan Kampung Bukit Beruang.

Dua pusat pengajian di sini pula adalah Akademi Laut Malaysia yang menawarkan kursus berkaitan dengan ilmu perkapalan yang terletak di Kuala Sungai Baru dan Kolej Universiti Islam Melaka. Walaupun sektor pertanian bukan sumber ekonomi utama penduduk di sini, namun sektor pelancongan dan maritim menjadi tunjang pembangunan Kuala Linggi.

Telok Gong adalah lokasi tumpuan pelancong kerana mempunyai pantai yang cantik dan bersih, menjadi tumpuan pelancong setiap cuti hujung minggu dan umum. Terdapat banyak calet diusahakan penduduk disepanjang pantai Telok Gong dari Pekan Kuala Sungai Baru hingga ke Pengkalan Balak.

Sungai Linggi pula adalah produk pelancongan yang mempunyai tarikan tersendiri. Di sini cukup sinonim dengan udang galah dan pelbagai spesies ikan sungai seperti lampam, senangin, sembilang dan serkot. Kini terdapat sebuah taman rekreasi terletak berhampiran Sungai Linggi dikenalai sebagai Taman Lokan.

Medan ikan bakarnya juga tidak kurang hebat seperti Medan Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru dan Port Supai yang menyediakan pelbagai jenis ikan segar seperti jenahak, siakap, serkot, kepah, lokan, udang dan sotong. Selain itu, Taman Paya Laut menjadi produk ekopelancongan hutan paya bakau yang menyediakan calet, persiaran jalan kaki dan menara tinjau bagi menambah daya tarikan. Lebih menarik, taman ini turut menjadi tempat tumpuan spesies seperti memerang, burung bangau dan buaya bersantai.

Lebih penting, pelabuhan Kuala Linggi yang terletak di Kuala Sungai Baru pula bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi untuk menjadi hab maritime di Selat Melaka. Pada masa ini, pelabuhan tersebut menawarkan pelabuhan kapal-kapal (STS) bertaraf antarabangsa bagi kemudahan industri kargo cecair dan merupakan yang pertama di Malaysia.

Konsep STS begitu mudah, kapal yang melalui Selat Melaka hanya perlu berhenti di Hab Perdagangan dan Pemunggahan Terapung Antarabangsa Linggi (LIFT Hub) melakukan pemindahan dan kemudian meneruskan perjalanan ke lokasi lain. Pelabuhan yang dikenali sebagai LIFT HUB berkenaan beroperasi di kawasan seluas 180 kilometer persegi di laut lepas iaitu terletak kira-kira 18 kilometer dari pantai Kuala Linggi.

Perairan Kuala Linggi mempunyai keistimewaan untuk menjadi pelabuhan STS utama dunia kerana mampu menampung 12 kapal tangki besar (VLCC) pada satu-satu masa. Kawasan ini mempunyai cirri-ciri geografi yang sesuai seperti laut yang tenang, dasar laut yang rata dan terlindung daripada ancaman tsunami dan angin monsoon.

Terbaru, pelabuhan Kuala Linggi menjadi terminal tukar barang (barter trade) selepas operasinya di Sungai Rambai dipindahkan ke sini pada 1 April lalu. Selain itu, kawasan ini juga bakal menjadi sebuah pusat perdagangan, khususnya antara Melaka dan Riau, Indonesia. Beberapa syarikat lain yang beroperasi di sini seperti Tidle Maritim, Team Maritim, Alam Maritim dan Delta Maritim.

Sementara itu, Ismail menekankan penduduk di sini harus percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mengubah dan membangunkan kawasan ini. "Tiada sebab rakyat di kawasan ini perlu berubah fikiran untik memilih kerajaan lain berbanding apa yang telah dilakukan oleh BN. Kuala Linggi sudah banyak berubah, peningkatan dalam sektor ekonomi terutama pelancongan memberi banyak limpahan rezeki kepada penduduk.

"Pelabuhan Kuala Linggi pula akan dibangunkan sebagai hab maritime di Selat Melaka. Pada masa ini, banyak perancangan besar sedang dilakukan untuk menjadikan pelabuhan ini antara yang tersibuk.
"Secara tidak lansung ia akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding sebelum ini," tegas Ismail lagi.

UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH : KHAMIS 5 APRIL 2012

"TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL"
"1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
"MELAKA MAJU NEGERI KU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU"

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved