Ahad, 1 April 2012

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


KHIDMAT MERU: CERAMAH UMUM <b>DI LENGGENG</b>

Posted: 01 Apr 2012 05:24 AM PDT



Turut memberikan ceramah ialah Ahli Parlimen Seremban, YB John Fernandes.


YB John banyak menyentuh isu-isu national sedangkan YB Dr Rani mengupas isu politik semasa di Negeri Selangor.


Walaupun kawasan itu majoritinya adalah orang Melayu, namun ramai juga pendengar dari kaum India dan Cina yang tampil untuk mendengar ceramah tersebut.



05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


ENSIKLOPEDIA PENDIDIKAN MALAYSIA: Muhammad Yusof

Posted: 30 Mar 2012 05:05 AM PDT


Dato' Haji Muhammad Yusof (1900-1980) adalah seorang pendidik Malaysia yang terpilih sebagai "Tokoh Guru Kebangsaan" pada tahun 1979. Kerana menghargai ketokohannya serta mengenang jasanya terhadap PIBG Sekolah Menengah Linggi, sekolah tersebut telah menukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof pada 21 Ogos 1982.
Dilahirkan pada 17 September 1900 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Haji Muhammad adalah adik kepada Allahyarham Pendita Za'ba. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kikir pada tahun 1907. Pada tahun 1908, beliau berpindah ke Sekolah Melayu Linggi apabila bapanya berpindah balik ke tempat asalnya di Kampung Linggi.
Haji Muhammad meneruskan pelajarannya di Kolej Melayu di Kuala Kangsar pada tahun 1909 hingga lulus Senior Cambridge. Atas dorongan R.O Winstedt, beliau melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor dan menceburkan diri menjadi seorang pendidik setelah tamat latihan di Maktab Melayu Melaka.
Haji Muhammad menubuhkan Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor pada tahun 1921. Antara jawatan penting yang pernah dipegang oleh Allahyarham ialah Penolong Nazirr Sekolah-Sekolah Selangor (1920) dan Penolong Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1940). Beliau menyambung semula jawatan tersebut setelah tamat Perang Dunia Kedua hingga bersara pada tahun 1951. Haji Muhammad terlibat dalam Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan dari 1957 hingga 1960 dan juga pernah menjadi pensyarah di Sekolah Bahasa Asing di Universiti Tenri di Jepun pada tahun 1943).
Pada tahun 1958, Haji Muhammad menjadi Setiausaha Sulit kepada Yang diPertuan Agong pertama serta menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Beliau terpilih sebagai "Tokoh Guru Kebangsaan" pada tahun 1979. Haji Muhammad meninggal dunia pada 22 Disember 1980 di Kampung Linggi.
Walaupun telah bersara dari jawatan, Allahyarham terus bergiat dalam masyarakat tempatan di Linggi yang bertujuan memajukan masyarakat setempat. Selama beberapa tahun, Allahyarham menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola dan juga Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Linggi. Kerana menghargai ketokohannya serta mengenang jasanya terhadap sekolah ini, maka pada 21 Ogos 1982 Sekolah Menengan Linggi dengan rasminya ditukar nama kepada Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof. Perasmian tersebut telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Haji Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan ini, Allahyarham telah diabadikan di sekolah ini.

ads