ads

Khamis, 18 Julai 2013

05 di sikamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di sikamat - Google Blog Search


Edaran bubur lambuk oleh Adun <b>Sikamat di</b> Masjid <b>Sikamat</b>

Posted: 15 Jul 2013 09:33 PM PDT

Ahad lepas bertempat di kawasan bazar Ramadhan berhadapan Masjid Sikamat, Taman Desa Rhu telah berlangsung program edaran bubur lambuk kepada orang ramai. Turut sama dalam program ini Adun Sikamat YB Aminuddin Harun. Program anjuran Pejabat ADUN Sikamat ini menjadi acara tahunan tiap kali bulan Ramadhan.

05 di senawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di senawang - Google Blog Search


Edaran bubur lambuk oleh Adun <b>Sikamat di</b> Masjid <b>Sikamat</b>

Posted: 15 Jul 2013 09:33 PM PDT

Ahad lepas bertempat di kawasan bazar Ramadhan berhadapan Masjid Sikamat, Taman Desa Rhu telah berlangsung program edaran bubur lambuk kepada orang ramai. Turut sama dalam program ini Adun Sikamat YB Aminuddin Harun. Program anjuran Pejabat ADUN Sikamat ini menjadi acara tahunan tiap kali bulan Ramadhan.

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Penyanyi Aishah Bakal Bertanding PRU13 <b>Di</b> Parlimen <b>Jempol</b> |

Posted: 04 Apr 2013 04:42 AM PDT


Setiap kali tiba pilihanraya umum, saat yang dinanti-nanti sudah tentu ialah ketika penamaan calon diumumkan. Terbaru, PAS telah mengumumkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah sebagai calon mereka di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.
aishah calon pru13Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin merupakan calon pertama pro pembangkang daripada golongan artis yang bakal bertanding di dalam PRU13. Pengumuman ini dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar. Kata Aishah kepada portal berita Antara Pos:-

Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)

aishah calon pru13Adakah kita akan menyaksikan lebih banyak golongan artis yang akan dinamakan sebagai calon di dalam PRU13 kali ini? Abang Nara ada kemungkinan perkara tersebut berlaku. Sama-sama kita nantikan. Info asal Utusan Malaysia.

P.S: Tips pilihanraya

Baca Yang Ini Pulak:-


05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Hangit Blog: Gempar tapak kaki misteri <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 17 Jun 2013 05:16 AM PDT

Kuala Pilah: Penemuan lebih 200 kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun getah berhampiran Kampung Kepis Baru, di sini, kelmarin, menggemparkan penduduk setempat.

Penduduk kampung itu, Adnan Pungut, 48, yang mendakwa orang pertama menemui kesan tapak kaki ganjil itu berkata, dia ke kebunnya jam 3 petang untuk membersih serta membakar longgokan kayu pokok getah yang ditebang.

Bagaimanapun, dia terkejut dan segera pulang selepas menemui kesan tapak kaki ganjil yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hidup.

"Sebaik melihat kesan tapak kaki bersaiz luar biasa yang ganjil itu, saya melarikan diri pulang kerana sangat takut. Saya memaklumkan kepada jiran dan penduduk kampung sebelum kami bersama-sama pergi semula ke kebun getah itu.

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Kedahkini: Mengapa Pakatan Rakyat kalah <b>di Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 21 May 2013 11:31 PM PDT

PAS membuat perubahan calon sekitar seminggu dan PKR melakukan kejutan dan "upset" 15 jam sebelum penamaan calon.

Bahagian 1

ANALISA : Kekalahan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berpunca daripada penolakan majoriti masyarakat Melayu terhadap calon-calon PAS dan PKR yang umumnya bertanding di kawasan Melayu.

Pakatan Rakyat tewas di semua lima kerusi parlimen majoriti Melayu iaitu Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Jelebu. Tiga kerusi parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah merupakan parlimen kawasan bukan Melayu yang mana pengundinya melebihi dari 50% iaitu di Rasah, Seremban dan Telok Kemang.

Manakala untuk kerusi Dewan Undangan Negeri, Pakatan Rakyat kecundang di kesemua 22 kerusi majoriti Melayu, kecuali di DUN Sikamat yang menang dengan hanya majoriti kecil iaitu 510 undi.

Hanya satu kerusi yang majoriti bukan Melayu yang sepatutnya memihak kepada Pakatan Rakyat tetapi tersungkur di tangan Barisan Nasional iaitu di DUN Jeram Padang yang ditandingi oleh T Kumar dari PKR. Kekalahan ini disebabkan Kumar bukan calon tempatan sebaliknya orang Kuala Lumpur.

Faktor bukan calon tempatan juga mengakibatkan PKR kehilangan DUN Ampangan sementara PAS gagal menang di DUN Klawang serta DUN Senaling.

Ke semua calon PKR dan PAS di tiga DUN ini walaupun berasal dari Negeri Sembilan tetapi sudah lama menetap di Kuala Lumpur atau Lembah Kelang dan hanya turun ke Negeri Sembilan jika ada mesyuarat, aktiviti atau program parti.

Pengundi Melayu sudah bijak dan mereka tidak mahu calon yang hanya tunjuk muka sewaktu kempen PRU atau ketika program ceramah sedangkan ketika berlaku sesuatu bencana alam, kemalangan, kematian atau kebakaran, pengundi mahu calon turun padang secara ' on the spot'.

Pengundi tahu pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk membantu kerana mereka bukan kerajaan pemerintah tetapi pengundi mahu pemimpin PKR atau PAS bercita-cita hendak menjadi wakil rakyat seharusnya mempunyai komitmen boleh dihubungi atau boleh ditemui bila-bila masa sahaja.

Tuntutan pengundi ialah sekurang-kurangnya calon-calon ini tunjuk muka apabila berlaku musibah kepada pengundi atau keluarga pengundi, bukan tunjuk muka masa kempen PRU sahaja.

Naib Ketua PKR Jempol, T Kumar (Jeram Padang); Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas (Ampangan); Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop (Klawang) dan Yang DiPertua PAS Kuala Pilah, Zaharuddin Othman (Senaling) gagal dalam aspek ini, dan faktor ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan mereka.

Menjadi persoalan mengapa Negeri Sembilan yang telah diwar-warkan sebagai sebuah negeri yang bakal tumbang ke tangan Pakatan Rakyat tidak menjadi realiti di dalam PRU-13 ini? Malahan, pelbagai kaji selidik yang dibuat sebelum menjelang pilihan raya semuanya memihak kepada Pakatan Rakyat tetapi keputusan pilihanraya akhirnya mengalih arah kepada Barisan Nasional.

Pertukaran calon PAS saat akhir bawa padah

FMT merujuk kepada seorang penganalisis politik Negeri Sembilan yang tidak mahu dikenali yang telah membuat analisa mengapa parti yang didominasi Melayu iaitu PAS dan PKR merosot di dalam PRU-13 ini. Beliau menyatakan orang Melayu di Negeri Sembilan mahu membuat perubahan tetapi faktor calon yang tidak bersesuaian banyak menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan. Sebagai negeri beradat, kemesraan pemimpin bersama rakyat menjadi syarat untuk menambat hati mereka.

Mereka sukar menerima pemimpin yang tidak pernah kelihatan atau tiada di sekeliling mereka. Pemimpin mesti dilihat bersama rakyat. Meletakkan calon yang tidak bersempatan bersama rakyat membawa bencana kepada PAS dan PKR di dalam PRU-13 ini. Kesemua ini berlaku di saat-saat akhir di mana PAS membuat perubahan calon sekitar seminggu sebelum penamaan calon dan PKR membuat kejutan dan "upset" 15 jam sebelum waktu penamaan calon.

Pertukaran calon PAS di saat-saat akhir akhirnya membawa padah. Kesilapan PAS berpunca daripada perubahan calon-calon di saat akhir. Dr. Rosli yang bersedia untuk bertanding di DUN Chembong yang telah melakukan gerak kerja di sana, kemudian di saat-saat akhir ditukar ke DUN Klawang. Walaupun, Dr Rosli calon yang agak popular tetapi beliau tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bermesra dengan pengundi-pengundi di Klawang.

Sepatutnya PAS Negeri Sembilan mengekalkan Timbalan Yang DiPertua PAS Jelebu, Nor Anif Selamat kekal bertanding di DUN Klawang kerana Nor Anif sudah 'bekerja' di DUN Klawang sejak tahun 2008 dan lebih dikenali oleh pengundi berbanding Rosli.

Akhirnya Nor Anif terpaksa bertanding di DUN Sungai Lui dan beliau kalah di sana.

Calon digugur saat akhir

Begitu juga di DUN Gemencheh, Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim yang merupakan bekas calon pada tahun 2008 yang telah mempertingkat gerak kerja parti di DUN Gemencheh sejak kekalahan beliau pada PRU-12, diumum oleh parti bertanding di Parlimen Tampin.

PAS Negeri Sembilan mengumumkan muka baru Mohd Noor Yassin yang tidak dikenali oleh pengundi DUN Gemencheh. Seperti Rosli di Klawang, Mohd Noor hanya bertemu pengundi Gemencheh dalam tempoh kempen 15 hari.

Gemencheh merupakan salah sebuah kerusi DUN yang berpotensi dimenangi oleh PAS kerana faktor pengundi bukan Melayu adalah sebanyak 39%. Malah pengundi bukan Melayu di Gemencheh lebih ramai berbanding di DUN Klawang iaitu 36%.

Tetapi Zakaria terus dirundung malang apabila empat hari sebelum hari penamaan calon, beliau digugurkan sebagai calon parlimen Tampin dan digantikan dengan Naib Yang DiPertua PAS Tampin, Abdul Razakek Abdul Rahim. Abdul Razakek juga kalah di tangan bekas Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Aishah sepatutnya diumumkan lebih awal

PAS Pusat sepatutnya membuat keputusan meletakkan Wan Aishah Wan Ariffin di parlimen Jempol lebih awal iaitu sekurang-kurangnya sejak awal tahun 2012. Mempunyai tarikan tersendiri sebagai bekas artis dan golongan pengundi wanita suka pada beliau; Aishah mungkin mencapai peningkatan undi yang lebih banyak atau peluang menang yang lebih cerah sekiranya beliau sudah lama turun padang di Jempol dan memahami masalah yang dihadapi oleh pengundi Parlimen Jempol yang majoritinya pengundi Felda.

Keputusan meletakkan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi merupakan satu lagi percaturan yang kurang bijak. Melayu Negeri Sembilan merupakan masyarakat yang kuat berpegang kepada Adat Perpatih dan Suku. Budaya Adat Perpatih dan Suku masih kuat dikalangan anak jati Negeri Sembilan terutama yang mereka masih menetap di kawasan kampung.

Maka adalah satu keputusan yang amat janggal mencalonkan Aiman Athirah di parlimen Jelebu, di mana pengundi Jelebu merupakan 100% kategori pengundi luar bandar mungkin tidak boleh terima calon import dari luar Negeri Sembilan. Aiman Athirah juga kecundang di Jelebu.

Walaupun Aishah dan Aiman dapat mengurangkan undi majoriti, tetapi ia dipercayai disumbangkan oleh peningkatan undi Cina di DUN Bahau, DUN Serting dan DUN Jeram Padang di bawah parlimen Jempol; manakala pertambahan undi Cina di DUN Chennah, Klawang dan Pertang di dalam parlimen Jelebu. Tetapi memang ada peningkatan undi Melayu di DUN Chennah dan DUN Klawang di dalam parlimen Jelebu.

PAS Pusat harus faham sentimen pengundi Melayu tidak sama dari satu negeri ke negeri yang lain, malah ianya juga berbeza dari satu DUN ke DUN yang lain dalam satu negeri. Sentimen isu tempatan di setiap negeri, kerusi parlimen dan DUN berbeza walaupun dari segi isu nasional mungkin ada persamaan.

Nasib malang PAS di DUN Lenggeng

Malang pula untuk DUN Lenggeng yang sudah dikategorikan menang untuk PAS di peringkat awal tetapi akhirnya tewas apabila calon PAS, Zulkifli Mohamad Omar secara tiba-tiba diserang 'mild' strok akibat tekanan darah tinggi dan dimasukkan di hospital di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah tujuh hari berkempen.
Secara tidak langsung masalah kesihatan Zulkifli yang masih tidak pulih sehingga hari mengundi serba sedikit memberi kesan negatif kepada PAS di DUN Lenggeng.

Penganalisa tersebut berpandangan PAS sepatutnya boleh menang di DUN Klawang, DUN Paroi dan DUN Lenggeng tetapi permasalahan pertukaran calon saat akhir di Klawang, masalah pertambahan pengundi serta gerakerja kurang kemas di Paroi dan permasalahan di luar jangkaan di Lenggeng akhirnya mengecewakan PAS untuk memperolehi sebarang kemenangan dalam PRU-13 kali ini.
Manakala nasib tidak menyebelahi Norazman Mohamad di DUN Johol dan kesilapan percaturan di DUN Labu menambahkan lagi beban kekalahan PAS di Negeri Sembilan.

PAS seharusnya menang di DUN Labu

Meletakkan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa merupakan satu strategi yang silap kerana calon BN, Datuk Hasim Rusdi memainkan isu Mohd Khairil bukan anak Labu sedangkan Hasim sememangnya anak Labu atau menetap di Labu.

Tidak dapat dipastikan mengapa PAS Negeri Sembilan tidak meletakkan Yang DiPertua PAS Rasah, Anuar Azhari yang merupakan anak Labu sebagai calon DUN Labu memandangkan beliau lebih dikenali di DUN Labu (menerusi aktiviti parti bersama pengundi dan ceramah) berbanding Mohd Khairil.

Imej Anuar sebagai calon professional yang merupakan bekas pegawai pelaburan sebuah bank serta mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Inggeris sememangnya disenangi oleh pengundi Cina dan India di DUN Labu yang mewakili 30.65% daripada jumlah pengundi.

Dengan permasalahan di dalam Umno Labu yang berpecah dua apabila ramai kepimpinan peringkat cawangan Umno yang menolak Hasim, PAS sepatutnya sudah menang di DUN Labu, tetapi faktor tidak meletakkan calon yang sesuai 'membantu' Umno menang semula di Labu.

Malah Anuar dalam satu kenyataan akhbar (Sinar Harian) ketika tempoh berkempen mengecam PAS Negeri Sembilan secara terbuka kerana tidak mengamalkan demokrasi dalam isu pemilihan calon PRU PAS di DUN Labu.
Anuar juga mengumumkan meletak jawatan sebagai Yang DiPertua PAS Rasah tetapi masih kekal sebagai ahli PAS. ~Fmt

05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


LaLeena Choice&#39;s: Tukang Jahit Diperlukan <b>Di GEMAS</b>, N9.

Posted: 07 Apr 2013 05:14 AM PDT

HANI'S CHOICE ENTERPRISE

NO 7 TINGKAT BAWAH JALAN PASAR,
734000 GEMAS, NEGERI SEMBILAN.

Kami mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan sebagai tukang jahit di syarikat kami. Antara keistimewaan yang kami tawarkan ialah
  1. Pekerja akan mempelajari pelbagai jenis jahitan pakaian lelaki dan wanita
  2. Penginapan dan pengangkutan disediakan
  3. Peningkatan pendapatan mengikut kebolehan dan kemahiran
  4. Potongan KWSP / SOCSO
  5. Elaun lebih masa

013-6684456 (EN.HAIRUL ANUAR)





BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di gemas</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jun 2013 09:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kemajuan <b>Bahau</b> atas usaha BN - N9Kini

Posted: 27 Mar 2013 08:34 PM PDT

JEMPOL  - Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membantu meningkatkan pembangunan di kawasan pembangkang demi memastikan rakyat di kawasan tersebut tidak tersisih.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin (gambar) berkata, walaupun Bahau dikuasai oleh DAP, BN mahu kawasan tersebut terus maju dan tidak tercicir dari pelbagai aspek.

"Rakyat perlu sedar bahawa pembangunan dan kemudahan yang mereka peroleh di Bahau bukan datang daripada pihak pembangkang.

"Kita tidak mahu rakyat tertipu apabila melihat Bahau semakin maju di bawah DAP. Memang Bahau semakin maju, tetapi atas usaha kerajaan BN. Semua peruntukan datang daripada kerajaan negeri mahupun Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, kegagalan DAP Bahau menyelesaikan masalah rakyat telah membuka ruang kepada BN untuk memenangi kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ada sebahagian masyarakat di Bahau telah melahirkan rasa tidak puas hati apabila banyak masalah tidak diselesaikan di bawah kepimpinan DAP.

"Rakyat sendiri sudah boleh menilai masa depan mereka jika DAP terus menjadi pemimpin di kawasan mereka. Kita juga pasti mereka tidak akan menggadaikan masa depan kawasan mereka dengan cara memberi peluang kepada DAP untuk terus menguasai Bahau," katanya.

Lilah menjelaskan, pihaknya yakin Bahau boleh menjadi milik BN khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Selain pengundi Cina yang merupakan majoriti penduduk di Bahau, 70 peratus masyarakat India di Bahau kini menyokong kerajaan," katanya.

Beliau menjelaskan, BN telah menyediakan beberapa cara untuk memenangi hati rakyat malah parti itu telah lama bersiap sedia untuk berjuang dalam pilihan raya umum ini.

"Selain stesen kereta api yang bakal berwajah baru, kerajaan juga telah membina lampu limpah di padang Bahau dengan kos dianggarkan bernilai RM500,000. Kini rakyat tidak perlu risau jika mahu menggunakan padang di waktu malam kerana kita telah mengatasi masalah tersebut.

"Selain itu Majlis Daerah Jempol (MDJL) sedang membina premis perniagaan di pekan ini dengan kos RM200,000. Premis lima pintu ini terletak di tepi jalan utama dan mempunyai kemudahan tandas bagi setiap unit kedai," jelasnya

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved