ads

Rabu, 31 Julai 2013

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di bahau</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jul 2013 01:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bazar <b>Ampangan</b> jadi tumpuan - Utusan Online

Posted: 17 Jul 2013 11:02 AM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

Walaupun ringkas tetapi peniaga menggunakan strategi masing-masing bagi menarik perhatian pembeli di Bazar Ramadan Ampangan.

SEREMBAN 17 Julai - Bagi masyarakat Islam di bandar ini, sudah pasti Bazar Ramadan di Ampangan di sini begitu sinonim dengan mereka.

Sebut apa sahaja, semua jenis minuman dan makanan untuk berbuka puasa ada dijual.

Malah kelengkapan rumah sempena Aidilfitri tidak lama lagi turut dijual.

Boleh dikatakan hampir setiap hari apabila tibanya bulan Ramadan, kawasan ini bagaikan mengambil tempat pusat membeli belah terkemuka di bandar ini dengan dipenuhi ribuan orang ramai yang mengunjungi lokasi berkenaan saban hari.

Tidak hairanlah, Bazar Ramadan Ampangan yang kini mencecah puluhan tahun bagaikan satu entiti penting bagi masyarakat setempat serta penduduk di negeri ini sebagai 'lokasi wajib pergi' apabila tibanya Ramadan.

Kemuncak kesibukan bazar ini kian terasa apabila tibanya malam raya berikutan ramai peniaga menawarkan harga rendah sebelum menutup bazar mereka.

Bagi pengunjung, Rushidah Idris, 54, biarpun kali pertama dia menjejakkan kaki di sini, suasananya cukup meriah dan setanding dengan bazar Ramadan tempat lain.

Malah apa yang menarik katanya, ratusan jenis juadah boleh didapati mengikut cita rasa dan selera masing-masing dengan harga yang berpatutan dan enak.

''Lokasinya pun strategik. Walaupun ini kali pertama saya sampai ke sini, gerai-gerai jualan pun agak banyak, jadi memudahkan saya untuk membuat pilihan membeli juadah di sini.

''Dari segi harganya pun agak berpatutan dan mereka yang hampir dengan Lembah Klang boleh menjadikan lokasi ini sebagai destinasi kedua selepas ibu kota Kuala Lumpur," katanya dari USJ ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, Noramira Shamsudin, 19, pula memberitahu, boleh dikatakan kedatangan bulan Ramadan bagaikan hilang serinya jika Bazar Ramadan Ampangan tidak beroperasi apatah lagi menjadi lokasi utama penduduk sekitar membeli belah.

Ini kerana katanya, bazar itu bukan hanya menawarkan hidangan dan juadah berbuka puasa tetapi turut menawarkan pakaian berkualiti tinggi bagi menyambut kedatangan Aidilfitri.

''Kawasan ini boleh dikatakan tempat pusat sehenti. Jika mahu hidangan atau juadah berbuka puasa atau membeli keperluan barangan Hari Raya Aidilfitri, semuanya di bawah satu bumbung yang sama.

''Lagipun kawasan ini sudah sinonim bukan setakat penduduk setempat sahaja, tetapi penduduk di negeri ini turut mengunjungi kawasan ini," ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Tarmizi Abdul Karim, 27, dari Kelantan pula melihat lokasi itu wajar dikekalkan kerana berupaya menjadi daya penarik dan tumpuan orang ramai mahupun pelancong sepanjang Ramadan ini.

''Bazar ini sepatutnya dinaik taraf agar memudahkan orang ramai datang ke sini sebab bazar ini sudah berjalan puluhan tahun. Sudah tiba masanya untuk berubah.

''Saya yakin pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai perancangan tersendiri untuk menjadikan Bazar Ramadan Ampangan antara yang terkemuka di negeri ini," katanya.

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


Tangga Domino CIKU: Nasi Lemak <b>Mambau</b>

Posted: 11 Jun 2013 11:02 PM PDT

Salam ,
Orite today ciku terus nak tepek pic nasi lemak mambau ni dulu.Ini salah satu makanan yang membuatkan ciku sering teringat ingat.Lepas balik indonesia last 2 week ..kami terus terjah untuk ke berapa kali ntah ..nasi lemak mambau yang terletak di negeri sembilan.Bagi ciku sefamili..menu ni sedap..ayamnya fresh goreng dan sambal mabeles(mintak lebih)..hihi..bagi orang lain maybe lain le.
Dari anak ciku 5 tahun hingga la ni dah 9 tahun..kami suka g makan sini dan waktu pagi dah terpacak kat sana..kalau tak ramai bonar takde tempat nak duduk. Dulu selalu g kuala rompin , koje so selalu le singgah mambau beli nasi lemak ni..la ni dah tak koje kat kuala rompinpun kami rajin ke sana.hihi.

Kedai ni orang melayu masak tapi bila tengok customer pelbagai bangsa masuk dan makan.Pasti sedapkan kan kan kan..

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Jangan sebar berita palsu kematian tahanan <b>di Tampin</b>: Polis ABN <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2013 05:04 AM PDT

SEREMBAN – Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.    

"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah straight forward case di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.

"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenalpasti," katanya.

Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementara menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.

"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya. – Bernama

Tanah Untuk Dijual <b>Di</b> Kampung Pondoi, <b>Tampin</b>. | Rumah untuk <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2013 09:46 PM PDT

Description

Price: RM85,000 (nego)
Type: Land
Daerah: Tampin
Mukim: Tebong
Land Area: 1.98 Ekar
Status: Pertanian
Title type: Leasehold
Other info: Rezab Melayu.

Keterangan :
– Lokasi: Kampung Pondoi, Tampin.
– Jalan Utama antara Tampin ke Gemencheh.
– Keluasan tanah adalah 1.98 ekar.
– Keadaan tanah rata serta sedikit berbukit.
– Jarak dari jalan utama lebih kurang 1km.
– Kemudahan asas jalan tar yang sedia ada.
– Kurang 20 minit ke Pekan Tampin.
– Kurang 20 minit ke Pekan Gememcheh.
– Kurang 40 minit ke Pusat Bandar Seremban.
– 45 minit perjalanan ke PORT DICKSON.
– 50 minit perjalanan ke KUALA LUMPUR melalui PLUS.
– Pembeli diperlukan SEGERA !!

Earnest Deposit 3% & Balance 7% masa sain S&P.
Lawyer & Loan akan diuruskan.

Adakan Anda Nak Jual Rumah?
Call sekarang untuk nasihat jual/beli PERCUMA*.

SERIOUS BUYER ONLY!!!!

Untuk sebarang pertanyaan hubungi:
Mr. Syahz 010-2212334

About The Poster

TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. - VE(1)0187 Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban, Jalan Dato' Muda Linggi, Negeri Sembilan. Tel/Fax: 06-7620673

05 di mantin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mantin - Google Blog Search


Kedai emas dirompak <b>di Mantin</b> - Malaysia Edition | Malaysia Edition

Posted: 26 Jul 2013 01:38 AM PDT

SEREMBAN: Empat lelaki bersenjatakan sepucuk pistol merompak sebuah kedai emas di pekan Mantin, dekat sini, tengah hari tadi menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian hampir RM500,000.

Dalam kejadian antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu, suspek dikatakan turut melepaskan tembakan dalam cubaan melarikan diri.-hMetro

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


<b>Negeri Sembilan</b> akan wartakan larangan sebar fahaman Syiah <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2013 04:00 PM PDT

Posted on July 24, 2013, Wednesday

SEREMBAN: Negeri Sembilan akan mewartakan larangan penyebaran fahaman Syiah kepada penganut agama Islam di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, larangan itu yang akan dimasukkan ke dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk diperkenan sebelum ia dapat dikuatkuasakan.

"Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan Majlis Fatwa, semalam telah membincangkan perkara ini dan kita telah berse-tuju bahawa satu larangan perlu diwartakan dan akan dipersembah untuk per-kenan Tuanku Muhriz.

"Bila Tuanku sudah per-kenankan nanti kita akan mengeluarkan arahan ini dan sesiapa yang melanggar arahan atau larangan ini kita boleh dakwa mereka di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampai-an dividen RISDA, di sini semalam.

Beliau diminta mengulas sama ada kerajaan Negeri Sembilan bercadang untuk mencontohi kerajaan Negeri Kedah yang mewartakan fatwa anti-Syiah, baru-baru ini.

Mohamad berkata, pewartaan larangan itu akan me-rangkumi aktiviti penyebaran risalah, berceramah dan perbuatan-perbuatan lain seumpamanya yang dianggap boleh menghasut seterusnya memesong akidah umat Islam.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan berkata, larangan itu hanya berkuat kuasa kepada aktiviti penyebaran fahaman Syiah dan kerajaan negeri tidak berhasrat mengharamkan terus fahaman itu.

Katanya, sebagai sebuah negara yang demokrasi berasaskan Perlembagaan setiap individu adalah bebas untuk mengamalkan agama dan fahaman masing-masing.

"Jadi di Negeri Sembilan ini kita mengambil pendekatan begitu, kita tidak terus mengharamkannya kerana kita melihat ia dari pelbagai sudut terutama dari sudut memelihara perlembagaan persekutuan," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved