ads

Jumaat, 23 Mei 2014

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


Rumah Nabil Raja Lawak <b>di Mambau</b> kena pecah masuk | Chegu <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 01:11 AM PST


Kediaman pelawak terkenal  tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali  sebagai Nabil
dipecah masuk sekumpulan  penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini  hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55  pagi apabila penjenayah itu memecah masuk  rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu  yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui  bahagian belakang rumah itu.
Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff,  55, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia tiba di  rumah selepas pulang menghantar anak  perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat  beli-belah berhampiran.
"Saya nampak pintu belakang rumah sudah  terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah  sebuah bilik tingkat bawah.
"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam  rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis  semua pakaian sudah bersepah di atas lantai,"  katanya di sini hari ini.
Menurut Rahmat, setelah diperiksa, sebuah  komputer riba jenis Lenovo milik anaknya yang  berharga RM3,000 lesap.
"Ini kali pertama rumah ini dipecah masuk. Saya  kemudian membuat laporan di Balai Polis  Mambau sejurus selepas kejadian," kata Rahmat  yang menetap di rumah itu sejak dua bulan lalu.
Difahamkan, Nabil bersama ahli keluarganya kini  menetap di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke  rumah itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten  Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika  dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan  berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457  Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah. 

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air <b>Di Seremban</b> 20 Mei 2014 <b>...</b>

Posted: 16 May 2014 06:00 PM PDT

Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air Di Seremban 20 Mei 2014 | SEREMBAN: Sebahagian kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip.

Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata kawasan terlibat ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Temiang, Templer dan kawasan industri ringan Templer, Lobak.

Turut terjejas, Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar, hospital pakar KPJ, hospital Columbia, Hospital Mawar, Hospital Bersalin Cina Templer, Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas, Jalan Labu dan Taman Desa Rhu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Kawasan lain, Taman Warisan Puteri, seluruh kawasan Ampangan, Paroi, seluruh kawasan Senawang, seluruh kawasan Rahang, seluruh kawasan Rasah Jaya, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Selatan dan Taman Seremban Jaya," katanya.

Bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat mulai 8 pagi hari berikutanya (21 Mei).
Pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.



 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved