ads

Isnin, 26 November 2012

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


Nasi Lemak <b>Mambau</b>. | arang - arang

Posted: 16 Sep 2012 08:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Seawal pukul 8.30 pagi dah bertolak,hujan lebat pagi tadi.Ajak Zal sebagai teman tapi kena upahlah.Nasi lemak ayam goreng di Mambau.Licin!!!Lapar sungguh kau....lepas tu baru boleh tersenyum. Posted 16th September ...

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Yezz!Magazines menganjurkan event Love@sunset <b>di Teluk</b> <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 07:32 PM PST


‎20 Disember nie team Yezz! akan menganjurkan event Love @ Sunset di Teluk Kemang, Port Dickson. Event bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga 7.00 petang dan kita akan bertolak bersama-sama dari Karangkraf, Shah Alam dengan menaiki bas. 

Seramai 30 orang boyz & gurlz berusia 13 hingga 17 tahun diperlukan untuk menyertai event nie dan bayaran sebanyak RM 20 seorang diperlukan. Segala aktiviti akan diberitahu kemudian. Kita juga akan buat barbeque! 

Kalau you all berminat, bolehlah inbox Yezz! nama penuh, nombor ic dan nombor telefon you all sekarang. Pendaftaran dibuka sekarang hingga 10 Disember. See ya! :D
berminat" clcik here pm ur detail~~~~~~
here 

05 di mantin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mantin - Google Blog Search


Kereta terhumban masuk sungai dalam kemalangan <b>di</b> Batu 5 <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 06:59 PM PST

image

SEREMBAN - "Saya cuba hulurkan bantuan, tetapi saya tidak dapat buat apa-apa kerana takut melihat keadaan mangsa yang parah," kata Jamal Mohd Mustafa, 52, yang hanya mampu melihat dan mendengar raungan seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan di Batu 5, Jalan Seremban-Mantin Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang…

itu, sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang wanita dari arah Seremban dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di laluan bertentangan menyebabkan sebuah kereta Perodua Kenari dipandu seorang lelaki di laluan terbabit yang cuba mengelak terhumban ke dalam Sungai Belihoi.
Mangsa, Kiew Lee Ling, 24 dan Phoong Teck Yong, 36, bagaimanapun selamat namun cedera parah pada beberapa bahagian badan.
Menceritakan kejadian, Jamal berkata, dia yang menunggang motosikal dari arah Mantin menghala ke Seremban berhenti menghulurkan bantuan apabila melihat berlaku kemalangan dan ternampak mangsa menjerit kesakitan.
"Saya tidak sampai hati melihat mangsa wanita menjerit meminta tolong dan cuba menghulurkan bantuan, tetapi disebabkan keadaannya yang parah saya tidak berani mengambil tindakan.
"Saya menghubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan, tapi saya terkejut apabila melihat sebuah lagi kereta terjunam ke dalam Sungai Belihoi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira terbabit dalam perjalanan dari Seremban, namun ketika di lokasi kereta terbabit hilang kawalan lalu merempuh Perodua Kenari di laluan bertentangan.
"Rempuhan itu mengakibatkan kereta kenari dipandu oleh seorang lelaki terjunam ke dalam Sungai Belihoi.
"Kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk menerima rawatan," katanya.
Manakala,  Ketua Operasi dari Balai Bomba Seremban, Mokhtar Mohamad berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bersama satu jentera bomba berserta tujuh anggota.
Katanya, ketika sampai ke tempat kejadian, mangsa lelaki telah selamat dikeluarkan dari keretanya yang terhumban di dalam Sungai Belihoi dan mangsa wanita masih berada di dalam kereta.
"Kita terpaksa mengeluarkan mangsa wanita dari arah cermin belakang berikutan bahagian pinggangnya yang patah dengan mengambil masa kira-kira 15 minit.
"Keseluruhan operasi menyelamat berjaya diselesaikan pada jam 4.15 petang,

Sinar

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Our Wonderful Simple Life: Cerita cuti kami <b>di Port Dickson</b>

Posted: 05 Nov 2012 10:48 PM PST

I was at Glory Beach Resort
Seperti entry sebelum ini Glory Beach Resort-Port Dickson akak kata ada baucer untuk ditebus. Kami hanya akan pergi ke Legoland pada hari selasa maka kenalah akak sekeluarga cuti-cuti Malaysia sebelum sampai harinya. Akak ke Legoland dengan kawan-kawan sepejabat jadi kenalah ikut perancangan diaorangkan. Hari Isnin Rozi sefamili nak pergi ke Singapura tapi akak tak berhajat nak ikut itulah sebabnya singgah ke Port Dickson dulu.
Macam akak ceritakan dulu akak booking bilik di Glory Beach Resort(GBR) tu sebenarnya pemilik persendirian. Masa akak tiba di GBR hati dah berdebar-debar terfikir kalaulah owner tu tak datang mana pulak akak nak tidur malam ini. Masalahnya lagi ialah tak tahu nak tunggu di mana katanya di blok A tapi tak nampak tempat nak menunggu, akakni dah keluar masuk kereta takut dia tak nampak pulak nantikan. Anak-anakpun dah tergedik-gedik tengok kolam renang. Dalam pukul 1.45 tengahari gitu akak dapat panggilan dari satu nombor katanya dialah ownertu. Lega sesangat... hilang dah rasa saspen...
Masa dia tunjuk biliktu rasa seronokler sebab dengan harga yang murah akak dapat apartment yang ada dua bilik dan satu bilik air dan ada ruang tamu bersofa juga dapur yang lengkap. Kiranya berbaloiler juga... Anak-anak dah semangat sebab dapat bilik, sebab kat rumahpun diaorang memang takder bilik. Bersemangat sesangatler budak dua orangtu.. tapi bila dah dekat malam diaorang cakap ayah tidur bilik kecik tu diaorang nak tidur ngan ibu. Alasan tak boleh tahan sebab bilik kecil tu dekat ngan pintu masuk. Dasar penakut...

Singgah sebentar isi perut di sebuah kedai sebelum sampai Glory Beach Resort.
Gembira rasa hati sebab tempat bermalam kita yang sangat luas dan bersih... puas hati...
Bergambar dengan penyu bertelur, Glory Beach Resortni memang tempat penyu menetas.
The first ever turtle hatchery in negeri sembilan is located at  Glory Beach Resort's very own beach
Kami nak makan, sebab malas nak keluar makan di Cafe hotel sahaja.. oklah... 

Keseluruhannya hari pertama cuti-cuti Malaysia arah selatan kami berjalan lancar dan dipermudahkan.  Cuti sekolah nanti kalau dapat nak cuti-cuti Malaysia jugak.....

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Banjir Besar Landa <b>Lukut</b>. Kesal Kepada Pemaju?

Posted: 25 Nov 2012 05:30 AM PST


PORT DICKSON: "Sudah puluhan tahun tinggal di kampung ini, inilah kali pertama banjir berlaku dan paling teruk apabila air menenggelamkan rumah," kata Cheok Ah Kaw, 71, seorang daripada 47 keluarga mangsa banjir di Kampung Batu Tujuh, Lukut, di sini, semalam.

Hujan lebat berterusan sejak jam 2 pagi menyebabkan 200 keluarga dari beberapa kampung dan kawasan perumahan di Lukut serta sekitarnya termasuk Kampung Sri Parit, Taman Jaya Lukut, Taman Indah Jaya, Taman Wawasan dan Taman Sri Lukut ditenggelami air antara dua hingga tiga meter.

Tinjauan (myMeto) bersama menaiki bot Bomba dan Penyelamat Telok Kemang mendapati Kampung Batu Tujuh, Jalan Seremban dan kawasan rumah kongsi pekerja warga Indonesia ditenggelami air hampir keseluruhan rumah. Menurut Cheok, dia sekeluarga tujuh beranak resah apabila hujan lebat menyebabkan air mula naik dengan cepat dan segera menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sementara menunggu bantuan tiba.

"Saya sekeluarga termasuk menantu dan cucu cemas apabila air naik mendadak dan nekad pergi ke kawasan rumah jiran yang terletak di atas bukit.
"Disebabkan bimbang berlaku perkara tidak diingini, kami tidak dapat menyelamatkan harta benda lain," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, masalah sistem perparitan di kampung itu terlalu kecil selain sampah-sarap menyebabkan air tersekat dan melimpah keluar.
"Saya kesal dengan sikap pemaju yang tidak mengendahkan aduan kami sebelum ini mengenai masalah sistem perparitan yang sempit ini," katanya. Seorang lagi mangsa, Ng Ching Hong, 50, berkata, sikap pemaju perumahan amat dikesali kerana aduan sudah dibuat oleh penduduk kampung berkenaan laluan air ke longkang yang terlalu kecil.

"Kami harap bantuan segera sampai kerana kemusnahan yang kami alami amat teruk. Rumah, pakaian dan kereta habis musnah dimasuki air dan tidak dapat diselamatkan. Kami tak tau macam mana lagi nak meneruskan hidup," katanya. (Disunting dari myMtetro)

gambar-banjir-besar-landa-<b>lukut</b>-rumah-tenggelam-sampai-bumbung

Posted: 24 Nov 2012 06:06 PM PST

Dilaporkan Banjir besar telah melanda  Lukut di Negeri Sembilan sehingga ada rumah yang tenggelam sehingga paras bumbung.

Kejadian ini amat luar biasa bagi penduduk Kampung Batu Tujuh, Lukut kerana menurut seorang penduduk yang bernama Cheok Ah Kaw, 71 dia berkata "Sudah puluhan tahun tinggal di kampung ini, inilah kali pertama banjir berlaku dan paling teruk apabila air menenggelamkan rumah".

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Kampung Sri Parit, Taman Jaya Lukut, Taman Indah Jaya, Taman Wawasan dan Taman Sri Lukut ditenggelami air antara 2 hingga 3 meter.

Difahamkan kejadian ini mungkin berpunca dari sistem peparitan yang sempit selain tersumbat dengan sampah sarap.

Menurut seorang mangsa banjir ini katanya, masalah sistem perparitan di kampung itu terlalu kecil selain sampah-sarap menyebabkan air tersekat dan melimpah keluar.

"Saya kesal dengan sikap pemaju yang tidak mengendahkan aduan kami sebelum ini mengenai masalah sistem perparitan yang sempit ini," katanya.

Seorang lagi mangsa, Ng Ching Hong, 50, berkata, sikap pemaju perumahan amat dikesali kerana aduan sudah dibuat oleh penduduk kampung berkenaan laluan air ke longkang yang terlalu kecil.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

banjir [Gambar] Banjir Besar Landa Lukut, Rumah Tenggelam Sampai Bumbung

Gambar rumah yang ditengelami banjir di Lukut. kredit Metro.com.my

banjir lukut [Gambar] Banjir Besar Landa Lukut, Rumah Tenggelam Sampai Bumbung
Ada kereta yang tenggelam.

pixel [Gambar] Banjir Besar Landa Lukut, Rumah Tenggelam Sampai Bumbung

05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


Internal Hard Disk: Tertinggal <b>di Gemas</b>

Posted: 13 Nov 2012 08:30 AM PST


Ini pengalaman aku tertinggal keretapi di Gemas...

Kronologi 1
Aku naik keretapi dari Wakaf Bharu ke JB Sentral. Bertolak malam, dalam pukul 8.45. Tapi keretapi ni tak dapat sampai terus ke JB Sentral sebab landasan sedang dibaikpulih. Terpaksa turun di stesen Kluang. Nasib baik Denesh duduk Kluang, jadi dah berjanji dengan dia nak tumpang balik UTM.

Kronologi 2
Macam biasa, mulut aku terlebih ramah dan jumpa kawan baru, gadis kacukan Cina-Siam yang belajar kat UTM juga. Dia kelam-kabut sebab tak tahu yang keretapi tu berhenti kat Kluang saja. Dia tanya aku balik UTM macam mana? Jadi aku bagi tahu dia yang ada kawan ambil kat stesen Kluang. Dia nak tumpang sekali jadi aku telefon Denesh. Aku bagi Denesh bercakap sendiri dengan budak tu. Denesh cakap OK, boleh tumpang sekali.

Kronologi 3
Malam tu aku bermimpi, budak Cina-Siam tu tinggalkan aku. Lepas tu aku terus tersedar. Keretapi berhenti kat stesen Gemas. Tengok jam, dah masuk waktu Subuh. Aku tengok tandas-tandas keretapi terlalu basah dan kotor, baik aku turun ambil wuduk kat tandas stesen. Aku tanya akak-akak yang sama-sama turun di stesen tu, mereka cakap keretapi berhenti lama kat situ. Jadi aku ke tandas dan ambil wuduk. Masa ambik wuduk aku dengar siren keretapi dan semacam ada keretapi yang berlepas dari stesen. Seingat aku ada dua buah keretapi yang berhenti serentak tadi, pada fikiran aku mungkin keretapi lain yang dah berlepas. Nyata jangkaan aku salah. Aku dah tertinggal di Gemas ni! Mimpi malam tadi jadi kenyataan. Nasib baik aku bawa beg duit dan hp...

Kronologi 4
Tergamam seketika bila tengok keretapi dah tak ada. Lepas fikir-fikir balik, OK redha sajalah. Lagipun niat turun tadi memang atas niat yang baik. Allah akan permudahkan semuanya. Aku terus cari petugas KTMB untuk maklumkan yang aku dah kena tinggal dengan keretapi. Petugas tu bawa aku jumpa Ketua Stesen. Dia juga rasa bersalah sebab pagi tu dia tidak membuat pengumuman seperti biasa apabila ada keretapi hendak berlepas. Dia minta aku tumpang keretapi dari KL. Tak perlu bayar apa-apa. Dia juga uruskan agar semua barang aku diturunkan di stesen Kluang. Alhamdulillah selesai masalah tapi solat Subuh belum lagi! Bergegas ke surau stesen. Wah, nasib baik wuduk aku belum batal!

Kronologi 5
Telefon Denesh cakap aku ditinggal keretapi. Takut dia bimbang dan minta dia tolong cari gadis Cina-Siam tu. Lagipun kami dah berjanji. Denesh cakap dia akan tunggu budak tu kat stesen Kluang.  Sebenarnya, usaha ni agak susah nak berhasil sebab Denesh tak kenal budak tu dan no. hp dia pun kami tak 'saved'.

Kronologi 6
Tak selesa jalan-jalan kalau tak gosok gigi dan basuh muka, jadi aku 'survey' kawasan sekitar stesen tu untuk cari kedai. Nak beli berus gigi dan pencuci muka. Banyak kedai tak bukak lagi. Nasib baik ada sebuah yang buka. Jauh betul kena jalan. Hu3x. Ada restoren KFC kat belakang stesen tu tapi bukak pukul 7.30.

Kronologi 7
Lepas gosok gigi dan cuci muka, aku merayap lagi. Aku nampak ada stesen bas dan teksi. Aku tanya-tanya juga orang-orang kat situ macam mana nak pergi Kluang? Jaraknya berapa? Berapa jam sampai? Kalau naik bas henti-henti kena tukar stesen kat mana dan bla bla bla. Tapi orang kat stesen keretapi macam tak galakkan aku naik bas atau teksi. Bahaya agaknya... Terpaksalah tunggu keretapi dari KL. Pukul 11 baru keretapi sampai. Itupun kalau tak terlewatlah!

Kronologi 8
Perut lapar. Pergi sarapan KFC dulu. Dah kenyang mulalah rasa mengantuk. Takkan nak tidur kan? Aku merayau lagi. Best merayau sebab kebanyakan kedai dah bukak. Rambang mata aku tengok barang-barang yang dijual. Semua murah-murah. Banyak juga aku beli. Kira melencong dan melancong secara tak sengajalah ni. Ha3x.

Kronologi 9
Setelah letih bersiar-siar dan membeli-belah, aku kembali ke stesen Gemas. Aku dah tak rupa orang kena tinggal dengan keretapi dah sebab penuh barang kat tangan. Ha3x. Dalam pukul 12 baru keretapi datang. Akhirnya, bergerak meninggalkan Gemas dengan seribu kenangan. Ha3x.

Kronologi 10
Sesampai di stesen Kluang, aku pergi jumpa ketua stesen untuk ambil barang-barang yang tertinggal. Pegawai tu tanya aku ada beg duit ke? Aku cakap adalah sebab aku bawa sekali masa turun kat Gemas. Dia nampak keliru. Dan tiba-tiba baru aku teringat yang aku ada 'purse' tambahan dalam beg sandang aku. Memang terbiasa sediakan dua 'purse' sejak kes beg kena toreh dulu. Langkah berjaga-jaga, nanti kalau hilang satu, ada satu lagi 'backup'...

Kronologi 11
Lepas siap urusan tuntutan beg dan bagasi, aku telefon Denesh. Dalam 15 minit, Denesh sampai. Denesh cakap kami ada kelas petang tu. Aku memang ingat kelas tu dah dibatalkan. Bukan ke Ustazah cakap dia nak pergi kursus? Blur. Lepas congak-congak, kami rasa sempat sampai UTM dan boleh hadir kelas tu. Malangnya hujan kat lebuhraya. Trafik bergerak perlahan. Kami tiba di UTM agak lambat. Sampai CFirst, terus berlari ke kelas sebab waktu kelas dah hampir tamat. Kedatangan tu penting kan? Asal tunjuk muka kira OK la kan. Kami bukan sengaja pun...

Pergi kelas tak mandi, you all! Buat sejarah ni! Ha3x.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved