ads

Rabu, 13 Jun 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


KOPILAH ( Kuala Pilah ): SIAPA YANG BAKAL MELOLONG <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2012 07:03 AM PDT


AGAK-agaknya lah , ada tak pemimpin umngok Kopilah yang melolong sakan , berguling-guling menangis dan meraung apabila baca berita vateren wakil rakyat umngok sendiri menolak kepimpinan mat asan .

Bukan setakat itu , buat pulak laporan kepada kepimpinan bahawa mat asan bukan winnable candidate malahan boleh menyebabkan nogori ini tergadai kepada pr jika meneruskan juga hasrat mencalunkan mat asan di dun mahu pun di peringkat parlimen .

Biarpun ada berita mat asan nak beralih angin ke dun Paroi tapi mahu ke orang Paroi menerima mat asan sedangkan calun sebelum ini , bekas wakil rakyat kota sepenggal pun kena pancung kat pengundi disitu , tidak mustahil nasib mat asan bakal macam itu juga .

Boleh ke orang lupa peranan yang dimainkan oleh abang mat asan dan adiknya selama ini sahinggakan ahli-ahli umngok sendiri menyampah dengan mat asan disebabkan permaianan keluarganya .

Di Kopilah , siapa kah yang lari dari isa apabila isa tidak jadi lagi jadi mb dan kemudiannyaa berkiblat kepada mat asan dan akhir-akhir ini buat perangai yang sama , lari pulak dari mat asan .

Jika mat asan yang ada ada kuasa sebagai pengerusi be end negeri pun boleh diketepikan , tak kan asan kepiting tak boleh ketepikan ketuanya yang sememangnya tidak berapa sebulu dengan beliau .

Sifirnya mudah , bila kita buat orang sampai masanya orang akan buat kak kita , bila zahar di buang kerana dah tak bertaring , tak kan tak boleh buang kepimpinan yang taringnya dah tumpul .

Alamatnya pencacai sekeliling macam nibung , ayiem , yahya fulus , anan , jimmy , waiima ghafar rashid pun boleh kena sakit jantung jika ayam tambatan dah terkeluar gelanggang dalam pru nanti .

Itu belum lagi jika kalah sekali di peringkat negeri , alamat ada yang tidur mata ke siling sampai pagi mengenangkan nasib .

Tapi apa nak heran , jika muka ada kulit haramjadah tu , boleh tukar kem , sokong pulak calun yang menjadi yb baru dan kemudian ulangi kembali perangai yang sama , gerenti projek masuk punya .

Asan kepiting pun jangan koyok sangat , biar pun nama agak harum di peringkat bawahan tapi itu tak cukup kerana asan kepiting pun ada tercalit tahi ayam juga .

Tengok-tengok lah tanah di Juasseh dan Parit Tinggi , siapa agaknya yang dapat tanah rezab yang dah dibatalkan rezabnya itu ?

Cerita lama beb , kalau geng anan boleh tolong , minta semak tapak bekas balai penghulu juasseh dan tapak balai raya kampung mara parit tinggi , masih kekal tanah kerajaan atau dah jadi tanah milik .

Tengoklah juga gelagat along sekarang ini , macam pakai body guard , jalan berkelompok , bergaya sakan tambahan lagi jadi ajk pemuda , ada peluang untuk tambah kroni dalam kepimpinan Kopilah tu .

Iddin , biarpun jadi naib ketua , tapi tak di pareahkan oleh anan dan khabarnya selalu berlaga pawang kerana tak berapa sebulu dengan ketuanya , ketuanya pulak tu pernah di gelarkan tak bertolo bila sokong calun lain , bukan kj sedangkan kj orang Rembau untuk jadi ketua pemuda dulu , macam kera di hutan disusukan , anak dirumah mati kelaparan .

Lantak lah asalkan dua kerusi di Kopilah ini dapat di faraidkan pulak kepada PR , satu di Johol dan satu lagi di Pilah , tempat anan , cukuplah, maca pun dah tak di percayai oleh kelompok dia , apalagi umngok ?

PP - boleh percaya ke ?

05 di lenggeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lenggeng - Google Blog Search


! AYIE-FIKRI !: Kenangan <b>Di</b> Sek Keb Mendum <b>Lenggeng</b> Part 4

Posted: 04 Jun 2012 09:33 AM PDT

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Ok ini adalah last part bagi kenangan di Sek Keb Mendum.. banyak kenangan yang ayie dapat sepanjang berada di sana..macam nak mengajar balik pon ada..hehe..so jom enjoy tengok gambar terakhir

Dari kiri: Encik Razak (Matematik & PJ), Puan Junaidah ( Ketua Kerani), Puan Halijatul Akmal (Sains), Puan Zamila (Matematik), Puan Khairul Bariyah (Bahasa Arab), Encik Zaidi (Pendidikan Islam), Encik Airul Anwar (Guru HEM), Encik Zaharuddin (Guru Besar), Puan Siti Khajar (Guru Penolong Kanan) dan Encik Khalid (Guru Penolong Ko-Kurikulum)
Tiada dalam gambar: Puan Yeow (English), Puan Shawarillah (Kemahiran Hidup), Puan Zalina ( Pendidikan Islam) dan Puan Fauziyana (Pemulihan)

ALHAMDULILLAH.. hadiah daripada murid-murid dan guru :)
buka je hadiah.. wah ada baju Harimau Malaya..siap tulis lagi nama ayie.. thank you very much:)
Ayie ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada seluruh ahli SK Mendum tak kira la murid, cikgu, pentadbiran dan bukan pentadbiran.. Terima Kasih kerana memberi peluang kepada ayie untuk mengajar disana :)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Part 1, Part 2, Part 3

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


AISYAH BAKAL JADI CALON PRU13 PAS <b>DI JEMPOL</b>!!! - Flying Kick

Posted: 12 Jun 2012 03:30 AM PDT

Baru sebulan dua penyanyi Aishah menyertai PAS, desas-desus kencang bertiup di dalam parti itu yang menyatakan dia akan terpilih sebagai calon mewakili parti tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Khabarnya, bisik-bisik di dalam PAS memberitahu bahawa Aishah akan dicalonkan di Jempol, Negeri Sembilan. Tak tahulah sama ada di Parlimen atau DUN. Tapi begitulah dikhabarkan…

Bagaimanapun, Aishah di dalam temubual bersamah Harakah baru-baru ini memberikan jawapan standard mengenai desas-desus tersebut dengan menafikan dirinya telah terpilih menjadi calon PRU mewakili PAS.

Namun, Aishah beberapa kali menjelaskan bahawa dia BELUM mendapat tawaran rasmi dari partinya untuk menjadi calon di Jempol nanti.

Dalam ertikata lain, Aishah sudah tentu ada menerima tawaran untuk menjadi calon untuk PAS, cuma dia belum mendapat tawaran rasmi dari parti tersebut.

Menariknya, perkhabaran tersebut dikatakan telah menyebabkan seorang lagi "artis PAS" sakit hati, meradang dan geram.

Menurut sumber, selebriti yang menyertai PAS lebih awal dari Aishah itu bengang pada Aishah yang mendapat tempat sebagai calon PRU mewakili parti berbanding dirinya yang lebih senior dan lebih "warak"… BACA SAMBUNGAN DI KEDAHAN69ERS.COM

05 di jelebu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


BudakMental: KAWASAN <b>JELEBU</b> NI ADA KE TIDAK PKR?

Posted: 10 Jun 2012 01:30 PM PDT

Malam kelmarin aku pergi ke program ceramah di sebuah kampung di Jelebu, N. Sembilan.  Selepas program ceramah aku dok sembang-sembang dengan orang-orang situ berkaitan politik di Jelebu.  Ramai dari mereka optimis Jelebu kali ini ada harapan sekurang-kurangnya satu kerusi Dun dapat dirampas dari Umno/Bn.
Masalahnya kata mereka, di Jelebu ini hanya PAS dan DAP saja yang bergerak.  PKR seumpama tiada di Jelebu, tetapi para penyokong PKR agak ramai juga.  Ertinya, pimpinan PKR di Jelebu tidak bekerja, itu jangkaan aku.  Memang benar pun, jika tidak percaya cuba semak rekod selepas PRU 2008, berapa banyak program anjuran PKR di Jelebu?  Kosong.  Kosong beb.....
Program PR memang sedang rancak di Jelebu, tapi di antara PAS dan DAP sahaja.  PKR dikatakan diperuntukan satu kerusi Dun di Jelebu iaitu di Dun Pertang.  Mana program PKR di situ?  Bahkan, sampai sekarang ramai penyokong PR di Jelebu tidak kenal nama jauh sekali wajah Ketua Cabang, Wanita dan AMK Jelebu?  Dah tu, mengapa PKR perlu bertanding di Jelebu?  Bertanding untuk tempah kalah sajakah?  Jika begitu, baik serah kepada PAS atau DAP sahaja.  
Aku mahu menarik perhatian Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Bahrin.  Sepanjang beliau menjadi Pengerusi PKR N.S, berapa kali beliau turun ke Jelebu?  Jangan tanya samada DS Anwar pernah turun atau tidak ke Jelebu jika Pengerusi PKR Negeri pun tidak mahu menjenguk Jelebu.  Kuat sangatkah Umno/Bn di Jelebu?  Pernah ke Pembangkang hilang deposit di Jelebu?  Tidak pernah pun.  Ertinya Umno/Bn tidak kuat, tetapi kita yang malas buat kerja hanya harapkan kawan-kawan yang lain je.
Aku harap PKR Jelebu dapat buktikan bahawa mereka masih ada nyawa di Jelebu.  Jika tidak, lebih baik jangan tamak, serahkan saja kerusi Dun Pertang pada PAS atau DAP. 

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


Gentleman&#39;s Club: muzium kota <b>lukut</b>

Posted: 12 Jun 2012 06:02 PM PDT

Isnin dan selasa lepas gua adalah bercuti, Tak pi mana mana pun, duk ja kat umah mak apak gua. Pastu Kemal juga ada. Sabtu malam minggu tu gua, kemal dan adik perempuan gua smangat smangat nak pi tonton Madagascar 3, tapi malangnya tinggai seat dihapadan sahaja. Jadi plan B is karok. Yer ini kali pun amek 3 jam, last few days aku ngan kemal semput semput nyanyi 3 jam di redbox sana, but now kami bertiga dan tak lah sesemput itu hari. 
ok ini cerita hari isnin. Hampir tgh ari, kami bertiga sudah kuar umah, pi makan nasik ayam lalu bergunting rambut. Gunting rambut punya cerita aku cerita lain entri sbb ada kejadian disebalik itu. Pastu pi Muzium Kota Lukut. Muzium ni letak nya di lukut lah, berhampiran Shell. Masuknya percuma. Dan semasa kami kesana, pameran buaya sedang diadakan. Tapi idaklah di pamerkan buaya hidup. Smua pun buaya yang kejung dan kaku. Oh yer, masuknya juga adalah percuma. 
Selain pameran buaya, muzium ini menempatkan beberapa artifak yang berhubung kait dengan pembukaan Lukut. Dari mula pendudukan British hingga lah dia ambil alih oleh org org melayu. Banyak boleh dipelajari didalam muzium ini, tapi knowing gua yang malas membaca ini. Tgk gambar sudah memadai.
So pada lu orang yang berkunjung ke Port Dickson ini dan tak tau nak bikin apa selain mandi laut, boleh lah berkunjung ke muzium ini. Ada sebijik lagi muzium tentera darat di Bt 4 sana, pun boleh dilawati. Selamat melancong.
*Mencuci kereta kemal di pagi sabtu*
Farid kata: For those yang menjadi plane spotter, Muzium Kota Lukut adalah tempat yang bersesuai untuk spot the plane, ini pesawat pesawat terbang rendah dan bersedia untuk mendarat. Sangat bagus!
Published with Blogger-droid v2.0.4

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Pentadbiran seimbang dilaksanakan <b>di Negeri Sembilan</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 11:09 AM PDT

PAROI, 12 Jun- Anjuran bersama JKKK Kampung Baru Paroi Dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Rembau telah mengadakan majlis makan malam bersama rakyat 1 Malaysia berlangsung di Dewan Wawasan SJK (C) Kampung Baru Paroi, malam tadi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Rembau, Tuan Haji Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar.

Dalam ucapan Menteri Besar, beliau amat berbangga dapat menghadiri majlis seperti ini kerana ia dapat  memupuk  generasi Malaysia.

Malahan, pentadbiran seimbang yang dilaksanakan di Negeri Sembilan sama sekali tidak menganaktirikan kawasan-kawasan yang ditakluk oleh pihak pembangkang.

Beliu turut menyeru agar semua ketua parti komponen Barisan Nasional berganding bahu dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah rakyat.

"Mari kita sama-sama pastikan bahawa negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ini akan terus ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional," kata beliau.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM40,000 kepada JKKK Kampung Baru Paroi.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Oleh : Siti / Foto : Ainaa

PASPB: MAKIN BERMASALAH!!!UMNO bercakar <b>di Negeri Sembilan</b>

Posted: 12 Jun 2012 02:04 PM PDT

Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13."Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi. "Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tdak akan undi BN," kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin. 
Menurutnya, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.

"Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu. "Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, " kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau.

Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13.  Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu, penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad yang tidak gembira dengan Mohamad.

"Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau," kata Mohd Fauzi Othman.

'Orang Isa tidak suka Mohamad'


Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau. Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu.

"Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar. "Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat.

"Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat. "Cara ini (korporat) mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan," katanya lagi.

Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13. Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat.

"Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?" katanya lagi. Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding di DUN Paroi yang kini diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam PRU 13.
Addin
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved