ads

Selasa, 10 April 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: TURBO INTERCOOLER

Posted: 10 Apr 2012 02:45 AM PDT

TURBO
Turbo adalah singkataan kepada turbocharger, satu kaedah untuk memaksa arus berupa gas yang terbit dari exhaust untuk memutarkan turbin dimana ia berfungsi sebagai pump untuk menolak masuk udara ke ruang pembakaran didalam enjin. Pump ini dari jenis 'centrifugal compressor' atau berbentuk sesiput dimana ia di kuasakan oleh kipas pepisau atau 'turbine' yang di pacukan oleh gas yang terbit dari 'exhaust'. Kaedah ini banyak terdapat dalam kenderaan sebagai plihan kepada pengguna atau sebagai alat tambahan selepas jualan.                                                           
                                                              Sejarah
Turbo dari perkataan Greek bermaksud berpusing dan bergaul, ia telah bermula seawal abad yang ke19 apabila Gottlied Daimler mempatenkan teknik mengunakan gear memacukan pump untuk menolak udara kedalam ruang pembakaran enjin dalam tahun 1885. Turbocharger telah direka oleh jurutera Swiss Alfred Buchi yang menerima paten dalam tahun 1905 mengunakan 'compressor' yang dipacukan oleh gas dari exhaust untuk menolak udara kedalam ruang piston didalam enjin.

Antara 'Turbochargers' dan 'Superchargers'

Kedua dua perkara diatas adalah apa yang dipanggil 'Induction system' atau sistem sediaan arus. Perbezaan antara kedua ialah 'turbochargers' di pacu mengunakan gas yang terbit dari exhaust, sedangkan 'Superchargers' dipacu mengunakan tenaga mekanikal dari enjin samaada mengunakan belt dan puli atau rantai dan sprocket atau pun gear.
INTERCOOLER
Intercooler atau nama lain 'heat exchanger'merujuk kepada  apa saja alat yang digunakan untuk menyejukan zat zat (fluid) samada cecair atau gas yang menjadi sisa terhasil semasa proses pemanasan.

Sejarah
Tidak dapat dipastikan siapa yang mula mula mengunakan kaedah ini atau siapakan yang mula mula mereka sistem ini, sistem ini  telah wujud pada sekitar 80an mungkin pada tahun 1985 atau mungkin telah wujud lebih awal dari itu, tiada fakta yang jelas.

Fungsi 'intercooler'

Intercooler dimana kebanyakannya digunakan untuk 'air comperessor, air conditioner, peti ais dan 'gas turbine'. Gas turbine sebagaimana diketahui banyak terdapat dalam bidang automative, ia digunakan sebagai sejukan udara ke udara  (air to air) atau sejukan udara ke cecair (air to liquid cooler).
   Intercooler akan di sambungkan kepada sistem tekanan sediaan atau disebut 'induction' seperti 'turbo chargers' atau ' superchargers'. 'Induction pula akan menyalurkan zat zat yang telah disejukan keadalam sistem pembakaran enjin (combustion engine) untuk menambah keberkesanan kemampuannya atau disebut 'volumetric efficiency' . Keberkesanan ini diukur pada paras pengiraan kemampuan atau disebut 'isobaric' atau pada paras kestabilan tekanan (constant pressure) semasa
penyejukan.   

Ia sebenarnya adalah untuk menyejukan sisa pembakaran yang kebiasanya dibuang melalui exhaust tetapi dikitar semula untuk mengerakan bilah bilah kipas dalam sistem turbo kemudian diberi nafas baru apabila disejukan yang akan menambahkan oksigen dengan itu dapat dimenafaatkan semula oleh sistem pembakaran diadalam injen.

 Sebahagian dari 'turbo'
Intercooler adalah salah satu bahagian dalam sistem 'Turbo' namun begitu tidak semestinya  sistem tubo itu memerlukan intercooler andainya sistem turbo itu hanyalah untuk kegunaan ringan. Sistem 'Turbo' dalam bidang automative keperluannya  adalah lebih diambil kira kerana ia termasuk dalam kegunaan berat.

Bentuk fizikal
   Bentuknya seperti 'radiator' tetapi hanya mendinginkan udara yang telah dimampatkan kedalam 'tubin' kemudian disalurkan semula kedalam ruang pembakaran didalam enjin untuk membantu pembakaran yang lebih baik. Kebiasaanya ia dipasang samaada dihadapan enjin berdekatan dengan radiator atau diatas enjin dengan bentuk seperti hidung atau disebut 'hood scoop' diatas penutup enjin.
TMIC

   Jenis 'hood scoop' atau disebut juga TMIC (top mounted intercooler) udara akan memasuki 'hood scoop' terus melalui gril ke saluran bawah penutup enjin. Kaedah ini kadangkala mengalami kepanasan disebabkan kedudukannya yang dekat dengan enjin yang panas  mencecah 4500 C hingga 10000C , ini boleh mengurangkan keberkesanan nya.

FMIC

FMIC (front mounted intercooler) dimana udara dipaksa melalui hadapan bumper, kerana ia melalui bumper yang terbuka rekaan ini jauh lebih bagus dari segi keupayaannya. Kelemahan kaedah ini ialah seluruh sistem ini terdedah kepada serangan dari serpihan sisa runtuhan atau 'debris' disebabkan kedudukannya disebelah bawah depan dan dengan keadaan bumper yang terbuka. Kadangkala lokasi pemasangan boleh di ubah kebelakang radiator bergantung kepada keadaan yang  menyebabkan   kepanasan enjin.

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Homestay Mama <b>Di Bahau</b> : Semua Homestay

Posted: 31 Mar 2012 11:40 PM PDT

KAMI MEMBANTU ANDA UNTUK MENDAPATKAN PENGINAPANYANG SELESA DAN BERPATUTAN UNTUK ANDA YANG INGINKE NEGERI SEMBILAN TERUTAMANYA DI
BAHAU/KUALA PILAH SERTA KAWASAN-KAWASANSEKITARNYA.

LOKASI :
1) 5 MINIT KE BANDAR BAHAU
2) 5 MINIT KE KTM BAHAU
3) 5 MINIT KE PERHENTIAN BAS BAHAU
4) 5 MINIT KE PUSAT PERINDUSTRIAN SERVIS KERETAMASAN
5) 20 MINIT KE FELDA SG KELAMAH
6) 15 MINIT KE FELDA SERTING
7) 15 MINIT KE BANDAR BARU SERTING
8) 30 MINIT KE FELDA JELAI
9) 40 MINIT KE AIR TERJUN ULU BENDUL
10) 35 MINIT KE SERI MENANTI
11) 20 MINIT KE ROMPIN
12) 25 MINIT KE HOSPITAL KUALA PILAH

KEMUDAHAN DI BANDAR BAHAU :
1) BANK ( CIMB/MAYBANK/HONGLEONGBANK/AMBANK/BSN/BANK
RAKYAT/PUBLIC BANK/RHB BANK/AGRO BANK )
2) PASARAYA ( KIARA SQUARE/ BILLION/ECONSAVE )
3) BANYAK KEDAI BUAH-BUAHAN BERDEKATAN AMBANK
4) NASI AYAM GEMAS BERHADAPAN DENGAN PASARAYAKIARA SQUARE
5) PELBAGAI JENIS STALL MAKANAN BERDEKATAN CIMBBANK
6) PELBAGAI KEDAI BARANGAN HANTARAN PERKAHWINAN /PERTUNANGAN
( NONA FLORIST-PEMBORONG DAN PERUNCITALAT-ALAT PERKAHWINAN )

KEMUDAHAN :
1) RUMAH TERES (3 BILIK + 2 BILIK AIR)
2) TV (ASTRO), PETI SEJUK, IRON, KETTLE, WASHINGMACHINE, DAPUR MEMASAK
3) KAWASAN YANG BERDEKATAN DENGAN PASARAYA &TEMPAT MAKAN PELBAGAI CITARASA ANDA YANGMENAWARKAN HARGA YANG BERPATUTAN

KADAR MENGINAP PERDAY
WEEKDAY : RM80
WEEKEND : RM100

UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN :

019-2046808 / 012-6468120 – PN ROHANI
(MAMA )
- rohanihussain32@gmail.com -

Contact mama rohani

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Gambar Ferrari Terbakar <b>Di Seremban</b> | Hafiz Rahman

Posted: 17 Mar 2012 10:25 AM PDT

Ferrari terbakar di Seremban,gambar ferrari terbakar, ferrari terbakar, ferrari kemalangan, gambar ferrari kemalangan


Sebuah kereta Ferrari terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban. Kereta yang dipercayai berkonvoi bersama kereta mewah yang lain itu terbakar dalam perjalanan menghala ke Seremban.

image

Pemandu Ferrari tersebut yang berumur dalam lingkungan 50 tahun sempat menyelamatkan diri dengan memberhentikan kenderaanya di lorong kecemasan apabila menyedari keretanya mula terbakar.

Sebuah jentera bersama sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.

image

Pegawai Bomba merangkap ketua operasi, Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

image

Bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit. Walaubagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati 90 peratus struktur kereta itu telah musnah. Punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.

**Menangis jugak la kan tengok kereta mahal macam ni terbakar. Tapi tak apa la. Bukan terbakar macam tu je. Insuran tetap boleh claim. So tak rugi banyak mana sangat pun kan? Dan yang pakai ni confirm2 la memang dari golongan yang kaya gila.

**Baru ja lalu sebelah Naza World tadi masa otw nak ke Mid Valley . Banyaknya kereta mewah dalam tu. Bila la agaknya nak boleh pakai kereta mewah mewah ek.

 

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved