ads

Isnin, 10 Disember 2012

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


Puteri UMNO Bahagian Seremban & <b>Rasah</b> - Pradigma Srikandi

Posted: 20 Oct 2012 01:35 AM PDT

 Puteri Seremban Dan Puteri Rasah bersama dalam Program Puteri Prihatin di Hospital Tuanku Jaafar Seremban..

Mengunjungi Pesakit Warga Emas Melayu..
Bertanya khabar...semoga cepat sembuh...

 Tq atas kerjasama yang baik...Ketua Jururawat yg bersama dalam lawatan. 
Sebelah kanan, Pn Norashikin Abdul Rahman, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah
Bersama Krew Jelita.. Bertugas di hari pertama.. Bila Seremban dan Rasah bergabung.. Nilah hasilnya

Tiada ahli keluarga yang datang menjenguk sepanjang berada di hospital... Semoga Auntie cepat sembuh. Bertepatan dengan kempen 'Sayangi Warga Emas' yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Negeri Sembilan pada 24 April 2012, perkara seperti ini perlu dipandang berat dan diambil perhatian.. Semoga ramai anak di luar sana tidak melakukan kedua ibu bapa seperti ini.. Mereka insan yang banyak pengorbanan buat kita.. Mohon sayangi warga emas dan mereka yang memerlukan bantuan.. :) 

Wad seterusnya.. Sayang.. :)

Auntie ini gembira menerima kunjungan kasih sayang dari ahli Pteri UMNO Seremban.  Kita kasih pada semua.. 1Malaysia.. semua kaum tidak terpinggir..

 Bersama Naib Ketua Puteri Bhg. sempat singgah di Balairaya Jiboi Baru, Program Salam Sayang Wanita UMNO.

Kami sempat mengunjungi dan melawat Mazwin AJK Puteri Bhg.Sban yang telah melahirkan bayi lelaki baru-baru ini.
Alhamdulillah, akhirnya keadaan mengizinkan saya untuk mengemaskinikan blog Pradigma Srikandi.  Sebentar nanti di kawasan Sikamat pula.. Insya Allah, saya tidak akan berhenti berkhidmat selagi nyawa di kandung badan..
Terima kasih kepada ahli-ahli Puteri dan Belia yang sentiasa bersama aktiviti Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban mahupun aktiviti Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.
Kita bukan belia 'demo crazy'.. kita belia Nusa dan Bangsa.. Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.. 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban 
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 
Presiden Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


apa - apa aje lah.......: Limau Kasturi <b>Di</b> Dataran <b>Tampin</b>

Posted: 02 Dec 2012 08:39 PM PST

Selesai majlis persandingan Feitah, aku dan keluarga bergegas balik ke Kuala Lumpur. Rehat dalam dua jam kemudian balik pula ke Kampung Semerbok, Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan untuk membuat persiapan akhir majlis perkahwinan Ain.
Selepas menghantar keluarga ke rumah pengantin, aku terus menuju ke Dataran Tampin untuk melihat apa dah jadi dengan Lokomotif Kelas 22 Nombor 22131 (Limau Kasturi).
Cuaca mendung pada ketika aku sampai di situ.
Kalau ditambah satu atau dua gerabak, pastinya lebih menarik.
 Lokomotif ini dibaikpulih oleh peserta Pusat Serenti Tampin (kalau tak silap aku)
 Bahagian belakang 'cab' nampak ok.
 Tapi sayang nombornya dah hilang!
 Patutnya diletakkan di Perhentian Limau Kasturi, Kelantan.
 eh.... keretapi pun ada stering ker?
Nombor Siri lokomotif ini
 Hos yang dah dirosakkan
 Akan bertambah cantik bila dicat semula
 Dulu tak ada apa-apa di sekitar keretapi ni, tapi sekarang dah ada macam-macam.

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Himpunan Kebangkitan Rakyat <b>Di Negeri Sembilan</b> Diawali Dengan <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2012 05:30 PM PDT

Para pecacai Pakatan Rakyat begitu seronok dengan kehadiran ribuan orang di Taman Seremban Jaya untuk 'memeriahkan' Himpunan Kebangkitan Rakyat mewakili empat puak yang disimbolkan dengan warna iaitu oren untuk ANAK, kuning untuk BERSIH, merah untuk ROYALTI dan hijau untuk ANTI-LYNAS. Kata mereka, hujan lebat pada awal penganjuran program berkenaan, tidak mematahkan semangat para hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk hadir.

Menariknya ada yang mengatakan sehingga jam 10:00 malam tadi, jumlah yang hadir adalah seramai 30,000 orang!

Bayangkanlah, sebuah padang berkeluasan sebegitu rupa boleh menempatkan 30,000 orang… barangkali mereka semua terpaksa duduk berpangku riba bagi mewujudkan angka berkenaan.

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam program berkenaan dan sudah tentulah Anwar Ibrahim tidak terkecuali daripada program sebegitu rupa. Malah, bas, treler dan kereta mewah yang menggunakan keseluruhannya duit rakyat Selangor, yang dinamakan sebagai kenderaan Jelajah Merdeka Rakyat, turut dipamerkan dan dijadikan sebagai kenderaan yang menjadi simbol kepada keserakahan nafsu Anwar Ibrahim.

Kehadiran sebegitu ramai orang sebenarnya tidaklah sehebat pada tahun 1998 dan 1999 yang meyakinkan Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu akan jatuh dengan mudah. Bagaimanapun, apabila keputusan pilihanraya pada 1999, Anwar Ibrahim ternyata kecewa kerana sokongan yang jumlahnya puluhan ribu sewaktu dia tampil berkempen, tidak banyak membantu keputusannya pun.

Dan menariknya, keadaan di Himpunan Kebangkitan Rakyat itu juga hampir sama pada tahun 1998-1999 dengan kehadiran paling ramai dan majoriti tetap adalah orang Melayu yang mewakili PAS dan PKR. Manakala kaum Cina dan India dari DAP, tidaklah begitu ramai kecuali mereka yang menggunakan himpunan seperti itu untuk berkempen. Keadaan yang hampir sama dengan apa yang berlaku pada tahun 1998 dan 1999 dahulu!

Bagi generasi baru yang tidak pernah tahu atau ambil tahu tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 1998-1999 dahulu, jumlah yang mereka lihat di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban itu sebenarnya jauh lebih kecil dan kurang memberangsangkan.

Dan keadaan yang sama juga berlaku dengan 'amaran awal' yang kemudian ditukarkan dan dikatakan sebagai 'rahmat Allah Taala'.

Program yang sepatutnya bermula pada jam 3:00 petang itu terpaksa ditunda apabila hujan lebat yang disusuli dengan ribut petir serta angin keras, melanda kawasan berkenaan. Ramai yang bertempiaran dan mencari tempat perlindungan. Manakala golongan peniaga yang membuka gerai awal, mengalami kerugian apabila kebanyakan barangan jualan mereka basah lencun dan rosak.

Agak aneh melihatkan bagaimana golongan yang menjadi mesin propaganda Anwar Ibrahim boleh berbangga dan beranggapan bahawa apa yang berlaku pada sebelah petang semalam sebagai rahmat Allah Taala untuk perhimpunan berkenaan. Mereka langsung tidak menunjukkan perasaan takut dan gementar dengan ancaman yang didatangkan. Sebaliknya mereka mencabar Allah Taala agar menurunkan bala yang lebih besar seperti yang berlaku kepada penduduk Soddom dan Gomorrah.

Puncanya amat mudah. Mereka berasa sudah cukup kuat dengan kehadiran ramai orang dan jumlah yang ramai itu bagi mereka sudah tentu dapat melawan apa-apa sahaja bencana yang didatangkan nanti.

Sedikit tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya…

Sasaran kehadiran adalah seramai 50,000 orang. PAS telah mengeluarkan arahan agar ahli-ahlinya datang meramaikan himpunan yang didanakan oleh Rangkaian PASARAYA FAMILY yang pelanggan-pelanggan utamanya adalah orang Melayu tetapi pemiliknya berbangsa Cina dan penyokong kuat DAP. Padang yang menjadi tapak perhimpunan tersebut adalah tanah milik pemilik pasaraya berkenaan.

Bagaimanapun, jumlah yang hadir tidak sampai 20,000 orang walaupun para pecacai cuba menggambarkannya sebagai puluhan ribu orang. Hujan lebat dikatakan menjadi punca Pakatan gagal menepati sasaran hadirin.

Walaupun para pecacai Pakatan Rakyat cuba menggambarkan orang ramai yang hadir itu adalah rakyat Negeri Sembilan yang datang secara ikhlas dan tidak dibayar, hakikatnya, kebanyakan daripada mereka datang dari negeri-negeri Utara Semenanjung, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berdasarkan loghat percakapan selain bas-bas rombongan yang tertera alamat serta bernombor pendaftaran negeri masing-masing.

Dan perbualan dengan puak-puak berkenaan mengesahkan bahawa kehadiran mereka berbayar, bahkan turut diberikan juga adalah WANG ROKOK!!!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved