ads

Selasa, 16 April 2013

05 di ampangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di ampangan - Google Blog Search


Mohamad Rafie Ab Malek: TANAH RUNTUH <b>DI AMPANGAN</b>

Posted: 01 Apr 2013 03:10 AM PDT

Mengapa kerajaan NS pimpinan Mohamad Hasan masih gagal mengambil tindakan?

     Beberapa kawasan di Ampangan telah mengalami tanah runtuh yang agak kritikal iaitu di Taman Bukti, Taman Bukit Klana dan Taman Dato Shahbandar. Namun sehingga kini tiada tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa untuk membaikpulih kawasan yang terbabit. Keadaan ini meresahkan penduduk setempat yang mempersoalkan mengapa kerajaan NS yang ditadbir oleh BN masih tidak bertindak walaupun mereka telah maklum mengenai permasalahan ini.
Tanah runtuh di Taman Bukti telah berlaku semenjak tahun 2011 dan pihak berkuasa tempatan hanya meletakkan kain kanvas

     Menteri Besar NS Mohamad Hasan pada awal Januari 2013 telah melawat kawasan tanah runtuh di Taman Bukti. Lebih memeranjatkan tanah runtuh ini telah mula berlaku semenjak tahun 2011 dan kini menjadi lebih kritikal ekoran hujan lebat pada bulan Disember 2012 baru-baru ini. Namun sehingga kini masih tiada tindakan untuk memperbaiki tanah runtuh yang berkedudukan amat berhampiran dengan jalan utama di taman berkenaan. Lawatan tanpa usaha segera untuk mengatasi masalah ini tidak membawa makna apa-apa, ujar Dr. Ahmad Azam Hamzah, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Seremban.
     "BN adalah pentadbir kerajaan negeri dan mereka bertanggungjawab jika berlaku sebarang malapetaka yang boleh mengorbankan nyawa manusia dan kerosakan harta-benda akibat kelambatan mereka mengambil tindakan membaikpulih tanah-tanah runtuh berkenaan." nyata Dr. Azam. Beliau menegaskan kerajaan baru PR akan memastikan segala permasalahan rakyat seperti permasalahan tanah runtuh ini akan diambil tindakan segera.
     Manakala di Taman Dato Shahbandar,  sekurang-kurangnya empat keluarga di sini hidup dalam keresahan apabila kejadian tanah runtuh merosakkan dua daripada empat rumah tersebut berlaku pada jam 7.15 malam, 2 November 2012 yang lepas. Rumah yang paling banyak mengalami kerosakan ialah rumah milik En. Nasir Abdul Jalil, 33, apabila bahagian dapur dihempap dengan bongkah batu dan diliputi dengan tanah akibat kejadian tanah runtuh tersebut.
YB John Fernandez, Ahli Parlimen Seremban menunjukkan kawasan ta
runtuh di Taman Dato Shahbandar
     Lebih malang lagi, Majlis Perbandaran Seremban hanya membekalkan kain-kain rentang "banner" yang dirampas mereka untuk digunakan menutup kawasan tanah runtuh berkenaan. Kain-kain rentang yang dibekalkan juga tidak mencukupi kerana sebahagian besar tanah runtuh tersebut masih terdedah begitu sahaja. Sebarang pergerakan tanah akibat aliran air akan boleh menyebabkan rumah-rumah bersebelahan rumah En. Nasir Abdul Jalil berada dalam keadaan yang cukup merbahaya.
     Kawasan permainan kanak-kanak di Taman Bukit Klana pula rosak teruk akibat tanah runtuh yang berlaku pada bulan Oktober 2012. Menurut En. Khirul, salah seorang penduduk di kawasan kejadian, "Sehingga kini, sudah 5 laporan dibuat kepada pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Seremban tetapi malangnya sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa."
Kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Klana telah meranapkan sebahagian besar padang permainan kanak-kanak
     Setakat ini, pihak berkuasa tempatan hanya meletakkan talian rentang kuning dan ini amat membimbangkan penduduk setempat kerana bermacam-macam perkara tidak dingini yang boleh membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak di taman ini. Usaha-usaha yang di ambil di lihat hanya tindakan "ala kadar" tanpa sebarang usaha serius memperbaiki masalah tanah runtuh ini.
           "Jelas pentadbiran BN tidak cekap yang menyebabkan kos pembaikan akan menjadi lebih besar kerana mereka lambat bertindak. Kos pembaikan sudah pasti lebih kurang jika usaha pembaikan dilakukan lebih awal sebelum tanah runtuh tersebut merebak lebih luas sehingga jalanraya yang berhampiran," tegas Dr. Azam. Faktor kecekapan pengurusan yang mengambil tindakan segera boleh mengurangkan kos perbelanjaan dan ia juga mengurangkan risiko kemalangan yang boleh berlaku kerana tempoh masa permasalahan tanah runtuh lebih pendek. Mereka gagal memahami bahawa wang negara yang diamanahkan kepada mereka untuk diuruskan datangnya dari rakyat. Kelemahan pengurusan menyebabkan ketirisan belanjawan negara yang akhirnya merugikan rakyat dan negara, jelas Dr. Azam.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di ampangan</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2013 11:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

br1m + winnable candidate umno <b>di</b> dun paroi, sikamat

Posted: 06 Feb 2013 08:47 PM PST

Salam Maulidur Rasul kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Alhamdulillah JS telah berpeluang bersama-sama dengan masyarakat Islam di Negeri Sembilan berhimpun di Majlis Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini di Padang MPS Seremban. Amat bermakna sekali kepada JS hadir bersama tanpa diarah oleh mana-mana badan politik dan Ngo's menyertai perarakan pada hari tersebut. Ucapan daripada YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan bertepatan dengan tema yang dijadikan sebagai pegangan umat Islam di Negara ini.
Bermula 1 Februari 2013 kerajaan Negeri Sembilan telah mula mengagihkan bantuan BR1M kepada semua penerima fasa pertama. Difahamkan lebih daripada 60 ribu penerima pertama  di Daerah Seremban  sahaja telah mula menerima bantuan tersebut.
Keceriaan di wajah penerima bantuan RM500 itu jelas sekali apabila JS hadir sendiri meninjau bersama rakan-rakan di majlis penyampaian yang dibuat di DUN Senawang, Ampangan dan Sikamat. Walaupun JS bukan diantara penerima bantuan tersebut namum kesyukuran turut JS lafazkan dihati kerana kesudian YAB Perdana Menteri menyediakan lebih daripada 3 billion ringgit untuk disampaikan kepada penerima yang layak samada mereka yang telah menerimanya pada tahun lalu atau  penerima yang baru.
Penerima-penerima bantuan BR1M 2.0 di kawasan yang tidak mempunyai ADUN daripada BN telah menerima baucer  daripada pengerusi-pengerusi BN parlimen tersebut.  Pada tahun lepas kerajaan telah menetapkan supaya YB Kawasan dan juga " ADUN bapa angkat" DUN terbabit mewakili pihak kerajaan tetapi atas dasar menjaga hati puak-puak tertentu maka kerajaan melonggarkannya kepada mereka yang berkenaan untuk menyampaikannya pada tahun ini. Kerajaan tidak mahu timbulnya masalah dalaman seperti pada tahun 2012 ada di kalangan mereka memaki hamun Pegawai Daerah kerana tidak dijemput ke majlis penyampaian serta tidak diberi peluang untuk menyampaikannya. Maklumlah di kalangan mereka ini ingin menonjolkan diri calon dalam PRU ke 13 nanti. Bagi kerajaan tiada masalah asalkan jangan dalam ucapan boleh merosakkan harapan penerima tersebut dengan unsur-unsur yang sentiment-sentiment yang menghancurkan perpaduan kaum di negeri ini.
Biarlah mereka yang menyampaikan itu menjadi hero film tamil asalkan mereka puas. Rakyat sendiri pun boleh menilai mereka ini kerana semasa mereka menjadi ADUN dulu tidak pernah turun padang berjumpa rakyat. Ada di kalangan mereka sibuk dengan main golf, mengumpul harta dan memperkukuhkan politik mereka. Baru sekarang terhegeh-hegeh turun untuk berjumpa rakyat. Jika tiada program BR1M belum tentu untuk mereka hadir dalam majlis rakyat.  
Maka ternampaklah oleh JS beberapa ramai yang mengidamkan menjadi calon PRU 13 di DUN Paroi, Sikamat , Ampangan dan Lenggeng bersungguh-sungguh bersalaman dengan masyarakat yang hadir. Tersenyum seolah-olah terpaksa (bukan ikhlas). Tertonggeng-tonggeng bersalam dengan orang kelainan upaya dan warga emas. JS pun senyum menonton telah bekas-bekas ADUN ini dan calon-calon tepi longkang yang beria-ia menonjolkan diri.
Menyentuh soal calon , ada rakan berbisik semasa di Senawang beberapa nama di kemukakan oleh pihak tertentu termasuk senarai daripada YAB Menteri Besar sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau untuk DUN Paroi. Memang mereka layak dari segi jawatan politik UMNO. Tetapi bolehkah mereka menang di Paroi. Seperti yang pernah JS sebutkan diartikel terdahulu, andainya sekadar SPM janganlah diketengahkan di DUN Paroi yang diketahui ramai lebih daripada 50 peratus adalah pengundi muda dan wanita. Maka siapa yang boleh menumbangkan PAS? JS mendapatkan reaksi daripada kalangan golongan muda , pemimpin KRT dan UMNO sendiri, sekiranya di letakkan Timbalan Mufti Negeri Sembilan iaitu Ustaz Norazamir, kemenangan kepada BN adalah dalam genggaman. Beliau terkenal di kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Kerap turun menyampaikan ceramah di masjid dan surau serata Negeri Sembilan. YB Taufik akan tersungkur sebelum berjuang dan mungkin akan mencari kawasan lain untuk menang. Tetapi di Negeri Sembilan PAS akan terkubur.
Bagaimana pula di Ampangan??????? Terlalu ramai yang berminat. Semasa penyampaian BR1M di Dusun Nyior baru-baru ini, Dato Zakaria Nordin tersenyum-senyum sumbing kepada masyarakat penerima BR1M. Dulu dia digugurkan kerana menjadi gunting dalam lipatan kepimpinan Tok Mat. Apa saja yang dibincangkan dalam mesyuarat EXCO akan disampaikan kepada Ketua UMNO Bahagian Seremban supaya MB dibelasah dalam majlis-majlis politik Seremban. Sekarang menjadi kuda tunggangan UMNO Bahagian Seremban untuk mendapat tempat pula.
Calon lain yang dikategorikan winnable candidate di Ampangan yang diperbincangkan oleh golongan bwahan di sana ialah Tuan Hj Abu Ubaidah iaitu Nazir Masjid Dato Klana Sendeng. Ramai yang menyokong tetapi bagaimana dengan Wan Salwati Abdullah , Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban yang sendiri turun padang melakukan kerja-kerja politik dan amal????? Yang lain langsung tidak disebut-sebut oleh masyarakat setempat. Pemimpin UMNO di sana seperti Ishak Malek, Sarimah, Rafik dan lain-lain memang calon boleh kalah. Nak letakkan semula Dato Zakaria Nordin, ramai yang tidak berminat.
Di Sikamat , Dato' Ishak Ismail mengidamkan kawasan tersebut. Dengan keadaan dia sekarang dan kes hutang dengan Dato' Misran yang belum selesai dia bercita-cita lagi untuk menjadi YB dan jika dapat maka mudah untuk dia mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban dan membelasah MB. Pada hemat JS Dato Ishak tidak perlu lagi berada dalam persada politik Negeri Sembilan. Selaku bekas ADUN Lenggeng yang menang Ketua UMNO Bahagian dengan taktik kotor dia, sudah sampai masanya  untuk duduk di rumah melayan cucu. Cukuplah merosakkan politik Negeri Sembilan. Lebih baik beri ruang kepada MB melaksanakan tugas dia yang ternyata disenangi rakyat di Negeri Sembilan ini.
Selain daripada itu Shahrul Ehsan (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban) Saudara Rosli (Setiausaha UMNO Bahagian), dan beberapa nama lain juga disebut-sebut. Pandangan JS semua di atas boleh dicalonkan untuk BN kalah di Sikamat jika tidak cari calon lain yang lebih berkarisma.
Bagaimana pula  di Lenggeng. Ini satu lagi kawasan idaman semua. PAS juga teruja nak menawan Lenggeng bersandarkan masalah ADUN Lenggeng iaitu Mustafa Salim yang ada kes di mahkamah. PAS meletakkan MK Ibrahim dan calon lama iaitu Zulkifly Omar juga sangat berminat untuk bertanding semula. Rakan-rakan mengatakan di Lenggeng banyak billboard dinaikkan berkaitan dengan janji-janji PAS. Tapi orang Lenggeng pun sudah meluat dengan pemimpin PAS. Ada calon baru dikemukan iaitu Cikgu Anuar Maarof. Ini calon sampah yang tiada kualiti. Umur pun sudah lanjut eloklah jaga bini dirumah.
Bagi UMNO mereka mengemukakan ramai calon di kalangan pemimpin UMNO setempat. Dulu dalam tahun 2004 pernah seorang calon muda dari UMNO di kemukakan untuk mengambil alih tempat Dato Ishak. Mereka memaklumkan nama calon tersebut iaitu Hj Zulkifli Abdullah. Tetapi Dato' Ishak telah mengadap Dato Seri Najib ketika itu Timbalan PM untuk menymbung nyawa dia di Lenggeng. Maka tersingkirlah Hj Zulkifly dari senarai calon. 2008 nama Mustafa Salim juga tidak disenaraikan oleh Ketua UMNO Bahagian Seremban sebagai calon. Tetapi orang Lenggeng mahukan anak jati Lenggeng sebagai calon dan beliau menang walaupun menghadapi sabotaj daripada UMO Bahagian Seremban.
Sekarang di Lenggeng menurut sumber yang dipercayai ramai yang berangan-angan untuk jawatan YB. Shukur Othman, Hismayati Hashim, Sidek Othman, Mazlan Maarof, Baharom Idris , Hjh Samsiah Samsudin dan termasuk juga Ghani Daud. Mereka ini adalah barisan kepimpinan UMNO Bahagian Seremban yang pada pandangan JS tiada value dalam kepimpinan. Bersandarkan kepada pandangan awam, ramai yang menyenangi YB Mustafa Salim sebagai ADUN Lenggeng. Mereka masih menerima kehadiran pemimpin yang menjadi mangsa politik ini dan tahu apa yang berlaku kepada beliau adalah angkara poltik UMNO Bahagian Seremban.
Walaubagaimana pun terdapat nama yang agak di luar kotak pemikiran ramai calon yang boleh menang di Lenggeng sekiranya bukan Mustafa Salim. Dari laoran JASA, MIO, SB dan agensi lain calon yang dikemukan bersesuaian di Lenggeng. Beliau ialah Saudara Shamsul Amri Ismail yang merupa bekas juara debat UMNO. Orang muda yang mempunyai lulusan undang-undang dan bertugas di MPN ini boleh dikategori calon menang di DUN Lenggeng. Maka pada pandangan JS MB elok memikirkan golongan muda seumpama ini juga. Jangan terikut-ikut dengan UMNO Bahagian Seremban. Sekian.

BERITA NS: KEMBALIKAN SEMULA DUN <b>AMPANGAN</b> KEPADA <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2013 11:30 PM PDT


SEREMBAN23 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, dekat sini mengembalikan maruah dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

Katanya, jangan ada sengketa yang berlarutan lagi di kawasan ini, hentikan pergaduhan dan rampas kembali kerusi DUN ini yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Kembalikan semula maruah di Ampangan ini. Tuan puan ada maruah, jatidiri dan mempunyai rasa bangga menjadi sebagai orang Ampangan.

"Ampangan tidak seharusnya terus di bawah parti pembangkang,'' katanya dalam ucapan pada majlis Ampangan Bersalawat, di sini malam tadi.
Katanya, menang di Ampangan, Sikamat dan Paroi akan menjadikan 22 kerusi UMNO yang akan dipertahankan.

"Menang kesemua kerusi UMNO ini, kita sudah pun mendapat majoriti dua pertiga selebihnya akan kita peroleh dari kerusi MCA dan MIC. Kalau hendak tengok sangat kuasa orang Melayu, pastikan tiga kawasan UMNO yang tewas ini dirampas semula,'' ujarnya. - UTUSAN

05 di sikamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di sikamat - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di sikamat</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 11:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di sikamat</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Delegasi Puteri Prihatin.. Kami <b>di Sikamat</b> ketika itu.. - Pradigma <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2012 10:52 PM PDT

Bakti Rakyat Bersama MIC DUN Sikamat

Di DUN Sikamat... Bersama Pengerusi MIC Sikamat Mr.RRM Krishnan dan rakan-rakan. 

 Lawatan kali kedua bertemu A.Pubalan A/L Armugam... Pemberian kerusi roda untuk Pubalan.

 Mr.Arumugam A/L Raju..Mantan Pengerusi MIC Taman Jujur kini mengidap lumpuh sebelah badan.
 Uncle ini berusia 76tahun... mengidap athma yg sirius, penglihatan tidak jelas tiada pendapatan tetap. Dia begitu sedih dan terharu menerima kunjungan Puteri yangg membawa sedikit bantuan untuk keluarganya. Dia menunjukkan gambar bagaimana dulu semasa sihat dia seorang pelukis dan pengukir patung2 untuk Kuil yang membuat tempahan.
Keluarga ini tiada pendapatan tetap..suaminya telah hilang sebelah kaki akibat kemalangan..
Selepas bersama-sama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah, petangnya kami menyambung aktiviti kami di DUN Sikamat dan bertemu dengan masyarakat India di sana.
Aktiviti masyarakat ini, kami mendapat kerjasama yang amat baik di kalangan MIC DUN Sikamat yang banyak membantu mengenalpasti keluarga-keluarga yang memerlukan keprihatinan dan sentuhan kasih sayang dari kami.
Walaupun ia merupakan satu bentuk bantuan yang amat kecil, dari sudut hati kami, agar ianya memberi sinar dan semangat buat mereka.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, jasamu di kenang sepanjang hayat.
Salam dan ikhlas berkhidmat,
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban

Darul Haris: Penyebaran ajaran Syiah <b>di Sikamat</b>, Seremban

Posted: 10 Oct 2012 08:11 AM PDT


 

Tuan, Memohon pihak Jabatan Agama atau Jakim (kerajaan) mengambil tindakan terhadap ustaz yang berfahaman syiah menyebarkan ajaran syiah di taman kami. Pada mulanya taman kami aman tanpa apa-apa fahaman, selain alul sunnah waljamaah, tetapi sejak dijemput seorang penceramah dari Klang bermula 2010, surau kami terutamanya menjadi semakin malap, dan jemaah berpecah belah pada hakikatnya, disebabkan ustaz itu telah menyebarkan ajaran syiah pada penduduk setiap malam sabtu, selepas kuliah beliau di surau, dia akan mengadakan tazkirah secara tertutup kepada penduduk yang menjadi sasarannya.

Pada mulanya seorang ustaz di taman kami memang berfahaman syiah tetapi beliau pada waktu itu hanya mengamalkan seorang diri. Tetapi sejak kedatangan ustaz dari Klang menyebabkan mereka berganding bahu menyebarkan ajaran syiah dan sehingga sekarang sudah 5 keluarga mengamalkan ajaran syiah secara serious.Lebih diburukkan lagi pengerusi surau kami dan juga beberapa orang ajknya juga sudah terjebak dengan ajaran syiah, manakala ustaz syiah ditaman kami itu diberi slot mentafsir quran pada setiap Ahad malam.


Saya bimbang dimasa akan datang lebih ramai penduduk taman kami akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini. Kerana ajaran Syiah telah di fatwakan sesat oleh kerajaan Selangor pada 30 mei 1996.
Modus operandi mereka pada setiap mlm sabtu guru syiah akan datang dimarkas mereka( bertempat disalah sebuah rumah penduduk( jalan 5 taman kami) )selepas isyak hingga subuh mereka akan dibasuh atau di dedahkan dengan mazhab syiah secara serious ( di drill atau latihtubi).

Berbalik kepada ustaz syiah ditaman kami yang diberi slot memberi kuliah mentafsir quran pada setiap malam ahad, kekadang beliau merendah2kan mazhab shafie,dan mazhab ahli sunnah, merendah2kan sahabat nabi, dan secara kolektifnya dia memang menghina ahlisunnah secara halus, bila diselidiki setiap patah kuliahya baru kita faham isi kuliahnya menghina ahli sunnah, antaranya beliau marah kepada imam-imam ahli sunnah yang sembahyang membaca surah secara tidak penuh iaitu ambil sekerat-sekerat, seperti contoh surah almunafiqun biasanya imam kita tidak baca dari mula ayat izaja…tetapi akan ambil ayat belakang terus ya ayuahlazi naamanu la tulhikum amwalukum…,beliau menyatakan bahawa imam2 ini sombong, berlagak, nak tunjuk pandai, dan dia suruh baca surah kecik sahaja,

 Sembahyang tarawih tiada nas qatie, boleh kawin mutaah, boleh kawin lebih dari 4, dan ambil air sembahyang tidak perlu basuh buku lali, dalam sembahyang tidak perlu paling muka waktu salam, tepuk paha sebelum salam,( walaupun ini bukan rukun sembahyang tetapi menyebabkan orang awam keliru dengan kelakuan mereka) dan pelbagai aktiviti yang menyakitkan hati jemaah mereka lakukan dahulunya secara sembunyi sekarang ini secara terang-terang kerana pengikut mereka sudah bertambah di taman kami.

Secara tidak langsung beliau kekadang menghina sahabat nabi terutama sekali Saidina Umar ( dalam kuliah beliau dia menghina secara halus).

Juga untuk pengetahuan pihak tuan mereka mengamalkan sembahyang jamak, walau pun tidak dalam mussafir, ini juga telah diluluskan oleh ustaz syiah taman kami menyebabkan pengikut mereka sewenang-wenang menjamakkan sembahyang kekadang disurau,walau mereka ingat kami tidak tahu tp sebenarnya kami sudah tahu.

Dengan serba sedikit penerangan ini saya berharap pihak tuan boleh turun ke taman kami untuk mengambil tindakan keatas mereka, sama ada dengan menangkap atau memberi kaunseling kepada jemaah syiah tadi, sebenarnya aduan telah dibuat kepada pihak Jais, dan pihak nazir masjid,tetapi itu lah semua janji tinggal janji dan amat mendukacitakan kerana tiada tindakan diambil.

Apabila kami menghubungi pihak Jais mereka mempermainkan aduan kami, dengan memberi tahu encik perlu telefon orang ini, dan bila telefon orang itu, beliau pula memberi tahu perlu telefon orang lain lagi.

Sehinggalah saya diberitahu perlu melaporkan kepada jabatan agama daerah di kawasan kuang, juga apabila surat dihantar pada 2011 tiada tindakan diambil hingga sekarang, dari seorang penganut syiah menjadi 5 keluarga syiah sekarang ini,bayangkanlah dalam masa 2 tahun akan datang makin bertambah pengikut mereka.

Analoginya cuba tuan bayangkan bilangan pengikut mereka bersaman 5 keluarga darab secara purata 7 ahli( anak isteri) bersamaan 35 orang sudah menganut fahaman syiah di taman kami.

Tuan, Memohon pihak Jabatan Agama atau Jakim (kerajaan) mengambil tindakan terhadap ustaz yang berfahaman syiah menyebarkan ajaran syiah di taman kami. Pada mulanya taman kami aman tanpa apa-apa fahaman, selain alul sunnah waljamaah, tetapi sejak dijemput seorang penceramah dari Klang bermula 2010, surau kami terutamanya menjadi semakin malap, dan jemaah berpecah belah pada hakikatnya, disebabkan ustaz itu telah menyebarkan ajaran syiah pada penduduk setiap malam sabtu, selepas kuliah beliau di surau, dia akan mengadakan tazkirah secara tertutup kepada penduduk yang menjadi sasarannya.
Pada mulanya seorang ustaz di taman kami memang berfahaman syiah tetapi beliau pada waktu itu hanya mengamalkan seorang diri. Tetapi sejak kedatangan ustaz dari Klang menyebabkan mereka berganding bahu menyebarkan ajaran syiah dan sehingga sekarang sudah 5 keluarga mengamalkan ajaran syiah secara serious.Lebih diburukkan lagi pengerusi surau kami dan juga beberapa orang ajknya juga sudah terjebak dengan ajaran syiah, manakala ustaz syiah ditaman kami itu diberi slot mentafsir quran pada setiap Ahad malam.

Saya bimbang dimasa akan datang lebih ramai penduduk taman kami akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini. Kerana ajaran Syiah telah di fatwakan sesat oleh kerajaan Selangor pada 30 mei 1996.
Modus operandi mereka pada setiap mlm sabtu guru syiah akan datang dimarkas mereka( bertempat disalah sebuah rumah penduduk( jalan 5 taman kami) )selepas isyak hingga subuh mereka akan dibasuh atau di dedahkan dengan mazhab syiah secara serious ( di drill atau latihtubi).
Berbalik kepada ustaz syiah ditaman kami yang diberi slot memberi kuliah mentafsir quran pada setiap malam ahad, kekadang beliau merendah2kan mazhab shafie,dan mazhab ahli sunnah, merendah2kan sahabat nabi, dan secara kolektifnya dia memang menghina ahlisunnah secara halus, bila diselidiki setiap patah kuliahya baru kita faham isi kuliahnya menghina ahli sunnah, antaranya beliau marah kepada imam-imam ahli sunnah yang sembahyang membaca surah secara tidak penuh iaitu ambil sekerat-sekerat, seperti contoh surah almunafiqun biasanya imam kita tidak baca dari mula ayat izaja…tetapi akan ambil ayat belakang terus ya ayuahlazi naamanu la tulhikum amwalukum…,beliau menyatakan bahawa imam2 ini sombong, berlagak, nak tunjuk pandai, dan dia suruh baca surah kecik sahaja, sembahyang tarawih tiada nas qatie, boleh kawin mutaah, boleh kawin lebih dari 4, dan ambil air sembahyang tidak perlu basuh buku lali, dalam sembahyang tidak perlu paling muka waktu salam, tepuk paha sebelum salam,( walaupun ini bukan rukun sembahyang tetapi menyebabkan orang awam keliru dengan kelakuan mereka) dan pelbagai aktiviti yang menyakitkan hati jemaah mereka lakukan dahulunya secara sembunyi sekarang ini secara terang-terang kerana pengikut mereka sudah bertambah di taman kami. Secara tidak langsung beliau kekadang menghina sahabat nabi terutama sekali Saidina Umar ( dalam kuliah beliau dia menghina secara halus).Juga untuk pengetahuan pihak tuan mereka mengamalkan sembahyang jamak, walau pun tidak dalam mussafir, ini juga telah diluluskan oleh ustaz syiah taman kami menyebabkan pengikut mereka sewenang-wenang menjamakkan sembahyang kekadang disurau,walau mereka ingat kami tidak tahu tp sebenarnya kami sudah tahu.
Dengan serba sedikit penerangan ini saya berharap pihak tuan boleh turun ke taman kami untuk mengambil tindakan keatas mereka, sama ada dengan menangkap atau memberi kaunseling kepada jemaah syiah tadi, sebenarnya aduan telah dibuat kepada pihak Jais, dan pihak nazir masjid,tetapi itu lah semua janji tinggal janji dan amat mendukacitakan kerana tiada tindakan diambil. Apabila kami menghubungi pihak Jais mereka mempermainkan aduan kami, dengan memberi tahu encik perlu telefon orang ini, dan bila telefon orang itu, beliau pula memberi tahu perlu telefon orang lain lagi. Sehinggalah saya diberitahu perlu melaporkan kepada jabatan agama daerah di kawasan kuang, juga apabila surat dihantar pada 2011 tiada tindakan diambil hingga sekarang, dari seorang penganut syiah menjadi 5 keluarga syiah sekarang ini,bayangkanlah dalam masa 2 tahun akan datang makin bertambah pengikut mereka.

Analoginya cuba tuan bayangkan bilangan pengikut mereka bersaman 5 keluarga darab secara purata 7 ahli( anak isteri) bersamaan 35 orang sudah menganut fahaman syiah di taman kami.

Maklumat mengenai taman kami:
Alamat Surau.
Surau Alhidayah
No 20 Persiaran desa puteri 3
Taman Desa Puteri
48020 Tasik Puteri Rawang.
Nama-nama Penganut ajaran Syiah
Pengerusi Surau :
---bacaan sepenuhnya :

By: Mohd Akmal

 

Rumah Sewa <b>di Sikamat</b> Seremban - portalrumahsewa.com

Posted: 26 Dec 2012 07:30 AM PST

Rumah baru (pangsapuri)…10 minit ke bandar seremban, lebuhraya LEKAS
Hampir lengkap…kabinet dapur, dapur gas, peti ais dua pintu, grill, sofa, meja makan, setiap bilik ada kipas dan extra soket, ruang tamu dan ruang makan pun ada kipas syiling, katil double, 2 tilam queen dan 1 single.
3 bilik dan 2 bilik air, ada ampaian
ada lif, pengawal keselamatan, parkir kereta, taman permainan.
Keutamaan pada perempuan muslim yang bujang.

SK KAMPONG DACHING LENGGENG: Tewas <b>di</b> SK <b>Sikamat</b>

Posted: 23 Feb 2013 10:52 AM PST

Sikamat, 21 Feb : Pasukan 'Daching 9 Fc' yang di dalam persiapan untuk mewakili SK Kg Daching ke MSSD Seremban 1 telah mengadakan perlawana persahabatan menenang SK Sikamat yang juga juga bertahan 5 kali berturut2 MSSD Seremban 1 di Padang SK Sikamat. Perlawanan yang berlangsung di dalam hujan renyai itu mengikut format 15 minit setiap set dan sebanyak 3 set telah dijalankan. SKKD bermula dengan agar tersusun dengan melancarkan beberapa serangan awal, namun kekebalan pertahanan SKS jelas ketara. Melalui serangan pertama mereka ke kubu SKKD, SKS berjaya mendapat gol pertama di atas kecuaian Akmal selaku penjaga gawang SKKD. Tersentak dengan gol itu barisan serengan SKKD cuba bangkit namun sekali lagi benteng pertahanan hampa apabila SKS mendapat gol kedua yang jelas offside namun tidak disedari pengadil. Memulakan separuh masa kedua SKKD hampir berjaya menjaringkan gol pertama namun sekali lagi nasib tidak menyebelahi barisan serangan SKKD untuk merapatkan jurang. Tanpa ada jaringan pada separuh masa ke 2. Pada separuh masa ke tiga SKKD jelas mendominasi saingan, namun kekentalan pasukan SKS memusnahkan impian.SKKD 0 - 3 SKS. Jurulatih SKKD, En Firdaus, menyatakan beliau agak berpuas hati dengan prestasi pemain. Walau pun tewas pemain telah menunjukkan mereka mampu bersaing dengan mana-mana pasukan pilihan. Melaporkan : Mohd Riduan bin Md Yusof

pengikut pakatan haram <b>sikamat</b> terdesak <b>...</b> - Cili Api Bloggers

Posted: 15 Mar 2013 01:51 AM PDT

Terdesak sungguh Pakatan Haram Sikamat apabila cuba sabotaj Program UMNO. Mungkin kerana telah merasakan mereka akan tewas di Sikamat , penyokong parti haram ini telah menghantar SMS dan juga memberitahu orang kampung  bahawa UMNO akan memberikan sumbangan barangan 1 Malaysia  , kesian  makcik makcik ini pagi pagi sudah  bawa kereta sorong dan bakul apabila diberitahu UMNO mahu memberikan barangan runcit 1 Malaysia kepada mereka yang datang ke program UMNO Konvoi Semarak Budi Sentuhan hati yang di adakan dekat Family Stor Sikamat.

Kesian Mak cik yang telah membawa troli dan bakul bakul menghrapkan ada barnagn 1 Malaysia untuk diberikan. Ini semua tektik mereka untuk memburukkan nama baik UMNO.

Setelah diterangkan bahawa mereka tertipu akhirnya mereka faham bahawa ini adalah satu sabotaj penyokong Pakatan Haram untuk mencalarkan nama baik UMNO yang mula mendapat tempat dihati rakyat di Sikamat. Semoga berhati hati lain kali dan pastikan  bahawa kita menerima  pesana yang benar kerana mereka in i boleh lakukan apa saja setelah terdesak

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 11:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 11:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cetusan Mukara: Analisa PRU 13 Parlimen <b>di</b> Negeri Sembilan <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 01:09 AM PST

Parlimen Rasah begitu sinonim dengan kekuatan pengaruh DAP di Negeri Sembilan selain daripada Parlimen Seremban. Kedua-dua institusi ini kebetulan berada dalam satu Daerah Seremban. Dahulu ketika era awal PRU 1959, Rasah dikenali sebagai Parlimen Seremban Barat yang terdiri daripada dun Rantau, Labu dan Rahang.
Rasah juga melalui keadaan yang sama dengan Seremban yang beberapa mengalami perubahan sempadan pilihanrayanya. Kini Rasah terdiri daripada dun Labu, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau dan Senawang.

PRU 2008 lalu menyaksikan PR melalui DAP menguasai kemenangan di Rasah dengan memenangi parlimen dan dun Mambau, Bukit Kepayang, Rahang serta Senawang. Manakala Labu dimenangi oleh Umno-BN. Sebagaimana Seremban, wakil BN iaitu MCA dan Gerakan tewas di semua tempat yang ditandingi dalam Rasah.
MCA tewas di Mambau dan Rahang manakala rakan mereka, Gerakan tewas di Bukit Kepayang dan Senawang.

Pengerusi DAP NS, Loke Siew Fook menang dengan majoriti besar iaitu 13,151 undi, peningkatan sebanyak 65.30 peratus daripada majoriti terdahulu yang dimenangi oleh calon MCA-BN, Goh Siow Huat pada PRU 2004. DAP memperolehi undi popular sebanyak 60.5 peratus. Rasah boleh dianggap sebagai manifestasi penolakan masyarakat Cina kepada pengaruh BN yang paling jelas di Negeri Sembilan. Ini kerana empat daripada lima dun dalam Rasah merupakan kawasan majoriti Cina.

Pertarungan di Rasah pada PRU 2008 merupakan pertandingan antara 'kepala' parti iaitu Pengerusi DAP NS melawan Ketua MCA Rasah-Dr Yeow Chai Thiam ( gambar kiri).

Sejarah awal pernah mencatatkan Rasah (Seremban Barat) pada PRU 1959 telah dimenangi oleh calon bebas-Quek Kai Dong yang mengalahkan calon MCA-Perikatan. Lebih manis, calon Front Sosialis menang di dun Labu, Rantau dan Rahang.

Bekas penyandang wakil rakyat Rasah dari MCA-Goh Giat Siow pada PRU 1999 dianggap sebagai 'giant-killer' kepada BN setelah menewaskan tokoh terkemuka DAP-Dr Chen Man Hin dengan majoriti 1,288 undi.

Calon

Loke Siew Fook (gambar kiri) dijangka akan dicalonkan semula sebagai calon DAP bagi Rasah. Walaupun beberapa bulan lalu, beliau pernah memaklumkan tidak akan bertanding di Lobak dan memilih untuk bertanding Chennah pada PRU-13. Atas kapisiti beliau sebagai Pengerusi DAP NS, kebarangkalian untuk menampilkan calon baru di Rasah amat rendah dan kedudukan beliau sebagai calon utama agak terjamin.

Malah Ketua MCA Rasah sendiri-Dr Yeow Chai Thiam ingin 'melarikan' diri dengan menyatakan hasrat untuk bertanding di Seremban. Sebagaimana Loke, beliau sebagai Pengerusi Perhubungan MCA NS mempunyai kapisiti untuk bertanding mana-mana parlimen dalam negeri ini. Namun begitu, hasrat Dr Yeow tidak dipersetujui oleh beberapa pemuka MCA Seremban. Hakikatnya pengaruh MCA dan Gerakan telah 'merundum' longlai di Rasah, Seremban dan Telok Kemang.

Dua nama yang telah disebut-sebut sebagai cadangan calon MCA melawan Loke adalah bekas senator, Lee Chee Keong dan Timbalan Ketua MCA Rasah, Yip Chee Kiong.

Potensi

Agak sukar buat BN samada melalui MCA atau Gerakan untuk membantu merampas kembali Rasah. Kemenangan DAP-PR di Mambau, Bukit Kepayang, Senawang dan Rahang memperlihatkan sokongan kuat lebih 70 peratus pemilih Cina dan kebetulan kempat-empat dun ini adalah kawasan majoriti Cina. Cuma Umno dilihat masih sedikit bernafas utk mempertahankan kemenangan di Labu. Andainya BN menang besar di Labu dan memanipulasi undi tentera di Rahang sekalipun, jika pemilih di Mambau, Bukit Kepayang dan Senawang memihak lebih 60 peratus kepada PR, harapan BN untuk merampas Rasah sangat tipis.

Kajian sokongan oleh BN mengklasifikasikan Rasah sebagai kubu kuat PR dan sukar untuk dimenangi. Namun sekali diingatkan kepada PR, usah terlalu selesa kerana mempertahankan kemenangan itu lebih sukar daripada bertanding untuk memenangi sesuatu kawasan.

Kepastiannya, BN bakal gagal lagi di Rasah kali ini untuk PRU-13.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Nov 2012 11:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

cerita maya persada: Pemilihan Perajurit Akhir <b>Di</b> Kem <b>Rasah</b>

Posted: 22 Nov 2012 12:50 AM PST

Letihnya tak hilang lagi sehingga hari nie....
Pagi-pagi dah bangun lepas subuh nak bertolak dari Melaka ke Kem Rasah di Seremban...(tak tahu lokasi kat ner)
Kali ini training di Kem Rasah untuk pemilihan terakhir 2012. Anak aku yang bujang nie memang dah minat dia ke arah tu...(semoga perginya tak kembali lagi macam dulu..)
Tepat jam 7.30 p.m aku telah sampai di hadapan Kem Rasah (Markas 1 Briged) rupa-rupanya kem nie dekat sangat dengan Hospital Tuanku Jaafar Seremban, ramai gak yang dah tiba di sana, cari parking and then masuk ke dalam kem (parent dibenarkan masuk, kalau di PUSASDA parent tak dibenarkan masuk) Ramai gak bebudak lelaki yang terpilih ke pemilihan kali ini...
Jam 8.00 a.m ada lak kapten askar nie cakap pada parent @ waris supaya tak perlu tunggu, kalau nak tunggu gak duduk ler di surau di dalam kem dan rehat di sana. Tetapi aku tak, lepas tu aku terus g ke bandar Seremban (siap tanya MP kat mana nak pergi ke sana, maklum ler aku dah lama tak gi..)
(Apa aku buat di Seremban nanti aku citer kemudian..ok...)
Training satu hari di sini termasuklah cek satu badan di RSAT (jangan tanya aku apa tu RSAT aku pun tak tahu), latihan matematik, latihan fizikal berlari 2 round dengan masa yang ditetapkan. Ada gak yang gagal bila diperiksa kesihatan gigi berlubang banyak kalau tak silap tak boleh lebih dari 2 lubang, gagal tapak kaki flat (macam itik lol), ada buasir (nie yang seram bila kapten perempuan periksa satu badan tanpa pakaian tau...he he he), latihan fizikal larian tak capai target dan banyak ler .....akan di reject kalau tak capai peraturannya...
Tu dia anak aku yang pakai beg sandang hijau askar...
Anak aku habis training sampai petang, 6.30 pm baru tamat. Makan dan minum disediakan dan berjemaah bersama abang-abang askar lagi. Bila lulus, surat pemilihan dan penyerapan kemasukan tentera darat akan dapat pada pertengahan Disember nanti dan terus berdaftar dengan tentera darat pada awal januari 2013 di PUSASDA.
Panjang citer lak kali nie...banyak lagi nak citer tapi dah penat jejari nie nak menaip lagi dan lagi......

Bilik Untuk Disewa – Dekat Hospital Tunku Jaafar ,Jalan <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2013 05:22 PM PDT

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

Rooms for rent near hospital tunku jaafar and imu, by walking distance can reach,very near to hospital.
-new fully room funish
-one person rm200 per month(included bills)
-two person rm350 per month(included bills)
-washing machine and refrigerator
-March onwards,to move in = 1month rental+1month deposit
-prefer who are working in hospital.

By rumahsewa.com

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 11:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2013 11:23 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO Online - UMNO <b>Rasah</b> Laung Keyakinan Tsunami Politik <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2011 03:00 AM PST

Kategori Dari Bahagian

UMNO Rasah Laung Keyakinan Tsunami Politik Sudah Berakhir

Oleh : Azlina Rosdy.

RASAH, 19 JAN – UMNO Bahagian Rasah telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang dengan mensasarkan merampaskan semula kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada parti pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi berkata gerak kerja telah diatur dan jentera parti telah pun menjayakan pelbagai program di peringkat akar umbi.

"UMNO harus bekerja keras untuk memastikan matlamat tercapai. Masa semakin menghimpit. Rakyat perlu disedarkan bahawa hanya BN yang mampu membela nasib mereka," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau turut menjelaskan, mengikut rekod 2009, keahlian berdaftar selepas pemutihan berjumlah lebih kurang 9500 orang.

"Jumlah ini semakin bertambah tahun lalu dan ini menambah keyakinan bahawa masyarakat sudah kembali menyokong UMNO dan BN.

"Saya yakin, gelombang tsunami 2008 telah berakhir. Usaha Keras UMNO telah mendatangkan hasil," jelasnya lagi.

Beliau menerangkan,di Parlimen Rasah, seramai 1292 orang telah dikenalpasti masih belum mendaftar dan gerak kerja telah disusun bagi menawan mereka ini untuk menjadi ahli UMNO.

"Malangnya, kebanyakan yang belum berdaftar ini adalah dari kalangan golongan pemuda. Oleh itu, kita telah berusaha keras untuk mendekati mereka. Kita telah pun mula menjelajah ke 59 cawangan dan membuka kaunter pendaftaran di kawasan strategik," terang beliau.

Ketika di minta megulas janji 100 hari pembangkang, beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh kerana ianya semata-mata untuk meraih sokongan.

"Mereka sanggup membuat tawaran kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai pengalaman mentabir kerajaan di peringkat pusat. Mereka hanya akan membuat negara muflis," katanya.

Baginya, pembangkang hanya pandai menabur janji sedangkan banyak lagi janji pilihanraya umum lalu tidak ditunaikan.

"Usah cerita janji 100 hari.  Pembangkang harus sedar sudah terlalu banyak janji yang mereka tabur. Tunaikan dahulu janji lama," ujarnya. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 19 January 2011 7:00 PM

05 di juasseh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 11:40 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cetusan Mukara: <b>Juasseh</b>: Wajib dimenangi PR kali ini!

Posted: 28 Nov 2012 11:51 PM PST

Menjelang PRU-13 yang mungkin berlaku samada Disember ini atau Mac 2013 akan datang, Dun Juasseh adalah antara kawasan yang wajib dimenangi oleh Pakatan Rakyat kali ini. Juasseh secara hakikatnya bukan lagi kubu kuat Umno-BN di Negeri Sembilan sebagaimana Sungai Lui atau Bagan Pinang atau Kota.
Sejak era Reformasi 99, pengaruh Umno sebenarnya telah merundum dan ditolak oleh majoriti pemilih Melayu di Juasseh. Cuma kelemahan gerakan politik Keadilan selepas tahun 2003 di seluruh Kuala Pilah menyebabkan Umno-BN kembali memperbaiki sokongan rakyat. Lebih 70 peratus pemilih Juasseh adalah kaum Melayu dan gelombang perubahan hasil ledakan Reformasi 99 hampir menjerumuskan Umno kepada kekalahan waktu itu!
Sebagaimana yang disebut dalam analisa terdahulu, PRU 1999 memperlihatkan gelombang perubahan yang luarbiasa di seluruh Parlimen Kuala Pilah. Kawasan ini antara parlimen dalam Negeri Sembilan mencatat kemenangan Umno-BN di bawah majoriti tiga ribu undi selain daripada Rasah. Kuala Pilah juga mencatat sejarah pilihanraya Negeri Sembilan dengan semua calon Umno menang di peringkat dun dengan majoriti hanya bawah 1,100 undi!
Dalam PRU 1999, Umno melalui calonnya Hasan Malek (Ahli Parlimen Kuala Pilah kini) memenangi Juasseh dengan kelebihan kemenangan 985 undi. Ia merupakan majoriti kemenangan terendah yang pernah dicatatkan oleh Umno sejak 1959 (dahulu Juasseh sebahagian daripada dun Ulu Muar dan Terentang). 
Juasseh ketika itu mempunyai 8,736 pemilih berdaftar dengan lebih 73 peratus adalah pemilih Melayu. Ombakan peralihan sokongan pemilih Melayu kepada Barisan Alternatif ketika itu melonjak sehingga 75 peratus. Hasan Malek mendapat undi popular 55.99% manakala calon Keadilan memperolehi 40.21%. Peratus keluar mengundi waktu adalah 71.46% atau 6,242 pemilih. Jika tidak kerana undi bukan yang 80 peratus memihak BN, ada kemungkinan besar Umno tewas di Juasseh. Keadilan diwakili oleh Shamsul Bahri Shamsudin.
Kemerosotan pengaruh Barisan Alternatif khusus Keadilan selepas tahun 2001-2004 memberi ruang terbaik buat Umno-BN memperbaiki sokongan. Jelas ketika itu, kehangatan Reformasi 99 merundum dan hampir sahaja memadam api perjuangan Keadilan.

Kemerosotan pengaruh itu terbukti dalam PRU 2004 dengan Umno memenangi Juasseh melalui Razi Kail dengan majoriti 3,064 undi. Razi mendapat undi sebanyak 4,672 undi (72.58%) manakala calon Keadilan-Roslan Alias mendapat 1,608 undi sahaja atau 24.98%. Jumlah keluar undi adalah 6,437 orang (74.82%).


PRU 2004 benar-benar mengembalikan semula sokongan Melayu kepada Umno di seluruh Kuala Pilah dengan semua dua (kecuali Seri Menanti) mencatat majoriti kemenangan melebihi dua ribu undi.

Suasana kembali berubah pada PRU 2008 apabila perolehan undi Umno-BN sedikit merosot. Razi Kail dikekalkan sebagai calon Umno dan memperolehi 4,169 undi manakala calon Keadilan, Encik Ghazali Othman mendapat 2,101 undi. Kali ini Razi memenangi Juasseh dengan majoriti 2,068 undi. Jumlah keluar mengundi ketika itu adalah 6,430 orang (75.69%). Secara analisa data, berlaku peningkatan atau swing undi yang diterima oleh calon Keadilan sebanyak 31 peratus.

Situasi Semasa

Keributan dalam Umno Kuala Pilah bukan perkara sembunyi-sembunyi lagi. Bak 'tolo tombolang pocah busuk sekampung' inilah yang sedang dialami oleh Umno Kuala Pilah. Pertentangan hebat di antara Ketua Bahagiannya-Ismail Lasim juga Adun Senaling dengan Timbalannya-Hasan Malek yang bercita-cita untuk menjadi MB Negeri Sembilan. Bau 'tolo tombolang pocah' ini sudah menjangkiti dan merebak di pelusuk Kuala Pilah. Mereka bukan berbicara soal untuk menang pilihanraya tetapi berperang untuk mengangkat calon-calon dari pasukan masing-masing!

Hasrat Hasan Malek itu tidak lagi disimpan-simpan malah dengan sengaja digebang-hebah kepada sekalian alam di Kuala Pilah dan Negeri Sembilan. Mengikut perkhabaran yang disampaikan oleh beberapa individu dari Kuala Pilah, dikatakan Ismail Lasim akan bertanding di parlimen manakala Hasan Malek akan kembali ke Juasseh.

Jika benar itu berlaku, maka kedudukan Adun sedia ada kini iaitu Razi Kail bakal dicantas! Malahan Razi sendiri masih menyatakan minat untuk menjadi calon sekali lagi. Umno masih lagi belum menyelesaikan calonnya di Juasseh. Malah ada akar umbi Umno di Juasseh menyatakan jika Hasan Malek bertanding, mereka akan mengundi calon Keadilan!

Keadilan Kuala Pilah juga dikatakan telah menamakan beberapa nama yang berpotensi untuk diangkat sebagai calon di Juasseh. Antara yang disebut-sebut adalah Penyelaras PR Jemapoh, Haji Rosli Omar, Ketua AMK Kuala Pilah-Helmi Maarof dan mantan calon PRU 2004 yang juga Naib Ketua Keadilan Kuala Pilah-Haji Roslan Alias.

Dalam menilai kredibiliti dan keupayaan, Haji Rosli Omar dilihat lebih terkedepan. Malah beliau juga anak tempatan Juasseh dan menetap di situ. Beliau juga telah disebut-sebut sebagai sosok yang layak untuk mewakili Keadilan di Juasseh.

Potensi

Ruang untuk Pakatan Rakyat memenangi Juasseh kali ini nampaknya lebih terbuka berbanding PRU 2008. Selain daripada lambang parti menjadi pilihan pemilih untuk mengundi, faktor calon menjadi penentu kedua yang menarik perhatian pemilih.

Jika Keadilan meletakkan Haji Rosli Omar sebagai calonnya di Juasseh, beliau dilihat mampu untuk memberi saingan yang terbaik kepada Hasan Malek. Ini kerana Haji Rosli berada di sekitar 'telapak' berbanding dengan Hasan Malek. Faktor itu memberi kelebihan kepada beliau selain daripada dikenali masyarakat tempatan.

Andainya lain calon ditampilkan, peluang itu ada namun agak sukar. Ia bermaksud bakal calon itu harus bekerja kuat bagi menghadapi saingan Umno di Juasseh. Sentuhan kepada pengundi wajar dipergiatkan agar keyakinan pemilih itu dapat dijelmakan untuk memilih calon PR.

Pemilih

Berikut pecahan pemilih di Juasseh mengikut Suku Tahun Kedua Tahun 2012 mengikut kaum;

Jumlah Pemilih: 9,411
Melayu: 7,458 (79.25%)  Cina: 1,224 (13.01%)  India: 539 (5.73%)  Orang Asli: 161 (1.71%)

Adalah dijangka pada PRU 13 akan datang, peratus keluar mengundi bagi Juasseh adalah 76 peratus atau 7,153 orang pemilih. Mungkin peratusan sama boleh berlaku sebagaimana PRU 2008 iaitu sekitar 6,500 orang pemilih keluar mengundi.

Jangkaan Penulis:

PR: 51%
BN: 49%

Rujukan data keputusan pilihanraya:

1. http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&pg=keputusan/NegeriSembilan_N15.htm
2. http://web7.bernama.com/events/elect2004/results/2004/negerisembilan.html
3. http://web7.bernama.com/events/elect2004/results/1999/negerisembilan.htm
4. Statistik Daftar Pemilih SPR SKT2 2012.

PAKATAN RAKYAT N15 DUN <b>JUASSEH</b> | Pakatan Rakyat

Posted: 09 Mar 2013 11:25 PM PST

Bagaikan bermimpi, sudah 5 tahun berlalu rupanya PRU12 yang lepas. Saat dan detik yang pasti tidak dapat dilupakan dalam lembaran sejarah Malaysia. Pada 8 Mac 2008, 'tsunami' politik telah melanda tanah air ini sehingga merubah lanskap politik Malaysia. BN hampir tumbang pada saat itu, hilang majoriti 2/3 di parlimen, hilang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, gagal menawan Kelantan serta kehilangan banyak kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ibu negeri yang lain.

Rakyat khususnya di Semenanjung memberi isyarat dan amaran yang tegas kepada BN. "Tak selamanya kamu boleh tipu kami dengan gula-gula yang ditaburkan tiap kali menjelang pilihanraya. Kami ingin ajar kamu bahasa peti undi dan kuasa rakyat.."

Menyorot kembali keputusan PRU lepas, ia menunjukkan pembangkang (PR belum ditubuh ketika itu) berpotensi besar di kerusi-kerusi urban, dan separa bandar. Antara faktornya ialah akses media baru sebagai alternatif kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ia berbeza bagi BN yang mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat yang mengawal sepenuhnya media arus perdana termasuklah TV, radio dan surat khabar.

Maka, tak menghairankan BN lebih berkubu di kawasan kampung, pedalaman, Felda dan juga 'fixed deposit' di Sabah & Sarawak. Pengundi di kawasan sebegini kurang terdedah kepada sumber maklumat alternatif dan mempercayai seboleh mungkin segala propaganda Utusan, Berita Harian, RTM & TV3. Sebagai bukti, PR mampu menang di negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan hampir kesemua ibu negeri di Malaysia.

Mengikut pecahan kaum pula, PRU12 menunjukkan ketika itu kaum Cina dan India bangkit membuat perubahan manakala kaum Melayu agak kurang yang membuat perubahan. Maka hasilnya, PKR yang bertanding di kerusi campuran kaum dan DAP yg bertanding di kerusi majoriti kaum Cina mendapat kerusi yang lebih banyak berbanding PAS. Contoh yang paling mudah, kes di Perak di mana DAP mendapat kerusi DUN paling banyak manakala PAS mendapat paling sedikit.

Mengikut faktor geografi pula, arus 'tsunami' ini deras melanda di sebelah Pantai Barat dan Utara sahaja. Di sebelah Pantai Timur dan Selatan pula hanya tempias sahaja yang melanda. Maka hasilnya, BN masih kekal berkuasa di Johor, Melaka, Pahang dan Terengganu. Di Negeri Sembilan pula, BN gagal mendapat 2/3 kerusi Dun kerana kerusi campuran telah dimenangi DAP dan PKR. Di Sabah dan Sarawak pula jelas menunjukkan ketika itu, mereka sebagai penyelamat kerana berjaya menyumbangkan 55 kerusi parlimen kpd BN berbanding pembangkang hanya mendapat 2 kerusi (Kuching dan Kota Kinabalu). Di Semenanjung, BN hanya menang 85 kerusi manakala pembangkang pula mendapat 81 kerusi. BN juga gagal mendapat undi popular di Semenanjung iaitu 49% berbanding 51% dimiliki pembangkang.

Episod baru politik Malaysia ini tak terhenti di situ. PM, Pak Lah gagal untuk memimpin kerajaan baru pada 2008 ini dengan teguh sepertimana PRU 2004. Beliau ditekan daripada segenap sudut, dari dalam mahupun luar. Antara yang utamanya ialah persetujuan awal dari Ahli Parlimen BN "Kerajaan Baru 16 September" tajaan Anwar dan juga konspirasi kudeta rampasan kuasa di Perak. Akhirnya beliau berundur dan menyerahkan baton PM kepada penggantinya, Najib Razak. Senario politik Malaysia terus berwarna-warni dengan kemunculan NGO tajaan Umno iaitu Perkasa dan deretan NGO lain yang atas namanya pelbagai tapi hakikatnya ia dimiliki BN mahupun PR.

Setelah itu, giliran Pembangkang pula diuji iaitu 'katak-katak' pun muncul melompat ke seberang dengan diberitakan menerima  tawaran-tawaran jutaan ringgit dari BN . Walaupun mereka tidak menyertai BN secara terus tetapi hakikatnya mereka adalah 'bebas' yang pro BN. Antara aktor utamanya ialah Ibrahim Ali, Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, dan Zulkifli Nordin.

PRU13: "Harapan baru untuk rakyat & perubahan yang membawa kesejahteraan..?"

Kini, pada bila-bila masa sahaja PM, Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dan sekaligus PRU13 akan dilangsungkan. Buat pertama kalinya, kelihatan PM begitu takut untuk membubarkan parlimen sedangkan mandat yang diberikan oleh rakyat secara moralnya tamat pada hari ini 8 Mac setelah genap 5 tahun. Tidak dapat dipastikan mengapa kali ini parlimen begitu lambat dibubarkan..? Mungkin sebab PM masih mencari masa yang terbaik pada ketika sekalian rakyat jelata merasai manisnya gula-gula yang diberikan itu atau mungkin juga PM belum yakin akan kemampuan BN utk kembali ke Putrajaya setelah kuasa yang ada sekarang diserahkan kepada rakyat.

Antara faktor lain yang menarik untuk kita perhatikan pada PRU13 ini ialah kecenderungan rakyat untuk membuat perubahan. Setakat ini, kelihatannya kaum Cina begitu kuat dan bersemangat untuk menukar kerajaan baru, kaum India sebahagian besarnya sudah mula berpatah balik kepada BN manakala kaum Melayu..? Kaum Melayu masih dalam dilema kerana mereka yang di pedalaman mahupun golongan intelektual ada yang termakan dengan momokan 'jika PR menang, habislah nasib kita orang Melayu, Islam akan diketepikan, Raja akan hilang kuasa' dan bermacam lagilah igauan mimpi ngeri yang cuba ditanam dalam minda orang Melayu. Maka usahlah dihairankan apabila munculnya Third Force, arus baru yang mengaku mereka tak berpihak kepada mana-mana tetapi hakikatnya mereka adalah penyelamat kepada BN antaranya ialah Jati dan juga Isma.

Di samping itu, PRU13 ini adalah "perang alam siber". Jika PRU 2008 dahulu, ruang vakum internet ini dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang melalui blog, Youtube dan portal berita kini, BN telah pun menyedari kealpaan mereka dahulu. Maka medan pertempuran maklumat di alam maya ini sama ada melalui Facebook,Twitter, Youtube dan Blog menjadi persaingan hebat antara PR vs BN. Pelbagai kaedah dan strategi digunakan sehingga kadangkala ia melampaui batas seperti sebaran fitnah dan gambar yang diubah suai sesuka hati mengikut selera kecenderungan parti masing-masing. Begitu hebatnya penangan media baru ini begitu jelas dapat dilihat seperti contoh fenomena "Listen, Listen, Listen", "Ini semua salah Anwar", dan bermacam lagi virus maklumat yang begitu cepat tersebar dengan adanya fungsi button "share" di FB.

Sebagai akhirnya, PRU13 ini adalah cabaran getir buat kedua-belah pihak. BN akan berusaha dengan begitu bersungguh seperti mana amanat Presiden Umno, Najib pada 2010 iaitu "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!".Malangnya ...Imej BN hampir musnah dengan pendedahan kes C4 Altantunya oleh Deepak adik angkat Rosmah dan penyiasat persendirian PI Bala yg di bayar oleh sahabat Najib Razak Baginda. Yang terbaru Kes Lahad Datu dengan amarah militan SULU yg telah mengorbankan Anggota Polis atas kegagalan perjanjian tanah & penempatan seperti dakwaan beberapa pemimpin SULU yang telah tersiar dalam media2 Filipina. Rakyat Sabah kecewa kerana hanya untuk memenangkan BN, projek IC oleh Mahathir kepada pendatang-pendatang ini telah mula "makan tuan"

Sebaliknya ..Kesedaran umum terhadap PR semakin terserlah bila bapa Saifool dlm kes liwat2 memohon maaf terbuka kepada Anwar dengan mendakwa bahawa ini adalah  satu konspirasi Najib untuk menjatuh Anwar. 

PR pula yang dikemudi oleh Anwar seboleh mungkin memacu bersama PKR, PAS dan DAP ke mercu kuasa Putrajaya. PAS dilihat memikul cabaran yang paling getir kerana secara tradisinya akan bertanding di kerusi majoriti Melayu. Kerja keras dengan gerak kerja serta maklumat-maklumat terkini wajib sampai kepada setiap pengundi sekiranya ingin bersama-sama melihat arus perubahan dalam kalangan kaum Melayu pendalaman untuk mendayung bahtera ke Putrajaya.

Impian PR untuk sampai ke Putrajaya juga akan menjadi realiti sekiranya berlaku perubahan besar di Sabah dan Sarawak, serta kaum Melayu dan India turut sama dengan arus perubahan. Dan sememangnya, faktor pengundi muda khususnya Generasi Y yang sifatnya kritikal dalam menilai juga akan menjadi salah satu faktor utama penentu dalam PRU 13 ini. Pengundi lain juga secara umumnya sudah semakin bijak dalam menilai dan membuat pilihan dengan syaratnya akses media yang adil sampai ke segenap lapisan masyarakat.
SPR pula sebagai pengadil perlawanan perlulah menunjukkan kesungguhan dan komitmen mereka dengan berani, telus dan adil untuk mengendalikan the mother of all election yang dijangka paling sengit dalam sejarah Malaysia ini.

Sebagai Muslim, kita tetap yakin dan percaya bahawa tiada kerajaan yang mampu kekal berkuasa selamanya kerana kuasa itu sebenarnya adalah milik Allah. Pemimpin yang dipilih itu perlu melaksanakan amanah dengan panduan dan suluhan wahyu Al Quran dan As Sunnah. Segala perancangan dan tipu daya yang dibuat manusia yang angkuh untuk kekal di puncak kuasa takkan mampu untuk melawan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa.

Selamat mengundi. Laksanakanlah hak anda untuk memilih pemimpin dengan pertimbangan akal dan iman demi masa depan baru tanah air Malaysia kita yang tercinta ini.

TAMPANG: JAMILAH UJANG: ANAK <b>JUASSEH</b> SEKOLAHNYA <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 12:17 PM PST



Bapa saya, Sarjan  Mejar Ujang bin Amin anak orang Kampong Juasseh, Kuala Pilah. Emak saya Halimah bt Anjang berasal dari Kelantan. Mereka berjumpa di Kuala Terengganu semasa bapa saya mula berkhidmat sebagai polis biasa dan emak saya pula tinggal di rumah abangnya, seorang Sarjan Polis. Mereka dirunding-rundingkan dan bernikah pada tahun 1940. Mereka tidak mendapat sebarang anak sehinggalah tahun 1946 apabila saya dilahirkan, semasa bapa saya masih berkhidmat di Terengganu. Saya adalah anak tunggal. Emak saya meninggal di Hospital Besar Melaka pada tahun 1989 semasa berumur 67 tahun. Ketika itu saya telah berkahwin dan  suami saya menjadi Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Melaka.  Bapa saya pula meninggal pada tahun 2007 setelah mencapai usia 87 tahun. 
Saya membesar di berek polis di Terengganu sehingga berumur lapan tahun. Sepanjang saya ingat bapa saya adalah seorang Ketua Balai Polis (OCS) berpangkat Sarjan dan hidup kami selalu sahaja berpindah-randah di tempat yang tidak ada sekolah. Dalam tahun 1953 semasa bapa saya menjadi OCS Balai Polis Air Puteh dalam Daerah Kemaman, Terengganu, dan rumah kami pula bersebelahan dengan Balai Polis, masih segar dalam ingatan saya akan suatu peristiwa yang sangat menyayat hati yang saya tidak akan lupa di sepanjang hayat saya.Tiap kali saya teringatkan peristiwa itu, atau apabila saya bercerita mengenainya, saya akan berasa sebak dan selalunya menitiskan air mata.


 Pada suatu awal pagi semasa kami tiga beranak sedang menikmati sarapan di rumah, tiba-tiba muncul seorang lelaki Melayu dan membisikkan sesuatu kepada bapa saya.Kalau tak silap saya bapa saya dengan cemas menanyakan kenapa lambat sangat?!! Sekarang ini tahulah saya bahwa orang itu adalah seorang "informer". Saya lihat bapa saya dalam keadaan cemas itu terus bergegas mengenakan pakaian unifomnya. Sambil itu dia menyuruh emak dan saya cepat-cepat bersiap untuk masuk ke dalam kubu bawah tanah di bawah rumah kami.Dari dalam rumah saja kami boleh buka pintu di lantai dan terus terjun ke dalam kubu di bawah.Semua bangunan polis dalam perkarangan balai itu masing-masing ada mempunyai kubu dalam tanah di bawahnya. Sambil bapa saya keluar dari rumah, kami dua beranak pun masuk ke dalam kubu. Dari dalam kubu itu saya boleh melihat apa-apa yang berlaku di luar sebab rumah kami itu jenis yang bertiang rendah dan masih ada ruang untuk menjengah keluar.Pada masa itu keadaan sudah mula menjadi kelam kabut kerana bapa saya telah menjeritkan arahan kepada para anggota polis dan Homeguard yang berada di kawasan balai memberi isyarat bahwa balai polis itu akan diserang.
Kalau tak silap saya loceng gila,( iaitu loceng tembaga besar yang digoncang secara manual untuk dibunyikan) juga sempat dibunyikan. Tetapi malangnya pada anggaran saya, belum pun pihak polis sempat bersedia sepenuhnya, mereka telah diserang dengan senjata api oleh kumpulan pengganas komunis dari atas bukit kebun getah kira-kira 200 ke 300 meter di hadapan balai polis itu.Tembak- menembak yang dahsyat bunyinya berlaku antara kedua belah pihak. Dari dalam kubu itu saya dapat melihat beberapa orang anggota polis yang cedera kena tembakan dan diheret ke tepi oleh rakan-rakan lain dengan darah berlumuran. Episod berbalas tembak itu berlarutan untuk beberapa lama sehingga bantuan sampai dari Kemaman lebih kurang 10-15 batu jauhnya dari Air Puteh.Mereka turut terlibat dalam tembak-menembak itu.
Apabila keadaan telah reda dan pihak pengganas berundur dari bukit itu, saya berasa amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana bapa saya terselamat dan balik ke rumah meninjau keaadan kami.Tetapi saya menangis teresak-esak apabila bapa saya memberitahu bahwa Pakcik Homeguard yang selalu memanja-manjakan  saya dulu telah terkoban bersama anak lelakinya yang juga seorang anggota Homeguard. Bapa saya memberitahu bahwa apabila anaknya kena tembakan, Pakcik Homeguard itu telah pergi menghampirinya untuk memberi bantuan. Pada ketika itulah Pakcik Homeguard turut terkena tembakan dan kedua-dua beranak itu menemui ajal mereka di situ juga.
 Saya dapat tahu selanjutnya, bahwa pasukan bantuan yang datang dari Daerah Dungun dan Kuantan telah diserang hendap oleh kumpulan pengganas komunis dan dibom semasa dalam perjalanan ke Air Puteh. Perjalanan mereka telah tergendala dan ada yang turut cedera, walaupun mereka sampai juga ke Air Puteh setelah keadaan reda. Saya tidak ingat berapa orang anggota polis dan Homeguard yang terkorban atau cedera dalam kejadian itu.Apa yang pasti, mereka telah berkhidmat dan terkorban untuk mempertahankan negara. Di pihak pengganas komunis itu tidak ada sebarang kematian kerana mereka berada di atas bukit dan dilindungi oleh pokok-pokok getah. Saya tidak pasti sama ada episod ini terakam atau tidak di dalam sejarah Negara. Yang terkorban itu, malahan semua mereka yang terlibat dalam pertempuran itu tetap terabadi sebagai "the unsung heroes". Kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada semua mereka itu yang kini telah pergi kembali menemui Penciptanya.
Pada tahun 1954 semasa saya berumur lapan tahun bapa saya ditukarkan ke Ladang Geddes di Negeri Sembilan sebgai OCS Balai Polis Ladang Geddes. Di situ juga tidak ada Sekolah Melayu, melainkan sebuah Sekolah Inggeris untuk anak-anak penduduk ladang dan penduduk sekitarnya. Bapa saya tiada pilihan dan masukkan saya ke sekolah Inggeris itu. Antara para penuntut di situ ada murid-murid Melayu, China, India dan juga Inggeris. Di situlah saya mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Di situ juga dikatakan tempat komunis bersarang.Setelah melalui pengalaman pahit di Air Puteh, Terengganu sebelum itu, bapa saya memikirkan strategi bagi mengekalkan keamanan di kawasannya untuk mengelakkan daripada tragedi di Air Puteh itu berulang kembali. Strategi bapa saya ialah mendakati kaum China di kedai-kedai di Ladang Geddes itu, bukan sahaja untuk menjalin perhubungan dan rapport dengan penduduk setempat, tetapi juga untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak polis.Saya kira usaha bapa saya itu sungguh mendalam sehinggakan beliau menjadi sangat fasih berbahasa China. Strategi ini nampak sangat berkesan kerana sepanjang kami berada di Ladang Geddes itu tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kami di Ladang Geddes  lebih kurang setahun sahaja. Pada tahun berikutnya (1955) kami ditukarkan pula ke Rompin, Negeri Sembilan di mana bapa saya menjadi OCS Rompin. Di Rompin juga tidak ada sekolah Melayu. Yang ada cuma Sekolah Cina. Sekali lagi kami tiada pilihan dan saya dimasukkan ke Sekolah Cina. Bila ada peperiksaan saya dapat nombor satu.
Pada hujung tahun 1955 nenek saya datang dari Kampong Juasseh ke Rompin. Saya ingat kata-katanya, berbunyi lebih kurang…. "…Jang, apo nak jadi e kek anak kau ni, dah sekolah Cino pulak. Dah lah anak soghang…Taun dopan kau masukan lah dio sekolah Joseh. Bia dio diam somo omak…"Pada awal tahun 1956 saya masuk Darjah Satu di Sekolah Melayu Juasseh setelah berumur hampir 10 tahun. Oleh kerana saya sudah berumur, apabila ada ujian sekolah saya dapat nombor satu juga. Dalam pada itu bapa dan emak saya tiap-tiap minggu berulang alik dari Rompin ke Juasseh menziarahi saya. Kami berasa amat tidak selesa dalam keadaan sebegini sehingga bapa saya memohon bertukar ke tempat yang ada sekolah Melayu.
Kira-kira bulan Mac tahun 1956 bapa saya bertukar menjadi OCS Air Kuning, Negeri Sembilan  dan dapatlah saya masuk ke Sekolah Umum Air Kuning South masih dalam Darjah Satu.Guru Besar pada masa itu adalah orang Rembau, iaitu Allahyarham Cikgu Ambia, bapa kepada Allahyarham Dato' Ismail Ambia. Apabila saya mendapat keputusan cemerlang di hujung tahun itu saya terus dinaikkan ke Darjah Tiga pada Tahun 1957. Diebabkan saya sudah berumur dan telah melalui banyak pengalaman saya masih dapat nombor satu semasa Darjah Tiga itu, dan sekali lagi saya dilompatkan naik ke Darjah Lima pada tahun berikutnya (1958). Dalam Tahun 1959 semasa dalam Darjah Enam saya menduduki peperiksaan di Sekolah Umum Gemenchih untuk kelayakan masuk ke Form I (Remove) dan saya seorang sahaja yang lulus daripada Sekolah Umum Air Kuning South dalam peperiksaan itu.
Pada tahun 1960 bapa saya ditukarkan ke Gemas, tetapi tidak ada pulak kelas Form I (Remove), maka sayapun terpaksa bersekolah di Tuanku Besar School, Tampin dalam Form I (Remove).Form Teacher saya pada masa itu ialah Mr. Sen. Saya terpaksa berulang alik naik bas dari Gemas ke Tampin selama dua tahun. Pada tahun 1962 bapa saya ditukarkan menjadi OCS Rembau dan saya terus berulang alik pula dari Rembau ke TBS Tampin dengan menaiki bas. Saya bersekolah di TBS sehingga penghujung Tahun 1964 sewaktu dalam Tingkatan Empat. 
TBS Prefects'Board 1962: Kelihatan Head Prefect, S. Parameswaran nombor empat dari kanan di barisan hadapan.Sementara Khalid Rahman nombor limaa dari kiri barisan belakang.
Yang saya masih ingat naik bas bersama dengan saya adalah kawan-kawan seperti Norbaya, Che Om, Napsiah, Faizal Mahmood, Abdul Rahman, Samihah dan yang lain-lain yang saya sudah lupa. Kawan-kawan dalam kelas yang saya tak akan lupa ialah Marzuki Harun yang terkenal dengan kenakalannya. Saya masih ingat juga Rahmah Ali, Sharifah, Azizah Kassim, Allahyarham Ashishah,Nabjeah, Ahmad, Kamariah, Fatimah. Yang lain-lain saya tak ingat nama mereka. Head Boys yang saya ingat ialah Khalid Rahman dan mendiang S. Parameswaran (Param).
 Dara pujaan TIBIES 1964? Baris depan duduk: Dari kiri Azizah Kassim, Jamilah Ujang dan Norbaya Shafie. Jamilah Ujang mungkin boleh kenalkan dara-dara yang berdiri di belakang. 
Khalid Rahman, Head Boy 1963 (kiri) dikunjungi Allahyarham Mohd. Zain Mohd Yassin dan Zahriman Alias di kediaman Khalid di Setiawangsa Hari Raya  yang lalu.
Pada penghujung tahun 1964 bapa saya dinaikkan ke pangkat Sarjan Mejar dan telah ditukarkan ke Daerah Polis Kemaman, Trengganu. Maka baliklah saya bersekolah di Terengganu, iaitu Sekolah Menengah Sultan Ismail Kemaman, Terengganu Tetapi Guru Besar sekolah itu masih orang Negeri Sembilan jugak, iaitu Puan Zaleha Mohd Said dan beliau adalah anak kepada mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu Allahyarham Dr. Mohd Said.
Saya mengenali rapat bakal suami saya semasa saya masih di TBS Tampin dalam Tingkatan Empat.  Komunikasi kami hanyalah melalui surat menyurat dan sekali sekala menerusi telefon. Itu pun saya terpaksa pergi ke Balai Polis Rembau yang berdekatan untuk menuggu panggilan setelah dijanjikan awal-awal lagi. Bakal suami saya pada masa itu adalah seorang Inspektor Percubaan Polis dan beliau menjadi Inspektor Kawasan Parit di Perak di bawah Daerah Polis Batu Gajah. 
Suami JU, Dato' Nordin (kiri) disambut Presiden Alumni TBSST, Zahriman Alias dan Setiausaha Car Lim Aboo di majlis pot luck Kubu Gajh, 3 Fbruari 13 lalu.
Kami berkahwin di Kampong Juasseh pada 12 April 1966 semasa suami saya berkhidmat di Daerah Polis Ipoh. Pada tahun 1967 suami saya diarah berkhidmat sebagai pegawai pinjaman di dalam perkhidmatan Badan Pencegah Rasuah(BPR) yang mula ditubuhkan pada 1hb. Oktober, 1967. Mula-mula kami ditukarkan ke Kota Kinabalu, Sabah selama lebih dari dua tahun. Selepas itu kami telah ditukarkan ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Ibupejabat BPR Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak.
Semasa di Melaka saya telah mengikuti suami ke London kerana beliau ditempatkan di Commonwealth Secretariat, London. Semasa kami duduk di Melaka juga, iaitu antara tahun 1984 dan 1989 saya terjumpa mendiang Param yang menjadi doktor di Hospital Besar Melaka semasa beliau merawat anak lelaki saya yang sakit. Beliau sangat gembira berjumpa saya dan suami saya dan seterusnya kami menjalin perhubungan yang agak rapat. Malangnya semasa kami masih berada di Melaka, Dr. Param telah meninggal dunia kerana serangan jantung dalam usia yang masih muda.
Nabjeah Aziz (kiri) , satu kelas dengan Jamilah (1964) di TBS. Kelihatan Nabjeah bersama Zakaria Osman (1957) di mjlis pot luck Kubu Gajah 3 Fbruari 13.
Selepas Sarawak suami saya telah ditukarkan balik ke Ibupejabat BPR pada tahun 1990 memegang beberapa jawatan sehinggalah beliau menjadi Timbalan Ketua Pengarah dan bersara pada May 1998. Sejak balik dari Sarawak dalam tahun 1990 hinggalah sekarang kami telah menetap dengan tenangnya di Kuala Lumpur, dikelilingi oleh jiran tetangga yang akrab dari berbilang kaum. Anak-anak kami cuma sebanyak tiga orang sahaja dan masing-masing telahpun berumah tangga dan kini kami dihiburkan oleh sebelas orang cucu.  
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved