ads

Sabtu, 1 Disember 2012

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


Nadi Irfan: KENANGAN BERSAMA ENCIK PARIS <b>DI REMBAU</b>

Posted: 11 Nov 2012 06:40 AM PST

====================Tautkan Kasih==================
Sempat berkunjung ke kediaman en. Paris di Rembau Negeri Sembilan bersama ust. Sheikh Salim, ust. Mohd. Rizuan dan ust. Mohd. Razif.
En. Paris merupakan mantan staf kedutaan semasa kami menuntut di bumi Maghribi dahulu. Beliau amat mengambil berat tentang kebajikan kami , sakit demam, makan dan minum semuanya disoal bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif untuk belajar. Tambahan pula, kesemua kami berjauhan dengan keluarga tersayang.

 RUMAHNYA
Ini kali kedua saya berkunjung ke teratak beliau yang telah berusia hampir 144 tahun. Tarikh tercatat di pintu rumah dalam bentuk ukiran indah 1289H. Namun, kayunya masih kukuh, binaannya masih teguh. Kagum saya.
Sebenarnya saya ada sedikit pengalaman pahit bersama beliau.
Kisahnya bermula apabila saya bersama ust. Dr. Abd. Razak telah memasang niat untuk merantau di utara benua Afrika. Pengembaraan itu menerusi jalan darat yang akan merentasi bumi Algeria, Tunisia, Libya dan terus memasuki Mesir. Dari Mesir, kami akan terbang pulang ke Maghribi. Itu perancangan kami selama sebulan cuti musim panas.
Bagi memohon restu kebenaran pegawai kedutaaan untuk merantau, maka saya bersama sahabat saya ini bertemulah dengan en Paris bagi memaklumkan hasrat di hati, di samping memohon nasihat, barang sepatah dua sepanjang berada di perjalanan itu nanti.
Katanya ringkas, tapi padu dan tepat. Dengan mata memandang ke meja, tangan sibuk mengatur fail, suara antara kedengaran dan tidak, "Jaga paspot tu baik-baik, ia lebih penting dari wang saku yang kamu bawa".
Dipendekkan cerita, kamipun bertolaklah dengan kereta api tepat jam 1 pagi dari stesen Kereta api Kenitra menuju ke Telimsan, Algeria. Petang keesokannya kamipun sampai di sana. Keadaan tanahnya agak berbukit, memang memenatkan kami.
Dikhabarkan penduduk di sini, boleh tahan jelitanya dek siraman salji pada musim sejuk. Bermata biru dan berkulit putih kegebuan, katanya.
Kami diperkenalkan oleh seseorang untuk bermalam di masjid. Petugas masjid itu melayan kami dengan amat mesra. Ikatan ukhuwwah bersama beliaupun terjalin. Sambil menjamah makan malam, kami berbual-bual tentang masyarakat umat Islam di sini. Berkebetulan, pada masa itu, parti Islam baharu sahaja menang pilihan raya.
Beliau memberitahu kami dengan bersungguh-sungguh. Katanya, "Kami menggerakkan tenaga muda dan wanita untuk memberi laluan kepada jemaah Islam bertapak. Akhirnya kami berjaya".

Memang benar kata-katanya itu. Semasa kami bersolat fardhu di salah sebuah masjid di sini, saya perhatikan ahli jemaah masjid yang begitu ramai bersolat jemaah, semacam solat Jumaat ramainya.
  
Pengendali masjid pula, atau kita panggil AJK masjid, semuanya muda-muda dan bergerak pantas. Apa yang menarik perhatian saya, apabila khatibnya itu adalah seorang yang masih muda, dalam lingkungan 40-an. Kelihatan begitu bersemangat sekali. Suaranya amat bertenaga. Penampilannya begitu berani dan berkeyakinan. Patutlah mereka menang.
Nak dijadikan cerita, selesai solat jumaat, saya bersama sahabat saya tadi bersantai de tepi pantai sementara menunggu 'time' untuk bergerak ke Tunisia pada sebelah malamnya. Malang memang sukar berbau. Paspot kami dicuri orang semasa kami asyik bergaya mengambil gambar.
Sedihnya, Tuhan sahaja yang tahu. Apakan tidak, dahlah terpaksa berpatah balik ke Maghribi, dan saya dah agak, mesti en. Paris akan menyinga. Itu yang tak boleh tahan tu.
Dalam situasi ini, ke kiripun salah ke kanan juga salah. Berada setempat, tak bergerak-gerak lagilah salah.
Kamipun bergeraklah ke pejabat polis yang berdekatan bagi membuat laporan kehilangan. Dimintanya kami agar menunggu di tepian pantai, manalah tahu kalau-kalau pencuri tadi membaling paspot kami ke tong-tong sampah. Akhirnya kesemua tong sampah yang berada di persisiran pantai itu diperhatikan. Namun hampa.
Belah malamnya kami menaiki kereta api menuju ke Telimsan lagi sekali untuk kembali ke bumi Maghribi. Sesampainya di sempadan, alangkah hampanya hidup ini, kami tidak dibenarkan melintasi laluan imegresen lantaran tiada paspot.
Lama menunggu di situ. Pening dibuatnya. Macam-macam terfikir. Pegawai itu menyuruh kami kembali ke ibu kota untuk memperolehi paspot dari kedutaan United Kingdom, memandangkan kedutaan Malaysia tiada di Algeria.
Tiba-tiba ada seorang menyapa kami. Beliau mengajak kami menyelusup secara haram mengikuti laluan belakang. Ishh..gerun juga apabila disebut haram. Nanti berlaku apa-apa, lagi kacau dibuatnya.
Akhirnya pilihan kami berpatah balik ke ibu kota Algeria dengan tempoh perjalanan selama satu malam berkereta api. Udahlah badan penat, minda pula tertekan, hati risau tak dapat nak diulaskan lagi. Relakan ajelah apa yang berlaku demi mencari setitis nilai pengalaman yang amat berguna.
Di sana, kami diberi layanan baik. Disiapkan kami paspot 'bertitle' United Kingdom, merah hati warnanya. Wah...warga uklah konon. Namun apabila dilihat status, rupa-rupanya tercatat "commonwealth citizen". Oklah...
Maka pulanglah kami menuju ke Maghribi melalui Telimsan buat kali ketiganya.
Sebaik sahaja tiba di Maghribi, bergeraklah kami ke kedutaan Malaysia di Zanqah Hamzah, Agdal. Sudah pasti insan yang kena temui ialah en. Paris.
En. Parispun, en. Parislah. Apa boleh buat. Terpaksa bertemu dengannya.
Jangkaan kami tepat. Tanpa bermuqaddimah, ditembaknya kami satu persatu. Kami pasrah menadah telinga, meskipun hati dan perasaan, bukan sahaja terhiris, bahkan terbelah dua dek kesengsaraan dan bala yang menimpa.
Walau apapun, kami tetap berterima kasih atas keprihatinan en. Paris dan kesungguhan beliau mengambil berat tentang kami. Seolah-olah, kami ini bagaikan anak-anak beliau.
Kini, apabila bertemu beliau, kenangan lama mengimbau kembali. Seronok juga rasanya. Bukan semua pelajar luar negara melalui situasi ini.
Terima kasih yang tak terhingga buat en. Paris sekeluarga. Semoga sentiasa berada dalam kerahmatan Ilahi jua.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Cetusan Mukara: Analisa PRU 13 Parlimen <b>di Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 10:01 PM PST

Seawal tahun 1959 iaitu ketika PRU pertama negara berlangsung, Seremban terbahagi kepada dua kawasan parlimen iaitu Seremban Timur dan Seremban Barat. Parlimen Seremban Timur meliputi dun Sungai Ujong dan Bukit Nanas, manakala Parlimen Seremban Barat meliputi dun Labu, Rahang dan Rantau.
Front Sosialis menang semua dun di Seremban Barat, manakala MCA-Perikatan menang semua dun di Seremban Timur. Lebih menarik, kedua-dua parlimen ini dimenangi oleh calon bebas! Ini adalah fakta yang tidak tertulis dalam teks sejarah di sekolah-sekolah. Ini adalah persejarahan politik yang wajar diketahui oleh semua generasi bahawa pengaruh politik bukan Perikatan/BN telah lama wujud di Negeri Sembilan khususnya di Seremban dan Port Dickson.
Kawasan ini telah melalui beberapa perubahan sempadan hasil daripada persempadan semula kawasan pilihanraya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam analisa terdahulu, persempadanan ini bertujuan untuk memecahkan blok sokongan dan pengaruh parti pembangkang. 
Parlimen Seremban kini (dahulu Seremban Timur) hakikatnya merupakan medan pertempuran sengit di Negeri Sembilan antara BN dan pembangkang. Kemenangan silih berganti samada BN atau pembangkang. Selepas era Front Sosialis (1959-1965), DAP menjadi pesaing terkuat BN di Seremban. Ketika era pilihanraya majlis bandaran tempatan dahulu, Seremban juga antara bandar yang dimenangi oleh calon Front Sosialis.
Samada sedar atau tidak, parlimen ini merupakan satu-satunya di Malaysia yang memiliki dun yang banyak iaitu enam dun-Nilai, Lenggeng, Temiang, Ampangan, Sikamat dan Lobak. Sesebuah kawasan parlimen secara biasanya terdiri daripada dua hingga lima dun. Logiknya mengikut syarat persempadanan, sudah boleh wujud tiga parlimen daripada kawasan ini. Jumlah pemilih di parlimen ini telah mencecah 100 ribu orang dan sewajarnya sudah wujud beberapa kawasan parlimen baru.Dr Chen Man Hin (gambar kiri) merupakan antara tokoh politik yang sinonim dengan Parlimen Seremban. Beliau merupakan ahli parlimen kawasan ini beberapa penggal dari tahun 1978 hingga 1999. Namun pada PRU 1999, beliau kalah di Rasah. Ketika era Reformasi 99, pengaruh DAP merundum di kebanyakan tempat dan ramai pimpinan utamanya seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas.

Dua penggal BN menguasai Seremban melalui MCA iaitu 1999-2004 dan 2004-2008. Namun pada PRU 2008, Seremban kembali dirampas dan dimenangi semula DAP melalui calonnya, John Fernandez. Pertarungan di Seremban sengit berbanding Rasah yang memperlihat kemenangan majoriti besar oleh Pengerusi DAP NS-Loke Siew Fook. Undi dari dun Lobak, Nilai dan Temiang menjadi penyumbang terbesar kepada perolehan undi calon DAP kerana kedua-dua dun ini merupakan kawasan majoriti pemilih Cina berbanding Ampangan, Sikamat, Lenggeng yang di kebanyakan kawasan majoriti pemilih Melayu 68 peratus memilih calon MCA-BN.

Perubahan dan peralihan undi kebanyakan pemilih di Seremban adalah kebangkitan luar biasa yang memperlihatkan semua calon MCA-BN tewas di semua dun ditandingi dalam Seremban, manakala calon Umno-BN buat pertama kalinya dalam sejarah PRU di Seremban sejak 1969 tewas di Ampangan dan Sikamat!

Calon Umno hanya menang di dun Lenggeng dengan majoriti 1,285 undi, namun tewas di peringkat daerah mengundi di Pantai, Panchor dan Paroi Jaya. Daerah mengundi di Broga, Ulu Beranang dan Lenggeng memberi kemenangan besar kepada Umno.

Calon

Kekalahan MCA di Seremban pada PRU 2008 benar-benar mencalar rekod pencapaian mereka pada PRU 1999 dan 2004 lalu. Malah mencetuskan pertentangan lebih ketara antara pemuka-pemuka MCA Negeri Sembilan.

Pengerusi MCA NS, Dr Yeow Chai Tiam yang 'bertelapak' di Rasah dikatakan berhasrat untuk bertanding di Parlimen Seremban pada PRU-13 akan datang. Mungkin beliau merasakan peluang memenangi Seremban lebih terbuka berbanding Rasah yang memperlihatkan kemenangan besar DAP melalui Loke Siew Fook. Situasi itu memberi jawapan jelas bahawa MCA NS sendiri tidak punya keyakinan untuk memenangi semula Rasah.

Hasrat beliau itu mendapat tentangan beberapa pemuka utama MCA NS seperti Timbalan Ketua MCA Bahagian Seremban, Datuk Ho Yok Kee yang pernah mengeluarkan pandangan bahawa tidak mahu 'calon luar' bertanding di Seremban. Ada kemungkinan juga beliau atau Ketua Bahagian MCA Seremban-Peter Lai juga berhasrat bertanding di parlimen.

Beberapa gerakan sulit 'menambah' pemilih-pemilih 'import' telah dijalankan oleh MCA Seremban sejak penghujung 2008 lagi. Mereka menyakini untuk 'menawan' kembali dun Temiang dan Nilai disamping berharap gerakan yang sama daripada Umno di Sikamat, Ampangan dan Lenggeng. Jika usaha ini berhasil, ada kemungkinan besar MCA boleh memenangi semula Seremban tetapi dalam majoriti yang sederhana tidak seperti era 90an. DAP memenangi Seremban dengan majoriti 3,948 undi. MCA benar-benar mengharapkan bantuan undi 'Melayu Umno' dari dun Lenggeng , Sikamat dan Ampangan. Manakala di Temiang, MCA menang di daerah mengundi majoriti Melayu iaitu di Taman Temiang Jaya dan Jalan Yazid Ahmad.

Namun, ia agak berbeza dengan satu kajian sokongan yang dijalankan sendiri oleh BN melalui badan-badan penyelidik kerajaan seperti Kemas dan Jasa. Parlimen Seremban dan Rasah termasuk Telok Kemang adalah kawasan yang dikira sebagai 'tiada harapan' untuk dimenangi semula. Malah ketiga-tiga kawasan ini ditandakan dengan warna merah! Kajian itu juga menyatakan undi popular yang bakal diterima pada PRU-13 di Seremban oleh BN adalah sekitar 31-36 peratus sahaja!

Akan tetapi PR NS khususnya tidak boleh berasa selesa kerana gerakan sulit menambah pengundi-pengundi 'import' seperti Bangladesh, Indonesia, Burma dan Nepal bakal mengagalkan usaha mempertahankan kemenangan PR di Seremban. Kaedah penipuan sebegini bakal meranapkan demokrasi dan menumpulkan ketelusan SPR.

DAP NS sebelum ini dikatakan akan menampilkan calon baru untuk Seremban. Ada perkhabaran yang menyebut bahawa Aspan Alias bakal diletakkan sebagai calon. Jika itu benar, tidak salah kerana berdasarkan pecahan pemilih mengikut kaum di parlimen Seremban kini menunjukkan pemilih Melayu merupakan majoriti (42.79%), cuma beza 1-3 peratus dengan pemilih Cina (41.95%). Ada kebarangkalian langkah itu akan berlaku peralihan besar undi Melayu kepada PR khususnya di dun Lenggeng, Ampangan dan Sikamat.

Malah ini bukan kali pertama DAP NS menampilkan calon Melayu. PRU 1986 dulu, DAP pernah meletak seorang calon Melayu di Ampangan. Jangan dilupa bahawa pada PRU 1969, kebanyakan bekas-bekas pimpinan Melayu Front Sosialis dari Parti Buruh dan Parti Rakyat menyertai DAP dan menjadi calon di Negeri Sembilan. Salah seorang antaranya bekas wakil rakyat Sirusa, Haji Hasan Ahmad yang merupakan calon Melayu DAP! Beliau menang di Sirusa mengalahkan calon Umno, Dato' Abdul Samad Said iaitu bapa kepada bekas MB NS iaitu Tan Sri Isa Samad!

Potensi

PR dijangka mampu mempertahankan kemenangan di Seremban dan sudah pastinya tentangan sengit bakal diberikan oleh BN. Penilaian atas kertas, DAP tidak mengalami kesukaran bagi mempertahankan kemenangan di Lobak, Nilai dan Temiang termasuk Keadilan di Sikamat dan Ampangan kerana kerusi-kerusi ini merupakan kawasan bandar yang memperlihatkan kecenderungan tinggi para pemilih daripada pelbagai kaum menyokong PR.

Ada maklumat lisan daripada sumber dalaman Umno Seremban menyatakan keyakinan bahawa pemilih Melayu di Ampangan dan Sikamat khususnya bakal 'swing' 55 peratus menyokong PR. Ini satu maklumat yang baik buat PR menggandakan gerak kerja di seluruh Seremban. Adalah tidak mustahil juga Lenggeng bakal dimenangi dengan majoriti tipis oleh Pas. Sekiranya situasi ini berlaku, harapan MCA merampas Seremban akan gagal walaupun dibantu oleh 'pemilih-pemilih import' yang diwarganegara-segerakan oleh mereka!

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


aku anak jempol: Dh Sampai <b>Serting</b>....

Posted: 19 Nov 2012 12:14 PM PST


Debaran Generasi Baru Felda Raja Alias 1,2,3 dan 4 akan berakhir bila hari ini upacara penyampaian cek Durian runtuh Fasa 3 seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak semasa Himpunan Generasi baru,Di UITM Shah Alam pada 10 November 2012 yang lalu...akan berlangsung seperti berikut:-
1. Sesi Pagi - Felda Raja Alias 1 & 2
                               2.Sesi Petang - Felda Raja Alias 3 & 4
Majlis penyerahan cek akan berlangsung di Dewan Serbaguna Felda Raja Alias 2 dan majlis dijangka akan disempurnakan oleh YB Dato Shamshulkahar Bin Mohd Deli, Exco pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan,merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serting
Seramai 1700 orang penerima cek dijangkakan, dan melibatkan RM 8.5 juta.

terima kasih YAB PM
terima kasih diatas pemberian Durian Runtuh...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved