Ahad, 13 Mac 2011

Edisi Nasional

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 13 Mar 2011 12:41 PM PDT

Kosmo Online - Varia


Berkuda aktiviti sukan sekeluarga

Posted:

Berkuda aktiviti sukan sekeluarga

Berkuda aktiviti sukan sekeluarga


JANGAN lepaskan peluang belajar menunggang kuda di AS Equestrian di Lenggeng.


MENUNGGANG kuda adalah pengalaman yang amat menyeronokkan kepada mereka yang sukakan cabaran, namun tidak ramai yang berpeluang menunggang haiwan tersebut kerana kemudahannya yang terhad dan kosnya yang mahal.

Kepada mereka yang berminat merasai pengalaman menunggang kuda, anda boleh berkunjung ke sebuah pusat ekuin yang baru dibuka di Kampung Rawa Hilir, Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan.

Sukan berkuda kelolaan AS Equestrian yang dimiliki AS Resources Services Sdn. Bhd. menjadi satu lagi produk dalam industri pelancongan di Negeri Sembilan.

Udara segar

AS Equestrian yang mendapat pengiktirafan Majlis Ekuin Malaysia menyediakan kemudahan kelas menunggang kuda, khidmat penjagaan kuda dan pelbagai aktiviti berkaitan kuda, kata Pengarah Urusan AS Resources Services Sdn. Bhd., Saadiah Othman ketika ditemui baru-baru ini.

"Kelas menunggang kuda di AS Equestrian dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman dalam pengendalian kuda.

"Pelatih berpeluang menikmati kehijauan dan kesegaran suasana desa," katanya.

AS Equestrian dibuka sejak enam bulan lalu dengan pelaburan sebanyak RM50,000.

"Setakat ini terdapat 10 ekor kuda di AS Equestrian dan pihak kami bercadang untuk membawa masuk beberapa ekor lagi dalam masa yang terdekat ini," kata Saadiah.

Selain aktiviti menunggang kuda di arena dan trek, terdapat beberapa kemudahan lain seperti restoran dan Homestay Rawa, Lenggeng bagi mereka yang ingin bermalam dan menikmati udara segar dan kesegaran alam semula jadi.

Saadiah berkata, aktiviti sukan berkuda boleh menjadi aktiviti sekeluarga sambil meluangkan masa bermesra dan berinteraksi dengan kuda. Aktiviti seperti itu juga sesuai untuk kanak-kanak mempelajari cara-cara menyayangi haiwan dan alam sekitar.

Menurut Saadiah, setiap orang yang berhasrat menjadi seorang penunggang kuda yang baik memerlukan empat perkara utama iaitu kecergasan, fleksibel, keseimbangan dan sikap yang betul.

Mungkin sesetengah orang berpendapat untuk menunggang kuda hanya membiarkan kuda membuat segala pergerakan. Penunggang hanya mengikut apa yang dilakukan kuda seperti menunggang motosikal.

Dengan kata lain hanya duduk sahaja di atas kuda.


MEREKA yang ingin menunggang kuda perlu cergas dari aspek fizikal.


"Sebenarnya tidak, penunggang yang baik mestilah cergas, mempunyai kekuatan otot kaki terutama paha, perut dan belakang. Bahagian ini penting bagi membolehkan penunggang duduk tegap di atas kuda dan mudah untuk mengawal pergerakan kuda.

"Menunggang kuda cukup meletihkan kerana tuntutan fizikal kepada penunggang, jadi semakin cergas seseorang penunggang adalah lebih baik," katanya.

Di samping itu, fleksibel juga ciri penting bagi penunggang untuk membuat perubahan dan pertukaran kedudukan dengan cepat dan mudah.

Pergerakan kuda kadang-kadang mengejutkan, jadi badan penunggang perlu fleksibel untuk mengikut pergerakan kuda.

"Keseimbangan merujuk kepada kedudukan tubuh penunggang ketika menunggang. Ia amat penting supaya penunggang berada tegap di atas kuda dan dapat mengawal kuda ketika menunggang. Jika kedudukan penunggang tidak seimbang, penunggang sukar mengawal kuda dan berkemungkinan boleh jatuh," katanya berkongsi tip.

Saadiah berkata, satu aspek yang paling penting dalam mencapai standard menunggang kuda ialah sikap. Penunggang yang baik mesti dapat memahami dan sekurang-kurangnya menyukai kuda walaupun tidak menyayanginya.

Relaks

"Kuda adalah haiwan yang mempunyai kebolehan 'merasai' dan akan memberi respons terhadap perasaan takut penunggang. Jika penunggang takut atau tertekan, kuda akan lebih rasa takut yang menyebabkan kuda tertekan dan mengambil peluang berkelakuan tidak baik.

"Sehubungan itu, penunggang perlu relaks. Dalam hal ini, menunggang kuda bukan semata-mata penunggang mendominasi kuda tetapi ia lebih kepada perkongsian dan saling mempercayai. Kebanyakan penunggang yang baik biasanya mempunyai hubungan yang amat baik dengan kuda yang ditungganginya," katanya.

AS Equestrian menawarkan pakej menunggang kuda. Setakat ini sambutan sungguh menggalakkan kerana ramai pengunjung tertarik dengan AS Equestrian yang dibuka pada hari Selasa hingga Ahad. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bengkel Wanita jejak ke Ipoh

Posted:

Bengkel Wanita jejak ke Ipoh

Bengkel Wanita jejak ke Ipoh


SARIPAH (lima dari kiri) bertukar memorandum dengan Normala untuk bengkel Sayangi Diri, Sayangi Keluarga Bersama Wanita yang akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak pada 26 Mac ini.


BENGKEL Sayangi Diri, Sayangi Keluarga Bersama Wanita anjuran majalah Wanita kembali lagi tahun ini untuk siri jelajah bengkel yang telah mencipta kejayaan di lima buah lokasi sebelum ini. Lokasi-lokasi tersebut adalah Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan, Melaka dan Sabah.

Membuka tirai tahun 2011, Perak terpilih menjadi negeri pertama yang akan menerima kunjungan redaksi Wanita untuk siri bengkel pada kali ini.

Bengkel yang mendapat kerjasama dari Badan Amal Dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (Ybu) itu akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Sultan Idris Shah pada 26 Mac in. Bengkel bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Yang Dipertua Baiduri, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, bengkel itu sudah lama dinanti-nantikan oleh warga Perak.

Menurut Saripah, penganjuran bengkel itu adalah salah satu aktiviti yang mendekatkan majalah Wanita dengan pembaca setianya. "Apabila diberi penghargaan menjadi negeri dan badan amal pertama untuk kerjasama ini, pihak kami amat berbesar hati dan tidak sabar untuk sama-sama memastikan siri bengkel di Ipoh ini berjaya direalisasikan," katanya pada majlis mengumumkan penganjuran Bengkel Sayangi Diri, Sayangi Keluarga Bersama Wanita di Ipoh baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ketua Khidmat Pengurusan Komuniti, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Isfarina Mohd. Bali dan Pengarang Kanan Unit Majalah Keluarga merangkap Pengarang Wanita, Normala Hamzah.

Antara pengisian bengkel itu termasuklah perbincangan isu-isu yang berkaitan kesihatan, kecantikan, keibubapaan, undang-undang dan kerohanian selain pelbagai panduan dan motivasi untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.

Barisan panel jemputan yang arif dalam bidang masing-masing bakal menjawab segala kemusykilan berkaitan topik-topik yang akan dibentangkan.

Selain itu, pertunjukan fesyen, demonstrasi solekan dan dandanan, kraftangan serta aktiviti kecergasan selain cabutan bertuah turut memeriahkan majlis.

Bengkel yang mendapat sokongan beberapa penaja iaitu Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Alazo, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dan D'or Rue itu bertujuan menambah pengetahuan dan melengkapkan para peserta dengan keyakinan diri dalam memikul tanggungjawab sebagai pelajar, pekerja, isteri dan ibu, tidak kira golongan suri rumah mahupun wanita bekerjaya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi redaksi Wanita di talian 03-8926 2999 atau Eksekutif Kanan, Pengurusan Jenama, Iskandar Sani Melan di talian 013-3451 946 atau e-mel iskandar.melan@utusan karya.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Stailo

Posted: 13 Mar 2011 12:37 PM PDT

Kosmo Online - Stailo


FV hab jenama fesyen Asia

Posted:

FV hab jenama fesyen Asia

FV hab jenama fesyen Asia

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR



SEGALA-GALANYA bermula ketika Vivy Sofinas Yusof, 25, mengikuti pengajian undang-undang di London School of Economic di United Kingdom (UK), tujuh tahun lalu. Dia yang begitu teruja melihat perkembangan fesyen di UK enggan ketinggalan merapikan penampilannya tetapi masih kekal sederhana dan feminin.

Apatah lagi, penduduk UK begitu menghargai hasil kerja pereka tempatan. Proses beli-belah secara talian juga bukan sesuatu yang baru di negara itu berbanding di Malaysia pada masa itu.

"Semasa di UK, saya amat menggemari jenama Topshop dan Zara. Saya sanggup berhabis menggunakan duit belanja yang dikirimkan bapa untuk perbelanjaan harian untuk membeli-belah dan sanggup makan mi segera," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang mesra disapa Vivy.

Menurut Vivy, yang berdarah campuran Cina dan Melayu, kedua-dua jenama berkenaan masih menjadi pilihannya. Bagaimanapun, selepas pulang ke Malaysia dua tahun lalu, dia mula menghargai hasil rekaan tempatan yang tidak kurang hebatnya.

"Selepas menamatkan pengajian dan pulang ke Malaysia, saya membantu bapa yang menjalankan perniagaan hartanah. Tetapi, saya tidak menemui kepuasan sebenar kerana minat yang mendalam terhadap fesyen.

"Tiga bulan lalu, saya mewujudkan FashionValet.net (FV) yang menjadi hab rekaan fesyen tempatan. Saya mewujudkan perniagaan ini bersama rakan pengasas yang juga rakan saya di UK, Fadzarudin Anuar dan Asma' Nasaruddin," katanya kepada Stailo ketika ditemui baru-baru ini.

Memburu pereka


VIVY SOFINAS menjalankan perniagaan fesyen dalam talian yang memartabatkan koleksi rekaan pereka tempatan.


Mengaku sibuk menjalankan perniagaan pada usia yang muda dan masih lagi membantu menjalankan bisnes keluarga, Vivy mahu terus memburu pereka-pereka tempatan untuk menyertai laman web FV.

"Ketika mula-mula mewujudkan bisnes ini, saya bergerak bersama kumpulan bagi menemui pereka-pereka fesyen tempatan. Pada bulan pertama kami berjaya mengumpulkan seramai 15 pereka tempatan tetapi, waktu itu belum ada pejabat untuk beroperasi.

"Dalam masa dua bulan menjalankan bisnes ini, saya mengupah empat orang pekerja tetap termasuk seorang pengurus iaitu Azwa Elena Azmi, 24, atau Wawa dan Anis Faezah Faid, 21, eksekutif operasi yang bersama-sama bertanggungjawab melancarkan perjalanan bisnes ini kerana saya terlalu sibuk," kata Vivy yang berperanan sebagai Pengarah Urusan FashionValet.net.

Dengan memiliki FV, Vivy mempunyai peluang berfesyen tanpa had. Dia mengakui berhabis ribuan ringgit setiap bulan bagi memenuhi obsesinya terhadap fesyen.

"Saya memastikan saya memiliki sehelai baju bagi setiap jenama yang saya jual di FV. Bagi saya, rekaan tempatan juga berkualiti dan cantik digayakan tetapi kebanyakannya tidak mempunyai medium untuk memperkenalkan jenama mereka.

"Tetapi, saya masih bersikap selektif dalam memilih rekaan yang menyertai FV. Saya memilih rekaan yang relevan untuk dipakai, sederhana dan tidak keterlaluan. Wawa menjadi orang penting dalam tugas ini kerana kami sering bertukar pendapat," katanya.

Keseronokan Vivy berganda apabila dapat berkongsi minatnya dengan ramai pengikut blognya. Vivy menggunakan platform tersebut bagi menggayakan jenama kegemarannya. Antaranya termasuklah Jas.C, Mimpikita, Sister Margaritta dan PU3.


HIMPUNAN rantai dijual pada harga yang berpatutan.


Koleksi PU3 antara jenama tempatan yang pantas memikat pencinta fesyen di Malaysia. Ia diasaskan sejak lima tahun oleh pasangan kembar Putri Azalea Ashram Ramli, 29 dan Putri Yasmin. Butik PU3 yang beroperasi di gedung The Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bukan sahaja menawarkan koleksi aksesori yang ideal buat golongan muda malah turut menyediakan seleksi busana kasual, dres dan pakaian tradisional baju kurung dan kurung moden.

Sementara itu, butik MimpiKita pula digerakkan oleh tiga adik-beradik yang bercita-cita besar dalam bidang fesyen iaitu Nurul Zulkifli, 27, Amirah, 24, dan Syahira, 29. Bermula dengan perniagaan menerusi laman blog pada bulan Mei tiga tahun lalu, ketiga-tiga anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu mampu tersenyum puas apabila berjaya membuka butik MimpiKita di Bangsar, Kuala Lumpur.

Menariknya koleksi beg tangan, pakaian dan aksesori yang ditawarkan di butik MimpiKita begitu eksklusif kerana rekaannya merupakan ilham mereka bertiga. Atas faktor tersebut, label MimpiKita sering menjadi pilihan selebriti tempatan.

Tampil sederhana

Pada masa yang sama, kesemua itu menarik minat Vivy untuk menawarkan produk jenama berkenaan dalam laman webnya, FashionValet.net.

"Walaupun menggemari fesyen dan suka berfesyen, saya masih mengekalkan penampilan sederhana dan feminin. Saya juga mempunyai peraturan dalam berpakaian iaitu tidak memakai baju tanpa lengan atau skirt pendek.

"Imej sopan sudah sebati dengan diri saya," katanya yang menggemari kaftan.

Dalam pada itu katanya, melalui FV dia mahu memperkenalkan pereka tempatan ke mata dunia dan mahu pengguna Malaysia membuka mata kepada hasil rekaan tempatan.

"Ketika ini, hasil rekaan tempatan di FV telah menembusi Brunei, Singapura, UK, Jerman, Indonesia dan Bangladesh selain Malaysia.


WANITA tempatan kini berpeluang tampil santai, funky, moden dan ranggi dengan koleksi pakaian yang ditawarkan dalam FashionValet.net.


"Ini membuktikan masyarakat luar juga menghargai rekaan fesyen tempatan. Dengan sambutan yang baik, tidak mustahil suatu hari nanti FV juga akan menjadi hab fesyen Asia yang mengetengahkan jenama-jenama Asia," katanya.

Bagaimanapun, kesibukan Vivy tidak menghalangnya memberikan tumpuan kepada kedua-dua perniagaan yang dijalankan ketika ini.

"Pejabat bapa saya terletak berhampiran pejabat FV di Plaza Damansara. Oleh itu, saya dapat memberikan perhatian kepada kedua-duanya tanpa masalah.

"Saya juga bertuah kerana keluarga menyokong sepenuhnya perniagaan fesyen yang saya jalankan ini," katanya.

Mengakui terlalu sibuk mengembangkan kerjaya dan fesyen, Vivy tidak akan melupakan maskaranya setiap kali keluar rumah walaupun terpaksa berkejar ke sana ke mari.

"Alat solek yang paling penting bagi saya ialah maskara. Tetapi, saya tidak boros membeli alat solek, cukuplah satu maskara berjenama Dior yang menjadi kegemaran saya sejak dulu.

"Saya juga jarang memakai gincu dan solekan nipis tetapi minum banyak air untuk wajah kekal segar walaupun tidak cukup tidur," ujar gadis berbibir merah jambu ini.

Tambah Vivy, dia bersyukur kerana kulit wajahnya mudah dijaga dan tidak mempunyai masalah. Dia menggunakan pembersih wajah jenama Simple dan pelembap wajah berjenama Olay.

"Kedua-dua produk ini saya gunakan selepas mengiklankannya di blog. Saya diberi sebulan tempoh percubaan menggunakan produk ini dan ia serasi dengan kulit saya," ujar Vivy menutup bicara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zang Toi gegar pentas peragaan New York

Posted:

Zang Toi gegar pentas peragaan New York

Zang Toi gegar pentas peragaan New York


ZARIN menggayakan rekaan istimewa Toi, gaun hitam sutera yang ditenun secara kasar.


WALAUPUN angin yang bertiup pada malam hari Ahad lalu agak dingin, peminat fesyen tegar datang berduyun-duyun untuk menyaksikan koleksi fesyen terbaru musim luruh 2011 di The Studio di Lincoln Centre, New York.

Antara penyampai koleksi pada majlis itu ialah pereka fesyen dari Malaysia, Zang Toi. Toi berjaya mengukir nama dalam industri ini dan mengharumkan nama negara di pentas fesyen Amerika.

Beliau merupakan antara pereka fesyen yang menyampaikan koleksi masing-masing pada Minggu Fesyen New York.

Toi yang dilahirkan di Kelantan menampilkan koleksinya yang dipanggil Timeless Beauties. Koleksi itu diadun dengan fabrik mewah. Beliau menggunakan fabrik bulu unta kelabu gelap bersama zamrud.

Kesemua 33 helai busana diperagakan oleh model yang mewakili pelbagai kaum berkulit putih, Timur dan keturunan Afrika-Amerika. Dalam koleksinya, Toi menggunakan kombinasi bulu anak unta dan sutera, adunan bulu Kashmir dan sutera bagi pakaian sut dan baju kulit memerang serta kumai tenunan tangan.

"Anda memerlukan imaginasi dan bakat visual bagi penyampaian seperti ini," kata Jessica Bong, seorang juruhias dalaman yang berasal dari Melaka dan datang dari New Jersey untuk menyaksikan pertunjukan fesyen tersebut.

Timeless Beauties

Penyampaian Timeless Beauties melalui pelbagai pengubahsuaian dan perubahan. Semua itu bukti bahawa Toi terlalu memikirkan keunggulan yang melambangkan nukilan kreatifnya.

Kerja hiasan manik bagi koleksi terbarunya itu dibuat di India. India cukup terkenal dengan kerja halus ini dalam pelbagai bidang fesyen tidak kira pakaian, barangan kemas atau produk lain.

Kraf manik adalah lambang keunikan India, kata pengkritik fesyen yang menyaksikan model-model tinggi lampai melakukan peragaan.

Bagaimanapun, kata Toi semua rekaan tersebut dihasilkan bersama kakitangannya di pejabatnya yang terletak di 57 Street, Fifth Avenue New York. Lokasi itu dipenuhi dengan barisan kediaman ramai pereka fesyen yang disegani dan para selebriti yang menjual produk mereka daripada pakaian berjenama hinggalah kasut dan barangan kemas.


SALAH satu daripada 33 helai buah tangan Toi yang memeriahkan pentas peragaan di New York baru-baru ini.


Toi, dalam temu bual berkata, koleksinya bergantung kepada sumber-sumber sendiri. Walaupun beliau lebih suka menghasilkan rekaannya sendiri, namun bekerjasama dengan kakitangan adalah lebih baik bagi memastikan hasil akhir nukilannya itu adalah sama seperti yang diilhamkan.

Nukilan unggul Toi

Tetapi nukilan terhebat Toi yang disampaikan pada malam itu ialah sehelai gaun hitam sutera yang ditenun secara kasar. Gaun yang dihiasi manik dan renda serta kepingan halus kristal Swarovski itu dipakai oleh Jill Zarin iaitu bintang Real Housewives of New York City. Harga gaun itu menurut beberapa sumber di Lincoln Center mencecah AS$30,000 (RM91,200) iaitu harga bukan semua orang mampu untuk membelinya.

Selain Zarin, satu lagi nama terkenal yang memperagakan nukilan Toi ialah penari utama American Ballet Theatre, Cory Stearns.

Auditorium The Studio di Lincoln Center dihadiri oleh ramai VIP. Antaranya termasuklah penyanyi yang memenangi anugerah Grammy, Kelly Bensimon, Ramona Singer, Alex McCord, Luann de Lesseps, Irina Dvorevenko dan Maxim Beloserkovsky.

Pada bulan Julai ini genap tiga dekad Toi berniaga di New York. Beliau mempunyai jaringan hubungan yang berprofil tinggi dan memenuhi cita rasa bintang-bintang filem serta ikon hiburan lain.

Koleksi estetik beliau sentiasa menampilkan gambaran glamor moden dan canggih yang menyebabkan pelanggan setia kepada beliau.


TOI (kanan) bersama Zarin yang memperagakan gaun hitam suteranya iaitu nukilan terhebatToi.


Tetapi Toi, yang lazimnya menyampaikan koleksi beliau mengikut tema spesifik berkata, inilah kali pertama beliau menyampaikan sebuah koleksi tanpa tema.

Koleksi pada malam itu menunjukkan bahawa beliau lebih menumpukan pada gaya-gaya klasik yang ditampilkan melalui material paling mewah.

Toi berkata, pelanggan beliau adalah inspirasi sebenar yang menyebabkan beliau mendedikasikan koleksi terbaru itu kepada mereka.

Para pelanggan kata beliau, cantik tidak kira peredaran masa dan itulah juga tajuk koleksi beliau.

Nama Toi kerap kali dicadangkan oleh masyarakat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) supaya dipilih sebagai duta pelancongan yang berpontensi bagi Malaysia. Toi pastinya calon yang hebat untuk memainkan peranan itu kerana sebahagian besar kenalannya terlibat dalam industri perniagaan, fesyen dan hiburan.

Selain peminat Amerika, Toi turut dipuji oleh ramai warga Asia di The Studio yang datang untuk menyaksikan pertunjukan fesyen itu. Selain daripada warga Malaysia, terdapat juga warga Cina dari Tanah Besar, Hong Kong, India, Indonesia dan Filipina. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kembara tanpa had

Posted:

Kembara tanpa had

Kembara tanpa had


HIMPUNAN kasut Timberland musim bunga dan panas 2011 begitu ideal buat jejaka lasak.


IMEJ rugged yang dimiliki rangkaian kasut Timberland sememangnya padan dengan penampilan pemakai yang gemarkan aktiviti luar yang lasak. Justeru, sempena musim bunga 2011, rekaannya diperhebat dengan suntikan teknologi yang menjadikannya kalis air bagi memenuhi impian gaya lelaki dan wanita.

Menurut Pengurus Pemasaran Timberland Asia Tenggara, Cheryl Kow, kanvas sememangnya dikenali sebagai fabrik yang tahan lasak, ringan dan memudahkan aliran udara. Ia menjadi pilihan sempurna untuk digayakan sempena musim bunga dan musim panas khususnya bagi pengembaraan luar serta aktiviti lasak.

"Tetapi, seringkali kasut yang selesa mempunyai had keseronokan memakainya. Oleh itu, Timberland membawakan inovasi ke atas rangkaian kasutnya yang bukan sahaja tahan lasak dan kalis air, malah tidak mengabaikan faktor keselesaan agar kaki sentiasa 'bernafas'. Jadi si pemakai akan sentiasa berasa hebat untuk tempoh yang panjang," tambahnya.

Menurut beliau, kanvas bionik dihasilkan menggunakan benang bionik yang merupakan material unik yang dibuat daripada 50 peratus kapas organik, 38 peratus polietilena terephthalate (PET) dan 12 peratus poliester.

"Timberland adalah yang pertama memperkenalkan rangkaian kasut yang dihasilkan menggunakan struktur heliks berganda hasil inovatif material yang menjadikannya 30 peratus lebih kuat berbanding kanvas biasa. Bahan itu juga mengekalkan bentuk dan rasa asli kanvas daripada kapas.

"Ia terbukti 30 peratus lebih cepat kering berbanding 100 peratus kanvas kapas. Kanvas bionik adalah dua kali ganda kalis air dan kotoran serta menjadi elemen penting bagi rekaan musim bunga," katanya.

Katanya, rangkaian kasut Timberland terdiri daripada siri City Adventure Streeterville Mixed Media Ox yang tampil dengan tiga warna iaitu Dark Brown Full Grain, Tan & Blue Full Grain dan White Full Grain.

Siri City Adventure Split Cupsole Leather & Fabric Ox pula tampil tiga warna iaitu Maroon Canvas/Suede, Yellow Canvas/Suede dan Off White Canvas/Suede," katanya.

Kesemua rangkaian kasut terbaru Timberland boleh dimiliki pada harga RM439 sepasang.

Jaket Bionic Twill Wharf

Koleksi kanvas bionik Timberland kini lengkap dengan jaket yang direka khas dengan perincian yang mengangkat inspirasi keaslian klasik oleh New England. Ia diperbuat daripada fabrik benang bionik yang kalis air. Tampil dengan warna matahari, potongannya praktikal dan sesuai untuk pelengkap gaya.

Ia boleh didapati di semua butik Timberland seluruh negara bermula Januari lalu pada harga RM299.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 13 Mar 2011 10:25 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Hydron rangsang kulit sihat

Posted:

Hydron rangsang kulit sihat

Hydron rangsang kulit sihat

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Foto NOOR BAINI MASRI



KULIT rasa tidak selesa biar pun selepas dibersihkan? Keadaan itu bukan luar biasa. Ada pembersih wajah menyebabkan kulit muka berasa tegang. Seolah-olah ada sisa umpama sabun masih melekat. Tidak kurang juga kulit rasa berat dan melekit selepas menggunakan rangkaian set penjagaan kulit.

Yang pasti setiap produk mengandungi bahan-bahan popular seperti vitamin C, retinol dan hyraluronik. Persoalannya mengapa ia meninggalkan kesan yang berbeza pada kulit. Begitu juga sama ada

Rangkaian produk Hydron membawa catatan kesihatan dan kecantikan kulit yang tersendiri. 'Betulkan pH kulit dahulu, gunakan produk yang betul, barulah kulit menjadi sihat, ceria dan berseri-seri,'' kata Pengurus Jualan BioAclime Sdn. Bhd., Chin Sow Peng.

Katanya, Hdyron menawarkan teknologi terkini menjadikan rangkaian produk itu dalam kelas tersendiri bagi menangani masalah kulit.

Istimewanya, menerusi teknologi itu, bahan-bahan utama dalam produk Hydron 'dihantar' ke epidermis dengan berkesan menyebabkan kesannya dapat dirasa segera dan bertahan lebih lama.

Menggunakan dua teknologi yang telah dipatenkan iaitu self adjusting aclime dan hydron@polymer - kulit bebas daripada rasa 'berat', berminyak sekali gus dapat 'bernafas' dengan selesa.

'Penghantaran' bahan-bahan utama dalam produk Hydron seperti retinol dan vitamin c menggunakan teknologi tersebut dapat membetulkan pH kulit menjadikan kulit sentiasa segar. Rangkaian siri produk asas Hydron bagi kulit tidak bermasalah terdiri daripada pembersih wajah Microdermabrasion Self-Adjusting Cystals, pelembab, krim malam dan krim mata. Rasai kristal-kristal kecil lembut bertindak membersihkan wajah sambil memberi kesan lembapan. Manakala krim malam membantu mengembalikan kesegaran kulit tanpa rasa melekit.Set kulit bermasalah atau dikenali sebagai set rawatan profesional Hdron pula menawarkan H3P Vital Recovery Serum, Self-Adjusting Retinol 1.0 Serum, Pure Radiance Brightening Solution dan C3O2 Vitamin C & Multi-fruit Acid Concentrate. Antara masalah kulit yang terbukti dapat dirawat menggunakan set ini adalah masalah pigmentasi, jerawat dan warna kulit tidak sama rata. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 019-3124537, 03-87234808, 013-2448484.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilauan kristal Swarovski

Posted:

Kilauan kristal Swarovski

Kilauan kristal Swarovski

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

PESONA batu ini terletak dalam kelas yang tersendiri. Nilainya tidaklah jutaan tetapi kualitinya setanding dengan permata antarabangsa lain. Kemewahan perhiasan mata ini tampil mewah dan eksklusif.

Dengan konsep Crystal Forest (Hutan Kristal), koleksi terbaru Swarovski mengangkat keindahan alam semula jadi.

Karakter dan mistik menjadi satu dalam rekaan batu permata dan kristal ini.

Sesuatu yang unik kerana bentuknya tidak lazim seperti perhiasan lain.

Kombinasi pelbagai geometri dan rupa menjadi keistimewaan koleksi Swarovski kali ini.

Konsep ini memperlihatkan tiada noktah antara Swarovski dan alam. Ia diangkat dengan sempurna dalam koleksi Modern Lux dan Poetry of Precision yang boleh dilihat di butik baru di pusat membeli-belah KLCC, Kuala Lumpur.

Geometri yang memikat dapat dilihat pada koleksi Free Butterflies. Inspirasi misteri rama-rama ini menjadi transformasi permata dunia. Koleksi ini boleh didapati dalam bentuk rantai, gelang tangan dan anting-anting.

Keindahan rama-rama dan alam semula jadi bersatu dan diperincikan dengan warna-warna feminin seperti merah samar.

Direka dengan simbolik spiritual, ia mengetengahkan ciri feminin yang elegan.

Dua koleksi rantai Spring Collage misalnya direka menggunakan kaca dan kristal batu merah dan mempunyai makna tersirat.

Selain itu, sentuhan fantasi bunga dicipta eksklusif untuk wanita moden.

Melengkapi koleksi semula jadi, Swarovski turut menampilkan semangat hutan yang banyak bermain dengan pelbagai rekaan dan warna. Misalnya rekaan kali ini diinspirasi daripada rama-rama dan warna pelangi sesuai untuk wanita.

Mengimbas sejarah jenama tersohor ini, segalanya bermula daripada inovasi yang dilakukan oleh Daniel Swarosvski I, apabila dia mencipta mesin bagi memotong batu-baru kristal untuk dijadikan barangan kemas pada 1895.

Bermula dari situ, lelaki Bohemia ini yang kemudian berpindah ke Wattens, di Tyrol, Austria, telah membuka revolusi baru dalam dunia fesyen sehingga jenama tersebut menjadi pendahulu dalam pengeluaran kristal untuk fesyen, barangan kemas dan akhir-akhir ini untuk lampu hiasan, seni bina dan hiasan dalaman.

Hari ini syarikat kumpulan Swarovski , yang masih dimiliki generasi ke empat dan kelima Swarovski , berkembang dengan tenaga kerja mencecah 24,800 orang di lebih 120 negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 13 Mar 2011 10:09 AM PDT

Utusan Online - Johor


Ancam keselamatan 1,400 penduduk

Posted:

Ancam keselamatan 1,400 penduduk

Ancam keselamatan 1,400 penduduk

Oleh RAHIMAH MOHAMED
utusanjohor@utusan.com.my


SIKAP pemandu yang memandu secara berbahaya di jalan utama mengancam keselamatan penduduk Kampung Ulu Pulai, Pasir Gudang, Johor Bahru.


JOHOR BAHRU 12 Mac - Keselamatan kira-kira 1,400 penduduk Kampung Ulu Pulai di Pasir Gudang, dekat sini terjejas setiap kali memasuki jalan utama yang tidak lagi selamat digunakan kerana pemanduan berbahaya dan peningkatan trafik sejak ia dinaik taraf tujuh tahun lalu.

Ketua Kampungnya, Abdul Aziz Layong, 51, berkata, semakin banyak kenderaan melalui jalan tersebut sejak ia diperbesarkan terutama kenderaan berat seperti lori pasir, treler dan bas yang menjadikannya jalan pintas ke pekan Nanas dan Tanjung Pelepas.

"Pengguna jalan raya hanya tahu ia jalan pintas untuk ke destinasi terbabit, namun mereka tidak sedar ia adalah laluan utama penduduk Kampung Ulu Pulai bagi menjalankan aktiviti harian," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia, di sini semalam.

Imam Kampung Ulu Pulai, Mohiar Ishak, 73, pula memberitahu, dia sering mendengar keluhan penduduk mengenai risiko pemanduan berbahaya dan laju kenderaan yang melalui jalan tersebut.

"Tiada satupun kereta atau lori yang dipandu secara perlahan, malahan semuanya dipandu dengan cara yang amat berbahaya," katanya.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati kesesakan berlaku di jalan berkenaan pada waktu puncak iaitu awal pagi dan petang turut menyukarkan pergerakan penduduk kampung.

Pengusaha kedai makan, Hussin Din, 55, memberitahu, masalah ketiadaan papan tanda dan lampu isyarat juga adalah punca berlakunya kemalangan.

"Di kampung ini tidak terdapat satu pun papan tanda kurangkan had laju kenderaan dan juga lampu isyarat, ini sudah keterlaluan malah membahayakan keselamatan anak-anak kami yang bersekolah," katanya.

Menurutnya, kini ramai pelajar sekolah dihantar dan dijemput penjaga masing-masing kerana bimbang kes kemalangan yang pernah berlaku di jalan itu menimpa anak mereka.

Seorang peniaga, Tini Rashiman, 52, pula meluahkan rasa marah kerana dia kehilangan suami yang tercinta, Sirin Kamari, 60, akibat kemalangan di situ tiga bulan lalu.

"Suami saya meninggal dunia selepas koma beberapa hari di hospital apabila kereta yang dipandunya dirempuh oleh sebuah kereta lain yang dipandu laju," katanya sayu.

Pengusaha bengkel di kampung itu, Mohd. Alim Abdul Rashid, 39, memberitahu, permohonan untuk diadakan lampu isyarat dan papan tanda kurangkan had laju telah dibuat namun masih belum ada apa-apa tindakan dan pihak berwajib diharap melakukan sesuatu sebelum lebih ramai menjadi korban.

"Walaupun jalan ini telah dibesarkan, ia tetap 'jalan kampung' dan pemandu luar tidak patut memandu laju memandangkan kampung kami terletak di tepi jalan besar ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bengkel Bijak Sifir Sifutaj Isnin, Selasa ini

Posted:

Bengkel Bijak Sifir Sifutaj Isnin, Selasa ini

Bengkel Bijak Sifir Sifutaj Isnin, Selasa ini

JOHOR BAHRU 12 Mac - Qulhaq Consultancy akan menganjurkan Bengkel Bijak Sifir Sifutaj pada Isnin dan Selasa ini.

Pengarah Projeknya, Zurina Shaharuddin berkata, bengkel selama dua hari itu akan dianjurkan di Dewan Seminar, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang pada Isnin dan hari berikutnya di Balai Masjid Sultan Abu Bakar, di sini.

Katanya, objektif utama program adalah untuk mendedahkan teknik mudah bagi pelajar menguasai sifir serta meningkatkan pencapaian dalam subjek Matematik.

"Bengkel ini merupakan bengkel pertama dihasilkan oleh bumiputera dan ia dihasilkan melalui kajian saintifik selama tujuh tahun.

"Kaedah ini dicipta mengikut Pedagogi Pendidikan dan selepas menyertai bengkel ini peserta tidak perlu lagi menghafal sifir seperti sebelum ini," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.

Zurina berkata, antara pendekatan yang akan digunakan sepanjang bengkel tersebut adalah ujian awal, penerangan kaedah Sifutaj, pemilihan kaedah, latihan, latih tubi, pembelajaran output, kuiz dan ujian akhir.

Selain itu katanya, para peserta juga akan diberikan tip untuk belajar dengan lebih baik serta selingan kisah tokoh-tokoh Islam sebagai sumber inspirasi kepada mereka.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi Zurina di talian 010-7110006 atau 013-7295163 untuk keterangan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 13 Mar 2011 04:04 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Bersalin tambah risiko rahim jatuh

Posted:

Bersalin tambah risiko rahim jatuh

Bersalin tambah risiko rahim jatuh

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto RAZAK LATIFF

UTERUS atau dalam bahasa harian lebih senang disebut rahim, mungkin boleh dilambangkan sebagai kasih sayang bagi seorang wanita.

Di dalam organ inilah, 'benih' cinta antara dua individu bersatu, membesar selama 40 minggu dan apabila sampai masanya, menyingkap dunia melalui frasa yang cukup istimewa.

Sebagai organ yang mempunyai fungsi ajaib melahirkan cahayamata, pastinya tugas berat tersebut sedikit sebanyak membebankan dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.

Rahim jatuh atau uterovaginal prolapse adalah satu daripadanya. Ia berlaku apabila rahim turun atau jatuh daripada kedudukan anatomi asalnya di aras tonjolan tulang iskium (ischial spine).

"Punca utamanya ialah kelemahan otot-otot dan ligamen-ligamen sokongan rahim serta lantai pelvis yang disebabkan oleh beberapa perkara," kata Dr. Ixora.

Menurut beliau, otot-otot lantai pelvis atau saraf pudendal iaitu saraf yang menjadi penyambung di bahagian tersebut boleh tercedera ketika proses kelahiran. Tambahan lagi kepada wanita yang melalui proses kelahiran lebih daripada empat kali, mereka sangat terdedah kepada risiko mengalami rahim jatuh.

Faktor lain seperti kekurangan tisu kolagen sama ada sejak lahir atau disebabkan oleh menopaus dan masalah keabnormalan tulang belakang seperti 'spina bifida' juga mengundang masalah ini.

Dianggarkan sekitar 30 peratus wanita berusia mengalami masalah rahim jatuh tetapi peratusan sebenarnya tidak diketahui dengan tepat kerana ramai yang malu untuk berjumpa doktor.

Walaubagaimanapun kata beliau, terdapat juga wanita muda yang mengalami masalah ini tetapi ia jarang berlaku. Jika berlaku sekali pun mungkin berpunca daripada masalah saraf pudendal yang wujud secara semula jadi sejak lahir atau akibat kecederaan saraf tunjang atau penyakit saraf seperti gullain-barre dan poliomyelitis.

"Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti obesiti, sembelit dan batuk yang berpanjangan serta selalu mengangkat beban berlebihan atau berpanjangan untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan otot lantai pelvis lemah," kata beliau.

Jelas Dr. Ixora, biasanya masalah rahim jatuh akan diiringi masalah organ-organ pelvis lain seperti pundi kencing, faraj, uretra (salur kencing), rektum (usus besar) dan usus kecil yang dipanggil pelvic organ prolapse (POP).

Antaranya masalah cystocoele ( pundi kencing jatuh / bonjolan pundi kencing ke dalam faraj) dan rectocoele (usus besar rektum jatuh / bonjolan rektum ke dalam faraj).

Selain daripada itu ia juga diiringi oleh masalah kencing seperti stres inkontinens (kebocoran akibat batuk, bersin atau ketawa dan masalah pundi kencing terlalu aktif.

Kategori rahim jatuh:

l Peringkat pertama : serviks turun dari kedudukan normalnya sehingga bukaan faraj tetapi rahim masih di dalam faraj

l Peringkat kedua : serviks dan sebahagian rahim turun dari kedudukan normalnya sehingga melepasi bukaan faraj tetapi fundus rahim masih di dalam faraj

l Peringkat ketiga (procidentia) : serviks dan keseluruhan rahim termasuk fundusnya dan dinding faraj turun melepasi bukaan faraj.

Simptom-simptomnya:

l Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj

l Ketulan pada faraj

l Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)

l Sakit belakang

l Sakit semasa hubungan seks

l Pendarahan faraj selepas menopaus

l Inkontinens kencing

l Sukar buang air kecil / besar

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mata cantik, pikat hati

Posted:

Mata cantik, pikat hati

Mata cantik, pikat hati



MEMILIKI sepasang mata yang menawan merupakan aset yang tidak ternilai harganya. Pelakon Hollywood, Bette Davis menjadi terkenal di seluruh dunia kerana memilik sepasang mata yang cantik. Lagu-lagu menarik dicipta khusus buatnya kerana ramai yang memuja keindahan matanya. Kecantikan mata tidak seharusnya dipandang ringan. Sejajar dengan peningkatan usia, mata menjadi kurang menarik, justeru teknik kosmetik dan esthetic boleh digunakan bagi mencantikkan mata .

Bagaimanakah struktur mata yang sebenar?

Mata kita terletak dalam soket mata iaitu lubang pada tengkorak yang didindingi tulang tipis dan berlubang lubang kecil yang di panggil cribriform. Ia dikelilingi sekeping lelemak yang dinamakan tarsal plate. Lemak mata bergerak sekeliling mata melalui jaringan yang dinamakan saluran limfatik. Saluran limfatik mata akan bersambung pula dengan jalinan limfatik pada maxilla (pipi), telinga dan lain lain bahagian tubuh kita. Apabila saluran ini tersumbat maka banyak lemak akan terkumpul dan mengeras membuat mata kelihatan bengkak dan dan cengkung.

Struktur mata yang penting dalam estetik terdiri dari konjunktif mata, kelopak mata, dan iris mata. Iris merupakan bahagian yang mempunyai pigmen bagi memberikan warna mata.

Konjunktif merupakan lapisan jernih pada mata. Masalah pada kornea ialah terjadinya selaput mata akibat daripada kecederaan kornea yang berpunca daripada pengumpulan epithelium. Lapisan selaput sebegini membesar perlahan-lahan sehingga boleh menjejaskan penglihatan. Biasanya kes sebegini di namakan pterygium. Bagi mereka yang mengalami kencing manis, katarak adalah gangguan mata yang menghalang penglihatan dan mesti dibuang melalui pembedahan. Katarak berada pada lensa mata dan terhasil akibat gula yang tinggi dalam darah yang kemudian bertukar kepada sorbitol sehingga membentuk katarak.

Konjunktif merupakan bahagian mata yang berwarna putih. Kehadiran salur darah halus yang banyak membuatkan konjunktif menjadi kuning. Dewasa ini terdapat pembedahan menggunakan laser yang mampu memutihkan kembali warna konjunktif yang membuatkan warna mata kuning dan tidak menarik. Selepas pembedahan laser mata tampak putih kembali. Warna kuning pada konjunktif juga menjadi asas bagi doktor mengesan penyakit berkaitan dengan hati dan pundi hempedu. Bilirubin iaitu sejenis bahan yang dihasilkan hempedu mempunyai afiniti yang tinggi pada konjunktif. Semakin kuning warna konjunktif mata bermakna semakin tinggi paras bilirubin. Pemeriksaan darah bagi melihat enzim yang dihasilkan oleh hati dapat membantu mengesan tahap kerosakan hati.

Terdapat pelbagai vitamin di pasaran bagi mencantikkan mata. Vitamin mata membentuk sel-sel mata yang lebih baik. Buah-buahan dari jenis beri mempunyai anti-oksida yang baik untuk mata. Ia membuatkan mata tampak bersinar dan berseri. Malah ada yang mengatakan penglihatan menjadi lebih baik apabila mengamalkan beri. Terdapat pelbagai jenama beri di pasaran yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan mata.

Penggunaan kanta lekap yang pelbagai warna turut menjadikan mata tampak lebih cantik. Namun penggunanya harus berhati-hati kerana berisiko terdedah kepada jangkitan dan ulser kornea. Kanta lekap harus diperbuat daripada bahan yang tidak mendatangkan alahan kepada penggunanya. Kanta lekap juga harus bersih demi menjamin tiada kuman yang menyerang mata. Elak berkongsi kanta lekap kerana ia akan menyebabkan transmisi kuman dari seorang ke seseorang yang lain. Jangkitan pada mata sangat sukar dirawat. Ia memerlukan antibiotik dan juga pemeriksaan rapi.

Ada kalanya saluran darah yang banyak di bawah mata menjadikan bahagian di situ lebam dan tampak gelap. Sel-sel darah akan merangsang pula melanocyte menjadi aktif menyebabkan kawasan mata menjadi semakin lebam. Rawatan yang baik adalah dengan menggunakan enzim khas untuk memecahkan dan menghadamkan sel darah yang terkumpul. Enzim ini boleh didapati dalam bentuk krim.

Bagi sesetengah orang lapisan lemak pada tarsal plate pula mudah menipis dan akhirnya hilang menyebabkan bawah mata tampak cengkung dan berlekuk. Perkara ini biasanya boleh diatasi dengan filler. Filler untuk mata dibuat daripada asid hyaluronik yang berteknologi tinggi. Apabila ia dimasukkan di bawah kulit, ia mampu mengisi ruang kosong membuatkan wajah kelihatan lebih menarik .

Lapisan lemak pada tarsal plate kelihatan sebagai eye bags dan membuatkan individu tampak tua. Dewasa ini terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan bagi membuang lebihan lemak sebegini seperti laser lipolisis dan juga pembedahan membuang lemak pada kelopak mata.

Jika kelopak mata bermasalah, pembedahan dibuat bagi menganjalkannya dan kening boleh diangkat menggunakan kaedah serdev suture. Pembedahan yang sesuai ialah dengan menggunakan laser.

Crow feet merupakan garis halus atau kedutan yang terdapat pada mata. Selalunya ia melanda mereka yang berusia 35 tahun ke atas dan boleh dihapuskan dengan pelbagai cara contohnya BTA, pengelupasan bersiri, laser dan filler.

Masalah lain yang sering mengganggu kulit kelopak mata ialah ekzema iaitu alahan kulit. Ekzema berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu atau alat kosmetik. Pengidapnya akan berasa gatal, panas dan perit. Akibat digosok berulang kali mata turut kelihatan merah dan pedih. Rawatannya ialah dengan memberikan ubat anti alahan dan juga antibiotik yang sesuai.

Stye pula merupakan jangkitan kuman jenis streptococcus yang menyebabkan kelopak ditumbuhi kudis kecil. Rawatan yang baik adalah antibiotik disapukan pada mata dan juga antibiotik yang dimakan. Manakala kalazion pula sejenis kutil keras yang tertanam di dalam kelopak mata dan boleh dibuang melalui pembedahan.

Tahi lalat yang terlalu besar pada kelopak mata turut mengganggu penglihatan dan membuat kelopak mata menjadi berat. Adalah lebih baik untuk kita membuangnya.

Pelbagai warna sapuan dihasilkan dan juga celak dicipta untuk mata. Semuanya dilakukan bagi menyerlahkan warna mata. Seorang kawan gemar menggunakan bulu mata palsu yang pelbagai corak dan membentuk keningnya pelbagai bentuk bagi mencantikkan mata. Matanya yang bercahaya pastinya mempersonakan siapa yang memandang.

Kak Sal sering mengadu kepada saya matanya bengkak terutama apabila waktu pagi. Menurutnya apabila bangun tidur mata tampak sembap menyebabkan Kak Sal lebih suka memakai cermin mata hitam bagi menyembunyikannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Kesihatan

Posted: 13 Mar 2011 01:06 AM PST

Kosmo Online - Kesihatan


Kahak litupi paru-paru

Posted:

Kahak litupi paru-paru

Kahak litupi paru-paru

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


MESIN penyedut khas digunakan bagi mengeluarkan kahak yang mula melitupi paru-paru.


PADA malam itu anak perempuan Hanisah, Mia yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk.

Keesokan paginya selepas memandikan Mia, Hanisah menyusukan anaknya seperti biasa. Tetapi Mia kelihatan gelisah seakan-akan sukar untuk bernafas.

Mia menolak susu yang diberi Hanisah. Hanisah mula risau. Dia kemudian membawa anaknya ke hospital dan berjumpa doktor pakar.

Mia didiagnosis penyakit bronkiul akut. Nasib baik Hanisah cepat bertindak sementelah kahak telah berkumpul di hidung dan paru-paru Mia.

Keadaan lebih teruk berlaku pada Chacha. Bayi lelaki berusia lima bulan itu tidak tidur sepanjang malam. Nafasnya mengah dan dadanya berombak-ombak.

Kepalanya panas, batuknya kerap dan kadangkala tidak putus. Sesekali berbunyi nafas berdehit.

Muntah

Ubat demam dan antibiotik yang dibekalkan sebuah klinik tidak dapat ditelan Chacha. Semuanya dimuntahkan semula.

Chacha kemudian dibawa ke hospital. Doktor memberitahu Chacha dijangkiti penyakit bronkiul akut pada tahap yang teruk.

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberikan bantuan pernafasan.

Lima hari Chacha berada di ICU dan tidak sedarkan diri. Setiap hari dia diberi Nebulizer (ubat cairkan kahak) sebelum kahaknya disedut menggunakan pam penyedut melalui hidung dan mulut.

Selepas seminggu, Chacha dapat bernafas seperti biasa dan dipindahkan ke wad biasa.

Namun, batuknya masih teruk dan berkahak. Selepas dua minggu, barulah Chacha dibenarkan pulang ke rumah.

"Penyakit bronkiul akut terjadi disebabkan jangkitan beberapa jenis virus pada paru-paru. Paling kerap ia disebabkan oleh virus sinsitium pernafasan (RSV).

"Virus itu menyebabkan paru-paru berkahak dan saluran pernafasan menjadi sempit.

"Ia biasanya menyerang kanak-kanak yang berusia di bawah dua tahun," kata Pakar Kanak-Kanak, Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Noor Aziah Mohd. Saari kepada Jurnal.

Ujarnya, jangkitan virus tersebut disebabkan oleh beberapa faktor.

Anak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak memang lebih kerap mendapat jangkitan respiratori melalui batuk dan selesema secara tidak langsung daripada kanak-kanak lain.

"Ini kerana mereka terdedah kepada lebih ramai kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

"Cara yang paling baik untuk mencegahnya ialah dengan mengasingkan kanak-kanak yang menghidap demam dan batuk di bilik berasingan dan dijaga oleh penjaga yang berlainan.

"Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga lebih menguatkan antibodi seseorang bayi daripada dijangkiti pada usia yang sangat muda," katanya yang berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang perubatan kanak-kanak.

Berulang

Jelasnya, bronkiul akut juga sangat berkait rapat dengan persekitaran yang berhabuk, selain pendedahan kepada asap rokok serta binatang peliharaan di dalam rumah seperti kucing dan hamster.

Malah, pendedahan kepada asap rokok semasa di dalam kandungan mendedahkan bayi kepada risiko bronkiul akut dan asma.

Aziah memberitahu, penyebab penyakit ini adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak berkesan kecuali jika terdapat jangkitan bakteria.

Namun, antivirus tidak digunakan secara meluas memandangkan ia mempunyai kesan sampingan.

Ditanya sama ada penyakit tersebut boleh berulang, Aziah memberitahu, bronkiul akut boleh berulang disebabkan radang yang menyerang paru-paru.

"Jika simptomnya berterusan selama lebih tiga bulan, keadaan mungkin menjadi kronik. Lebih lazim lagi, bronkiul akut sering berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai sejarah alergi atau asma dalam keluarga.

"Dengan itu, simptom berpanjangan mungkin berkait rapat dengan masalah asma penghidap bronkiul akut.

"Penyakit ini boleh pulih sepenuhnya kalau dirawat pada peringkat awal terutama jika kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah asma atau alergi dalam keluarganya," katanya.

Ulas Aziah lagi, bronkiul akut juga boleh menjadi lebih rumit jika berlaku jangkitan radang paru-paru disebabkan bakteria.

"Dalam keadaan yang lebih parah lagi, ia boleh mengakibatkan kegagalan respiratori akut, iaitu keadaan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik dan paras oksigen dalam darah turun ke tahap yang berbahaya.

"Dalam keadaan ini, bantuan dengan mesin pernafasan adalah perlu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Esau bomoh Siam Kelantan

Posted:

Esau bomoh Siam Kelantan

Esau bomoh Siam Kelantan


ESAU melihat buku catatan nama-nama pelanggan yang sudah diubatinya.


MELEWATI lorong di celah sebuah kedai makanan Thai di Kampung Kubang Panjang, Tumpat, Kelantan, kehadiran kami ke teratak dukun Siam itu 'disambut' tiga ekor anjing yang tidur di penjuru halaman. Butir bualan bomoh Esau a/l Chau Wek dengan dua rakannya di tingkat atas rumah terhenti sebaik sahaja kehadiran kami disedari mereka.

Esau yang mengalu-alukan kunjungan kami petang itu pada mulanya berpenampilan ringkas. Berlengeng tidak berbaju, dia sekadar memakai kain pelikat yang digulung besar di pinggang sehingga kain itu tersingkat ke paras lutut. Wajah lelaki berusia 68 tahun itu kuning cerah, terserlah darah Siam yang mengalir dalam dirinya.

Banyak tersenyum, dia nampak mesra. Fasihnya bercakap Melayu loghat Kelantan tidak perlu disangsikan. Hakikatnya memang di teratak itulah dia lahir dan tinggal.

Bahkan, bapa dan datuknya sememangnya lahir di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Esau menyifatkan dirinya Siam Kelantan.

Mata penulis menjamu segenap ruang di tingkat atas. Berdekatan sofa kami duduk, kelihatan timbunan kotak berisi lilin yang tertulis nama-nama orang.

Ada nama Melayu, Siam, Cina dan India. Barangkali mencecah ratusan kotak. Ia bagai manifestasi akan betapa ramainya yang mendapatkan khidmat Esau.

Itu belum lagi ke tempat berubat atau perbomohan yang terletak di satu sudut yang agak suram. Cairan lilin tebal yang membeku di atas lantai bagai menunjukkan betapa banyaknya lilin yang telah dinyalakan.

Lazim mendapat 10 orang pelanggan sehari, pelanggannya bukan sahaja datang dari merata tempat di negara ini dan Thailand, bahkan dia pernah dipanggil berubat ke Singapura.

"Lilin-lilin ini untuk panggil orang balik atau seru ke pangkuan.

GRO

Pagi ini sahaja, ada empat orang datang jumpa saya nak panggil suami atau isteri mereka yang meninggalkan rumah dan tak balik berhari-hari. Usaha saya selalunya berjaya," katanya yang berkhidmat sebagai bomoh ketika berusia 47 tahun.

Oktober tahun lalu, Esau yang merupakan bomoh Siam terkenal di Tumpat pernah mendedahkan kepada pihak media bahawa ramai isteri daripada keturunan Siam dan Melayu berumur antara 25 hingga 50 tahun yang menemuinya kerana suami-suami mereka mengabaikan mereka dan keluarga akibat tergoda dengan pegawai perhubungan pelanggan (GRO). Ada suami yang sanggup berhabis duit sehingga RM100,000 untuk memikat GRO.

"Ada juga kes majikan mencari pekerja. Sekarang ini pula, lelaki minta suka kepada lelaki lain pun banyak," ujar Esau setelah penulis bertanyakan mengapa tertera nama dua lelaki pada sebuah kotak lilin.

Jelas Esau, lilin merupakan barangan paling utama dalam perawatannya.

Menurut kaedah perbomohan Siam, lilin-lilin berkenaan akan dinyalakan pada pukul 8 malam dan pukul 12 tengah malam adalah masa untuk menyeru.

Lilin yang mewakili individu tertentu itu akan dinyalakan setiap malam sehingga individu berkenaan pulang dan jika perlu bilangan lilin itu ditambah agar seruan lebih 'kuat'.

"Jika lilin cepat cair, itu antara tanda yang seruan itu bakal berjaya," katanya.

Kemudian, bergantung pada keinginan pelanggan, mereka diberikan ubat antaranya air mani gajah, ubat pelaris dan pengasih, minyak cenuai dan serbuk yang dibuat daripada beduk kulit kerbau. Minyak cenuai ialah sejenis minyak pengasih yang dicalit kepada tubuh individu yang diingini.

"Baru-baru ini, ada wanita berusia 20-an dari Ketereh telah mendapatkan cenuai daripada saya kerana jatuh hati dengan seorang Datuk di Kuala Lumpur, tiga hari selepas mencalitnya pada tubuh lelaki itu, terus lelaki itu ajak dia kahwin," dakwanya.

Pengeras

Ditanya mengapa ramai yang mendapatkan khidmat bomoh Siam sepertinya, Esau berkata, dia tidak mengenakan apa-apa wang pengeras.

"Tidak ada pengeras. Kalau pelanggan mahu bayar, mereka bayar. Ada seorang pelanggan saya yang telah berhabis puluhan ribu kepada bomoh-bomoh Melayu untuk membaikkan anaknya yang terkena buatan bomoh Jawa terkejut apabila saya tidak menetapkan sebarang harga.

"Dia juga terkejut apabila saya memulangkan sebahagian wang yang dia berikan. Saya ubat orang sungguh-sungguh," katanya.

Tetapi, tidak bermakna Esau tidak mewah. Percaya atau tidak, Esau mampu memperoleh pendapatan RM25,000 sebulan.

Esau bahkan menunjukkan duit sejumlah RM2,000 yang diperoleh untuk dua hari itu sahaja. Mungkin itulah lambang kedermawanan insan yang berpuas hati dengan kerjanya.

Berdasarkan pengalamannya, Esau memberitahu, buatan bomoh Jawa ialah yang paling sukar untuk ditentang berbanding buatan bomoh-bomoh lain termasuk Melayu.

Esau bagaimanapun menegaskan dirinya hanya membantu orang dan tidak akan menerima permintaan untuk melakukan khianat atau membuat manusia lain jadi sakit.

"Memang ada buatan bomoh Siam yang dahsyat misalnya dengan menggunakan besi bat yang boleh buat orang jadi amat sakit atau mati. Tetapi saya tidak mengamalkannya," katanya.

Esau yang menjadi bomoh sejak berusia 47 tahun tidak mewarisi kerja kedukunan daripada ahli keluarganya atau dianugerahi kebolehan istimewa sebaliknya ia dipelajari daripada tiga orang Tok Bomoh Siam di Kelantan iaitu Tok Chakrung, Tok Chanor dan Tok Noro Elong.

"Tok Chakrung yang sudah meninggal dunia mempunyai warna hitam di lelangit mulutnya dan ia menandakan dia seorang yang amat hebat. Itu gambar dia di atas tempat berubat," katanya menunjukkan fotonya.

"Untuk mempelajari perbomohan Siam, yang penting ialah menguasai bahasa Thai, boleh baca dan tulis Thai. Itu sebabnya hanya seorang sahaja anak saya, Ebok yang jadi bomoh Siam, yang lain hanya boleh baca bahasa Melayu," katanya yang turut mempunyai seorang anak yang memeluk agama Islam.

Pantang

Esau berkata, sebagai bomoh, juga ada pantang larangnya. Dia sendiri tidak boleh melangkah atau menghidu minyak-minyak pengasih yang dihasilkannya.

"Saya juga tidak boleh makan kambing. Bahkan, saya tidak boleh sekali-kali melangkah tali tambatan kambing. Kalau tidak, kerja-kerja dukun saya tidak menjadi," ujarnya.

Seorang rakan, Saidi Ibrahim, 65, yang berjiran dengannya sejak kecil memberitahu Esau memang sudah banyak membantunya dan keluarga.

"Anak saudara saya pernah menderitai sakit seperti mengandung selama satu tahun setengah. Macam-macam cara diusahakan untuk mengubatinya, namun gagal.

"Tetapi setelah saya membawanya berjumpa Esau, tidak lama kemudian, perutnya mengempis. Saya anggap jumpa Esau sebagai ikhtiar, tetapi semuanya kuasa Tuhan.

"Saya juga pernah panggil anak perempuan saya yang tidak mahu balik ke kampung selepas merantau ke Johor selama beberapa bulan dengan bantuan Esau, kemudian dia balik dan tidak mahu ke sana lagi," katanya.

Menjadi teman sepermainan Esau sejak kecil, Saidi menyifatkan keakrabannya dengan Esau yang beragama Buddha itu seperti adik-beradik.

"Hanya agama kami sahaja yang berlainan. Tapi saya anggap dia sudah macam darah daging saya sendiri," ujarnya.

Tiada apa kejadian aneh yang dapat kami saksikan di teratak itu semasa kunjungan kami, tapi ada suatu misteri yang menyelubungi sebaik sahaja tiba di pejabat Kosmo! di Kota Bharu.

"Tadi aku sudah ambil gambar Tok Chakrung itu, tapi pelik macam mana boleh tidak ada dalam kamera ini. Kau nampak kan tadi aku ambil?," ujar rakan wartawan yang merakamkan gambarnya.

Penulis hanya mengangguk kehairanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved