ads

Rabu, 21 Mei 2014

05 di juasseh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di juasseh - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2014 11:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di juasseh - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2014 11:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di juasseh - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2014 11:47 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di juasseh - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2013 11:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di juasseh - Google Blog Search

Posted: 17 Dec 2013 11:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di juasseh - Google Blog Search

Posted: 05 Dec 2013 11:57 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan » Mr SiSO Photography

Posted: 02 Sep 2013 12:51 AM PDT

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

Selamat hari raya aidilfitri kami ucapkan kepada semua walaupun sekarang di hujung bulan syawal 434H. Aidilfitri tahun ini kami sekeluarga menyambutnya di kampung halaman isteri di pekan juasseh, Negeri Sembilan. kami beraya di sana sehingga raya ke 3. selepas itu kami beraya pulak di kampung halaman saya di johor bahru. walaupun raya kali ni kami beraya tanpa seseorang yang di sayangi(arwah abah), tapi suasana raya mesti diraikan seperti tahun-tahun sebelumnya. Di juasseh juadah raya seperti biasa lemang, ketupat dan rendang mmg menjadi keutamaan di pagi raya cuma tahun nie ada juadah tambahan lontong.Pagi raya selepas bersembahyang raya kami bermaaf-maafan sesama keluarga sebelum aktiviti ziarah kaum keluarga di sekitar juasseh.

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

Acara Raya kami sekeluarga setiap tahun adalah family photo session. untuk dijadikan kenangan tiap aidilfitri kami.

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di juasseh - Google Blog Search

Posted: 14 Dec 2013 11:18 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aksara Pengacara Majlis: TEKS PENGACARA PROGRAM 3 ...

Posted: 07 Dec 2013 04:38 PM PST

TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En Sarimen Bin Sapiei
3.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Zaidah Binti Danial,
4.      Ahli –ahli  Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru
5.      Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
6.      Pelajar – pelajar Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
7.      Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan program pertemuan 3 penjuru fasa 1tahun 2013 di dewan gemilang  yang serba indah ini
Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran kehadiran yang dikasihi En Alwi Bin sabtu, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru yang telah sudi meluangkan sedikit masa majlis yang penuh bermakna ini.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,
Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin- hadirat yang  dihormati ,
Program tiga penjuru ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka diKolej Vokasional Juasseh. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, pensyarah dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti.
Di antara objektif pertemuan ini diadakan adalah:
1.  Ibu bapa / penaga berpeluang berkenalan dengan para pensyarah  yang mengajar anak mereka
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di kolej
4. Para Pensyarah dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan pensyarah kolej
Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Majlis dimulai dengan taklimat Yang dihormati YDP PIBG En Alwi Bin Sabtu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.
……………….Tamat Ucapan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang dihormati En Alwi Bin Sabtu YDP PIBG atas taklimat sebentar tadi
Penerangan carta aliran pergerakan ibu bapa
Program diteruskan dengan pertemuan ibu bapa penjaga sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi.
Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu bapa, sebaik sahaja selesai sesi taklimat YDP PIBG, bagi ibu bapa tingkatan 5 dan 4 SKM diminta untuk berada dilokasi yang ditetapkan. Ibu bapa tingkatan 5 dikehendaki bertemu pensyarah pembimbing di kelas masing-masing iaitu bangunan di belakang dewan. Manakala ibubapa dan pelajar tingkatan 4 skm diminta mengadakan pertemuan di bilik mesyuarat
Manakala ibu bapa pelajar kolej tahun 1 diploma kolej di kehendaki berada di dewan bagi  sesi tak limat dan diikuti pertemuan bersama pensyarah matapelajaran.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan ibubapa pelajar tingkatan 4 SKM dan ibu bapa pelajar  tingkatan 5 untuk meninggalkan dewan untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan…dipersilakan
Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha  timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha  timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie atas taklimat sebentar tadi
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat ini, ibubapa dan para pelajar boleh lah mengadakan pertemuan bersama pensyarah matapelajaran d .....
Sebelum kita bersurai,  pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.

Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam di hati

Kami akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di bahau - Google Blog Search

Posted: 18 May 2014 01:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di ampangan - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2014 11:45 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di ampangan - Google Blog Search

Posted: 07 Feb 2014 11:35 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di ampangan - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 11:07 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ceramah Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf di Ampangan - pondok ar ...

Posted: 30 Sep 2013 04:02 PM PDT

Pada hari Sabtu (28.9.13) baru2 ini, Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf telah diundang untuk menyampaikan ceramah di Ampangan, Seremban. Lokasi ceramah ialah di Surau Besar Gedong Lalang. Alhamdulillah, penuh surau tersebut pada malam tu. Sheikh telah menyampaikan ceramah berkisar tentang buku terbaru beliau berkenaan Syiah.
Ceramah dipengerusikan oleh Us. Syuhadak dan diterjemahkan oleh Mudir Pondok Ar-Raudhah, Tn. Hj. Md Nasir. Ceramah bermula pada jam 7.40 dan berakhir sekitar jam 9.30 malam. Meskipun hanya beberapa point penting sahaja disentuh oleh Sheikh membuatkan hadirin yang hadir tertunggu2 buku terbaru Sheikh yang bakal dicetak kelak. Buku tersebut akan turut diterjenahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh beberapa orang anak murid Sheikh di Malaysia, termasuk Mudir.
Ceramah turut diserikan dengan alunan Qasidah daripada kumpulan Ulwan. Selesai membicarakan berkenaan buku beliau, sesi soal jawab dimulakan. Beberapa orang hadirin bertanya dalan Bahasa Inggeris, Sheikh tiada masalah menjawabnya memandangkan Sheikh sebelum ini agak lama bermastautin di Kanada.
Usai solat Isyak, Sheikh diminta mentahnik 2 orang bayi. Seperti biasa, Sheikh tidak menolak. Dengan sedikit urutan, Sheikh kemudiannya menyuapkan mulut bayi tersebut dengan tamar seterusnya mendoakan mereka. Di perkarangan surau, beberapa gerai jualan menanti antaranya gerai jualan Pondok Ar-Raudhah. Sheikh sendiri meminta gambar beliau diambil di gerai tersebut.
Minggu depan, 2 lagi program menanti. Nantikan maklumat berkenaan dengan program tersebut di FB Pondok Ar-Raudhah. Ayuh ambil kesempatan untuk menimba ilmu daripada Sheikh sementara beliau masih di tanah air.
Ruang dalam surau dipenuhi jemaah

Di hadapan Sheikh bersama Mudir dan Us Syuhadak
Sesekali Sheikh berdiri bagi menerangkan sesuatu

Bersama Sheikh di gerai Pondok Ar-Raudhah

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search

Kelas Takmir di PAID TAmpin - Laman Informasi Pondok Tampin

Posted: 14 Mar 2014 08:04 PM PDT

Semua manusia di dalam kebinasaan melainkan mereka yang mengajar dan belajar,
semua mereka yang mengajar dan belajar di dalam kebinasaan, melainkan yang beramal dengan ilmunya,
semua mereka yang beramal dengan ilmunya di dalam kebinasaan, melainkan mereka yang berikhlas dengan amalnya.
Semua orang yang ikhlas binasa melainkan orang yang menurut petunjuk .

- madah orang tua-tua.

PENGUMUMAN:
Kelas Pengajian al Ustaz akan diadakan pada:

1. Setiap isnin malam selasa
--Surau Madrasah Aliyah , jalan jelebu (belakang pam petronas, sebelum masjid sidang sendeng) Ampangan, Seremban N. Sembilan.
10 malam--11 malam--Kitab Siyarus Salikin ( juzuk 4).

2. setiap bulan -rabu minggu ke2
--(Pondok) Madrasah Islamiah Pondok Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg. Bongek, Rembau, N. Sembilan.
9 pagi -- 11 pagi---Kitab al Hikam (Karangan Tok Pulau Manis) dan Munyatul Musholli.

3. setiap selasa malam rabu pada minggu kedua atau keempat - sebulan sekali.
-- Surau Taman Jasmin, Senawang , Seremban, N. 9.
Lepas Maghrib--- Kitab Kifayatul Muhtadi (Karangan Sheikh Muhammad Nur bin Sheikh Muhammad bin Sheikh Ismail alFathoni)..ini diantara isi kandungan kitab kifayatul muhtadi . sila klik Untuk maklumat lanjut lokasi taman jasmin . insyalah pada akhir pengajian sesi soal jawab akan diadakan.

4. setiap jumaat malam sabtu .
bermula pukul 9 malam hingga 11 malam- kitab bughyatut thullab (fekah) dan durrus thamin (tawhid),
-- pondok tampin, jalan padang ragut. repah, tampin N.9.

5. sebulan sekali

a) tafaqquh. 9 pagi- 12 tghari- kitab kasyful litham (fekah) dan ad durrus thamin (tawhid). Kasful Litham an asilatil anam.

b) Pemantapan ilmu. 4-5 petang- kitab Hidayatus Shibyan (fekah).

-- di Dewan kuliah pejabat agama Tampin.

6.setiap minggu , jumaat malam sabtu.
selepas sembahyang maghrib.
- Sabilul muhtadin- Sheikh Arshad al banjari , dan risalah2 kecil karangan ulamak melayu.
-- disurau taman desa permai, jln tampin gemencheh, tampin n.9.

7. setiap ahad malam isnin - lepas sembahyang maghrib- kitab terjemahan mukaddimah minhajul aabidin (imam ghazali)- surau al-muqarrabin, taman perkasa, desa nanding, batu 11 1/2 jalan hulu langat selangor.

8. Setiap bulan- tidak tentu tarikh- di masjid felda jelai 2, 4 dan 1, gemencheh, n 9. - kitab safinatunnaja, umdatul mutotohhirin dan terjemahan minhajul aabidin.
Muslimin-muslimat dijemput hadir, insyallah.

Pengumuman b:

1. dimaklumkan pondoktampin tiada membuka sebarang intake. wassalam.

2. Sila linkkan facebook anda deangan facebook pondoktampin dan al ustaz

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di jempol - Google Blog Search

Posted: 14 May 2014 03:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di jempol - Google Blog Search

Posted: 19 Apr 2014 03:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di jempol - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2014 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di jempol - Google Blog Search

Catuan Air Di Jempol, Gemas Mulai Esok - MYNEWSHUB.MY ...

Posted: 05 Mar 2014 02:55 AM PST

SEREMBAN – Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas telah kering.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera Syed Sirajuddin yang membabitkan 3,000 pengguna.

"Catuan ini dilakukan berselang hari iaitu satu hari ada, satu hari tiada. Bagi kawasan Jempol kita akan mengambil air dari loji di Jempol manakala, kawasan Gemas dari loji Sawah Raja, Rembau.

"Bekalan air ini akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas. Oleh kerana perjalanan itu jauh, seboleh mungkin kita nak gunakan sebanyak lori tangki yang ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya walaupun sudah menggerakkan bilik gerakan kemarau dengan semua jabatan dan agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama, tetapi pada pandangan beliau ini tidak mencukupi.

"Oleh itu, saya juga telah minta jawatankuasa menangani masalah kemarau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya berbincang dengan persatuan lori-lori tangki Negeri Sembilan untuk kita minta mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan secara menyewa lori tangki mereka.

"Saya yakin cara ini lebih berkesan untuk membekalkan air di kawasan terjejas.

"Kita juga akan buat kerahan sukarelawan dengan anggota tentera akan bersama-sama memantau keadaan di kawasan terjejas," katanya.

Sementara itu, katanya catuan bekalan air di beberapa kawasan di Tampin, Gemencheh serta sebahagian Gemas dan Rembau juga akan dilakukan jika hujan tidak turun di empangan Gemencheh mulai 25 Mac ini.

Katanya ia akan melibatkan lebih 30,000 pengguna.

"Bagaimanapun kita berharap hujan turun di empangan berkenaan kerana jika tidak catuan akan dilakukan mulai 25 Mac ini.

"Empangan Gemencheh ini agak unik sikit sebab ada dua sungai sebagai sumber airnya.

"Satu sungai langsung tiada air (kering) manakala satu lagi 90 peratus airnya sudah tiada. Jadi, ini juga merupakan satu masalah yang mencabar kita," katanya. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Catuan Air Di Jempol, Gemas Mulai Esokhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Catuan-Air.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Catuan-Air-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

SEREMBAN - Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas telah kering. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera...

SEREMBAN - Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas telah kering.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera Syed Sirajuddin yang membabitkan 3,000 pengguna.

"Catuan ini dilakukan berselang hari iaitu satu hari ada, satu hari tiada. Bagi kawasan Jempol kita akan mengambil air dari loji di Jempol manakala, kawasan Gemas dari loji Sawah Raja, Rembau.

"Bekalan air ini akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas. Oleh kerana perjalanan itu jauh, seboleh mungkin kita nak gunakan sebanyak lori tangki yang ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya walaupun sudah menggerakkan bilik gerakan kemarau dengan semua jabatan dan agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama, tetapi pada pandangan beliau ini tidak mencukupi.

"Oleh itu, saya juga telah minta jawatankuasa menangani masalah kemarau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya berbincang dengan persatuan lori-lori tangki Negeri Sembilan untuk kita minta mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan secara menyewa lori tangki mereka.

"Saya yakin cara ini lebih berkesan untuk membekalkan air di kawasan terjejas.

"Kita juga akan buat kerahan sukarelawan dengan anggota tentera akan bersama-sama memantau keadaan di kawasan terjejas," katanya.

Sementara itu, katanya catuan bekalan air di beberapa kawasan di Tampin, Gemencheh serta sebahagian Gemas dan Rembau juga akan dilakukan jika hujan tidak turun di empangan Gemencheh mulai 25 Mac ini.

Katanya ia akan melibatkan lebih 30,000 pengguna.

"Bagaimanapun kita berharap hujan turun di empangan berkenaan kerana jika tidak catuan akan dilakukan mulai 25 Mac ini.

"Empangan Gemencheh ini agak unik sikit sebab ada dua sungai sebagai sumber airnya.

"Satu sungai langsung tiada air (kering) manakala satu lagi 90 peratus airnya sudah tiada. Jadi, ini juga merupakan satu masalah yang mencabar kita," katanya. - BERNAMA

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search

Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air Di Seremban 20 Mei 2014 ...

Posted: 16 May 2014 06:00 PM PDT

Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air Di Seremban 20 Mei 2014 | SEREMBAN: Sebahagian kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip.

Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata kawasan terlibat ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Temiang, Templer dan kawasan industri ringan Templer, Lobak.

Turut terjejas, Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar, hospital pakar KPJ, hospital Columbia, Hospital Mawar, Hospital Bersalin Cina Templer, Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas, Jalan Labu dan Taman Desa Rhu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Kawasan lain, Taman Warisan Puteri, seluruh kawasan Ampangan, Paroi, seluruh kawasan Senawang, seluruh kawasan Rahang, seluruh kawasan Rasah Jaya, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Selatan dan Taman Seremban Jaya," katanya.

Bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat mulai 8 pagi hari berikutanya (21 Mei).
Pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search

SAINGAN GETIR DI PAROI – Portal Rasmi Persatuan Bolasepak ...

Posted: 15 May 2014 09:11 AM PDT

Oleh WILLIE JUDE JUNAIDI
willie@sabahfa.com

SELEPAS diikat pendahulu liga PDRM, Jumaat lalu, Sabah menghadapi satu lagi perlawanan getir apabila turun menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Perlawanan dengan pasukan di tangga keempat itu dijangka sengit kerana Sabah sudah pasti mahu mengulangi kejayaan menewaskan pasukan sama di Stadium Likas, tidak lama dulu manakala Negeri Sembilan pastinya tidak mahu keciciran mata untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana.

Pada perlawanan lalu, Sabah mencipta kemenangan pertama terhadap Negeri Sembilan selepas kalah tiga perlawanan pertama musim ini di pusingan pertama tetapi kedudukan terkini menyaksikan lawan itu berada di kedudukan lebih baik.

Negeri Sembilan kini berada di tangga keempat dengan 27 mata iaitu 10 mata di hadapan Sabah yang berada di tangga kelapan dengan 17 mata selepas masing-masing mengharungi 15 perlawanan.

HARAP LEBIH KONSISTEN

Ketua Jurulatih, Milomir Seslija, berkata prestasi pasukan sebelum ini tidaklah seteruk mana tetapi telah banyak kehilangan mata kerana gagal memperolehi keputusan yang diharapkan.

Bagaimanapun, beliau yakin, Sabah akan mendapatkan keputusan yang lebih baik selepas ini kerana corak permainan pasukan telah menunjukkan peningkatan khususnya ketika berdepan dengan PDRM, Jumaat lalu.

"Saya harap kita akan lebih konsisten selepas ini, kita telah banyak melalui masa sukar termasuk kehilangan pemain akibat kecederaan dan penggantungan permainan…ia antara punca kesukaran Sabah mendapatkan keputusan positif yang konsisten.

"Kita juga telah sering guna pemain muda dan prestasi mereka kadang-kadang baik dan kadang-kadang tidak begitu baik tetapi ini adalah sebahagian daripada proses pembangunan pemain," katanya.

KUALITI LEBIH BAIK

Milomir berkata, kualiti pasukan Sabah sekarang lebih baik berbanding dengan musim-musim sebelum ini dan beliau percaya skuad bimbingannya itu berada pada landasan yang betul untuk terus maju.

Sebab itu, beliau percaya Sabah mampu mengejutkan lagi Negeri Sembilan malam ini walaupun terpaksa mengubah beberapa posisi pemain kerana masih ramai pemain yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Penyerang import dari Liberia, Jerome Suku Doe dan dua pertahanan muda Didie Arizal serta Dendy Lowa dikatakan belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tetapi berada dalam senarai pemain yang diterbangkan ke Negeri Sembilan.

Pertahanan kiri Julamri Muhamad pula tidak bersama pasukan kerana menjalani pengantungan permainan tetapi Sabah kembali mendapatkan khdimat pemain import tengah, Andre Reinaldo Esposito yang digantung perlawanan sebelum ini.

19 PEMAIN DITERBANGKAN

Pemain lain yang dibawa ke Negeri Sembilan ialah Fazli Paat, Irwan Jamil, Pocuca Predrag, Reithudin Emran, Redzuan Nawi, Dendy Lowa, Sharul Chankui, Zainizam Marjan, Marwan Sayedeh, Jerome Suku Doe, Andre Reinaldo Esposito, Maxius Musa, Rexjeson Pitirus, Isma Alif, Leopold Alfonso Otong, Alto Linus, Sabri Sahar, Didie Arizal dan Farid Ideris.

Sementara itu, Pengurus Pasukan, Rahman Zakaria, berharap Sabah akan membuat kejutan terhadap Negeri Sembilan malam ini, sekali gus menghidupkan peluang layak ke Piala Malaysia.

"Prestasi kita semakin baik dan saya percaya jika pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi seperti mana dilakukan sewaktu bertemu PDRM, kita mampu mengejutkan Negeri Sembilan malam esok (malam ini).

"Saya juga menyeru semua penyokong kita yang berada di sekitar ibu negara dan Negeri Sembilan supaya datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan kita malam esok, sokongan anda mampu memberi 'kekuatan tambahan' kepada pasukan kita," katanya.

05 di mantin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mantin - Google Blog Search

Politik Melayu Mantin: Kes Denggi di Mantin

Posted: 31 Jan 2014 03:59 AM PST

Tahun 2014 di Mantin dicemar dengan serangan denggi. Kami 4 orang dalam keluarga kena demam denggi. Tiga orang masuk wad seorang dirawat pesakit luar.

Satu lagi keluarga di Batu 8 juga kena serangan denggi. Memang cemas kena denggi. Serangan ini berbeza antara seseorang. Jumlah platlet semakin kurang semasa sekarang. Ada keluarga kami jumlah platlet hanya 28 sahaja. Terpaksalah duduk di wad 4 malam.

Denggi memang tiada ubat. Masuk wad hanya diberi titsan air sahaja. Ada beberapa petua semasa kena demam denggi. Antara ubat tradisional ialah air rebusan pucuk betik, sup ketam, air pegaga dan air 100plus. Tetapi sesiapa yang ada kencing manis jangan minum 100plus

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di serting - Google Blog Search

Posted: 15 May 2014 03:33 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di serting - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2014 03:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di serting - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 03:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ribuan ikan di Sungai Bera, Sungai Serting mati dipercayai dituba ...

Posted: 07 Feb 2014 10:30 PM PST

BERA — Perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang dipercayai menggunakan kaedah menuba bagi menangkap ikan, menyebabkan ribuan ikan di Sungai Bera dan Serting mati selain turut menjejaskan pendapatan penduduk Orang Asli dan peneroka di gugusan Felda Triang.

Menurut seorang penduduk, Ahmad Nazri Che Omar, 51, kejadian dikesan sejak seminggu lepas dan dipercayai dilakukan oleh mereka yang mahu mengaut keuntungan dengan jalan mudah.

"Sekarang musim kemarau dan air sungai cetek menyebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan racun atau bahan letupan bagi menangkap ikan dengan banyak," kata peneroka di Felda Triang Satu itu kepada Bernama.

Menurutnya ribuan bangkai ikan seperti patin liar, baung, lampam dan kerai memenuhi permukaan sungai akibat perbuatan itu.

"Kami sudah tidak berani untuk menangkap ikan yang masih ada kerana bimbang terkena racun dan mendatangkan bahaya jika dimakan, malah tidak mustahil boleh menyebabkan maut.

"Kami kini beralih mencari ikan di paya terbiar berhampiran kawasan sekitar untuk makanan keluarga," katanya.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan Mohd Fadzil Othman menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.

"Saya juga minta JKKK (jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung) dan orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui ada kegiatan haram menuba ikan di kawasan mereka bagi membolehkan pihak berkuasa ambil tindakan tegas," katanya.

Mohd Fadzil juga menasihati Orang Asli yang tinggal di pinggir sungai terbabit agar tidak menggunakan air sungai itu sebagai sumber bekalan kerana dikhuatiri dicemari racun. –Bernama

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved