05 di juasseh - Google Blog Search |
Aksara Pengacara Majlis: TEKS PENGACARA PROGRAM 3 <b>...</b> Posted: 07 Dec 2013 04:38 PM PST TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013 بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين. رب اشرح لي صدري ويسر لي امري وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي. Assalamualaikum dan salam 1 malaysia 1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli 2. Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En Sarimen Bin Sapiei 3. Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Zaidah Binti Danial, 4. Ahli –ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru 5. Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh 6. Pelajar – pelajar Kolej berserta penjaga dan keluarga serta 7. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon kayu Bukan sembah sebarang sembah Sembah adat pusaka Melayu Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan program pertemuan 3 penjuru fasa 1tahun 2013 di dewan gemilang yang serba indah ini Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran kehadiran yang dikasihi En Alwi Bin sabtu, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru yang telah sudi meluangkan sedikit masa majlis yang penuh bermakna ini. Pergi berhuma di Tanjung Rokan Sebelum pulang mengail ikan Kehadiran tuan-puan kami alukan Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan, Kalau pergi ketanjung keramat Anak manis jangan di angkat Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Hadirin- hadirat yang dihormati , Program tiga penjuru ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka diKolej Vokasional Juasseh. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, pensyarah dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti. Di antara objektif pertemuan ini diadakan adalah: 1. Ibu bapa / penaga berpeluang berkenalan dengan para pensyarah yang mengajar anak mereka 2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka 3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di kolej 4. Para Pensyarah dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah 5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan pensyarah kolej Para hadirin yang dihormati sekalian, Majlis dimulai dengan taklimat Yang dihormati YDP PIBG En Alwi Bin Sabtu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan. ……………….Tamat Ucapan Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang dihormati En Alwi Bin Sabtu YDP PIBG atas taklimat sebentar tadi Penerangan carta aliran pergerakan ibu bapa Program diteruskan dengan pertemuan ibu bapa penjaga sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi. Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu bapa, sebaik sahaja selesai sesi taklimat YDP PIBG, bagi ibu bapa tingkatan 5 dan 4 SKM diminta untuk berada dilokasi yang ditetapkan. Ibu bapa tingkatan 5 dikehendaki bertemu pensyarah pembimbing di kelas masing-masing iaitu bangunan di belakang dewan. Manakala ibubapa dan pelajar tingkatan 4 skm diminta mengadakan pertemuan di bilik mesyuarat Manakala ibu bapa pelajar kolej tahun 1 diploma kolej di kehendaki berada di dewan bagi sesi tak limat dan diikuti pertemuan bersama pensyarah matapelajaran. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan ibubapa pelajar tingkatan 4 SKM dan ibu bapa pelajar tingkatan 5 untuk meninggalkan dewan untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan…dipersilakan Para hadirin yang dihormati sekalian, Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan ………………………….. Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie atas taklimat sebentar tadi Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian, Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat ini, ibubapa dan para pelajar boleh lah mengadakan pertemuan bersama pensyarah matapelajaran d ..... Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf. Bersinar mentari memberi cahaya Cahaya bersinar panas terasa Adat majlis ada pincangnya puteri bersiram tepi perigi mencedok air berhati-hati izinkan kami berlalu pergi jangan ada dendam di hati Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. |
You are subscribed to email updates from di juasseh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan