ads

Jumaat, 26 Ogos 2011

05 di lenggeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lenggeng - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Temui Bob Lokman <b>di Lenggeng</b> 10 Mei 2011

Posted: 04 May 2011 02:17 AM PDT

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Beratus skru bahaya <b>di</b> jalan Rasah, <b>Seremban</b> - Syarak Mengata <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2011 07:54 PM PDT

Para pengguna jalanraya terutama penunggang motosikal harap berhati-hati apabila menggunakan flyover jalan Rasah menuju ke bandar Seremban, Terdapat beratus-ratus skru ( bolt / pasak ) yang tercacak setinggi hampir 1 inci di atas jalanraya sejak sebulan yang lalu. Harap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk keselamatan para pengguna. Terdapat kejadian tayar motosikal bocor apabila melanggar skru ini.

Friday August 19, 2011
Hundreds of metal bolts along Jalan Rasah in Seremban

DANGER lurks especially for motorcyclists if they are not careful while travelling on Jalan Rasah, Seremban.

One can find hundreds of metal bolts sticking out 2cm off a 20m stretch leading towards town just after the end of the flyover.

Motorcyclists who ride on these bolts could lose their balance and end up with serious injuries.

Danger zone: Hundreds of metal bolts which once held flexible poles, sticking out about 2cm from the ground on Jalan Rasah heading towards Seremban town.

According to a motorist, who only wants to be known as Ashraf, he once had a miraculous escape while trying to avoid a speeding car coming down from the flyover.

"I had a bumpy ride when I was pushed on the metal bolts. However, I ended up with a punctured back tyre.

"That was a week ago and I am surprised the authorities have not removed them. It is definitely not safe,'' said Ashraf from Mambau.

The bolts once held flexible poles but over time they were knocked down by speeding vehicles or vandalised and now the metals are exposed.

Motorist Param Kutty said the road had been like that for the past one month and the authorities should act before a nasty accident happened.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/8/19/central/9294014&sec=central


05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Sepaktakraw: Skuad KERIS bakal melibas <b>di Paroi</b>

Posted: 22 Aug 2011 11:19 AM PDT


Teks disediakan oleh Abdul Hafiz Ahmad
MEDIA Malaysia bergambar dengan kelengkapan baru pasukan tajaan Universal Fitness & Leisure Sdn. Bhd. (UFL) bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2011 Zon Tengah di Paroi, bulan depan.
KUALA LUMPUR -- Mengulangi tahun lalu, Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris) tidak ketinggalan untuk kembali melontar cabaran sebagai antara 50 pasukan yang terawal mendaftar pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2011 Zon Tengah dari 17 hingga 18 September ini.
Malah berbekalkan suntikan penajaan barangan sukan daripada United Fitness & Leisure Sdn. Bhd. (UFL) baru-baru ini, kelab yang dianggotai petugas dan pengamal media sekitar Lembah Klang ini bakal lebih yakin dan bersedia untuk 'melibas lawan' di Kompleks Sukan Negeri Paroi, Seremban.
Ketua pasukan Media Malaysia, Mohd. Izzuddin Kamaruddin berkata, tiga regu terbaik mereka bakal dipertaruhkan dalam kategori Terbuka kejohanan kalah mati itu dengan latihan persediaan menghadapinya tetap giat dijalankan walaupun sepanjang bulan Ramadan ketika ini.
"Kehadiran kami kali ini bukan sekadar pelengkap jadual namun tetap dengan tekad untuk berada setanding pasukan ternama di Paroi nanti. Sebagai bukti keseriusan kami, sesi latihan tetap dijalankan sebelah malam walaupun sepanjang bulan puasa supaya pemain turut kekal cergas.
"Ujian pemilihan skuad 12 pemain ke KFC-Utusan bakal dijalankan di Bukit Jalil pada 7 dan 14 September ini selepas Aidilfitri dan kami cuba mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman bagi membantu menyiapkan pasukan," katanya yang juga wartawan foto majalah Motodotmania.
Media Malaysia ketika ini katanya, berjaya menghimpunkan antara 12 hingga 15 pemain pada setiap sesi latihan mingguan di sebalik kesibukan tugas hakiki mereka dengan syarikat akhbar, radio, TV, majalah dan laman web serta agensi Kementerian Penerangan.
Edisi pertama Kejohanan KFC-Utusan di Kompleks Sukan Rakan Muda Puchong, tahun lalu menyaksikan salah sebuah daripada tiga regu Keris sempat mara ke pusingan kedua sebelum akur kepada lawan yang jauh lebih berpengalaman dan dibarisi pemain kebangsaan.
Mengenai penajaan UFL, kata Mohd. Izzuddin, apit kiri atau pengumpan Media Malaysia: "Kami berterima kasih dan amat menghargai sumbangan yang berupa jersi, seluar dan beg sukan bernilai ribuan RM ini malah berharap lebih banyak pihak yang turut akan tampil menyokong kami."
Antara pencapaian terbaik Keris ialah menjuarai kategori Khas Kejohanan Piala Naib Canselor UniMAP, Januari lalu; naib juara Kejohanan Antarabangsa Perancis (September 2010) dan kategori Media (Karnival Kebangsaan KPT-UiTM, Oktober 2010).
Sejak ditubuhkan pada 1 April 2009, kelab ini turut pernah beraksi pada Kejohanan Piala Yang Dipertua MPSJ, Terbuka UPM, Cabaran Rejam Kuala Selangor, Libas Memori selain menjadi rakan sepelatih Iran, Jerman dan Perancis sempena Piala Dunia Pertama, bulan lalu.
Media Malaysia: Mohd. Zubir Muhamad Shari, Akhrun Musa, Khairul Faizee Mahmod, Rahmad Abu Awang, Daud Abdullah, Azmi Khamis (tekong), Azmi Mansor, Norazizan Ahmad, Nazizul Najhan Shaarani, Maznan Muhd. Mapot Muhamad Mahfud, Mohamad Naquib Idris, Mohsen Amdan (pelibas), Mohd. Nurazhar Amdah, Mohd. Izzuddin Kamaruddin, Ali Saifuddin Kamis, Muhammad Haffizul Ibrahim (pengumpan).

05 di kuala klawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) | Jawatan <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2011 08:15 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]20 Sept 2011, Selasa, Alor Gajah, Melaka, Sek Men Keb Seri Pangkalan. 21 Sept 2011, Rabu, Port Dickson, Sek Men Keb Tinggi Port Dickson. 22 Sept 2011, Khamis, Kuala Klawang, Sek Men Teknik Kuala Klawang ...

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Membantah Penempatan Pelarian Australia <b>di Port Dickson</b>

Posted: 23 Aug 2011 07:26 PM PDT

 

Membantah Penempatan Pelarian Australia di Port Dickson

 

1. Saya membawa pandangan rakyat membantah penempatan pelarian dari Australia di Port Dickson yang dilihat tidakpun memberikan kesan positif terhadap imej pelancongan Port Dickson. Tindakan kerajaan negeri membenarkan Port Dickson menjadi transit kepada pelarian dari Australia ini dilihat bertentangan dengan semangat menaikkan imej Bandar Port Dickson sebagai pusat dan destinasi pelancongan di sebelah pantai barat.

2. Mereka akan ditempatkan di Rumah Cycle Carri dan di Cresent Peak (bekas hotel) sebagai penempatan pelarian. Saya melihat situasi ini tidak manafaatkan rakyat  Port Dickson daripada aspek pembangunan, keselamatan dan pelancongan. Dasar negeri tidaklah harus  membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing.

3. Secara peribadi saya melihat bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh menjadikan Port Dickson sebagai tempat lambakan perkara negatif kerana ini bertentangan nilai dengan salah satu daripada Strategi Pembangunan Kerajaan Negeri iaitu 'Mempelbagaikan produk pelancongan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur untuk menarik kedatangan pelancong serta menggalakkkan penyertaan sektor swasta dalam pelaburan pelancongan'. Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini tidak selaras dengan strategi tersebut.

4. Disamping itu, saya bimbang sekiranya tidak ada sesuatu sistem keselamatan yang baik di kawasan tersebut memungkin berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini terhadap penduduk tempatan. Saya juga bimbang akan keselamatan pengunjung/pelancong yang mungkin terganggu gugat dengan kewujudan pusat transit pelarian ini.

5. Kebimbangan saya lebih diperkuat dengan terdapatnya laporan ada pihak hotel yang dikelirukan dengan rancangan ini dengan makluman kononnya hotel mereka hendak disewa bagi tujuan kegunaan kumpulan jurutera dan kemudiannya ditukar untuk kegunaan latihan pengurusan pula. Namun, setelah terbongkar bahawa tujuan penyewaan pihak tertentu itu yang sebenar, pihak hotel telah membatalkan tempahan kerana tidak mahu menanggung risiko walaupun akan terlepas kesempatan mengaut keuntungan yang besar. Tujuan pihak penganjur mengelak mengamalkan keterbukaan lebih menguatkan lagi kecurigaan orang awam.

6. Saya perpendapat membiarkan Telok Kemang/Port Dickson menjadi lambakan projek-projek seperti Pembuangan Sisa-Sisa Pepejal, loji-loji Perusahan Tenaga Bebas, Loji-loji Penapis minyak dan juga sebagai tempat pelupusan sistem kumbahan ke laut, sudah cukup untuk mencemarkan nama pantai ini sebagai satu-satunya tempat pelancongan yang unggul di negara ini.

7. Saya syorkan agar Kerajaan Negeri membuat ketetapan untuk tidak membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing bagi menjaga imej bandar Port Dickson sebagai pusat pelancongan. Saya juga sebagai rakyat Negeri Sembilan tidak mahu imej Port Dickson sebagai destinasi pelancongan tercalar disebabkan kewujudan pusat penempatan pelarian yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat tempatan serta tidak manafaatkan langsung Bandar Port Dickson sebagai tempat pelancongan.

Salam Hormat & Salam Perjuangan,

Yang ikhlas,

YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas

Ahli Parlimen Telok Kemang

22 Ramadhan 1432 H/22 Ogos 2011

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19411

05 di bahau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di bahau - Google Blog Search


Ceramah Umum Pakatan Rakyat <b>di Ampangan</b>, Seremban 19 Jun ini <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2011 02:15 AM PDT

Rakyat di Negeri Sembilan diundang untuk hadir beramai-ramai ke program Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Markas KEADILAN Seremban, Taman Bukit Setia, Ampangan pada hari Ahad, 19 Jun ini.

Program yang dijadualkan bermula jam 9.00 malam menampilkan pimpinan dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyatt, antaranya Setiausaha Agung KEADILAN yang merupakan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

Turut diundang ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi yang merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau, Mohamad Taufek Abd Ghani dan ADUN Sekinchan, Selangor, Ng Suee Lim.

Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh diajukan kepada sekretariat di talian 013-2181279 (Malek) atau 019-6411164 (Hairul Anuar)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15393

Ziarah Ramadhan AMK N9 bersama YB Rashid <b>di Ampangan</b> « Angkatan <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 12:37 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ziarah Ramadhan AMK N9 bersama YB Rashid di Ampangan Leave a comment. Share this: Like this: Like. Be the first to like this post. Posted August 22, 2011 by anakmudan9 in Demi Rakyat · « Kembara Ramadhan AMK N9 ...

Syarak Mengata , Adat Menurut: MASSA BAKERY <b>di Ampangan</b>, Seremban

Posted: 01 Jun 2011 02:48 AM PDT

MASSA BAKERY
Menjual bahan bakeri seperti bahan-bahan membuat kek, hiasan kek, coklat compound seperti berry'l dan colatta, mould chocolate dan icing image untuk chocolate oreo.

Alamat :
MASSA BAKERY
No 15 Bangunan PKNNS,
Jalan Kuala Pilah, Ampangan,
70400 Seremban, N.Sembilan

Hubungi Puan Aida
Tel : 06-7626770
Fax : 06-7641646

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


Umat Islam <b>di</b> nasihatkan jangan &#39;Kufur Nikmat&#39; – Menteri Besar <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 11:03 AM PDT

JEMPOL, 17 Ogos – Malaysia merupakan sebuah Negara Islam dan termaktub dalam Perlembagaan Negara bahawasanya Islam merupakan agama Rasmi Malaysia yang diperakui dunia.

Majlis Berbuka Puasa yang di adakan di Masjid Qariah Felda Serting Hilir Kompleks telah turut dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan cukup bermakna apabila hari ini bersamaan 17 Ramadhan, umat Islam seluruh dunia mengenang peristiwa penting 'Nuzul al-Quran'.

Peristiwa di mana turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W ketika 41 tahun keputeraan baginda secara berperingkat sehingga 22 tahun lamanya.

Menteri Besar, di dalam ucapannya menyeru umat Islam agar melafazkan rasa kesyukuran kerana Malaysia sebuah Negara Islam yang aman dan makmur dan rakyatnya sangat bertuah berbanding dengan Islam lain yang sedang dilanda pelbagai masalah.

Menteri Besar kesal apabila melihat semakin ramai rakyat telah 'kufur nikmat' dan seolah-olah tidak pandai bersyukur dengan kemajuan dan perpaduan yang diwarisi oleh pemimpin terdahulu malah dengan mudah menuduh serta menyalahkan apa saja yang dibuat oleh kerajaan.

Beliau dengan tegas menyeru rakyat Negeri Sembilan jangan sesekali terlibat dengan kumpulan yang mahu merosakkan akidah umat Islam dan mahu semua pihak sentiasa  melaksanakan kerja demi agama bangsa dan negara.

Di majlis ini, beliau telah menyampaikan bantuan tahunan FELDA  kepada 34 buah Masjid didalam gugusan felda Serting  berjumlah RM340,000, bantuan tahunan MAINS RM1500-00 setiap masjid  kepada 15 buah Masjid Daerah Jempol.

Menteri Besar juga mewakili  Jabatan Perdana Menteri menyampaikan bonus hari raya berjumlah RM6.13 juta kepada wakil-wakil dari lapan zon gugusan felda serting, bantuan JKM  dan juga bantuan baitulmal untuk fakir miskin.

Menteri Besar juga  berkesempatan menjawab temubual ringkas mengenai  'Cadangan Pembinaan Perumahan Mampu Milik oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dan menyatakan Kerajaan Negeri menyambut baik usaha ini demi kebaikan generasi kedua Felda pula.

Beliau berpendapat generasi kedua Felda yang mewarisi ibu-bapa mereka sebagai peneroka asal perlu diberi peluang mendapatkan rumah sendiri, dan  harga bermula serendah RM19,000 adalah yang terbaik masa kini dengan  dianggarkan sebanyak 160,000 unit bakal didirikan.

Sehubungan itu, Menteri Besar akan terus bekerjasama dengan pengurusan Felda bagi memastikan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya.

Menteri Besar turut mengakui Institusi Felda merupakan sumbangan terbesar Negara sejak zaman Tun Abdul Razak dan Kerajaan Negeri tidak akan mensia-siakan Warga Felda .

Turut hadir ialah Dato' Lillah Yasin, Yang Berhormat Parlimen Jempol, Dato' Shamsul Kahar Mohd Deli; ADUN Serting

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved