ads

Khamis, 18 Ogos 2011

05 di lenggeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lenggeng - Google Blog Search


JKM bantu warga emas <b>Lenggeng</b> - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 12 Aug 2011 01:21 PM PDT

JKM bantu warga emas Lenggeng

JKM bantu warga emas Lenggeng

SEREMBAN 12 Ogos - Kesempitan hidup empat warga emas di Lenggeng dekat sini terbela, apabila Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah itu meluluskan bantuan bulanan mereka bermula Ramadan ini.

Penolong Pegawai JKM Daerah Seremban, Hamdan Mohamad berkata, permohonan yang diluluskan itu memenuhi kriteria bantuan bagi kategori Bantuan Orang Tua.

''Kesemua permohonan ini melibatkan empat warga emas. Setiap seorang layak untuk menerima bantuan RM300 sebulan.

''Memandangkan mereka warga emas, kami akan serahkan bantuan itu ke rumah mereka setiap bulan bermula bulan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Lagi aduan mengenai Kolej Negeri <b>di Seremban</b>

Posted: 08 Aug 2011 08:11 PM PDT

Harap pihak yang berkaitan dapat menyiasat aduan di bawah ini :

Penipuan dan penindasan yang serius dikalangan penuntut Kolej Negeri
Aduan Rakyat Online - 8 Ogos 2011

Selamat petang dan selamat sejahtera. Berhubung perkara di atas saya sebagai salah seorang bekas pelajar di Kolej Negeri Chedang Campus (KNCC) ingin membuat aduan berkenaan sikap tidak bertanggungjawab kolej ini.

Selama tiga tahun pengajian pelbagai bentuk penipuan telah kami lalui. Bermula dengan surat tawaran masuk yang kononnya mengatakan kami akan ditaja oleh badan biasiswa kolej, malangnya hanya cuma janji palsu, diikuti dengan yuran pengajian yang sangat mahal iaitu RM3450 setiap semester tanpa dijelaskan secara terperinci berkenaan butir kegunaan pembayaran yuran (invois) tersebut.

Infrastruktur yang sangat menyedihkan dan turut membantutkan urusan pembelajaran, masalah pensyarah yang selalu tidak masuk kelas untuk mengajar, sangat kerap berlaku sepanjang semester malah terdapat begitu banyak subjek yang langsung tiada pensyarah untuk mengajar.

Bahan rujukan kolej yang tidak diupdate dan sistem PNP yang tidak profesional menyebabkan kami ketandusan ilmu dan berasa cukup malu bila menempuh alam praktikal kerana apa yang sepatutnya kami pelajari sewaktu di kolej banyak yang tidak diajar.

Pengambilan pensyarah yang tidak bertauliah menyebabkan kami dilayan dengan teruk. Kami tidak menerima apa hak yang sepatutnya kami terima. Kolej negeri juga banyak menelan duit pelajar. Gaji pensyarah yang sangat bermasalah menyebabkan ramai kakitangan yang telah berhenti dan kami pelajar diabaikan.

Terlalu banyak lagi bentuk penindasan yang kami alami, walaupun tempoh pengajian sebenar hanya 3 tahun tetapi terdapat juga pelajar yang tidak dapat konvo pada waktu yang sepatutnya kerana pengurusan yang tidak profesional dari pihak kolej walaupun pelajar tiada sebarang subjek yang gagal. Hal ini menyulitkan pihak student yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi memperkukuhkan bukti aduan, pihak aduan rakyat bolehla melihat komen komen yang terkandung dalam link ini: http://www.kerjakosong.net/2009/06/jawatan-kosong-kolej-negeri.html

Dengan ini saya sangat memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk menyiasat dengan lebih lanjut perkara di atas supaya kebajikan pelajar di kolej negeri kembali terpelihara. sekian.

By: nana

http://www.aduanrakyat.com.my/penipuan-dan-penindasan-yang-serius-dikalangan-penuntut-kolej-negeri

Beberapa aduan berkaitan Kolej Negeri di Seremban sebelum ini di http://pasns.blogspot.com/2011/07/apa-yang-tidak-kena-dengan-kolej-negeri.html


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Keadilan Bahagian <b>Tampin</b>: PKR <b>Tampin</b> komited membantu PR menang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2011 09:38 PM PDT

Sudah lama ruangan ini tidak dikemaskini kerana perubahan pimpinan cabang tahun lalu. Walaubagaimanapun, pemilihan parti yang berlangsung lalu sedikit pun tidak menggugat perpaduan dan persefahaman antara anggota cabang.

Malah jentera dan gerak kerja sebagai persediaan menghadapi pilihanraya sedang rancak disusun oleh PKR Tampin.

PKR Tampin kini telah diketuai oleh Haji Baharuddin Arif bin Haji Siri. Beliau merupakan bekas calon pilihanraya umum tahun 1995 bagi Dun Gemencheh yang bertanding atas tiket Semangat 46.

Jika dibandingkan dengan Umno Tampin, sememangnya PKR Tampin nampak kecik dari segi jumlah keanggotaannya tetapi PKR Tampin tetap komited untuk membantu PR memenangi Parlimen Tampin dan kesemua dun di dalamnya. PKR Tampin tetap mempunyai ranting-ranting iaitu Ranting Tampin Sentral, Air Kuning, Pekan Gemencheh dan Jelai Kompleks. Pada tahun 2011 ini juga, PKR Tampin turut membuka pejabatnya di Pekan Gemencheh.

Dikhabarkan juga, bahawa PAS Tampin sedia memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di Gemas. Namun ia masih belum dapat dipastikan kerana masih di peringkat perbincangan PR Negeri Sembilan.

PKR Tampin berhasrat untuk bertanding di Dun Gemencheh seandainya diberi peluang oleh PR Negeri Sembilan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Najib <b>di Port Dickson</b>, Ribut Melanda <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 11:02 PM PDT


Kebanyakan media cetak terutamanya yang ditunggangi UMNO hanya melaporkan berita ini ketika Najib berada di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan..

Antara laporan media tentang Najib ketika berada di Port Dickson itu ialah..


TELUK KEMANG 30 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perbarisan Tamat Latihan Perdana membabitkan dua pasukan keselamatan iaitu tentera dan polis buat julung- julung kalinya telah memahat satu sejarah penting dalam bidang keselamatan negara.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. – Lidah Rasmi UMNO

Dan juga ini..

TELUK KEMANG 30 Julai - Lebih 20,000 orang menyaksikan majlis bersejarah Perbarisan Tamat Latihan Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Acara yang buat pertama kali diadakan itu membabitkan 984 pelatih konstabel polis dan 2,107 perajurit muda termasuk 194 anggota wanita di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Seramai 17 pegawai dan 45 anggota ATM serta tujuh pegawai kanan dan 18 anggota PDRM turut menjayakan perbarisan tamat latihan itu yang diketuai secara bersama oleh Mejar Rosman Mohd. Noh dari ATM dan Deputi Supritendan Douglas Nyeging Taong dari PDRM.

Tetapi.. kenapa tiada (mungkin aku tak jumpa) yang melaporkan tentang kejadian ribut yang melanda ketika Najib dan Rosmah berada di sana, Ribut telah melanda setelah Najib habis memberikan ucapan.

Dalam kejadian dua telah dilaporkan terbunuh didalam keretan kera dihempap pokok besar yang tumbang.Seorang bayi juga telah diterbangkan angin tetapi terselamat..

Apakah kejadian yang berlaku ini Suratan, Kebetulan atau BALA yang diturunkan Allah sebagai peringatan buat kita semua agar jangan bersekongkol dengan pemerintah yang zalim???

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (QS. al-Hadid : 22)






Lagi gambar dan lebih banyak maklumat sila lihat di (SINI)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Senarai Direktori Hotel Yang Mendapat Sijil Halal <b>Di Negeri Sembilan</b>

Posted: 14 Aug 2011 02:15 AM PDT

Kak Long Mawar Merah mencari direktori hotel yang mendapat sijil halal di Negeri Sembilan kerana mencari tempat sesuai untuk Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim yang merupakan acara tahunan anjuran syarikat yang diterajui oleh adik ipar Kak Long pada minggu hadapan.

Tambahan pula Kak Long pula perlu menguruskan Majlis Berbuka untuk AJK persatuan. Sambil itu, bolehlah Kak Long kongsikan sama senarai tersebut. Mana tahu, ada pembaca yang pulang ke kampung atau mahu bertukar angin mencari tempat untuk berbuka puasa. Untuk pengetahuan, Buffet Ramadan yang ditawarkan di hotel-hotel di Negeri Sembilan masih murah berbanding di hotel-hotel di ibu kota sana. Namun pilihan menunya masih banyak dan sesuai sebab kalau masa berbuka puasa tu, bukannya banyak sangatpun kita makan…

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM)
[SIJIL MASIH SAH]

Bil.

Nama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ]

Tarikh Sah Sijil

1.

MALAYSIAN ALLAINCE PROPERTY SERVICES SDN BHD (CASA RACHADO RESORT HOTEL)
TANJUNG BIRU BATU 10
JALAN PANTAI
SI RUSA PORT DICKSON
71050
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
CASA RACHADO RESORT PORT DICKSON

01/01/2011
-
31/12/2012

2.

NILAI HOTEL SDN BHD
PT 9999, JALAN BBN 1/3D
PUTRA POINT PHASE 2A, PUTRA NILAI
NILAI
71800
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
NILAI HOTEL SDN BHD
PT 9999, JLN BBN 1/3D
PUTRA POINT PHASE 2A
PUTRA NILAI,71800 NILAI
N.SEMBILAN

01/11/2009
-
30/10/2011

3.

NILAI HOTEL SDN BHD
PT 9999, JALAN BBN 1/3D
PUTRA POINT PHASE 2A, PUTRA NILAI
NILAI
71800
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN NILAI HOTEL SDN BHD

16/02/2011
-
15/02/2013

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL JAIN / MAIN / HDC
[BAGI NEGERI SEMBILAN]

Bil.

Nama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ]

Tarikh Sah Sijil

1.

ADMIRAL MARINA BERHAD
D/A AVILLION ADMIRAL COVE,
BATU 5 ½, JALAN PANTAI, SI RUSA, 71500 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen ( Banquet)

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

2.

ALLSON KLANA HOTEL PUTRA NILAI
(AL-HUSRY TRAVEL & TOURS SDN BHD)
PT 7182, JALAN BBN 1/2E, PUTRA NILAI,
71800 NILAI
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Malay KitchenChinese Kitchen

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

3.

ALLSON KLANA RESORT
(EMERALD SPIRIT SDN BHD)
PT 4388, JALAN PENGHULU CANTIK,
TAMAN TASIK, 70100, SEREMBAN
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Xin Jiang Court Chinese Restaurant

01/12/2010
-
30/11/2011

Sijil Aktif

4.

ALLSON KLANA RESORT
(EMERALD SPIRIT SDN BHD)
PT 4388, JALAN PENGHULU CANTIK,
TAMAN TASIK, 70100, SEREMBAN
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Malay Kitchen

01/04/2011
-
31/03/2012

Sijil Aktif

5.

ANCASA ALL SUITES RESORT SPABATU 8 1/2, JALAN PANTAI,
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/06/2011
-
31/05/2012

Sijil Aktif

6.

BAYU BEACH RESORT SDN BHD
LOBBY BAYU BEACH RESORT, BATU 4 1/2, JALAN PANTAI,
71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Orchid Court Chinese RestaurantGarden Terrace Coffee House

01/10/2010
-
30/09/2011

Sijil Aktif

7.

BOUGAINVILLA RESORT PORT DICKSON (TELUK TUAN SDN. BHD.)
LOT 1178, BATU 9, JALAN KEMANG 12
TELUK KEMANG
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Village Cafe

01/09/2010
-
31/08/2011

Sijil Aktif

8.

CORUS PARADISE RESORT PORT DICKSON
3.5 KM, JALAN PANTAI
70100 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
DAPUR HOTEL (DICKSON)DAPUR HOTEL (LAGUNA)

01/08/2010
-
31/07/2011

Sijil Aktif

9.

EAGLE RANCH RESORT PORT DICKSON
NO 544, BATU 14
JALAN PANTAI
71250 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/04/2011
-
31/03/2012

Sijil Aktif

10.

GLORY BEACH RESORT SDN BHD
BATU 2, JALAN SEREMBAN
TANJUNG GEMOK
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Coral Cafe

01/06/0011
-
31/05/2012

Sijil Aktif

11.

GOLDEN STRAITS VILLAS BEACH RESORT PORT DICKSON
(SEMBILAN RESOURCES MANAGEMENT (M) S/B)
LOT 216, BT. 3
JALAN PANTAI
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

12.

HOTEL SERI MALAYSIA SEREMBANJALAN SUNGAI UJONG,
70200, SEREMBAN
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/06/2011
-
31/05/2012

Sijil Aktif

13.

KAYNS RESORT PORT DICKSON
BATU 9, JALAN PANTAI
TELUK KEMANG
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/09/2010
-
31/08/2011

Sijil Aktif

14.

LE PARIS HOTEL & RESORTS
NO. 325, BATU 1
JALAN RUMAH REHAT
PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Cafeteria Hotel

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

15.

MZMR RESORT SDN. BHD (HOTEL SERI MALAYSIA PORT DICKSON)
LOT PT. 49. BT. 4
JALAN PANTAI, 71050
PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen ( Banquet)

01/02/2011
-
31/01/2012

Sijil Aktif

16.

PALM SPRING LEISURE
BATU 13, KM 21, JALAN PANTAI,
MUKIM PASIR PANJANG, 71250, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/04/2011
-
31/03/2012

Sijil Aktif

17.

PERMAISURI RESORT PORT DICKSONKM 16, BATU 10, TANJUNG BIRU,
JALAN PANTAI, 71250, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen

01/12/2010
-
30/11/2011

Sijil Aktif

18.

PORT DICKSON GOLF & COUNTRY CLUB
BATU 5 �, JALAN PANTAI
SI RUSA
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
D'Eagle Coffee House

01/02/2011
-
31/01/2012

Sijil Aktif

19.

SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON
(TANJUNG TUAN HOTEL SDN BHD)
5TH. MILES, JALAN PANTAI
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/07/2011
-
30/06/2012

Sijil Aktif

20.

SERI MENANTI RESORT
PIO MANAGEMENT, ISTANA KAYANGAN, SERI MENANTI,
71550, SERI MENANTI, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

21.

THE LEGEND INTERNATIONAL WATER HOMES
BT. 2, JALAN PANTAI,
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Coffee House

01/06/2011
-
31/05/2012

Sijil Aktif

22.

THE LEGEND WATER CHALETS
BT. 21, JALAN SEREMBAN
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/06/2011
-
31/05/2012

Sijil Aktif

23.

THE REGENCY TANJUNG TUAN BEACH RESORT
BATU 5, JALAN PANTAI, 71050, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
API-API COFFEE TERRACE

01/02/2011
-
31/01/2012

Sijil Aktif

24.

THE ROYAL BINTANG SEREMBAN/ROYAL ADALPHI (BOUSTEAD HOTELS&RESORT SDN BHD)
JALAN DATO' A.S DAWOOD, 70100 SEREMBAN.
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen ( Banquet)

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

25.

THISTLE PORT DICKSON RESORT
KM 16, JALAN PANTAI,
TELUK KEMANG, 71050, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Pastry Kitchen

01/04/2011
-
31/03/2012

Sijil Aktif

26.

THISTLE PORT DICKSON RESORTKM 16, JALAN PANTAI, TELUK KEMANG,
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Banquet Kitchen

01/05/2011
-
30/04/2012

Sijil Aktif

27.

TIARA BAY RESORT
(TIARA BAY RESORT BERHAD)
NO1, PD TIARA, BATU 13,
JALAN PANTAI, PASIR PANJANG, 71250, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Banquet Kitchen (Malay)

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

28.

TIARA BAY RESORT
(TIARA BAY RESORT BERHAD)
NO1, PD TIARA, BATU 13,
JALAN PANTAI, PASIR PANJANG, 71250, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Anna Thai KitchenChinese KitchenWestern Kitchen

01/04/2011
-
31/03/2012

Sijil Aktif

Rujukan Mawar Merah : Portal Rasmi Halal Hab Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


Duit raya Najib tak mampu tampung kerugian 15 tahun ditipu Felda <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2011 09:59 PM PDT

(Oleh Norutul Ilham)

TELUK KEMANG: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian wang raya kepada peneroka Felda sebenarnya mempermain-mainkan hak mereka, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Katanya, peruntukan RM200 hingga RM400 kepada peneroka yang bersama atau tidak bersama Felda, tidak mampu menampung semula kerugian dan penipuan yang ditanggung mereka selama ini.

"Pemberian wang raya itu jelas mempermainkan hak peneroka FELDA. Ia mencukupi bagi berbanding kadar kerugian hasil perahan kelapa sawit dan hasil tebang pokok getah oleh peneroka," katanya pada satu kenyataan media.

Najib membuat pengumuman baru-baru ini, dengan berkata bayaran duit raya Felda kepada warganya tahun ini mencecah RM42 juta untuk 23,000 warga Felda di seluruh negara. Kiraan mendapatinya cuma sekitar RM200 hingga RM400.

Mengulas lanjut, Kamarul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan itu menyifatkan jumlah yang kecil itu sama sekali tidak mampu menutup pembohongan dan penindasan Felda terhadap peneroka.

Beliau menganggap pemberian Najib itu bersifat 'gula-gula' memandangkan peneroka berhak menuntut jumlah lebih besar ekoran kerugian selama 15 tahun sejak bersama Felda.

"Peneroka berhak memperoleh sehingga RM458,000 bagi kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal.

"Kes ini sudah dibawa ke mahkamah oleh 766 peneroka Felda di Serting (tuntutan RM2 juta) & 964 peneroka di Jengka (tuntutan RM458,000). Ini bermakna jumlah wang yang berhak diperoleh  melebihi 'gula-gula' daripada Najib," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Felda bersikap telus dalam usaha memperkukuhkan dasar kerajaan berkebajikan di samping merakyatkan ekonomi.

"Gula-gula hari raya ini tidak setimpal dan harus dikembalikan semula hak serta pampasan secukupnya terhadap kerugian yang ditanggung peneroka Felda akibat kecuaian urus tadbir Felda itu sendiri," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18840

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pameran ThinkQuest & PBL <b>di</b> SMK <b>Serting</b> Hilir Kompleks

Posted: 22 Jun 2011 04:05 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pameran ThinkQuest & PBL di SMK Serting Hilir Kompleks. Posted by BRIGED at 04:05 · Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz. 0 comments: Post a Comment. Newer Post Older Post Home ...
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved