ads

Khamis, 14 Julai 2011

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


聒翔的声音The Voice of Bahau: Projek "Tauhu" Barisan National <b>di Bahau</b>

Posted: 23 Jun 2011 12:13 AM PDT

Longkang sepanjang 300m di Kg Rata retak dan terbernam walaupun baru disiap tak sampai 2 tahun. Aduan telah dibuat kepada pihak berkenaan tetapi sehingga kini masih tiada tindakan diambil. Jika projek ini dirancang dengan teliti, ia akan tidak menyebabkan kerugian kepada Kerajaan. Sebenarnya subsidi kepada Rakyat tidak patut dikurangkan, dan apa yang harus dikurangkan dan dihapuskan adalah projek-projek yang sebegini!Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


TOK NAL: RM 2 JUTA ATASI BANJIR <b>DI TAMPIN</b>

Posted: 27 Apr 2011 02:49 AM PDT

Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 2 juta bagi menjalankan kerja-kerja mendalamkan sungai , meluruskan serta memperbaiki sungai dan sistem pengairan dan saliran dalam usaha untuk mencegah dan mengurangkan kejadian banjir didaerah ini .

Peruntukan yang disalukan melalui ahli parlimen Tampin , Dato Shaziman Abu Mansor diharap bukan sahaja berupaya mengawal banjir yang semakin kerap berlaku , malahan  dapat mencegahnya dari terus berulang dan membawa banyak kerugian kepada orang ramai .

Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah sekitar kawasan Gemas , Sungai Kelamah , Sungai Dua , Keru , Tampin serta kawasan Gemencheh .

Perbincangan  berhubung projek tersebut telah diadakan di pejabat Dato Shaziman sendiri di Jabatan Kerja Raya KL dan antara yang dijemput hadir ialah Pegawai Daerah , Juretera JPS , Adun Gemas , Penghulu Khalid dan Tok Nal sendiri .

Terima kasih kepada Dato Shaziman khususnya kepada Encik Ujang yang telah memberikan layanan baik dan mesra kepada Tok Nal dan pegawai lain yang hadir .

Semoga projek yang menelan belanja RM 2 juta ini akan dapat mengatasi masalah banjir sekali gus mengurangkan beban mereka yang sering dilanda musibah itu .

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Ceramah Md Sabu 18 Jun 2011 <b>di Rembau</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2011 04:11 PM PDT

Oleh: amkns

"Adalah dimaklumkan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dijadualkan pada 18 Jun 2011 di Kg Astana Raja, Rembau ditunda selepas Perarakan BERSIH (BERSIH RALLY). Maklumat terkini ceramah di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Maklumat lanjut mengenai PERARAKAN BERSIH atau BERSIH RALLY yang dijadualkan pada Sabtu 9 Julai 2011 di laman web BERSIH di http://bersih.org  

Maklumat PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah seperti berikut : 

Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad)

Masa :8.30 p.m. – 10.30 p.m

Tempat : Dewan utama, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, 1 Jalan Maharajalela Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur 

Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti-parti politik untuk bergabung kuasa untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini. 

T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini. 

JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH ialah :

Dato' Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

"Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Wali Band Jayakan Konsert Amal <b>Di Nilai</b>, 16 Julai Ini!

Posted: 13 Jul 2011 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Wartawan GengMurai

KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2011: Peka dengan tanggungjawab mereka untuk membantu golongan yang memerlukan, Wali Band sanggup turun padang untuk menjayakan Konsert Amal Baik Baik Sayang Wali Band anjuran Angkatan Seni Baru Di Bawah Yayasan Negeri Sembilan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 16 Julai 2011.

Jurucakap konsert tersebut, Syed Mohd Yusof Wafa Syed Nordin berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila Wali Band sanggup menyatakan kesudian mereka untuk menjayakan konsert tersebut.

"Ia membuktikan bahawa Wali Band tidak melupakan tanggungjawab mereka untuk melaksanakan usaha-usaha murni yang seperti ini," katanya kepada murai.com.my.

Jelas Syed Mohd Yusof Wafa Syed Nordin lagi, konsert amal itu diadakan bagi mengumpul dana untuk membantu ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan orang kurang upaya yang menetap dan berada di serata Negeri Sembilan.

"Semua sumbangan ini akan disalurkan keada Pekerti atau Badan Kebajikan Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajan Negeri Sembilan," katanya.

Dalam konsert ini, Wali Band akan membawakan rangkaian lagu-lagu popular hits mereka. Antaranya ialah Cari Jodoh, Yank, Tomat serta Baik-Baik Sayang. Manakala, penyanyi lagenda, Ito Blues Gang diundang sebagai artis penampilan khas di dalam konsert tersebut.

Bagi yang ingin menyaksikan konsert amal Wali Band ini, tiket berharga RM50, RM100 dan RM300 (VIP) boleh didapati di Tingkat 7, Bangunan Yayasan Seremban atau hubungi talian: 017-2580656.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


Kayuhan Ke Kuala <b>Linggi</b>

Posted: 29 Jun 2011 12:29 AM PDT



Plan untuk membuat kayuhan jauh nie dah agak lama dibincangkan sebenarnya. Cuma masa sahaja yang tak berapa nak mengizinkan. Lebih lebih lagi kami berada dalam kumpulan yang tak sama cuti. Maklumlah kalau kerja retail nie, memang tak berapa nak ngam sangat cuti tu.

Kayuhan ke Kuala Linggi kali nie disertai oleh 4 biji basikal jeer. Aku, Alan, Farizal dan juga Azri.
Seperti yang dirancangkan, kami berempat akan mengambil route Senawang-TTJ-Rantau-Linggi-Pengkalan kempas-Kuala Linggi. Dan waktu balik pula, kami akan mengambil route Kuala Linggi-Pasir Panjang-Port Dickson-Lukut-Seremban-Senawang. Total perjalanan tak jauh pun sebenarnya. Pergi dan balik mengambil jumlah perjalanan 140km.

140km untuk perjalanan berbasikal nie sebenarnya boleh dikatakan agak jauh jugak laa..untuk beginner yang macam kami nie. Sebenarnya untuk perjalanan pergi, kami mampu mengayuh agak laju dan sampai ke destinasi dalam masa 3 jam sahaja. Bertolak jam 7 pagi dan kami sampai ke destinasi Kuala Linggi dalam jam 10 pagi. Tapi perjalanan waktu balik tu yang amat menekan perasaan...hehehe..maklumlah bertarung dengan cuaca panas dan berjerebu.

Disebabkan kami tak sempat untuk carbo loading sebelum mengayuh pagi nie, kami berhenti sekejab di pekan Rantau untuk carbo loading. Macam biasa, menu pepagi nie adalah roti canai..hahaha. Menambahkan kalori dalam badan. Tapi makcik tukang kedai nie memang sempoi leer, disebabkan dia tengok kami nie pengayuh beskal, dia selamba jeer letak satu jag air kosong atas meja. Uihh, makcik nie perli kitaorang ker apa nie..hahaha.
Perjalanan untuk pergi melalui kawasan ladang sawit. 80% adalah kawasan ladang sawit dengan pemandangan hutan sawit jer kiri dan kanan. Jalan berbukit dan tak berapa banyak kereta. Kayuhan terpaksa dimaintainkan untuk kami sampai ke destinasi dengan kadar yang agak segera.
Kami sampai di Kuala Linggi dalam jam 10 pagi. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 10 pagi, namun cuaca amat merimaskan. Berjerebu dan agak panas. Kayuh punya kayuh sampai ke jambatan Kuala linggi. Berhenti tunggu team yang keciciran sambil bergambar sekeping dua..menyempat lagi tu.Sebenarnya Farizal mengalami kesakitan waktu kayuhan kali nie. Kaki beliau berada dalam keadaan yang tak berapa mengizinkan untuk mengayuh. Namun dengan keazaman dan kekuatan yang ada, dia teruskan jua mengayuh hingga sampai ke Kuala Linggi. Opps, lupa pulak nak bagitahu, hari nie Azri mengayuh dengan jersinya yang baru..Bila dah sampai ke tempat yang dituju tu, apa lagi memasing pun cariklah port untuk berlabuh. Bila sampai jeer, memasing pun senyum jeer..hehehe, maklumlah dapat jugak sampai ke destinasi tujuan buat kali nie. Dari kejauhan kami nampak restoran terapung ikan bakar tu, malangnya restoran tu hanya dibuka waktu malam jeer. Disebabkan kami nie sampai waktu tengahhari, dapat tengok kedai jer lah jawabnya.Sekarang dah masuk pukul 11.30 pagi dah..kami kena cari tempat untuk lunch nie. Dah tak ada masa lagi nak carik tempat makan yang lain nanti. Ada cadangan untuk makan tengah hari di Teluk Kemang, namun jarak perjalanannya masih agak jauh lagi. So kami decide untuk mencari kedai makanan di sini. Namun kalau tak silap, kami tak jumpa pulak kedai makan tadi. Nasib baik saya ada terbaca pengembaraan Abang Acid yang berkayuh ke Kuala Linggi dan mereka makan di Kantin Bangunan Kuning. Kalau tak silap, bangunan tu milik Kastam. So kitaorang pun berkayuhlah ke sana, memberanikan diri bertanya dengan pak guard tu. Nasib baik jawapannya okay. Kami dibenarkan masuk untuk menjamu selera di kantin kat dalam tu.Lepas makan tengah hari yang memang kami balun sekenyang kenyangnya, ambik masa sket ambik gambar barang sekeping dua kat area situ. Sebelum balik, kami sempat topup air minuman dalam botol yang kami bawa..siap isik ais lagi tu. Makan tengahhari memang tak ingat, dah macam tak nak balik dah. Siap bersambal belacan lagi..hehehe, mungkin terlupa yang kami nie mengayuh basikal, bukannya nak balik dengan bersandar di kerusi empuk BMW..hahaha.

Lebih kurang jam 12 tengahhari, kami memulakan kayuhan pulang. Panas dan sangat rasa tak selesa. Matahari tegak di atas kepala. Kayuhan selepas makan agak lebih bertenaga, namun kami kena bertahan dengan cuaca yang sangat panas nie. Kayuhan diteruskan hingga ke Teluk Kemang. Kayuh tak laju, namun maintain. Sebelum area Teluk kemang tu, kami berhenti kat tepi jalan sebab Alan mengadu yang dia punya meter tak function. Puas kami merepair, namun memang tak boleh hidup dah meter tu. Tak jauh lepas tu sikit, kami berhenti di bus stop. Tunggu Azri dan farizal yang tercicir kat belakang. Kesian farizal, dia memang tak boleh nak push up to the limit.
Sampai area Teluk Kemang, tekak terasa haus. Bahang panas mentari sememangnya amat mencabar keimanan kami. Niat di hati nak berhenti sambil pekena cendul kat tepi jalan tu, nasib tak berapa baik gerai tu tutup pulak. So kami mencari cari kedai yang ada jual cendul, Azri mencadangkan kami pekena cendul kat dataran PD tu. Bolehlah, janji boleh basahkan tekak nie.Lepak sana tak lama jugak, agak agak sejam. tengok jam dah masuk pukul 2 dah. Time to go nie. Kayuh lagi dengan panahan matahari. Slow but maintain. Memang betul dia orang cakap samaada berkereta, bermotosikal atau berbasikal, elakkan mengayuh pada jam 12tgh hari sampai ke jam 2 ptg. Itu adalah masa dimana kita perle berehat, sembahyang dan lepak sket. Sampai PD tak berhenti, terus berkayuh sampai ke Lukut. Sampai area Lukut, kami stop kat tepi jalan, ada gerai jual buah. Apa lagi, satu sikat pisang berangan clear kat situ. Dan bebudak nie bahan beli air kelapa pulak dah..adoyai..

Kami teruskan mengayuh sampai ke Springhill dalam pukul 4 petang. Badan memang dah terasa lesu sangat. Kayuhan agak berbukit kat area Springhill nie, nama pun Hill. Sampai kat simpang luar tu, kami berhenti dan lepak belakang pokok. Berbaring atas rumput tu. Pherggh, rasa nak melelapkan mata pun ada. Lepak situ kejab sampai agak agak pukul 5 petang. Lepas tu kami gagahkan jua untuk mengayuh hingga ke Mambau. dari situ kami berhenti di Stesen Shell untuk toilet break dan refueling dengan 100 Plus.

Tak lama berehat, kami start kayuh semula hingga ke Seremban dan teruskan mengayuh hingga ke Senawang. Walaupun penat yang amat sangat, namun kepuasan jelas terpancar di wajah masing masing. Pengalaman yang tak tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Kami sampai ke senawang pada jam 6.30 petang..lengkap putaran 12 jam kayuhan kami pada hari itu, Keseluruhannya kayuhan amat mantap dan boleh diperbaiki lagi. Tahniah untuk farizal, walaupun sakit namun mampu mengayuh hingga ke Senawang. See you next trip!

.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


REVOLUSI HABIB: sibuk <b>di Kuala Pilah</b>. Mahasiswa ideologi sosialis.

Posted: 10 Jun 2011 06:53 AM PDT

UITM KUALA PILAH DAN MATRIKULASI KUALA PILAH.

bersempena dengan program roadshow "udah le BN" yang dianjurkan oleh PSM dan PR di seluruh Malaysia, tak tersangka aku dapat bekerja di kawasan Kuala Pilah. Setelah Komrad Mani mengarahkan aku untuk berurusan dengan PR Kuala Pilah, aku pun berlenguk-lengak bagi memastikan program ini berjaya di Kuala Pilah.

sambil-sambil tu, mahasiswa/i UITM dan KMNS akan turun bersama bagi menyahut seruan aktivis mahasiswa bagi menjayakan kempen ini. Ini kempen untuk PTPTN anda. Ini kempen untuk bakal isteri anda. maka turunlah.

err....sambil tu..boleh la jumpa Nurul Ain dan Wani di sana. kah kah kah!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved