ads

Sabtu, 18 Mei 2013

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Sabahdaily: Mampukah Aishah tumbangkan Isa <b>di Jempol</b>?

Posted: 04 May 2013 09:27 AM PDT

Difahamkan asalnya nama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak ada dalam senarai tiga nama yang dicalonkan untuk kerusi Parlimen Jempol bagi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Umno Bahagian Jempol tidak menghantar nama beliau kepada Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan untuk seterusnya diajukan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukanlah sesuatu yang pelik kerana Isa bukan orang Umno Jempol pun walaupun beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Jempol selama sepenggal (2004-2008).

Sebaliknya Isa merupakan Ketua Umno Bahagian Telok Kemang sejak zaman beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sebelum parlimen bubar sekalipun Isa sudah dianggap tidak akan bertanding lagi sebarang kerusi sama ada kerusi Parlimen atau mempertahankan DUN (Dewan Undangan Negeri) Bagan Pinang. Ini kerana beliau mempunyai tanggungjawab yang lebih besar sebagai Pengerusi Felda.

PAS pula sejak tahun lalu lagi sudah memperkenalkan Ketua Pemuda PAS Jempol, Ustaz Mohd Fairus Mohd Isa sebagai calon kerusi Parlimen Jempol.

Bagaimanapun 10 hari sebelum hari penamaan calon, PAS membuat kejutan apabila mengumumkan bekas penyanyi popular, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah 'Janji Manismu' sebagai calonnya di Parlimen Jempol.

Ramai yang menjangka penyandang Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin akan diberi kepercayaan untuk mempertahankan Jempol bagi kali kedua.

Tanpa disangka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kejutan dengan menamakan Isa yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sebagai calon BN untuk Parlimen Jempol.

Senario ini difahamkan berlaku kerana Najib sudah menekan butang panik dalam usahanya agar satu lagi kerusi Parlimen di Negeri Sembilan tidak terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.

Persoalannya apakah percaturan PAS menurunkan Aishah akan membuahkan hasil atau Isa sekali lagi akan kembali ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen Jempol?

Isa ada kelebihan

Aishah apabila ditanya FMT, berkata beliau diterima baik oleh pengundi Jempol. Majoriti pengundi Parlimen Jempol merupakan pengundi Felda yang secara tradisinya penyokong kuat BN. Maka tidak hairanlah Aishah juga mengalami dua atau tiga insiden yang beliau dimarahi oleh penyokong BN.

Isa pula bukanlah nama asing kepada pengundi Jempol. Apatah lagi Isa merupakan Pengerusi Felda, satu jawatan yang sudah pasti memberi kelebihan yang lebih ketara kepada beliau.

Daripada tinjauan FMT, sukar untuk Aishah menumbangkan Isa. Aishah berpeluang membuat kejutan di Parlimen Jempol sekiranya lawan beliau ialah penyandang Parlimen Jempol, Lilah Yasin atau muka baru. Namun Isa merupakan lawan yang agak kuat untuk Aishah.

Aishah mungkin mempunyai potensi yang lebih besar sekiranya PAS membuat keputusan untuk menurunkan beliau di Parlimen Jempol awal tahun lalu.

Ini semestinya memberi peluang kepada Aishah untuk lebih mengenali pengundi Parlimen Jempol dan mengenalpasti masalah tempatan yang membelenggu pengundi Parlimen Jempol.

Namun Aishah berpeluang untuk mengurangkan majoriti kemenangan Isa nanti berdasarkan beliau mampu mendapat undi daripada pengundi wanita yang mungkin juga sebahagian daripada peminat beliau.

Parlimen Jempol mempunyai 65,213 jumlah pengundi. Pengundi Melayu 60.62 peratus, Cina 25.32 peratus, India 13.07 peratus dan Lain-lain 0.99 peratus.

Masalah dalaman Umno

Sedia maklum BN atau lebih tepat Umno menghadapi masalah dalaman di DUN Palong ekoran keputusan pucuk pimpinan Umno mencalon Lilah di DUN Palong.

Isunya kerusi DUN Palong yang diwakili oleh Umno, calonnya secara tradisi adalah daripada peneroka Felda.

Sejak DUN Palong diwujudkan pada tahun 1986, sudah tiga calon Umno-BN mewakili DUN Palong, iaitu Baharudin Hassan (1986 dan 1990), Kamaruddin Mohd Din (1995 dan 1999) dan Aziz Shamsuddin (2004 dan 2008).

Kesemua mereka merupakan warga peneroka Felda Palong dan setiap seorang pernah berkhidmat selama dua penggal.

Bagaimanapun Najib membuat satu kejutan apabila menamakan Lilah yang bukan orang Felda Palong tetapi berasal dari Batu Kikir.

Ini mengundang rasa tidak puas kepimpinan Umno DUN Palong dan FMT pernah melaporkan pada 18 April lalu di mana lebih 200 ahli Umno Felda Palong mengadakan bantahan terbuka menolak pencalonan Lilah.

Keadaan ini merupakan satu kelebihan kepada calon PKR DUN Palong, Rebin Birham. Ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa dengan mengambil kira protes terbuka terhadap Lilah, Rebin mampu mencipta kejutan pada hari mengundi esok.

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di tampin</b> - Google Blog Search

Posted: 15 May 2013 03:53 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

..: CALON PAS <b>TAMPIN DI</b> PRU 13

Posted: 17 Apr 2013 12:33 AM PDT

Insyaallah Pas kawasan Tampin akan mengemukakan Cikgu Mohd Nor Yassin sebagai calon Dun Gemencheh.  Beliau adalah bekas seorang guru  dan Pensyarah di Institut Perguruan Melewar, Seremban dan anak kelahiran  Gemencheh.
Manakala itu Hj Razakek, bekas graduan ekonomi Universiti Malaya dan bekas pengurus bank akan mewakili Pas di peringkat Parlimen Tampin
Jom beramai ramai mengiringi kedua dua calon ini pada hari penamaan calon pada Sabtu, 20 April di Dewan MDKT Tampin  jam 8 pagi.   
FB Pas Tampin :  https://www.facebook.com/PasKawasanTampin?ref=ts&fref=ts

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Dato VS Morgan yakin tumbangkan Kamarul Baharin <b>di</b> P132 <b>Teluk</b> <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2013 10:42 AM PDT

v morgan2P132 Telok Kemang  menyaksikan  Dato VS Mogan akan menentang penyandang dan Ahli Parlimen Port Dikson Dato'  Kamarul Baharin. Dato' Kamrul Baharin juga akan bertanding di salah satu kerusi DUN . Dato' V Morgan yang dulu bertanding di DUN  Jeram Padang pada PRU 12 yang lalu.

Kali ini  pertandingan tentu sekali sengit kerana Dato' Kamarul Baharin kini menghadapi tekanan dari Pemimpin PKR dan juga akar umbi.

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Ayuh &#39;serbu&#39; Festival Hari Guru <b>di Paroi</b> - Utusan Online

Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT

Oleh NOOR HANIS HARUN
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 16 Mei - Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda utama iaitu melahirkan murid yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Pengarah Pelajaran negeri, Kalsom Khalid berkata, di bawah tema sambutan Hari Guru 2013, 'Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda', mengkehendaki semua guru bersama-sama membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia sebagaimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

''Selaras dengan tema tersebut, pameran pendidikan sempena Hari Guru 2013 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi ini, yang berlangsung sekarang hingga Ahad ini, amat relevan untuk memberikan penjelasan kepada guru dan masyarakat tentang dasar dan program pendidikan itu.

''Ini telah dimanifestasikan melalui terowong masa dan lain-lain pempamer dari Kementerian Pelajaran. Pengunjung yang datang ke Paroi itu nanti akan merasai perubahan itu apabila mereka menjelajah dalam khemah yang disediakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata Kalsom, pameran dari Kementerian Pelajaran itu adalah berkonsepkan Kelestarian Pendidikan Dulu, Kini dan Masa Depan.

''Pengunjung akan melihat pelbagai info dan kejayaan pelbagai dasar kementerian antaranya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015, Pembudayaan Sains dan Teknologi, Inovasi Guru, Buku dan Karya Penulisan Guru, Program 1 Murid 1 Sukan, Guru Muda 1 Malaysia dan sebagainya.

''Agensi luar kementerian juga turut serta dalam pameran ini seperti Sekolah Amanah, Sekolah Antarabangsa, Penerbitan dan Penterjemahan Buku, Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran dan lain-lain," kata Kalsom.

Beliau juga menjelaskan melalui pameran pendidikan ini, masyarakat dan komuniti setempat akan mendapat informasi yang jelas tentang perubahan-perubahan yang berlaku di dalam dunia pendidikan dalam negara ini serta cabaran yang perlu dihadapi.

''Banyak idea kreatif dan inovatif dipamerkan dan diharapkan warga pendidik, pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat akan beramai-ramai hadir dan memperoleh banyak informasi berguna," katanya.

Pada Jumaat (17 Mei), pelbagai acara menarik akan berlangsung di Pameran dan Festival Hari Guru 2013 di kompleks ini sempena sambutan Hari Guru 2013 bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dan ia termasuklah pertandingan choral speaking, pelancaran buku, ceramah agama, selain jualan buku.

Manakala hari Sabtu akan dilangsungkan aktiviti melukis, penampilan Upin dan Ipin, mewarna, persembahan Sci-Fi Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) seta konsert Apo Kono Eh Jang yang menampilkan artis terkenal tanah air.

Pada hari Ahad pula berlangsung aktiviti interaktif, pertandingan akhir Bintang Suara Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pentarama.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Rumah Untuk Dijual <b>di</b> Taman Ros Merah Fasa 2, <b>Nilai</b>, <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2013 03:40 AM PDT

Rumah Untuk Dijual di Taman Ros Merah Fasa 2, Nilai, Negeri Sembilan

Taman Ros Merah Nilai

Compiled by Ross Aziz RESCOM at hartanahguru.com. Ross Aziz RESCOM is a real estate agent at Bangi, Kajang, Sepang, Putrajaya, Puchong and Seri Kembangan. More property tips and house for sale at www.facebook.com/hartanahguru

Disclaimer :

This is an advertisement only. The details may not be accurate. Kindly contact the developer for the accurate info. You may share this in your blog or facebook without altering anything in this blog

More New Housing Projects by Developers

House For Sale at Bayu Residence Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

House For Sale at Kasia Green Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

House For Sale at Delfina, Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan

House For Sale at Desa Salak Pekerti, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

House For Sale at Harmony Park, Dengkil

House For Sale at Desa Anjung Putra, Putrajaya

Shop For Sale at Diplomatic Enclave, Precint 15, Putrajaya

House For Sale at De Centrum Bangi

House For Sale at Taman Sentosa Indah, Teras Jernang, Bangi

House For Sale Ilham Sari III, Alam Sari, Bangi

House For Sale at Taman Sutera Residence, Kajang

05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di gemas</b> - Google Blog Search

Posted: 11 May 2013 09:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di bahau</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2013 01:33 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ceramah Umum Pakatan Rakyat <b>di Ampangan</b>, Seremban 19 Jun ini

Posted: 17 Jun 2011 02:15 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Ampangan, Seremban 19 Jun ini. Rakyat di Negeri Sembilan diundang untuk hadir beramai-ramai ke program Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Markas KEADILAN Seremban, Taman ...
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved